Akibat menggunakan telefon bimbit sewaktu sedang menuruni tangga, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini terpaksa bergantung kepada kerusi roda bagi menyenangkan pergerakannya.
Menerusi akaun twitternya @cheminahsayang, Tunku Azizah Aminah yang berkongsi kisahnya mengenai insiden yang terjadi itu. Waktu itu, baginda sedang khusyuk melayari twitter sehingga tidak menyedari langkah kakinya di tangga hingga terpelecuk.
Kaki baginda telah mengalami ‘hairline fracture’ atau terseliuh akibat insiden itu. Walau bagaimanapun, Tunku Azizah dilihat begitu bersahaja dan masih boleh bergurau mengenai kejadian yang menimpa dirinya. Baginda mengatakan ianya sebagai ‘kecederaan media sosial’.
Ads
Menurut penulisannya di akaun twitter, baginda terpaksa berehat selama enam minggu akibat kecederaan yang dialami itu. Tambahnya lagi, baginda terpaksa melupakan hasratnya untuk jogging bersama anaknya setiap hari selepas solat Subuh.
Ads
Para pengikut isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di laman twitter turut meluahkan rasa simpati mereka terhadap baginda selain tidak lupa turut mendoakan agar baginda cepat pulih seperti sedia kala.
Ads
Baginda juga turut rasa terharu apabila melihat sokongan yang bertalu-talu daripada pengikut laman sosialnya. Hijabista juga mendoakan agar baginda cepat sembuh dan selalu dalam lindungan Allah.
Bukan mudah untuk menerima kehadiran orang baru dalam setelah sekian lama hidup seorang. Maklumlah orang yang dikenali berstatus selebriti dan dalam masa sama perlu menjaga hati semua pihak terutama anak-anak. Namun dengan restu anak-anak jugalah akhirnya, Rapidah Abd Ghani menerima kehadiran Datuk Jalaluddin Hassan sebagai suaminya. Pesan anak-anak, solatnya akan menjadi lebih berganda pahalanya jika berjemaah bersama suami.
A post shared by Hiburan@Sinar (@hiburan.sinar) on
Pada awalnya dia tidak menyangka bertemu jodoh dengan pelakon berkenaan. Walaupun mengambil masa lama untuk menerima lamaran itu, tetapi dia terbuka hati melihat sikap Jalaluddin yang disifatkan sebagai seorang yang bertanggungjawab dan penyayang kepada anak-anak dan cucu-cucunya.
“Anak-anak saya pun semua bersetuju saya berkahwin kerana kata mereka solat saya tidak banyak pahala berbanding solat bersama suami lebih banyak ganjaran,” katanya yang bersyukur kerana segalanya kini telah selesai dan segala urusan dipermudahkan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai yang menggemari makanan bergoreng, tetapi tidak sesuai untuk berbuka dengannya. Makanan rangup ini lazat dan boleh menjadi tidak sihat kerana ia tinggi kalori, selalunya tinggi natrium, dan lemak tepu.
Terdapat beberapa sebab mengapa makanan bergoreng biasanya bukan cara yang baik untuk berbuka di bulan Ramadan. Berikut adalah antara sebabnya.
Jika anda berpuasa selama sepuluh jam sehari, perut berehat dan tidak perlu bekerja keras. Apabila berbuka puasa dengan makanan bergoreng, perut perlu bekerja lebih keras dan boleh menyebabkan sakit, kembung perut, atau rasa tidak selesa.
2. Lemas atau Mengantuk
Selepas berpuasa seharian, badan perlu bekerja lebih keras untuk menghadam makanan yang digoreng. Ini boleh menyebabkan mengantuk atau lemah selepas makan. Jika berasa sangat mengantuk atau lemah selepas berbuka, anda mungkin ingin menyemak sama ada mana-mana hidangan berbuka puasa itu membuatkan berasa seperti ini.
3. Meningkatkan Kolestrol Darah
Makanan bergoreng ialah makanan tinggi lemak kerana ia dibuat dalam proses yang menggunakan minyak panas. Kepekatan lemak yang tinggi dalam makanan ini boleh menyebabkan paras kolesterol darah anda meningkat.
4. Meningkatkan Tekanan Darah
Makanan bergoreng biasanya masin dan mempunyai bahan tambahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda. Makan terlalu banyak garam boleh merosakkan elektrolit badan anda, yang boleh menyebabkan masalah seperti hipertensi. Jadi adalah idea yang baik untuk memilih pilihan makanan yang lebih sihat untuk berbuka puasa anda.
