Perkembangan dunia digital kini memberi peluang kepada sesiapa untuk memiliki apa sahaja yang disukai dengan cara yang paling mudah. Salah satunya adalah dengan membeli belah secara online dan jangan terperanjat jika nanti akan mendapat semula pulangan wang anda. Bukan sedikit tetapi menawarkan hampir RM10 juta sempena ShopFest yang akan berlangsung mulai September ini. ShopFest ini pastinya akan menarik ramai hijabi di luar sana yang cukup gemar membeli belah atas talian.
Foto: Pinterest
ShopFest ini akan dianjurkan oleh ShopBack, peneraju platform Cashback (pulangan tunai) dalam talian. ShopFest, satu gerakan dagangan serantau yang direka untuk membantu pengguna Asia Pasifik melayari jualan akhir tahun yang rumit dan memperkasa mereka untuk membuat pilihan membeli yang bijak sepanjang festival beli-belah selama empat-bulan.
ShopFest ini akan dilancarkan di tujuh negara dengan Malaysia menjadi hentian pertama, diikuti Filipina, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan, dan Australia.
Di Malaysia, festival beli-belah perdana ini merangkumi enam acara beli-belah utama dari September hingga Disember, iaitu #MYCYBERSALE, 9.9 Rewards Day (sebelum ini dikenali sebagai 9.9 Cashback Day), 11.11 Single Day, Black Friday Cyber Monday, 12.12 Online Fever, serta Jualan Akhir Tahun Krismas dan Tahun Baru.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat semua acara beli-belah utama ini dengan mudah dan mengetahui tentang siapa, apa, bila, di mana dan bagaimana untuk membeli-belah dengan bijak melalui portal maklumat informatif www.shopfest.my.
“Selama tiga setengah tahun, ShopBack telah berkembang dari 5000 pengguna ke lebih 1 juta pengguna di Malaysia (lebih 6 juta di APAC). Ini membuktikan pengguna sangat teruja untuk mencari cara bagi mendapatkan lebih nilai bagi setiap ringgit, dan kami perlu lebih proaktif untuk membentuk cara mereka membeli-belah dengan bijak.
“Apabila kami cuba meletakkan diri kami ke dalam diri pengguna, kami menyedari bahawa jualan terbaik biasanya datang sekitar akhir tahun tetapi amat sukar untuk mengikuti timbunan acara dan tawaran yang ada.
Ads
“ShopFest menyediakan kefahaman yang mudah serta menjadi gerbang untuk pengguna menemui tawaran beli-belah dan mendapatkan bonus menarik semasa mereka membuat belian dalam tempoh empat bulan ini. Buat masa ini, kami bekerjasama dengan lebih 500 e-dagang untuk menyediakan sehingga 30% cashback untuk pengguna.
“Selepas ShopFest dilancarkan, lebih kurang 30 peneraju e-dagang seperti 11street, Lazada, Expedia, Booking.com, dll. akan menambah tawaran menjadi super cashback (sehingga 90%) dan akan menyedia hadiah bernilai lebih dari RM14 juta untuk dimenangi menerusi ShopFest Treasure Chest and Ultimate Experience,” kata Sharmeen Looi, Pengasas Bersama ShopBack Malaysia.
Sharmeen Looi, Pengasas Bersama ShopBack Malaysia.
Sementara itu Zalora yang turut berganding bahu menjayakan ShopFest yang dijangka akan menarik perhatian ramai ini turut berkata membuat persediaan lebih awal agar pengalaman pengguna tidak terjejas.
“Kami bertugas 24 jam hampir setiap masa pada Q4 tahun lepas, di mana hari paling sibuk memiliki lebih 1000 operator di waktu puncak yang dibahagikan kepada tiga syif. Adalah penting juga buat kami untuk memiliki kefahaman yang jelas tentang kualiti tawaran yang disediakan serta tahap kedalaman inventori. Lebih baik sesuatu tawaran, lebih tinggi permintaan,” jelas Pengarah Pemasarannya, Kiriat Argenio.
Ads
Foto: Pinterest
Beliau menambah, terdapat peningkatan mendadak pada trafik ZALORA setiap hari dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam, terutama di web mudah alih dan aplikasi.
“Ini adalah tempoh masa terbaik untuk berhubung dengan pelanggan kami dan memaklumkan mereka tentang pelancaran jenama baru dan lain-lain inisiatif pemasaran.
Menurut Sharmeen, bermula dari 1 September, aktiviti dalam talian serta di luar talian untuk pengaktifan ShopFest akan dikuasakan oleh ShopBack dan rakan e-dagang. Terdapat hampir RM10 juta cashback dijangka akan diberikan semasa ShopFest.
