Perkahwinan dianggap sebagai penyatuan jiwa sepasang insan dalam cara yang dihalalkan. Namun sebagai isteri, tahukah kita apa nafkah yang perlu diberikan oleh suami selain kewajipan zahir dan batin. Jika tidak diberi, akan tanggung akibatnya nanti.
Sememangnya wang perbelanjaan rumah tangga merupakan kewajipan suami sebagai ketua rumah tangga bagi memenuhi keperluan isteri dan anak-anaknya agar kehidupan menjadi lebih sempurna.
Kredit foto: Pinterest
Persoalan ini turut diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus bagi memberi kepastian berkenaan soal nafkah.
Soalan:
Jika suami sudah sediakan makan minum, tempat tinggal, pakaian dan segala keperluan rumah, adakah suami perlu memberi duit setiap bulan kepada isteri?
Jawapan Ustaz Azhar Idrus: Jika suami telah menyediakan tiga perkara iaitu makan minum, pakaian dan tempat tinggal, maka dia telah dikira menunaikan nafkah isteri.
Ads
Jika isteri duduk di rumah tak buat kerja apa-apa, tak masak, tak basuh baju, makan order dari restoran saja, baju hantar dobi, dia tak kemas rumah, dia tak melahirkan anak, tak jaga anak, tapi dia hanya main Facebook siang malam 24 jam, maka tak perlu lagi beri duit belanja setiap bulan.
Tapi jika isterinya membuat kerja-kerja di rumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya, maka suami kena lah beri duit untuk isteri setiap bulan. Tak perlu tunggu isteri minta baru nak beri, jadilah suami yang gentleman. Diakan isteri kita yang kita duduk tergila-gila sebelum akad nikah dulu. Jangan buat tak ingat pulak.
Ads
Kredit foto: Pinterest
Jangan lupa, isteri juga yang mengandung sembilan bulan dan dia yang menggadai nyawa melahirkan anak kita dengan kesakitan yang amat sangat semasa nak keluar anak. Suami ada rasa sakit begitu? Tak ada. Yang adanya suami hanya duduk mundar-mandir saja di luar bilik bersalin, kadang-kadang siap mengorat nurse lagi.
Ads
Jadi, suami cuba fikirlah sama ada dengan memberi seribu ringgit sebulan untuk isteri itu cukup atau tidak berbanding dengan kesakitan dia melahirkan anak, kesusahan dia menjaga anak, beri susu anak, basuh berak anak, dan sebagainya.
Lain orang lain kisah penghijrahannya. Ini kerana hidayah Allah datang dalam pelbagai bentuk berbeza. Begitu juga dengan pelakon berdarah kacukan Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross atau nama komersialnya Catriona Ross antara selebriti yang turut melakukan penghijrahan. Kisahnya sedikit unik kerana faktor sayangkan kos ‘hair extension’ menyebabkan dia belum terbuka hati untuk berhijrah. Menceritakan kisah penghijrahanya lima tahun lalu itu dalam laman sosial facebook Zayan FM dan ditonton hampir setengah juta pelayar medium ini.
Menurut Cat selepas dia mengalami kemalangan pada 2007, kira-kira 11 tahun lalu dia mula mencari siapa dirinya yang sebenar setelah sembuh dari kemalangan ngeri berkenaan. Kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan itu telah menyebabkan dia mengalami patah dua belah kaki, tangan kanan dan terpaksa berehat di atas selama katil.
“Pada tahun 2008 saya mula rasakan jiwa saya ketika itu sudah mula kosong. Rasa macam apa yang saya nak buat ini. Tetapi waktu itu saya sudah mula kembali kepada industri ini dan mula shooting semula. Dan alhamdulillah saya memang ada banyak projek.
“Ketika itu saya rasa Allah dah bagi jalan balik dan saya sudah merasakan diri saya cukup sempurna. Waktu itu saya sudah boleh berjalan dan boleh berlari balik. Saya terfikir ketika itu takkan nak pakai tudung sekarang memandangkan usia saya masih muda. Baru 26 tahun 27 tahun,” ceritanya tenang.
