Sememangnya jodoh itu rahsia Allah. Dia yang mengatur bila harus bertemu, bila harus bersatu, dan bila harus berpisah. Lantas apapun yang dialami sebelum bertemu dengan seseorang yang tepat, jangan mengeluh.
Jika sebelum ini kita pernah disakiti, pernah dikhianati, lalu kemudian ditinggalkan, jangan mengeluh dulu. Ini kerana kadang-kadang kita bertemu dengan orang yang salah dulu, baru kemudian akan bertemu dengan orang yang tepat.
Maka tidak usah mengeluh. Nikmati sahaja prosesnya sebelum bertemu dengan seseorang yang tepat menurutNya. Tidak akan ada kisah yang Allah ciptakan sia-sia, semua pasti akan membawa hikmah yang luar biasa untukmu.
Jika sebelum ini bertemu dengan orang yang salah, tidak usah menyesal. Tetaplah bersyukur kerana dari pengalaman itu kita belajar untuk bersabar. Bertemu dengan orang yang ‘salah’ mungkin membuatkan dirimu terluka tetapi percayalah suatu hari nanti akan kita pasti akan bertemu dengan seseorang yang tepat.
BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH
Tidak usah menyesal, tetaplah bersyukur dengan apa jua takdir yang Allah berikan. Daripada pengalaman-pengalaman itu, kita dapat belajar banyak tentang mengenali hati yang tulus.
Jadi bersangka baiklah kepada Allah tiada henti, sungguh semakin kita bersangka baik maka pasti kita akan mengerti apa yang sedang Allah tulis sebenarnya untuk kita. Allah Maha Hebat dalam mengatur rencana. Kadang-kadang memang Allah datangkan dahulu orang yang salah sebelum datang orang yang baik.
Janganlah menyesali apa yang sudah terjadi. Percayalah nanti akan Allah datangkan seseorang yang baik. Bertemu dengan orang yang ‘salah’ sebelum ini mendidik kita untuk belajar mencintai dengan baik dan bersyukur atas kehadiran insan yang baik.
Dan mungkin kita sering tertanya-tanya, untuk apa bertemu dengan orang yang salah dulu dan kemudian bertemu dengan orang yang tepat? Kenapa tidak terus sahaja bertemu dengan insan yang tepat? Semuanya kerana dengan cara itu kita belajar menghargai dengan tulus, dan bersyukur atas setiap hal yang ada pada dirinya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cantiknya Mimi Bertudung” Penampilan MIMI LANA Di Majlis Ilmu Raih Pujian & Doa
Kecantikan asli yang dimiliki oleh pelakon dan bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015, Mimi Lana tidak dapat disangkalkan lagi.
Walau tanpa secalit solekan pun, selebriti berusia 27 tahun ini tetap kelihatan manis dan berseri-seri!
Baru-baru ini, Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkongsi satu hantaran di Instagram peribadi di mana dia menghadiri majlis ilmu di kediaman rakan baiknya, Betty Rahmad.
Dalam hantarannya itu, Mimi menzahirkan rasa terharunya dan berterima kasih kepada Betty Rahmad kerana sudi menjemputnya ke majlis yang cukup bermakna itu.
“Thank you @bettyrahmad for having me and organizing Majlis bacaan Yassin untuk saudara kita semua di Palestine semalam disusuli Majlis Tausiyah bersama Ustazah @asnimansor
“It was a beautiful sharing session and I really had a good time. Alhamdulillah”
Turut mencuri perhatian ialah penampilannya yang serba putih kelihatan cukup manis dan sopan. Pada majlis itu Mimi menyarungkan jubah dan tudung labuh polos. Solekan pun sweet sangat!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para peminat dan pengikut memuji Mimi yang manis bertudung.
Malah, ramai juga yang mendoakan agar Mimi terbuka hati untuk bertudung suatu hari nanti.
Majlis bacaan yasin yang disusuli dengan majlis tausiyah bersama Ustazah Asni Mansor itu turut dihadiri rakan-rakan artis antaranya Azira Shafinaz, Ezzaty Abdullah, Uqasha Senrose dan Adira Suhaimi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Penawar Mengubat Sakit Hati, Ini Cara Yang Diajarkan Rasulullah.
Sakit hati bukan mudah untuk dirawat, tatkala hati sedang gundah dan sakit hati bimbang banyak perkara yang di luar jangkaan dilakukan. Hampir setiap orang tentu pernah mengalami sakit hati dalam hidupnya. Baik dalam keluarga, bersahabat, mahupun bermasyarakat. Sebagaimana sifat sedih dan gembira, rasa ini adalah suatu kewajaran dalam hidup manusia.
Apatah lagi, manusia adalah mahluk yang bersosial, yang dalam setiap interaksinya tidak lepas dari kekhilafan. Sebab-sebab datangnya perasaan ini pun bermacam-macam. Dari masalah yang simple hingga masalah besar, boleh menjadi penyebabnya. Misalnya bermula dari perbezaan pendapat, adanya konflik atau ketidakserasian, sehingga iri hati dan dengki.
