Ada di antara kita yang bersolek untuk memberi fokus kepada bahagian yang cantik pada wajah tetapi ada di antara kita yang bersolek kerana terpaksa; untuk menutup cela pada wajah.
Pasti terasa segan apabila wajah kita dipenuhi dengan parut jerawat atau jeragat hitam. Penyelesaian yang segera adalah dengan menutupnya dengan produk solekan. Ia tidak salah sama sekali namun sampai bila kita mahu bergantung kepada alat solek?
Apa kata cuba beberapa cara ini untuk mendapatkan kulit yang baik tanpa cela:
1. Gunakan pelembap ‘tinted’ yang mengandungi SPF
Gunakan pelembap ‘tinted’ ini berbanding ‘foundation’. Anda bukan sahaja melindungi kulit wajah malah ia memberi sedikit sentuhan rona serta melembapkan wajah anda.
Ads
2. Minum secawan Vitamin C panas
Minum secawan air panas bersama hirisan lemon segar. Ia mampu membuang radikal bebas dari tubuh badan anda, membuatkan kulit anda kekal sihat dan semakin baik.
3. ‘Toner’ tanpa alcohol
Ads
‘Toner’ tanpa alkohol yang baik selepas mencuci wajah adalah baik untuk menyamaratakan tona kulit wajah serta membuang lebihan produk solekan pada wajah ketika waktu pagi.
4. Lakukan pengelupasan dua kali seminggu
Ads
Gunakan sama ada produk pengelupasan atau campurkan sahaja satu sudu teh ‘baking soda’ dengan satu sudu teh air. Sapu perlahan-lahan pada wajah selama satu minit sebelum bilas dengan air sejuk dan keringkan.
Berhenti menyentuh wajah anda sepanjang hari. Jangan picit atau mengopek jerawat anda dan tidak perlulah menarik atau memicit-micit wajah anda.
Cara di atas mampu memberi peluang kepada wajah anda untuk pulih dan bernafas dengan selesa. Ini hanya akan memberi kompleksi yang baik kepada wajah anda jesteru anda tidak perlu menempek produk solekan terlalu tebal. Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pembabitannya dalam politik sejak usianya masih muda lagi. Sebaik ayahanda tersayang ditahan di jeriji besi, wanita ini gigih memperjuangkan agenda pembebasan dan kebajikan rakyat hingga digelar Puteri Reformasi.
Setelah hampir sedekad berlalu, nyata wanita ini bukan lagi gadis mentah, tetapi beliau sudah cukup matang mendepani pelbagai masalah yang berlaku di sekelilingnya.
Nyata pengalaman lalu menyuntik inspirasi buat diri YB Nurul Izzah untuk terus kukuh berdiri dalam mempertahankan apa yang diperjuangkan.
Beliau yang juga wakil rakyat di kawasan Lembah Pantai begitu bersemangat setiap kali bercerita soal reformasi pada hari ini yang dikatakan sangat baik untuk masyarakat masa kini terutama dalam usaha membina negara Malaysia yang lebih adil, aman dan harmoni.
Menurutnya kita harus mempunyai keberanian untuk mengubah pentadbiran yang ada sekarang untuk menyelamatkan ekonomi yang dikatakan begitu tidak stabil atau merakyat.
Masih segar di ingatan admin kala mengadakan sesi fotografi dengan beliau untuk muka hadapan sebuah majalah. Tika itu Nurul Izzah yang masih muda menyatakan kerinduan yang tak berbelah bagi pada ayahanda tersayang.
Dan kini, tika diberitahu, beliau sudi memenuhi undangan fotografi dengan HIJABISTA, bagai orang mengantuk disorong bantal. Terus sahaja terbayang momen fotografi lalu dan ketika berdepan dengannya, sekali lagi soalan sama menerjah kotak fikiran.
“Tidak rindukah pada Dato’ Seri Anwar Ibrahim”?
Itu antara soalan yang sempat diajukan pada wanita yang kian bijak, cukup pantas dan bersemangat menjawab setiap soalan yang diajukan.