Pilihan menu berbuka puasa yang sihat disyorkan dalam bentuk cecair dan karbohidrat kompleks, tetapi dalam bahagian kecil. Berikut adalah beberapa pilihan:
Selepas berpuasa, anda boleh makan hidangan utama selepas solat Maghrib. Dengan cara ini, perut anda selesa dan kesihatan anda terjaga.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Salah satu masalah pada kulit wajah yang selalu kita alami adalah jerawat. Dan bila adanya jerawat ini, pastinya berdepan pula dengan masalah untuk menghapuskan parut hitam yang ada di wajah.
Kesan parut hitam ini mengambil masa yang lama untuk menghilangkannya dan ada kalanya boleh menyebabkan wajah jadi kusam serta timbul pula masalah jeragat.
Namun perkongsian wanita ini, Lina Shaari boleh membantu untuk mengatasi masalah parut jerawat ini. Dengan menggunakan produk yang boleh didapati di drugstore, masalah parut ini akan dapat diatasi segera.
BOLEH CUBA 5 PRODUK NI UNTUK ATASI MASALAH PARUT
Setiap kali muka breakout, mesti kita akan lari mood. Nak keluar pun malas, kalau cover dengan makeup bukan bertambah elok malah makin bertambah parah jadinya.
Punca jerawat ni boleh terjadi banyak sebab, antaranya kita tersilap pakai produk kosmetik, stress, kecelaruan hormon, allergik makanan, cuci muka tak bersih, atau sarung bantal tak pernah bertukar.
Bila tumbuhnya jerawat, automatik biasa akan tinggalkan parut. Nak nak bila tangan kita tak dok diam, asyik nak merayap jer kerja dok kutis jerawat.
Yang boleh buat lagi teruknya, boleh tinggalkan parut hitam kat muka, amik masa yang lama untuk hapuskan parut hitam nie.
So hari ni Kak Lina nak review, 6 produk yang mana korang boleh pilih salah satu nya dan guna untuk atasi masalah parut.
Bukan setakat parut jerawat jer, parut strecth mark, parut kena minyak panas, parut luka ringan,habit menggaru sampai tinggal parut pun boleh guna antara produk yang Kak Lina rekemen.
Dari segi berkesan ke tak, produk produk ni macam biasalah korang kena banyak banyakkan sabar sikit dan konsisten pakai, sebab parut ni memang take times untuk clear.
Amik masa berbulan bulan dan sampai sekarang masih ada lagi parut. Kak Lina guna Dermatix dan juga VCO.
1. DERMATIX ADVANCED SCAR
Harga untuk size kecik bermula RM69.90 dan size besar RM81.50 lebih kurang.
Korang boleh beli di mana mana farmasi, guardian atau watson berhampiran
2. ROSKEN BIO SERUM
Harga untuk produk ni RM28.00 (50ml).
Rosken Skin Repair Bio Serum is an intensive treatment skincare oil that when used regularly helps to reduce and treat typical skin conditions such as the appearance of stretch marks, scarring, uneven skin tone, very dry skin and ageing skin.
3. MEDERMA GEL
Size kecik RM46.10 (20g) Size besar RM86.90 (50g)
Mederma helps to visibly reduce scarring. Mederma is a leading scar treatment – clinically proven and recommended by physicians and pharmacists. The proactive gel formula promotes the healing process of the skin, effectively reduces redness and makes the scar softer, smoother and more elastic.
4. HIRUSCAR GEL
5. BIO OIL
Harga bermula dari RM34.99 sehingga RM79.40 mengikut jenis saiz.
Bio‑Oil is a specialist skincare oil that helps improve the appearance of scars, stretch marks and uneven skin tone. It is also effective for aging and dehydrated skin
6. VIRGIN COCONUT OIL (VCO)
Harga RM40 saja untuk 60 sofgels.
Virgin coconut oil has been proven to be very beneficial to our skin and our bodies.
If you are looking to get that healthy glow back, or trying to keep the elasticity of you skin strong, using skin care products based with virgin coconut oil is your best choice.
If you are wanting to get the best out of the use of this type of oil, using it as a natural skin care moisturizer and other skin care products is going to benefit you the most.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gaya tudung yang salah boleh menyebabkan aurat tidak tertutup sempurna. Ketahui 5 kesilapan hijabi perlu elak agar penampilan kekal sopan dan patuh syariat.