Tahi lalat bukan ada di tubuh badan kita sahaja malahan ada juga di hijab atau pakaian. Tahi lalat pada hijab atau pakaian adalah merupakan bintik-bintik kecil berwarna hitam. Mesti semua pernah menghadapi situasi baju ataupun fabrik dipenuhi tahi lalat atau kulat kan.
Kulat tumbuh pada pakaian berpunca akibat pakaian tidak kering atau lembap. Tahi lalat pada pakaian biasanya adalah disebabkan oleh kelembapan. Mungkin kita tidak perasan ada pakaian basah atau lembap di dalam bakul baju.
Jika pakaian kita sudah terkena tahi lalat ini, pakaian tetap akan nampak kotor walaupun ianya sudah disental berulang kali. Nak pakai pun malu. Sudahnya tidak dipakai dan dibuang begitu saja.
Sebenarnya terdapat cara mudah untuk hilangkan tahi lalat pada hijab serta beberapa fabrik lain yang boleh anda lakukan sendiri di rumah. Jimat dan berkesan.
Ikuti 5 tip berkesan seperti yang dikongsikan di bawah ini.
1. CUKA
Cuka adalah bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk membunuh kulat serta menghilangkan baunya yang kurang menyenangkan. Ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif atau mereka yang ingin mencuci pakaian bayi.
CARANYA: Campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air dan rendamkan selama sekurang-kurangnya 1 jam. Cuci bahagian berkulat dengan menggunakan sabun pencuci / detergen. Gunakan air yang sedikit hangat semasa memberus dan membilas pakaian supaya kulat lebih mudah ditanggalkan.
Ads
Jika ingin digunakan pada fabrik lain seperti sofa atau langsir, masukkan larutan cuka ini ke dalam botol spray dan semburkan terus pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian gosokkan dengan berus yang sesuai dan bilas seperti biasa dengan sabun detergen.
2. BAKING SODA
Selain menggunakan cuka, boleh juga menggunakan baking soda sebagai salah satu cara menghilangkan tahi lalat pada hijab mahupun pakaian. Ianya efektif untuk digunakan dalam bentuk pes atau secara terus. Seperti cuka, ia juga boleh menyerap bauan yang keluar daripada kulat.
CARANYA: Membuat pes baking soda. Campurkan sedikit air pada baking soda dan terus sapukan pes ini pada bahagian fabrik yang berkulat. Biarkan seketika dan kemudian beruskan seperti biasa.
Ads
Jika kulat masih belum tanggal, tambahkan sedikit cuka putih pada serbuk baking soda tersebut. Kedua-dua bahan ini sering digunakan bersama kerana ia berkesan membunuh spesis kulat yang berbeza. Melalui pemerhatian, cara ini adalah yang paling berkesan dan digemari oleh ramai ibu-ibu!
3. JUS LEMON DAN GARAM
Perahkan sebiji lemon dan campurkan jus lemon tersebut dengan sedikit garam sehingga ia menjadi pes.
CARANYA: Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian yang bertahi lalat. Kemudian, beruskan seperti biasa. Anda juga boleh merendamkan hijab atau pakaian dalam larutan lemon dan garam ini dalam air suam selama 1 jam. Selepas itu, bilaskan seperti biasa.
Ads
4. PELUNTUR
Peluntur (bleach’) adalah sebuah kompaun yang sangat kuat dan berkesan untuk membunuh kulat pada pakaian. Namun, ia juga akan melunturkan warna. Jadi, cara ini hanya sesuai untuk pakaian berwarna putih sahaja ya!
Caranya: Larutkan sedikit peluntur bersama air dan gunakan berus untuk menanggalkan tahi lalat tersebut. Taburkan sedikit sabun pencuci serbuk dan ulangi langkah ini beberapa kali sekiranya ia masih belum tanggal.