“Dato’ Seri sudah lama terpisah daripada keluarga mengikut fasa. Jika diukur dari zaman muda beliau hingga kini sudah terpisah hampir 10 tahun. Saya sering kali merasakan inilah yang dikatakan dugaan Tuhan dan ia sebenarnya lebih mengukuhkan jalinan kekeluargaan, dan juga peluang menjiwai kemelut yang dihadapi rakyat terbanyak.
“Saya amat rindukan beliau dan setiap kali berjumpa dia mengukir senyuman dan sikap optimisnya bagaimana beliau memahami masa bersama keluarga bukan bermaksud harus dihabiskan di hotel mewah.
“Masa bersama keluarga adalah nikmat tersendiri dan kita perlu mensyukuri peluang yang ada dan melakukan sebaik mungkin untuk melahirkan kesan yang positif kerana kita mahu membantu agenda rakyat.
“Beliau sangat prihatin dengan isu terkini walaupun beliau berada di sana. Saya sangat bersyukur dan setiap kali rinduannya saya akan cuba ingat semangat dan optimis beliau yang memberikan kami kekuatan sebagai sebuah keluarga.
“Selalunya cucu yang rindu untuk bertemu Papa Tok. Mereka sangat rapat dan boleh peluk cium jika berjumpa di mahkamah,” ujarnya yang dilabel sebagai wanita cukup aktif dan gigih memperjuangkan apa yang dipegang selama ini.
Melihat caranya bekerja bagai merasakan masa 24/7 seminggu ini dihabiskan untuk bekerja. Bagaimana dia menguruskan keluarganya dan tidak adakah rehat dalam kamus hidup wanita ini.
“Sebenarnya kekuatan spiritual itu sangat penting. Kita perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT. Saya harus ingat dirisaya setiap masa yang mana kita diberi nikmat hidup, bernafas, diberi keupayaan fizikal untuk melakukan sesuatu itu bagi untuk merubah masa depan. Jangan kita ambil mudah dan saya sesekali tidak boleh lepaskan peluang yang ada.
“Dan pastinya sebagai seorang Muslim, jika berkesempatan saya akan melakukan solat tahajjud dan menyempurnakan solat lima waktu. Ini kerana dengan solat itu memberi kita kekuatan dalaman yang sangat penting bagi mendepani segala cabaran.Saya melihat wanita lain juga amat kuat mengharungi hidup. Bayangkan suri rumah yang mampu melakukan apa sahaja demi keluarga mereka,” jelasnya lagi yang bersyukur kerana di belakangnya ada team yang kuat berdiri kukuh bersamanya.
Sebagai insan biasa dan telah mengharungi pelbagai dugaan sejak dulu, pastinya ada terselit rasa sedih dan beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi perasaan itu.
“Saya bersyukur kerana tidak berdiri sendiri sebaliknya mempunyai pasukan yang prihatin, teman-teman yang punya idea dan wawasan yang sama. Tentu ada masa sedih dan salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan mendengar rakaman ceramah yang disampaikan melalui youtube yang boleh dijadikan panduan dan peringatan daripada pakar yang baik.
“Selain itu saya juga akan bermain dengan anak. Tetapi saya akui saya agak strict dengan anak. Saya tidak ajar beri mereka ipad untuk memastikan mereka diam. Alhamdulillahlah anak-anak boleh ikut cara saya dan buat masa ini mereka sedang belajar bahasa Arab. Kita perlu bermain dengan mereka secara aktif. Sebenarnya rumah kami sudah tidak ada TV sejak rosak ketika ayah ditahan,” jelasnya lagi yang gemar membacakan sirah Nabi pada dua anaknya yang berumur 8 dan 10 tahun sebelum tidur.
Menurutnya dalam menarik minat golongan muda sekarang, pendekatan menggunakan media sosial amat dititik beratkan.
“Sudah tentu ia medium terbaik untuk saya memberitahu masyarakat luar apa aktiviti yang sedang dilakukan. Sementelah maklumat melalui arus perdana dikawal sepenuhnya. Jadi saya guna peluang ini melalui facebook, twetter dan instagrammenjadi medan yang paling utama untuk berkomunisasi dengan rakyat dan juga mendengar keluhan rakyat terutama golongan warga emas, wanita dan anak muda yang bimbang tentang masa depan mereka.
