Mesti ramai di antara kita yang mengamalkan penggunaan mask wajah agar kulit kekal sihat dan jelita. Tetapi ramai juga yang ingat semakin lama kita pakai mask itu, semakin baik kesannya untuk wajah kita. Salah tu!
Sebenarnya, kita mestilah menanggalkan mask itu mengikut waktu yang ditetapkan. Mengikut perkongsian @NaufalAntezem yang mendapat hampir 5 ribu retweet di twitter, dia telah menceritakan kesan memakai mask terlalu lama mengikut pengalamannya. Jom kita baca.
Ads
Ads
Ads
Kebiasaannya tempoh masa yang disarankan adalah 15 hingga ke 25 minit. Ramai juga yang ingat lebih baik pakai sehingga tidur. Itu amalan yang silap kerana boleh mengeringkan kulit wajah.
Kelembapan itu akan hilang jika dibiarkan terlalu lama. Set alarm pada telefon jika takut terlajak!
Untuk cantik, kita mesti banyak mengikut aturan yang betul tau. Jangan mengikut andaian sendiri nanti hasilnya tidak seperti yang diharapkan pula. Selamat bercantik hijabi!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi hijabi masalah memilih warna hijab untuk disesuaikan dengan pakaian menjadi satu perkara biasa. Hal ini kerana bukan semua tudung sesuai dengan sesetengah pakaian.
Kadang-kadang sampai rasa stres memikirkan tudung mana yang sesuai dengan baju yang dipakai. Sekarang ini hijabi-hijabi mesti tengah sibuk buat persiapan baju raya bukan? Mungkin ramai hijabi yang sudah beli baju raya tapi masih tercari-cari warna tudung yang sesuai untuk dipadankan dengan baju raya yang sudah dibeli atau siap ditempah.
Memang cukup struggle untuk memilih tudung yang betul-betul match dengan pakaian. Buat hijabi yang masih belum ‘jumpa’ tudung yang sesuai dengan baju, ini tip padankan warna tudung dengan baju.
6 TIP PADANAN WARNA TUDUNG DAN BAJU
.
Semoga contoh padanan baju dan tudung yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk hijabi yang keliru memilih tudung untuk dipadankan dengan baju raya. Tak ada lah termenung lama sangat di kedai tudung tu kan?
Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada hijabi semua.
Solekan merupakan sahabat karib wanita, namun pastinya Hijabi cakna bahawa solekan tidak mungkin lengkap sekiranya anda tidak mengenakan pemerah bibir (gincu) yang tepat!
Ini kerana warna lipstik yang betul mampu menaikkan seri wajah seseorang, sekaligus memberikan keyakinan diri untuk tampil bergaya dan menyerlah dikhalayak umum. Justeru itu, Hijabista tampil mencadangkan enam warna pemerah bibir yang trending dan menjadi fenomena pada tahun ini!
Jenama lipstik terkemuka, Y.O.U memahami bertapa pentingnya gincu bagi setiap wanita, setiap wanita itu berbeza dan mempunyai pilihan kod pemerah bibir yang tersendiri. Berikutan itu, Y.O.U kini telah mencipta satu siri Bold Red Lip Mattes, yang bukan sahaja mempunyai kepelbagaian warna merah yang cantik dalam masa sama merawat bibir.
Kenapa warna merah? Haa.. Sebab tona merah merupakan antara rona warna yang klasik dan tak lapuk ditelan zaman! Malah, merah juga membawa maksud berani serta menjadikan wanita lebih berkeyakinan dan menarik.
Selain itu, warna merah juga merupakan padanan warna terbaik bagi semua jenis #ootd, tidak kira sama ada gaya retro atau moden pilihan hijabi pada Aidilfitri nanti. Justeru, inilah masa yang tepat untuk anda miliki koleksi Bold Red Lip Mattes dari Y.O.U! Bolehlah melaram di Hari Raya nanti!
Mesti anda tak sabar nak tahu apa dia enam warna lip matte yang ada dalam siri Bold Red Lip Mattes dari Y.O.U ni kan?
Warna Nude Pink bagi kod R448 (Kindness) ini akan membuatkan hijabi kelihatan lebih feminin dan extra girlish dan menampilkan gaya sopan santun dan kelembutan serta sesuai digayakan oleh pelbagai tona kulit untuk mendapatkan hasil solekan yang natural, sesuai digunakan seharian.
