Beras bukan hanay nya menjadi makanan ruji rakyat Malaysia namun ia sebenarnya mempunyai manfaat untuk kecantikan.

Siapa kata untuk cantik perlu keluar modal yang tinggi? Boleh sahaja kita menggunakan barang-barang di persekitaran kita. Paling penting kita mesti rajin dan konsisten mengamalkan sesuai petua atau tip bagi mendapatkan kesan yang memberansangkan.

Berikut perkongsian Saadiah Saad menggunakan beras sebagai medium membuat produk perawatan wajah di rumah.

DIY: Rice Water Toner

Pernahkan korang cuci muka dengan air beras atau rice water.? Air beras kan SENANG dan MUDAH jumpa kat dapur.


Kalau tak pernah sebenarnya rugi bebebor kerana rice water ni boleh membersih, meratakan warna kulit dan memulihkan kulit yang rosak.

IKLAN

Rice water ni sudah diguna di Jepun beribu tahun yang lalu itulah buat kulit diorang tu sangat putih bersih taw.

Rice Water ni mengandungi Vitamin B1, C, E dan garam mineral yang sangadd bagus untuk memulihkan kesan jerawat, jeragat dan kesan parut. Best kan.
Ianya juga mampu menutup dan membersihkan liang roma yang tersumbat .

Rice water juga mengurangkan kesan-kesan kedutan macam anti aging la korang.

Okey jom kita cekidot cara menggunakannya.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan beras ( beras jenama apa pun boleh tapi cadangan terbaik guna beras jasmin atau beras putih. Jangan guna beras perang.

CARA-CARA MENYEDIAKAN RICE WATER

1. Basuh dulu beras, basuhan pertama untuk buang kotoran beras.
2. Lepas tu masukkan beras yang dibasuh dan masukkan air sampai beras tenggelam.
3. Biarkan selama 15 minit.
4. Selepas 15 minit tuang air beras ke dalam jar atau bekas yang sesuai. Dan beras tu bolehlah dimasak seperti biasa. (Jangan buang)

IKLAN


CARA PENGGUNAAN RICE WATER TONER

1. Jadikan Rice water sebagai pencuci muka. Guna sebelum atau selepas mencuci muka dengan pencuci muka yang biasa anda gunakan.
Gunakan Rice Water selalu untuk dapatkan Vitamin dan mineral untuk kulit.


2. Jadikan Rice Water sebagai toner muka.
Dap dap kan rice water pada kapas dan sapu seluruh muka dan leher. Boleh di gunakan di waktu pagi dan sebelum tidur. Untuk kesan yang berkesan.

Apabila kita cuci muka dan guna Rice water toner, kulit muka akan tegang sampai nyamuk nak geget pun melantun toink toink toink. Kulit semakin cerah dan bila pegang rasa lembut.

Sumber kredit: Facebook Saadiah Saad

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI