Allah SWT menciptakan makhluk-Nya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan makhluk-Nya hidup tanpa kurniaan rezeki.
Bersabarlah dalam memohon rezeki daripada-Nya. Allah SWT mengurniakan rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Asalkan hamba itu berusaha mendapatkan rezeki yang dihajati.
Baca perkongsian Khairul Hakimin Muhammad
Pagi tadi ustaz di surau beritahu ada 5 benda yang kita buat boleh menyebabkan rezeki kita takkan putus-putus. Ada sahaja datang kiri kanan depan belakang.
Yang tak disangka, yang diharap semuanya hadir belaka. Ia adalah:
1. Istighfar sebanyak-banyaknya setiap hari. Orang yang beristighfar adalah orang yang bertaubat, tiada dosa = Allah sayang.
Ads
2. Selawat sebanyak-banyaknya setiap hari. Merindui Nabi (selawat) adalah punca kasih sayang Allah kepada kita.
3. Berusaha untuk zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allah hu akhbar pada setiap selepas solat sunat fardu. Mengagung dan memuji Allah adalah perbuatan baik yang sangat dituntut.
4. Solat sunat duha. Berusaha untuk solat sunat ini pada setiap hari setiap pagi. Akan datang ketenangan dalam mencari rezeki.
Ads
5. Rajin-rajin berwuduk. Orang yang sentiasa menjaga wuduk, dia dalam keadaan suci. Maka mudahnya rezeki datang mengetuk pintu rumahnya.
***
Ustaz itu beritahu, ini amalan peribadi antara kita dengan Allah. Kena juga tambah amalan kita dengan orang tua, dengan ibu bapa, dengan adik beradik, dengan keluarga semua.
Ads
Tak boleh lupa juga bab sedekah, memberi hadiah dan sebagainya.
Nak rezeki, kena ada hubungan baik dengan Allah dan juga hubungan baik dengan sesama makhluk.
Semua itu adalah kunci kepada murahnya rezeki. Termasuk rezeki ketenangan, rezeki sihat dan rezeki harta.
Begitulah. Semoga bermanfaat.
Sumber kredit: Khairul Hakimin Muhammad
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sekarang ini sedang viral ataupun trending mengenai #kekechallenge iaitu dimana seseorang individu itu menari di luar kereta sambil kereta bergerak perlahan. Ramai nampaknya rakyat Malaysia yang melakukan challenge ini yang dipopularkan oleh pengaruh barat termasuklah artis mahupun selebriti media sosial.
Walaupun mungkin anda berfikir yang tujuannya hanyalah untuk berhibur, namun tahukah anda ada impak yang lebih besar daripada itu? Pencetus Ummah Amin atau lebih mesra dipanggil PU Amin telah berkongsi pendapatnya mengenai trend yang kian menjadi-jadi ini melalui akaun instagramnya, @pencetusummah_amin.
Tadi aku terkesan bila aku nampak depan mata budak perempuan marah ngomel ngomel dengan bapak dia sebab bapak dia tak record betul betul masa dia tengah joget nak buat keke challenge ntanh pebende ntah.
Aku cuma nak cakap ingat dalam Al Quran ada Surah An Nisa , Surah yang Allah Swt buat khusus untuk memuliakan dan menghormati wanita . Nak menari berjoget lentik macam mana pun buat dalam rumah depan orang yang halal..
Pesanan dan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh aku abang bebel. Adeh lepas satu satu budaya pamer maksiat ni wujud . Aku hanya mampu menegur sahaja . Kalau marah tak suka maknanya korang tengah makan cili . Babai Everybody ✌?Aku tegur bukan sebab aku ni budak skema baik soleh ya malaikat , tapi aku tak nak masyarakat buat benda pelik pelik yang tak ada manfaat..
Nabi sabda : ‘Tinggalkan benda yang tidak bermanfaat’ . So korang sharelah nasihat aku kat FB sebab FB aku kena block lagi ni . #Jangan #Jadi #Pembaris
Hijabi ini pada mulanya kecewa dengan keputusan percubaan SPM namun Izz Khalisa bangkit selepas menyertai Selekoh Akhir Pecutan SPM.
Setiap kegagalan pasti temui kejayaan jika ada usaha dan jalan yang betul. Kejayaan diraih itu membolehkan Izz Khalisa yang sebelumnya bersekolah di Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor atau lebih dikenali sebagai Sultan Ibrahim Girl School (SIGS) menerima Anugerah Cemerlang daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021 anjuran Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI, baru-baru ini.
Izz Khalisa berkata, dia pada mulanya kecewa dengan keputusan percubaan SPM namun bangkit selepas menyertai Selekoh Akhir Pecutan SPM.
Majlis sederhana tapi penuh bermakna majlis Anugerah Cemerlang SPM dianjurkan para cikgu bagi meraihkan kejayaan kami.
“Saya nak mengucapkan terima kasih kepada cikgu sebab dah buatkan majlis Anugerah Cemerlang SPM untuk kami batch 04. Walaupun bagi saya 5A tu tak banyak, tapi PTTI masih nampak peningkatan saya dari G ke A. Saya sangat hargai momen dalam majlis tu.”
Demikian kata pelajar Izz Khalisa Amri, 18, yang mendapat keputusan 1B+, 2B, 1C+, 1C, 1E dan 3G ketika percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 sebelum memperoleh keputusan cemerlang 5A 4B seperti yang tular di media sosial.
Menurut Izz Khalisa, usahanya berbaloi apabila memperoleh 5A dan tiga subjek yang gagal sebelumnya iaitu Sejarah (A-), Prinsip Akaun (A) dan Matematik Tambahan (B+). Bukan mudah untuk menjalani pembelajaran di era pandemik, pasti pelbagai kesukaran yang dihadapi.
“Pada mulanya, saya mencuba belajar sendiri di rumah dengan mentelaah setiap muka surat buku teks dengan harapan dapat memahami setiap bait-bait perkataan. Pembelajaran era pandemik ternyata amat sukar kerana ia membawa penurunan prestasi saya kerana hilang fokus. Perkara in mengundang kerisauan kepada saya untuk meneruskan cara pembelajaran sendiri.
“Namun, ketika keputusan percubaan SPM diumumkan, saya berasa amat kecewa dengan keputusan yang amat membimbangkan iaitu 1B+, 2B, 1C+, 1C, 1E dan 3G. Sehinggalah saya menyertai Selekoh Akhir Pecutan SPM dan mengenal erti sabar dalam setiap usaha. Seman- gat yang berkobar-kobar, sanggup bersengkang mata untuk belajar bersama guru-guru PTTI tidak mematahkan semangat saya untuk ke peringkat akhir,” katanya.
Menurut Izz Khalisa, usahanya berbaloi apabila memperoleh 5A dan tiga subjek yang gagal sebelumnya iaitu Sejarah (A-), Prinsip Akaun (A) dan Matematik Tambahan (B+).
“Saya dapat tahu PTTI memilih lebih 5,000 pelajar cemerlang keputusannya. Jadi, saya rasa macam tak ada harapan sebab saya 5A saja. Selepas itu, saya dapat mesej daripada PTTI dan dijemput untuk datang ke majlis. Saya rasa gembira sebab daripada dulu saya gagal dan sekarang boleh bangkit dengan keputusan lebih baik dan itu bukan senang.
“Saya rasa amat terharu sebab PTTI nampak yang saya meningkat dengan drastik jadi saya sangat gembira. Perkara paling seronok apabila dapat pergi majlis itu adalah saya dapat ambil ‘plaque’ yang diserahkan oleh Tun Dr Mahathir.
“Syukur Alhamdulillah, segala pengorbanan saya berbaloi apabila melihat slip keputusan SPM. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan PTTI yang banyak memberi didikan dan kata-kata motivasi. Kepada batch 05 dan 06 yang bakal menduduki SPM, Allah SWT tak kejam, sampai masa kita akan berjaya, percaya pada proses, konsisten adalah kunci kejayaan dan ingat usaha takkan pernah mengkhianati kamu,” katanya.
Dalam masa sama, Izz Khalis berkongsi doa dan dorongan daripada ibu bapa antara kunci kejayaan dirinya selain tidak mudah putus dan konsisten dalam kelas.
“Apabila ada kelas jangan tak masuk sebab bila ketinggalan satu kelas kita akan susah nak dapat dalam kelas seterusnya. Jadi, saya rasa konsisten dengan usaha, kemudian kita kena sabar juga. Memang susah nak konsisten tapi apa yang saya buat adalah bila balik sekolah saya akan masuk juga kelas dalam talian dengan menggunakan telefon semasa dalam kereta.
“Jangan bandingkan keputusan kita dengan kawan lain sebab itu dia. Kita tengok keputusan kita sama ada ia meningkat atau tak. Kalau meningkat walaupun sikit maksudnya ada kita tetap peningkatan dan percaya ia boleh jadi lebih baik. Apa yang penting jangan mudah putus asa,” katanya.
Izz Khalisa juga antara 335 pelajar SPM PTTI yang diraikan pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021. Pada majlis sama, pelajar dan tetamu juga berpeluang menyertai Wacana Halatuju Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Dalam Talian Negara yang menampilkan ahli panel, negarawan terulung, Tun Dr Mahathir.
Menerusi wacana yang dikendalikan moderator Muhd Habibunajjar Sazali itu, Tun Mahathir yakin dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang selain penggunaan teknologi secara berkesan, guru juga adalah faktor penting dalam memastikan cara penyampaian yang lebih berkesan.
“Kita tahu, teknologi bergerak laju dan hampir setiap hari ada penemuan baharu. Menjadi keperluan melengkapkan pelajar dengan kemahiran ini namun kita juga perlu pastikan pengetahuan yang diberikan perlu sesuai dengan karakter. Kerana kita tidak mahu kemahiran yang ada ini disalah gunakan.
“Kita perlu akur bukan semua guru terbaik dalam negara dan kesannya ke atas pelajar jika guru-guru ini tidak dilengkapi dengan ilmu. Apa yang boleh kita buat adalah melalui bantuan teknologi yang akan membantu guru-guru terbaik ini menyampaikan bahan pengajaran secara meluas sekali gus membolehkan pelajar-pelajar ini mendapat peluang belajar dengan guru yang sama.
“Namun dalam masa yang sama perlu ada seliaan guru kelas secara fizikal yang akan membantu. Jadi kita tidak boleh bergantung sepenuhnya ke atas guru kerana tidak semua guru mempunyai teknik pengajaran yang baik dan ini akan memberi impak kepada pelajar,” katanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon popular, Elfira Loy tersenyum lebar tanda syukur kerana akhirnya hajat untuk menimang cahaya mata perempuan menjadi kenyataan. Perkhabaran baik ini dikongsikan olehnya sendiri di laman Instagram.
Kongsi Elfira, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki bayi perempuan. Walaupun sebenarnya dia tidak kisah tentang jantina cahaya matanya, namun jauh di sudut hatinya, dia mahukan bayi perempuan. Namun, perancangan Allah itu adalah yang sebaik-baiknya. Elfira bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Perkongsian ini dikongsikan menerusi Insta Storiesnya.
Berbicara soal nalurinya sebagai seorang ibu, menurut Elfira, dirinya memang sudah rasa kehadiran bayi perempuan dalam kandungannya.
Ramai yang tidak sabar dan amat teruja untuk menantikan kehadiran puteri pasangan romantis Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang putera sulung bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
Team Hijabista mendoakan agar dipermudahkan segala urusan Elfira Loy dan suami dan juga turut berdoa agar bayi yang bakal dilahirkan menjadi anak yang solehah. InsyaAllah Amin YRB.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.