Menurut Cat ketika itu daripada mencari kekuatan untuk memakai tudung, dia memilih untuk pergi ke salun.
“Saya pergi salun dan tanya saya nak pakai ‘hair extension’ dan mahukan ia dari rambut semulajadi. Rambut semulajadi ini maknanya rambut yang berasal dari rambut manusia yang mereka potong dan sambung balik menjadi ‘hair extension’.
“Saya tak nak pakai yang sintetik sebab keras, tak cantik, payah nak jaga dan sebagainya. Jadi saya pun mula pakai ‘hair extension’ dan rambut tiba-tiba panjang sampai pinggang. Saya rasa penampilan sangat meletop ketika itu,” tambah ibu kepada tiga orang cahayamata ini.
Namun penghijrahan yang dilalui oleh Catriona bermula sedkit demi sedikit. Ketika itu sudah sampai satu tahap persoalan yang berlegar di fikirannya bagaimana kalau mahu bersolat.
“Saya fikir dengan rambut begitu bagaimana saya mahu solat. Saya bukan tak tahu hukum hakam agama mengenainya. Saya tahu tetapi untuk ‘mengenyangkan’ jiwa yang kosong ketika itu mungkin saya mahukan sesuatu yang baru untuk diri saya.
“Hampir setahun saya pakai ‘hair extension’. Dan sepanjang tempoh itu saya tahu kalau saya solat pun memang tidak akan sah dan tak akan diterima. ini kerana wuduk tak sampai dan sebagainya,” tambah Cat yang rancak bercerita tentang pengalaman ‘hair extension’ yang dipakainya.
Sepanjang memakainya memang Cat tidak nafikan dia mendapat pujian dari teman-temannya.
“Mereka puji rambut kita nampak sangat sihat, lebat dan panjang. Sudahlah harganya mahal. Bayangkan satu ‘extension’ berharga RM85 dan ada sebanyak 35 ‘extension’. Takkan saya nak buang macam itu saja.
“Dan saya anggap ini seperti satu perlawanan. Perlawanan tentang apa yang sebenarnya saya nak buat dengan hidup ini. Dengan keadaan sekeliling yang mana orang masa itu seakan-akan menyokong apa yang anda buat,” katanya.
Menurut Catt juga perbuatan dia membuat ‘hair extension’ turut mendapat perhatian ibunya.
“Tapi ibu saya memang tahu. Orang tua memang tahulah. Dia datang rumah dan saya nampak dia perhatikan rambut saya dan kata “Lebat lain macam rambut anak aku yer. Panjang sangat” Kemudian dia tanya saya “Dah sembahyang” Saya pandang dia dan nak jawab dah sembahyang memang tak buat pun,” jelasnya lagi.
Daripada situ sampai satu tahap Catriona rasa segalanya sudah cukup baginya. Dia mula buang semua itu (hair extension) dan cari kekuatan untuk memakai tudung.
“Saya mendapat sokongan dari ahli keluarga terdekat. Emak saya , emak mertua dan juga suami. Sampai suami saya tanya saya “Memang bersedia itu pakai macam ni?. Saya jawab ‘Betul dan pasti. Bila dia tanya “Macam mana nanti nak kerja” saya katakan pada suami, “Adalah itu rezeki Allah bagi,” katanya lagi.
Dia yang kini aktif semula di bidang seni setelah empat tahun menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak-anak.
Sebelum mengakhiri pengalaman hijrahnya, Cat turut menitipkan pesanan buat mereka yang ingin berubah agar lakukan sahaja.
“Siapa yang ingin berubah, lakukan sahaja. Sebab kalau kita fikir silap langkah kita mungkin akan tangguh benda itu. Jadi jangan tangguh benda itu dan buat saja. Tapi cari rakan-rakan positif yang boleh kuatkan jiwa anda,” jelasnya lagi.
Bila tiba saat kehilangan orang yang tercinta, alangkah beratnya hati ini dan tidak dapat kita bayangkan pilu rasanya. Begitulah yang di kongsikan oleh seorang lelaki ini apabila memakan masakan terakhir arwah ibunya.