“Golongan muda lebih mudah dan begitu lincah untuk berinteraksi. Mereka tidak ada masa untuk melihat surat khabar, sebaliknya menggunakan medium ini untuk menerangkn segala usaha yang dilakukan misalnya jika saya ada melawat kebakaran dan media sosial menjadi medan untuk menerangkan segala usaha yang dilakukan..
“Facebook live dan juga portal berita online juga sangat penting. Saya juga banyak belajar daripada mereka yang sangat lincah untuk berkomunikasi dan lebih arif soal trend,”tambahnya yang tidak terkecuali menjadi mangsa ‘hater’.
Namun beliau ada cara tersendiri untuk menangani dan perlu bersikap tenang. Tidak salah menjawab tetapi perlu berdasarkan prinsip yang jelas.
Ayuh, kita selami soalan lain yang tidak terjangkau fikiran di sebalik karakter diri sebenar Nurul Izzah. Rupa-rupanya beliau juga meminati fesyen walaupun hanya setia menggayakan tudung bawal menutup hijabnya.
1.Istiqamah dalam perjuangan
2.Peramah dan pemalu
3.Gelak ketawa kuat
4.Sangat vokal apabila memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat
5.Mencari penyelesaian
Bersukan perlu untuk pastikan kolesterol rendah dan tekanan darah tidak begitu tinggi. Kita perlu bersenam
Pamerkan perkara positif tetapi pada masa sama kena ambil kira kritikan membina. Pernah juga google untuk diri sendiri teta[pi lebih untuk maklum balas dan pandangan orang.
Cuba maksimumkan masa dengan ibu. Beliau adalah pemimpin dan individu paling bersabar pernah ditemui. Azam saya tahun ini untuk lebih hormatkan dan menyayangi ibu lebih baik dari sebelumnya.
Lebih mudah dan ringkas dan dapat bantu saya menjalani tugasan lebih berat. Saya memang sukakan tudung bawal kerana dapat menyerap peluh jika seharian mengenakannya dari pagi hingga malam.
Minat kerana mahu membantu daya keusahawanan orang muda dan wanita. Terkesan dengan kejayaan Vivy Yusof. Jemputan itu satu penghormatan buat saya dan hadir beri sokongan.
A post shared by FashionValet (@fashionvaletcom) on
Menjaga setiap malam sebelum tidur. Minum air mencukupi. Dulu memang ada masalah jerawat serius ketika belasan tahun tetapi saya kemudiannya terus menitik beratkan penjagaan muka.
Saya mahu menjadi Saintis dan pilihan kedua adalah Polis.
Ketakutan? Itulah perasaan yang selalu jelas kelihatan ketika mereka bercakap anda melihat ada garis-garis halus di dahi. Pelbagai kajian menyatakan semakin dalam kedutan dahi, semakin tinggi risiko penyakit kardiovaskular, menurut pakar.
Mengaitkan kedutan dahi yang mendalam adalah cerminan faktor gaya hidup usia, diet tidak sihat, tekanan dan lain-lain yang menyumbang kepada risiko kardiovaskular yang lebih tinggi. Terdapat juga banyak sebab lain yang mungkin menyebabkan kedutan dan cara untuk mengelakkannya menjadi lebih dalam.
Keluar dari retinol dengan segera, setelah peratusan anda terlalu tinggi, sangat sukar untuk kembali dan perhatikan persekitaran anda. Adakah anda memakai pelindung matahari? Pelembap cukup? Mengelupas seminggu sekali? Bagaimana kehidupan anda?
Penyelidikan mendapati bahawa tekanan luaran dan dalaman boleh menyebabkan “formasi” yang merosakkan Sumber Dipercayai pada kulit seseorang. Segalanya dari tekanan luaran dan pencemaran metropolitan yang mendatangkan malapetaka pada kulit anda dalam bentuk jerawat atau sedikit pembentukan kedutan.
Cubalah ini: Cubalah meditasi pagi, senaman postur iaitu tekanan dapat mengubah cara anda membawa badan, atau mengubah diet anda. Cadangan lain merangkumi pembuatan tonik buatan sendiri untuk membawa kembali langkah anda dan memeriksa rutin penjagaan kulit yang dipermudahkan ini.