Sebaiknya, gunakan air yang sedikit hangat untuk membilas dan mencuci hijab atau pakaian tersebut. Sekiranya hijab daripada fabrik satin dan sensitif, rendamkannya dalam larutan peluntur selama sekitar 20 minit, mengikut sukatan pada produk.
5. VANISH
Selain peluntur, satu lagi produk boleh anda gunakan adalah serbuk atau cecair ‘vanish’ yang boleh dibeli di pasaran. Ia sesuai digunakan pada pakaian putih mahupun yang berwarna.
Caranya: Sapukan ‘Vanish’ pada bahagian fabrik yang ada kesan tahi lalat, dan biarkan seketika sekitar 5-10 minit. Kemudian, beruskan sedikit dan bilas. Selepas itu, cuci seperti biasa dengan sabun pencuci.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelbagai amalan dan doa yang boleh kita pratikkan untuk cantik berseri. Khasnya untuk hijabi tidak perlu pemakaian skincare untuk membantu menaikkan seri muka malah sekiranya kita amalkan potongan ayat-ayat al quran insyallah memberi manfaat yang besar.
Dua potongan ayat dari surah dalam Al Quran ini baik untuk dijadikan amalan harian terutama setiap kali selepas lakukan solat fardhu. Kedua-dua ayat pendek ini mengandungi manfaat yang besar. Namun ada cara dan syarat untuk melakukannya.
Seperti yang dikongsikan Ruqyah Sufi, inilah doa kecantikan untuk menaikkan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf. Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajahnya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.
SYARAT AMALKAN 2 DOA INI:
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan… Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh membentuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapa mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
SURAH YUSUF AYAT 4:
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud Surah Yusuf Ayat 4 : (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku”.
SURAH THAAHA AYAT 39:
PERLU DIKETAHUI :
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Jadi dua potongan ayat inilah menjadi solusi untuk cantik berseri dan mengeratkan silatulrahim.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Seperti yang kita sedia maklum model dan pelakon yang kini juga bergelar usahawan, Yatt Hamzah memang sudah lama melakukan penghijrahan dengan memilih penampilan sesuai sebagai seorang wanita Muslimah.
Justeru, melihat kisah beberapa selebriti yang sudah tidak lagi berhijab, Yatt turut memberi nasihat serta pesanan berhubung isu ini.
Terdahulu, Yatt Hamzah pernah memuatnaik posting di media sosial memberikan beberapa nasihat berguna kepada orang ramai, selepas ramai yang bertanya padanya bagaimanakah cara yang dilakukanya untuk istiqamah selepas hijrah.
Istiqamah Selepas Hijrah
Menerusi hantaran berkenaan Yatt mendedahkan bahawa dia kerap menerima soalan berhubung istiqamah.
“Ramai sangat yang tanya, “Macam mana boleh Istiqamah lepas Hijrah?” “Susah tak nak istiqamah?”
“Jawapannya, nak berubah jadi baik pun dah susah. Nak istiqamah lagi lah susah,” jelas Yatt.
Nak Berubah Kena Berkorban
Bagaimanapun, Yatt berkata jika kita mendambakan ‘istiqamah’ kita haruslah berusaha dan menetapkan hati serta pendirian untuk ke arah itu. Ini termasuklah dengan rela melakukan pengorbanan seperti meninggalkan zaman lampau serta kejahilan.
Malah, jika disoal adakah Yatt pernah terdetik untuk kembali ‘Free Hair’, ini respon yang diberikan oleh pelakon filem Impak Maksima itu.
“Ada tak rasa nak buka tudung balik? Allahu dalam mimpi pun saya tak rela, tak sanggup. Wallahi..” tegas ibu kepada empat cahaya mata itu.
Caranya bukan mudah tapi pengakhirannya pasti indah. Ramai yang juga tertanya-tanya figura ini yang mempunyai susuk tubuh yang lampai, sentiasa senyum pasti mudah untuk berhijrah apatah lagi dikelilingi wanita-wanita yang baik penampilannya.