Bila perasaan ini dibiarkan terlalu lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun akan stress dan tidak akan ceria. Lebih parah lagi, perkara ini dapat menjauhkan manusia dari RabbNya.
Na’udzubillaahi mindzaalik.
Bagaimana menangani rasa sakit hati, agar tidak menjemput dosa kepada kita sendiri?
Petua-petua yang diajarkan oleh Rasulullah untuk dijadikan penawar sakit hati:
1. Muhasabah Diri
Sebelum kita menyalahkan orang lain, seharusnyalah kita melihat diri kita sendiri. Mungkin kita sakit hati oleh kata-kata saudara kita, padahal dia tak bermaksud menyakiti. Cuba bertanya pada diri sendiri, mengapa saudara kita bersikap demikian. Jangan-jangan kita sendiri yang telah membuat kesalahan kepadanya.
2. Menjauhkan Diri dari Sifat Iri Hati Dan Dengki
Iri hati dan dengki adalah beberapa ruang yang menjadi pintu bagi syaitan untuk memasuki hati manusia. Angan – angan yang berlebihan, dapat membuat seseorang buta dan tuli. Bila tidak dilandaskan iman, seorang yang berangan-angan cenderung akan melakukan berbagai cara untuk mendapatkan apa yang dicitanya. Demikian sifat iri hati dan dengki.
Sifat ini berasal dari kecintaan terhadap hal-hal yang bersifat material, kehormatan, dan pujian. Manusia tidak akan tenang bila dalam hatinya ada sifat ini. Manusia juga tak akan pernah berasa bersyukur, kerana selalu merasa kurang.
Dia selalu memandang ke atas, dan seolah tidak rela melihat orang lain memiliki kelebihan melebihi dirinya. Maka hapuskanlah terlebih dahulu sikap cintai dunia, sehingga dengki menghilang
Rasulullah bersabda:
“Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang. Iaitu orang yang diberi harta oleh Allah, kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya.” (HR. Bukhari).
3. Menjauhkan Diri dari Sifat Amarah dan Keras Hati.
Bila marah telah timbul dalam hati manusia, kadangkala manusia bertindak tanpa pertimbangan akal. Jika akal sudah lemah, tinggallah hawa nafsu. Dan syaitan pun leluasa melancarkan serangannya, lalu mempermainkan diri manusia.
Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin menyebutkan bahawa Iblis pernah berkata, “Jika manusia keras hati, maka kami akan membaliknya sebagai anak kecil yang membalik bola.”
4. Memupuk Sifat Pemaaf.
“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.”
Surah Al-A’raf : 199.
Allah sang Khaliq, Maha Pemaaf terhadap hambaNya.
Tak kira sebesar gunung atau sedalam lautan kesalahan seorang hamba, jika dia bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka Allah akan membukakan pintu maaf selebar-lebarnya.
Kita sebagai manusia yang lemah, tidak sepatutnya berlaku sombong, dengan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain, sebelum dia meminta maaf. Insya Allah, dengan begitu, hati akan lebih terasa lapang.
Rasulullah bersabda,
“Bertakwalah kepada Allah di mana engkau berada, tindaklanjutilah kesalahan dengan kebaikan, nescaya kebaikan tersebut menghapus kesalahan tersebut, dan bergaulah dengan manusia lain dengan akhlak yang baik.”
(HR. Hakim dan At-Tirmidzi).
5. Husnuzon (Berprasangka Baik).
Allah berfirman:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.”
(QS. Al-Hujurat : 12).
Adakalanya seorang muslim berburuk sangka terhadap seorang muslim lainnya sehingga dia memperkecilkan orang lain. Dia mengatakan macam-macam tentang orang lain, dan mengatakan dirinya lebih baik.Tentu, perkara ini yang tidak benar. Setiap muslim harus mengawasi diri terhadap titik-titik yang cenderung untuk memancing tuduhan, agar orang lain tidak berburuk sangka kepadanya.
6. Ikhlaskan Diri.
Ikhlas adalah kata yang ringan untuk diucapkan, tetapi cukup berat untuk dilakukan. Orang yang ikhlas dapat meniatkan segala tindakannya kepada Allah. Dia tidak memiliki jiwa yang bersifat duniawi. Apabila Allah mengujinya dengan kenikmatan, maka dia bersyukur.
Bila Allah mengujinya dengan kesusahannya pun, dia bersabar. Dia selalu percaya bahawa Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik kepada hambaNya. Orang yang ikhlas akan lebih mudah menangani hatinyanya untuk selalu menyerahkan segalanya hanya kepada Allah. Hanya kepadaNyalah dia mengantungkan harapan.