Tular baru-baru ini perkongsian dari seorang lelaki di TikTok yang menunjukkan dia sedang makan masakan arwah ibunya. Dengan penceritaan melalui teks, lelaki itu juga kelihatan sayu sambil menghisap daun yang ada dalam masakan itu.
Menurutnya pemilik akaun @1milion.story, pemergian ibunya itu merupakan satu berita sangat mengejutkan buat dirinya. Jadi itu merupakan masakan terakhir arwah ibunya yang boleh dia nikmati.
Katanya lagi, arwah ibunya seolah-olah tahu dan banyak menyimpan masakan lebihan di dalam peti seju beku. Persiapan yang cukup tidak sangka buat dirinya dan masa yang terlalu singkat.
“Air tangan terakhir mama sebelum dijemput Ilahi, aku hisap sisa daun ini tinggal kenangan terakhir,”
“Maafkan adik mama, adik tak sempat mintak ampun detik akhir sedar-sedar mama dah tak bernyawa. Sampai hari ini hati adik masih pilu.” tulisnya lagi.
Namun, setiap apa yang dia katakan itu bukanlah satu tanda dia tidak reda dengan pemergian ibunya. Cuma lelaki tersebut agak terkilan dan masih dalam fasa terkejut dan rindu dengan pemergian yang tiba-tiba.
Pemilik akaun @1milion.story itu juga menjelaskan pemergian ibunya itu ketika 16 November 2022 yang lalu. Arwah ibunya dijemput Allah SWT saat selesai solat Dhuha dalam pangkuan ribanya.
“Now I know why you always told me to be strong. You knew that one day I would need the strength to bear your loss.” titipnya dalam pautan video itu.
Meninjau di ruangan komen, ramai juga yang senasib bersama lelaki tersebut. Ada juga yang turut menyimpan masakan terakhir arwah ibu mereka bahkan menjadi satu ubat rindu buat mereka.
“Mak saya meninggal dah 37 hari…masakan terkahir mak masak masih saya simpan dalam peti. Walau dah tak boleh makan, saya bahagia tengok makanan itu ada dalam peti ais,
“Arwah ibu masuk ICU masa hari raya. Tapi arwah buat ketupat awal simpan dekat peti ais. So pagi raya kami adik-beradik boleh makan, sedih,
“Betul…masakan mak jadi lagi sedap bila mereka nak pergi. 2 minggu sebelum mak aku pergi dia masak asam pedas and aku rasa itu paling sedap and last.” kongsi warganet di ruangan komen.
Ibu kepada Evie Khadeeja yang juga pelakon, Intan Ladyana kini jarang dilihat menghiasi kaca televisyen sejak bergelar isteri kepada pelakon muda, Harris Alif.
Namun, menerusi hantaran Instagram yang dimuat naik oleh Harris baru-baru ini, berkisarkan percutian mereka diatas sebuah cruise mewah telah mengundang rasa teruja khususnya buat peminat Intan Ladyana, apabila dia terlihat manis mengenakan hijab di sisi suami, sambil mendukung anaknya.
Penampilan Intan yang minimalis dan bersahaja menggayakan tudung bawal berwarna light gray itu menjadi perhatian dan sorotan netizen, yang rata-ratanya gembira dengan perkembangan positif ini.
Selain itu, ramai yang mendoakan Intan agar kekal istiqomah untuk menutup aurat, sekaligus berharap agar Intan terus mengekalkan penampilannya untuk bertudung, di masa hadapan.
Namun, setakat ini tiada sebarang pengesahan yang dilakukan oleh Intan mahupun Harris mengenai penampilan terbaharu yang dipaparkan itu, bagaimanapun Hijabista mendoakan agar perkara baik sebegini, dapat dikekalkan oleh Intan.
Untuk rekod, Intan Ladyana dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu, perkahwinan mereka telah diserikan lagi dengan kelahiran cahaya mata perempuan pertama yang diberi nama Evie Khadeeja, yang kini sudah pun menjangkau usia sembilan bulan.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.