Kisah mengenai dua beradik yang dicuri motosikalnya selepas baru sahaja hari kehilangan ibu mereka memang menjadi viral di media sosial pada beberapa hari yang lalu.
Kasihan dengan nasib mereka, pendakwah terkenal, Ebit Lew tampil mengulurkan bantuan buat adik-beradik ini yang masih bersekolah bagi meringankan beban yang dialami.
Sayu sangat rasa hati terbaca 2 beradik yang tinggal dengan mak semenjak kecil. Maknya meninggal dunia 21 Jan, baru 3hari dan hari itu juga hilang motor kena curi. Mak tiada sebelah kaki dan sakit buah pinggang dan sentiasa dialisis. Ada seorang kakak dibesarkan oleh nenek dan makcik. Mereka berdua dengan mak. Sekarang tinggal berdua jer. Seorang 17 tahun. Seorang 16 tahun. Dah lama juga tak ke sekolah.
Baik-baik adik berdua ini. Saya bincang tadi untuk sekolahkan mereka berdua. Masuk sekolah mereka inginkan. Saya kata adik berdua belajar sampai berjaya yer. Nanti saya bayarkan yuran dan lain-lain.
Ads
Bagi memudahkan urusan mereka, Ebit Lew telah menghadiahkan motor baharu buat mereka bagi menggantikan yang telah dicuri itu. Beliau juga bersyukur kerana telah bertemu dengan pemilik kedai motosikal yang baik hati yang telah memberikan diskaun di atas pembeliannya itu.
Saya hadiahkan motor baru Modenas biru. Dapat diskaun. Tauke kedai THM Motorcyles Trading Desa Pandan baik. Setahun adik ni service dan ganti barang dapat free di kedainya selepas ini. Dia kasihan pada adik tadi. Dia kenal saya. Selalu tengok ebit lew.
Ads
Saya beri sedikit duit belanja buat keduanya. Semoga adik berdua kuat yer. Ibunya mendapat bantuan bulanan dari BaitulMal KL.
Umat Islam perlu yakin kepada kekuatan doa. Senjata orang Islam adalah melalui doa. Oleh itu jangan jemu dan putus untuk berdoa.
Sebab itu di dalam solat, kita dituntut untuk meminta supaya dijauhkan daripada fitnah; fitnah Dajjal, fitnah hidup dan fitnah kematian, azab kubur dan azab Neraka, dan kita memohon juga perlindungan dari dosa-dosa dan hutang piutang.
Berikut perkongsian Ustazah Isfadiah.
Di antara waktu doa paling mustajab dalam solat selain sujud adalah duduk Tawaruk (Tahiyyat Akhir) sebelum beri salam. Inilah waktu yang sering Nabi Muhammad ﷺ amalkan untuk berdoa.
Ada kalangan salaf mewajibkan khusus bagi diri mereka begitu juga Tawus bin Kaisan mengarahkan pelajarnya yang tidak membaca doa sebelum salam supaya mengulangi solatnya.
Daripada Ibn Masud: “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya.” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.]
Pemilik nama penuh, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan nama pentas Sophia Albarakbah merupakan pendatang baru dalam industri seni tanah air, sepanjang enam tahun berkecimpung namanya meledak secara kontroversi apabila terpalit cinta lokasi bersama aktor sensasi Aliff Aziz.
Bagaimanapun, HIJABISTA enggan menyentuh kisah peribadi yang pernah dikaitkan dengan wanita anak kelahiran Kuala Lumpur ini.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian HIJABISTA adalah Sophia bukan sekadar cantik dan menggoda, namun mempunyai latar belakang pendidikan yang memberangsangkan. Beauty with brain! Jadi ini beberapa fakta menarik tentang diri Sophia Al Barakbah yang tidak ramai tahu.
1. Sophia AlBarakbah memiliki darah kacukan Melayu, Cina dan Arab.
2. Berumur 28 tahun dan lahir di Kuala Lumpur, Sophia mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.
3. Aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019. Sophia memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pengajian. Kemudian mula menempa nama selepas membintangi drama Tercipta Satu Ikatan siaran slot Megadrama, Astro Ria.
4. Filem pertama Sophia adalah Mimaland yang ditayangkan pada penghujung 2020 bergandingan bersama Fattah Amin. Kemudiannya filem Pasal Kau! ditayangkan di Netflix.
5. Pernah tersenarai sebagai Top 20 dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33).
6. Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang introvert dan pemalu. Beliau juga turut dikenali dengan nama lain Sophia Koshka.