Namun akui Yatt ianya bukan mudah, apa yang pasti perlu cari kawan-kawan yang benar-benar soleh dan solehah.
Nak Hijrah Jangan Mengalah
Hijrah dan istiqamah memang tak mudah tapi jangan pernah Mengalah. Perlu ingat misi untuk berubah kerana Allah, apatah lagi dugaan dan nikmati dunia yang Allah beri tidak pernah salah alamat kepada insannya.
Yatt Hamzah mendoakan mereka yang ingin berubah, agar sentiasa kuat dengan dugaan yang datang. Berubah jadi lebih baik dan ajak ramai lagi jadi baik, tidak perlu menghentam patah lagi memandang rendah pada mereka sesuka hati. Gunakan kasih sayang yang Rasulullah ajarkan, insyallah kita semua dimasukkan ke syurga bersama-sama.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Sepanjang hari menjalani aktiviti harian, tiada apa yang diimpikan hijabi salah satu perkara yang kita nantikan pada akhir hari adalah tidur malam yang nyenyak dan bangun keesokan harinya dengan kecantikan yang sempurna.
Tidur yang nyenyak bukan sekadar kemewahan yang dialu-alukan, tetapi juga keperluan dalam membantu anda mengisi semula kecantikan untuk masa hadapan. Pilihan khas yang mesti dimiliki bagi membantu anda bangun tidur untuk kulit segar, rambut bersinar dan bibir mekar. Anda hanya perlu 5 produk ini untuk memenuhi ritual kecantikan malam anda:
Berikan keindahan tidur anda dengan fasa baru dengan Overnight Glow Mask Sephora Collection yang terasa subur dan ringan pada kulit dengan tekstur gel airnya yang unik. Mampu mengelupaskan kulit dengan lembut semasa anda enak diulit mimpi, membolehkan anda bangun dengan kulit yang lebih cerah dan lembap.
Tidur nyenyak sambil memastikan kulit anda lebih ketat dan tegang dengan Overnight Firming Cream Sephora Collection yang menghidrat dan menyuburkan kulit. Formulasi sensitif dari alga laut dan peptida semula jadi menjanjikan untuk menyuburkan, menenangkan dan mengencangkan kulit dengan setiap sapuan.
Ucapkan selamat tinggal dan selamat malam untuk rutin kecantikan malam yang rumit dan sapukan topeng tidur tanpa kekalutan yang tidak memerlukan pembilasan. Masker ini mencairkan kulit dengan mudah dengan tekstur gel yang melenting. Bahan dari buah lychee berkhasiat, susu almond dan Pickly Pear yang akan memuaskan setiap keinginan kulit.
Berbilang tugas memenuhi pelbagai topeng dengan masker tidur rambut kolek si Sephora. Topeng ini berjanji untuk menghidupkan kembali rambut yang kelihatan kusam kerana ia memberi khasiat dari dalam. Dibuat dengan lebih dari 91% bahan semula jadi seperti Kelapa, Mangga, Grapefruit & Aloe Vera, Bahan unggul rambut ini akan menghidupkan kembali keindahan rambut anda semasa anda tidur.
Bangun dengan senyuman mekar di bibir, tekstur bibir yang lebih lembut dan dengan Masker Tidur Bibir koleksi sephora yang disusun dengan formula vanilla dan strawberry yang kaya, menyuntikkan bibir anda dengan khasiat dan penghidratan yang penting sepanjang tidur.
NOTA: Menariknya! Promosi eksklusif anda boleh membeli terus di artikel ini dengan klik nama jenama dan boleh beli di atas talian. Terima set penjagaan kulit 2 keping dengan setiap pembelian 2 produk penjagaan tidur dari SEPHORA COLLECTION. Gunakan kod promo “SLEEPTIGHT”. Terdapat dalam talian dan dalam aplikasi sahaja. Sah dari sekarang hingga 4 Mac 2021. * T&C terpakai
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...