Ads
Sehingga hari ini, Shopback telah memiliki lebih 1 juta pengguna di Malaysia dan jumlah cashback yang telah diberikan sudah melebihi RM25 juta. Malah, pengguna boleh mendapatkan penjimatan ini di samping cashback kad kredit mereka dan memindahkan wang ini ke akaun bank apabila disahkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.shopfest.my atau ikuti Facebook https://www.facebook.com/ShopBackMalaysia
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tampil memberikan pandangan mengenai solekan mata bagi wanita berniqab, Ustazah Asma’ Harun ambik pendekatan ini untuk kongsi pendapatnya di laman media sosial. Bukan sahaja bagi mereka yang berniqab malah untuk semua wanita.
Niqab untuk elak tabarruj dan juga fitnah
Sumber dari Canva
Ramai yang tampil berniqab pada masa kini dan mereka kelihatan manis dan cantik. Namun, ada juga yang memakai niqab tetapi kelihatan sedikit ‘menonjol’ pada bahagian yang jelas terbuka.
Berkongsi di laman media sosial, Ustazah Asma’ Harun memberi pandangan bagi mereka yang membuat solekan mata walaupun berniqab. Ia terlalu tampak menonjolkan serta menarik untuk khalayak ramai.
Jelasnya lagi melalui video pautan yang dimuatnaik itu, bahagian mata serta mulut adalah antara ciri muka yang paling menarik. Bahkan, orang mudah tertarik untuk melihat kedua bahagian itu.
Katanya lagi, pemakaian niqab itu pada dasarnya untuk mengelakkan dari tabarruj mahupun perhatian kepada individu yang mengenakan pemakaian niqab. Maka niat di situ patut di nilai terlebih dahulu.
“Pakai niqab tetapi mata sangat cantik. Tujuan pakai niqab untuk tidak menarik perhatian. Mata dengan mulut tarikan yang kuat bagi wajah, sama ada lelaki ataupun perempuan,
“Saya bukan tujukan kepada wanita pakai niqab saja.. semua wanita lah. Cuma bila pakai niqab, keinginan lelaki untuk melihat kecantikan wanita itu kadang-kadang lebih.’ katanya.
Pendakwah bebas itu juga menegaskan bahawa kaum lelaki ini akan mudah tertarik pada mata wanita sehingga membuatkan mereka terbayangkan sesuatu yang berlebih-lebih. Oleh dengan itu, Ustazah Asma’ nasihati untuk para wanita berniqab supaya mengurangkan sedikit penggunaan solekan mata.
“Sama ada pakai niqab atau tidak, maksudnya biarlah wajah kita natural. Kecuali mungkin pakai bedak sikit, sunblock ke krim untuk menutup cela,
“Itu kalau kita baca yang ditulis oleh jabatan mufti iaitu dibenarkan syarak supaya ada keyakinan diri, diri itu lebih bersih dan kemas dengan tujuan tersebut. Jangan sampai bertabbaruj,”ujarnya lagi.
Sebagai kefahaman kita, nasihat Ustazah Asma’ adalah supaya kaum wanita yang ingin menutup aurat dengan sempurna haruslah elakkan dari solekan yang berlebihan. Khuatir kita akan terlebih-lebih sehingga menjadi tabarruj. Alangkah manis kalau kita masih menutup aurat tetapi kenalan solekan natural!
Namanya pernah berada di kemuncak industri seni suara tanah air, apabila single berjudul ‘Cinta Muka Buku’ meledak hingga menjadi siulan ramai satu ketika dahulu. Malah, mungkin ada dikalangan pembaca HIJABISTA hari ini yang masih lagi memuja figura yang juga komposer lagu yang satu ini.
Namun, tuah ayam nampak di taji, tuah manusia siapa yang tahu apabila seawal usia 29 tahun gadis kelahiran Batu Pahat, Johor ini akhirnya melebarkan sayap dan terbang begitu tinggi dalam dunia Pendidikan.
Dulu Penyanyi, Kini Najwa Latif Pensyarah Universiti!
Memetik laporan akhbar tempatan, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif kini merupakan salah seorang tenaga pengajar di salah sebuah Universiti tempatan terkemuka di Dengkil.
Bagaimanapun, Najwa memaklumkan bahawa sepanjang menjadi tenaga pengajar di peringkat Universiti, belum ada pelajar yang pernah bertanya tentang sisi peribadinya sebagai seorang artis yang membawa jenama Najwa Latif.