7. Ibunya merupakan pemenang tempat pertama satu pertandingan kecantikan pada 1980.
8. Sophia mula dikenali ramai selepas membawa watak Cahaya Malaika menerusi lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa lakonan bersama Aaron Aziz, diikuti watak Intan Allisya dalam drama Air Mata Allisya gandingan bersama Keith Foo.
Untuk rekod, pada tahun lalu, Sophia dikategorikan sebagai penyondol rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah apabila mulai akrab dan terjebak dengan cinta lokasi babaggi penggambaran Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Perkara berkenaan meledak apabila Bella mendedahkan bahawa Sophia menghubungi suaminya setiap hari dan memohon maaf kerana telah jatuh cinta kepada suaminya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Saban tahun, berita pergolakkan negara Islam di Timur tengah iaitu Palestin seakan merupakan ‘acara tahunan’ yang menggemparkan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Kita sering ‘dihidangkan’ dengan berita-berita mengenai rakyat Palestin yang sering ditindas.
Malah perperangan serta serangan terhadap negara di bumi anbiya berkenaan seolah tidak berkesudahan meskipun berkali gencatan senjata dilaksanakan, Palestin masih gagal temui kedamaian. Konflik antara Palestin dan Israel yang bermula sejak 1947 masih menjadi isu kemanusiaan yang belum berakhir sampai saat ini.
Lima aktivis yang terdiri daripada wanita-wanita muda ini punya keberanian terutama ketika berucap di persada antarabangsa. Selain aktif dalam bidang sosial, mereka juga lantang menyuarakan hak kebebasan demi membela nasib rakyat Palestin.
Leanne Mohamad, 22, seorang aktivis hak asasi manusia dan penceramah awam dari London. Kerana kedua ibu bapanya berasal dari Palestin, Leanne mengambil pendirian tegas menentang pendudukan Israel di Palestin dan mempertahankan haknya untuk kembali ke tanah air suatu hari nanti.
Dia mula menjadi tumpuan pada usia 15 tahun dalam pertandingan pengucapan awam. Ketika itu, Leanne menyampaikan ucapan bertajuk “Burung Bukan Bom.” Dalam ucapan itu, Leanne mendedahkan kesedihan menjadi warga Palestin dan menyeru kebebasan untuk semua orang yang hidup di bawah penjajahan.
Bagaimanapun, ramai yang memberi respon yang negatif sehingga menyebabkan dia terkeluar daripada pertandingan itu. Namun, detik ini sebenarnya membuatkan ramai yang berminat. Ucapannya, yang menyampaikan mesej yang begitu kuat, menjadi tular.
Sejak dikenali, Leanne menggunakan pentas untuk berucap di pelbagai acara termasuk di hadapan lebih 200 ribu penunjuk perasaan di London. Leanne terus bercakap secara terbuka mengenai jenayah dan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.
Heliza merupakan salah satu penggiat seni yang aktif dalam bidang kemanusiaan masyarakat Islam. Beliau juga sering bergiat bersama adiknya, Hazwani Helmi. Semangatnya untuk memperjuangkan isu ummah ini semakin kuat setelah beliau pergi dan lihat sendiri keadaan di Gaza, Palestin pada tahun 2012.
Walaupun pada mulanya keluarganya tidak membenarkan beliau pergi atas faktor keselamatan, tetapi akhrinya mendapat keizinan, dan beliau dapat berkongsi isu ini kepada masyarakat. Lirik lagu “La Tahzan” diinspirasikan hasil daripada pengalaman beliau menjejakkan kaki di sana pada pertama kalinya.
Beliau merupakan duta Aman Palestin dan beliau juga aktif mengikuti pertubuhan bukan kerajaan NGO yang lain seperti Muslim Care, MAPIM dan banyak lagi. Selain dari isu Gaza, beliau juga sedang memperjuangkan isu kemanusiaan di Syria, dan telah ke sana sebanyak tiga kali.
Seorang penulis Palestin dan penceramah awam dari Amerika Syarikat. Dilahirkan di Kuwait, Laila sering menghabiskan musim panasnya di Gaza. Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Duke dan Harvard, Laila memutuskan untuk berpindah ke Gaza.
Laila mendedahkan masalah dihadapi rakyat Palestin setiap hari semasa bekerja sebagai wartawan Al-Jazeera di Gaza. Laila turut membuka akaun Twitter peribadinya @gazamom di mana dia berkongsi kisahnya membesarkan anak-anak di Gaza.
Selain menyiarkan resipi untuk makanan tradisional Palestin semasa tinggal di AS, Laila masih terus menyiarkan dan meningkatkan kesedaran orang lain tentang keadaan di Palestin, dan mengumpul wang untuk membantu mereka di bawah penjajahan Israel.