Awal 30-an masih terlalu muda untuk menggunakan bahan kimia yang lebih kuat. Jimatkan wang anda untuk retinol dan pertimbangkan pengelupasan kimia ringan dengan asid wajah. Sel kulit mati dapat membina dan menggelapkan penampilan kedutan. Anda juga mungkin perlu melabur dalam beberapa serum vitamin C, jika anda belum melakukannya.
Sudah tentu, kulit yang menghampiri usia 40-an boleh menjadi kurang terhidrat. Oleh itu, di samping pengelupasan, pastikan untuk melembapkan dengan krim malam dan minum banyak air setiap hari sepanjang hayat anda. Kedua-duanya bekerja dalam usaha untuk mengembalikan keanjalan kulit anda dan mengurangkan kedutan.
Cubalah ini: Matlamat untuk minum lapan gelas air tulen setiap hari. Selepas pelindung matahari, penghidratan adalah langkah terpenting seterusnya untuk membiarkan kulit anda mencapai tekstur yang terbaik dari yang terbaik.
Sebilangan asid, seperti asid laktik, dapat memberikan kesan pelembab. Atau pastikan untuk membeli produk yang mengandungi asid hyaluronik.
Asid terbaik untuk :
Inilah masanya untuk berjumpa dengan pakar dermatologi dan periksa senarai retinoid, terutamanya jika anda telah menyelesaikan senarai semak untuk menangani kesihatan mental dan kesihatan kulit anda.
Faktor lain yang harus anda pertimbangkan adalah perubahan persekitaran atau tabiat gaya hidup anda. Adakah cuaca sudah berubah? Adakah pengudaraan pejabat anda dipersoalkan? Adakah anda membuat perjalanan lebih banyak dengan kapal terbang?
Kulit pada usia 40-an hingga 50-an boleh menjadi kurang terhidrat dan menghasilkan sebum yang lebih sedikit, yang bermaksud akan lebih reaktif terhadap perubahan persekitaran dan tekanan.
Umur 40-an hingga 50-an juga berlaku ketika kebanyakan orang benar-benar merasakan perubahan hormon dengan kesan fizikal pada badan mereka. Anda mungkin melihat kenaikan berat badan atau kelenturan terhad. Umur 50-an anda juga tiba masanya untuk menilai semula tabiat diet dan senaman anda kerana risiko anda untuk penyakit kardiovaskular juga meningkat.
Cubalah ini: Duduk, tarik nafas, dan lihat apakah ada perubahan yang dapat anda lakukan untuk menyokong badan anda. Pertimbangkan untuk makan lebih banyak makanan anti-oksidan. Melabur dalam pelembap tugas berat dan semburan air mawar ukuran perjalanan.
Pakar juga mengesyorkan dermarolling untuk meningkatkan pengeluaran kolagen anda. Sekiranya anda masih tidak melihat perubahan dan ingin pergi ke kedalaman yang lebih serius, tanyakan kepada pakar dermatologi anda mengenai rawatan laser.
Semak tanda kedutan dahi:
Dengan kemajuan teknologi dan penyelidikan, Laneige, jenama penjagaan kulit Korea yang terkenal, dengan bangga memperkenalkan Perfect Renew Youth Retinol Eye Cream For Face sebagai tambahan terbaru untuk rangkaian anti-penuaan. Laneige telah menyempurnakan formulasi yang lebih dari sekadar mencegah kedutan, tetapi juga untuk mengurangkan kedutan dan meningkatkan menegangkan kulit.
Formula selamat untuk pemula ini sesuai untuk seluruh wajah dengan ketulenan Retinol 95% yang selamat yang merangsang pengeluaran kolagen dan mengurangkan jumlah kedutan dan liang pori. Ia juga dibuat dengan 90% Tripeptide Perancis tulen, kompleks dari 3 asid amino penting yang merangsang penghasilan prokolagen pada kulit untuk meningkatkan keanjalan untuk menegangkan dan menganjalkan kulit. Rangsangan kolagen juga disokong oleh Asid Hyaluronik 5D untuk mencegah degradasi kolagen, membantu penyerapan retinol dan menggebukan kulit.
Koktail ramuan powerhouse terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kerutan dahi sebanyak 17.5%, keriput glabella (antara kening) 12.8%, kaki gagak 32.7%, garis senyum 22.8%, kerutan kontur mulut sebanyak 21.5% dan garis leher sebanyak 11.7% selepas hanya satu (1) minggu penggunaan. Selanjutnya, ujian klinikal mendapati bahawa kerutan di sekitar kawasan mata berkurang sebanyak 34.8% * dan kekencangan kulit meningkat 30.1% * setelah penggunaan selama 4 minggu.
Laneige juga telah mengembangkan pembungkusan sistem kedap udara 3-langkah yang unik yang dipatenkan bersama dengan tiub aluminium 9-lapisan untuk pelindung udara yang lebih tinggi untuk memastikan penyimpanan yang stabil dan mencegah kerosakan mendasar bagi manfaat Retinol yang terdedah kepada oksigen dan cahaya.
Walaupun jumlah kedutan boleh menyebabkan orang lain menganggap anda lebih tua Sumber Dipercayai, ingatlah bahawa tidak ada alasan untuk menghapusnya kecuali itu yang anda ingin lakukan. Bagaimanapun, sains mengatakan, semakin tua anda, anda akan lebih bahagia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa tak kenal penyanyi no.1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tarudin, yang juga merupakan penerima Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak 25 kali.
Mencipta nama besar dalam industri seni negara, punyai syarikat kecantikan BeauSiti yang perlu diuruskan, seorang isteri dan juga ibu yang menguruskan keluarga serta rumahtangga. Ini semua membuatkan Siti juga tak terlepas dari mengalami tekanan seperti orang lain.
Namun, bagi Siti tiada masalah yang tak punya jalan penyelasaiannya, justeru ini beberapa langkah yang dilakukan Siti ketika berdepan tekanan.
“Seperti mana orang lain, saya juga turut berdepan dengan stres. Bila saya berdepan dengan sesuatu yang boleh membuatkan saya stress, saya akan cuba bertenang dan saya akan cuba positif diri.
“Malah, saya akan cuba bercakap dan pujuk diri saya sendiri. Perkara ini amat penting. Sebab kalau kita nak ikutkan hati sangat, macam-macam boleh berlaku. Bak kata pepatah, ikut hati mati.
“Jadi, saya akan bercakap kepada diri saya: Tidak apa Siti, bertenang. Jika ada benda yang negatif, kita proses balik perkara itu dan kita nilai semula. Kenapa ia berlaku dan apa yang perlu kita buat atau lakukan selepas itu.
Menurut Siti, perkara yang paling penting dalam menguruskan Stress ialah dengan tidak terlalu memikirkan masalah yang dihadapinya itu.
Malah, Siti berkata dia tidak pernah mempersoalkan sesuatu masalah yang dihadapi, kerana enggan fikiran negatif ‘memakan diri’ sehingga tekanan menjadi berlarutan dan bertambah buruk.
“Kita jangan meratapinya dan mempersoalkannya sehingga kesedihan kita itu berlarutan. Kita harus fikir apa yang kita boleh buat selepas itu untuk kita bangkit semula.”
Menerusi ‘confession’ ini, Siti akui sejak bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata kini. Adakalanya dia juga stress ketika berdepan dengan ‘peel’ dan karenah anak-anak yang bermacam ragam dan dalam masa yang sama perlu menguruskan aktivitinya sebagai wanita berkerjaya.
Untuk rekod, menerusi laman sosial miliknya Siti berhasrat untuk berkongsi bersama peminat berkenaan cara bagaimana dia menangani masalah yang dihadapi dalam kehidupan, menerusi sebuah slot perkongsian dikenali sebagai ’10 Hari 10 Minit 10 Tips Kehidupan Siti Nurhaliza’.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Oil gritting viral dikatakan mampu menghilangkan blackhead dengan mudah. Namun, pakar dermatologi menjelaskan risiko dan alternatif yang lebih selamat.