Tambahnya lagi, dia enggan mencampuradukkan kerjaya sebagai seorang anak seni dan pendidik, justeru Najwa memilih untuk bersikap profesional sepanjang bergelar pendidik kepada anak bangsa.
“Saya tidak pasti sama ada mereka kenal saya atau tidak. Dalam kelas pun saya kenalkan diri sebagai Miss Najwa. Muka mereka nampak biasa sahaja.
“Tapi saya profesional sahaja, sebab baru masuk,” selorohnya.
Menerusi perkembangan sama, suri hati kepada komposer Akwa Ariffin itu juga mengesahkan bahawa sejak Oktober tahun lalu, dia merupakan salah seorang pensyarah bagi program Teaching of English as a Second Language (TESL) yang berkhidmat di Pusat Asasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dengkil.
Najwa Latif Tak Marah, Cuma Akui Sedikit Terkejut
Ketika ditanya tentang respon yang diterima sebaik mengetahui berita dirinya kembali menjadi tenaga pengajar tular, Najwa berkata beliau tidak merasa marah, hanya sedikit terkejut.
“Saya tidak tahu bagaimana orang boleh jumpa maklumat saya kembali bergelar pensyarah. Saya terkejut sahaja, tapi tidak marah, kerana apa yang tular itu memang sudah tertera di dalam portal.
“Sekarang saya mengajar di UITM tapi masih terlalu awal untuk ceritakan pengalaman susah senang. Baru jumpa pelajar sebulan, mereka terus duduki peperiksaan dan cuti.
Untuk recap, Najwa Latif adalah graduan ijazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) daripada Universiti Antarabangsa Unitar dan turut memiliki sarjana dalam bidang sama dari Universiti Malaya.
Kini beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Najwa yang sebelum ini pensyarah di UNITAR telah melangsungkan perkahwinan dengan rapper dan komposer Akwa Arifin pada 11 November 2022.
Bagaimanapun, setelah dua tahun melayari bahtera rumah tangga Najwa sempat disahkan hamil sebelum mengalami keguguran cahaya mata sulung pada Disember lalu. HIJABISTA mendoakan agar suatu hari nanti rezeki menjadi seorang ibu bapa berpihak pada Najwa dan suami.
Siapa sangka tepat tekaan orang ramai mengenai jantina bayi Uyaina Arshad dan suami adalah lelaki. Namun, ramai yang tidak tahu keperitan yang dialami Uyaina ketika sedang hamil.
Tidak Cerewet Bersalin Dimana Walaupun Hospital Kerajaan
Seperti ramai yang tahu, pelakon dan pengacara itu mempunyai masalah kesihatan jantung, diuji dengan pelbagai dugaan di awal tempoh mengandung. Bersyukur fasa ketiga mengandung Uyaina dan bayi dalam keadaan yang normal, walaubagaimanapun, Raja Syahiran turut bimbang dengan keadaan isterinya yang hanya menanti hari untuk bersalin.
“No pointif kita decide to go for private hospital sekalipun nanti diorang akan revert ke hospital government jugak.” kata Uyaina.
“Nak avoid benda tu berlaku, kita pergi je dekat government hospital. So far kitorang tak specific pilih lagi. I think it the best and wisest thing to do.”
“It not hospital yang ‘kebaboom’ grand, Yana langsung tak pandang benda itu semua. Asalkan proses bersalin itu mudah.” katanya lagi mengenai pilihan hospital untuk bersalin.
Kedua pasangan ini tetap yakin dan berusaha untuk membuat pilihan yang terbaik demi kesihatan bayi dan juga Uyaina sendiri.
“Yana ada complication dekat heart, benda yang kena prepare itu, if any complication notjust segi keselamatan baby but Yana sendiri.” ujar Raja Syahiran.
“Yana akan pantang dekat rumah Ibu Syahiran tapi umi Yana duduk sekali, Confinement Lady pun ada sekali.”
“Tapi Yana just harap Yana bersabar untuk heal dengan cepat.” kata Uyaina. Mereka juga telah pun berbincang untuk berjaga di kala malam untuk menjaga keperluan bayi.
“Macam saya sendiri saya kena berjaga malam dan senang untuk tidur juga bangun.” kata Syahiran.
Uyaina Arshad dan Raja Syahiran telah mengadakan majlis “baby shower” dan mendedahkan jantina bayi. Majlis yang serba ringkas yang di adakan di Janda Baik, Pahang, disusuli sembahyang hajat bersama keluarga dan rakan-rakan.
Meraih keputusan cemerlang dan menerima anugerah terbaik akademik di universiti pastinya menjadi momen paling bermakna bagi mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Segalanya akan rasa...