Warna merah saga atau lebih dikenali sebagai ‘merah mak ngah’ ini bakal mempamerkan sikap positif dalam diri anda, sekaligus memberikan aura-aura positif untuk menjalani hari. Warn aini juga turut memberi raut ceria pada wajah sangat sesuai digayakan untuk ke majlis-majlis keramaian.
Merah yang sophisticated ini memberikan mood berani sekaligus melambangkan kuasa, cita-cita, tekad dan keazaman wanita untuk turut sama berjaya dalam era permodenan dunia masa kini. Sangat sesuai diapakai untuk pergi bekerja atau menghadiri majlis-majlis formal.
Kod ini menampilkan warna merah yang elegan dan sesuai untuk mereka yang mendambakan bibir yang kelihatan lebih penuh, mungil dan seksi serta bakal menarik tumpuan orang ramai ke mana sahaja hijabi pergi. Sesuai digayakan ketika bertemujanji bersama cinta hati atau mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri.
Warna merah bata dan pic lembut ini bakal menambahkan sedikit kemanisan pada setiap aspek kehidupan anda. Dan membuatkan anda merasa muda dan manis sekali. Sesuai di pakai ketika sedang beriadah bersama kawan-kawan atau keluarga tercinta.
Warna Coklat Terracotta yang kemerah-merahan, memberikan ‘look vintage’ bagi anda yang gemarkan gaya klasik serta menonjolkan sifat wanita bebas, punyai daya tarikan tersendiri yang misteri dan membara dalam diam. Warna ini sesuai dipakai ketika menghadiri majlis makan malam.
Siri Bold Red Lip Mattes dari Y.O.U ni sangatlah best kerana ia adalah krim bibir yang diformulasi menggunakan teknolohi ‘kunci warna’ (Colour Lock) yang memberikan kemasan matte tahan lama sehingga 18 jam!
Lebih menarik lagi, Y.O.U lip matte ini diekstrak menggunakan madu Manuka dan wangian Jasmin yang halus dan lembut ketika merawat bibir hingga mampu melembapkan bibir sekaligus mengatasi masalah bibir kering dan menggelupas.
Bila bibir sihat dan lembap, maka lip matte yang dipakai pun akan tahan lebih lama tau, hanya dengan siri Bold Red Lip Mattes dari Y.O.U ni je, hijabi bukan sahaja peroleh makeup look yang menawan, tapi dalam masa sama dapat menjaga kesihatan dan keremajaan bibir juga!
Malah, dengan aplikator doe-foot menjadikan lip matte ini lebih mudah untuk dioleskan tepat mengikut bentuk bibir, hanya satu sapuan sahaja anda akan memperoleh liputan penuh.
Fuh! Memang syok weh siri Y.O.U lip matte ni, dah la kalis air dan tahan lama. Tak mudah melekat pada topeng muka ataupun permukaan kaca pulak tu. Paling best, ia sangat mudah untuk dicuci dan ditanggalkan.
Tak sabar nak tahu harga dan dimana anda boleh dapatkan Siri Bold Red Lip Mattes dari Y.O.U ini? Jangan risau sis, harganya bukanlah harga kayangan. Harganya amat mampu milik berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan iaitu bernila RM 32.90 sahaja! Murah bukan?
Jadi tunggu apa lagi, jom dapatkan Siri Bold Red Lip Mattes dari Y.O.U ini di aplikasi Shopee Y.O.U Beauty Official Store M.Y Jom, dapatkan segera dan jangan lepaskan peluang keemasan ini dan yakin bergaya bersama Y.O.U
Terdapat banyak perkara yang wanita inginkan apatah lagi menjelang tahun baharu, salah satunya ialah memiliki kulit yang cantik dan sihat. Jika anda mendambakan kulit yang licin, glowing, anjal, tanpa cela dan terhidrat yang berada di bahagian atas senarai kebimbangan kecantikan anda, mungkin petua ini dapat membantu anda.
Cara terbaik untuk meremajakan kulit anda ialah dengan menggabungkan DIY yang sesuai untuk kulit. Lihatlah 4 langkah rutin penjagaan kulit ini yang boleh membantu anda mengecilkan pori sebesar kawah, mengurangkan bintik-bintik gelap dan memberikan anda kulit cantik yang anda idamkan selama ini.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.