Memaafkan adalah bentuk rasa cinta yang tertinggi dan yang terindah, Sebagai balasannya kita akan menerima kedamaian dan kebahagiaan yang tak terhingga. Kadangkala, sulit membiarkan cinta membimbing kita pada saat hati kita disakiti oleh orang lain. Tetapi, biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf..
SUMBER: AKUISLAM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hari Pertama Sebagai TPM, Netizen Puji Dr Wan Azizah Menjaga Auratnya Dengan Memakai Sarung Tangan
Hari ini secara rasminya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apa yang menarik perhatian selain penampilan cukup sederhana, beliau juga begitu menjaga auratnya. Dilihat isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ini memakai sarung tangan dalam apa jua majlis bagi bersedia jika ada yang menghulurkan salam padanya.
Dalam status terbaru yang dimuatkan dalam instagramnya, Dr Wan Azizah telah secara rasmi bertugas pada hari pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri di pejabatnya.
‘Orang nombor dua’ dalam negara ini juga kelihatan cukup tenang dan terserlah keceriaan di sebalik senyuman yang terukir di bibirnya. Malah wanita hebat ini juga kelihatan manis mengenakan kurung moden berbunga dan juga sarung tangan bagi menjaga auratnya.
Bukan hari ini sahaja beliau dilihat memakai sarung tangan berkenaan, tetapi sebelum itu pun ibu kepada enam cahaya mata ini sentiasa memakainya. Ini bagi memudahkan beliau menyambut huluran salam tangan bukan muhrim sebagai tanda hormat.
Caranya ini mendapat reaksi positif dari netizen yang memuji keperibadian Dr Wan Azizah dalam menjaga auratnya. Selain itu ramai juga turut mengucapkan tahniah atas perlantikan ini dan berharap beliau akan dapat menunaikan tanggungjawab diberi dengan sebaiknya.
@fallieymalek_themuajohor Aamiin.. Bertuahnya.. Sgt menjaga aurat
@maizaleesya83_fayyadh Bagus sgt2…pakaiii glove tuu.
@veil_simple_latysa Masyaallah..jaga aurat.subhanaallah
@aznira Bagusnya TPM..pakai sarung tangan utk bersalam…terbaiklah..contoh pimpinan
putehsalmi Tangan bersarung.. Alhamdulillah..sejuk mata memandang
Ada juga yang menjadikan Dr Wan Azizah sebagai contoh dan sumber inspirasi dan diibaratkan seperti kebangkitan isteri Nabi, Saidatina Aisyah.
@eyeshahasiah Tahniah.. Alhamdulillah.. Semoga allah permudahkan segala urusan dato sri amin.. Kaulah impirasi wanita.. Hpy dan terasa kebangkitan isteri nabi syaiditina aisyah.. Luv
@haizan_mnasir???? Alhamdulillah satu contoh yang sangat baik..
@mr.syahad.d@emadamia perlu d jadikan idola pmimpin muslimah ..dan sikapnya sbg ibu yg brsopan santun dan lemah lembut…
@enyeimsya2 May Allah ease u ds @drwanazizah…role model to ladies out there
@theebanselva_1003 Congratulations Madam Our Beloved TPM… great inspiration to All the women’s and all Malaysians as well…
@irisya_ann CONGRATULATIONS Dr. Semoga dipermudahkan segala urusan . .. Aamiin…
@noriza7408 Wanita yg berjiwa kental dan kuat semangat. Contoh wanita islam yg sangat kuat ugama walaupun suami tiada waktu dlm kesusahan. Moga Allah beri kekuatan pada nya.
Istiadat Angkat Sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita & Pembangunan Keluarga
A post shared by Dr Wan Azizah Wan Ismail (@drwanazizah) on
Melihat pada penampilannya dari dulu hingga sekarang tidak jauh berbeza. Selesa menggayakan kurung sahaja yang dipadankan tudung empat segi polos dengan kelepet melekap di dahi. Hanya solekan nipis tetap menyerlahkan aura beliau kala berada di khalayak.
Seperkara yang menarik lagi, ada kalanya wanita yang hampir 20 tahun terpisah dengan suaminya ini turut membawa kipas hikmatnya ke mana-mana sahaja.
Dr Wan Azizah yang lahir pada 3 Disember 1952 di Singapura ini juga merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent St. Nichlas, Alor Setar sebelum meneruskan pengajiannya di Kolej Tunku Kurshiah.
Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya di Dublin Ireland dan mendapat ijazah dalam bidang Obstetric dan Gynecology. Merupakan pelajar terbaik (Gold Medal) di Royal College of Surgeon pada tahun 1977.
Berkahwin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu berusia 23 tahun. Setelah hampir 39 tahun mendirikan rumahtangga, mereka dikurniakan enam cahayamata, lima wanita dan seorang lelaki. Anak sulungnya Nurul Izzah juga turut aktif terbabit dalam politik dan juga menang bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU baru-baru ini.
A post shared by Dr Wan Azizah Wan Ismail (@drwanazizah) on
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR WAN AZIZAH & PINOGRAPHY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI