Bekas jerawat merupakan antara perkara yang paling menyakitkan hati bagi kaum wanita kerana ia akan buat wajah anda nampak tidak flawless. Kalau dah ada banyak bekas jerawat pada wajah, anda tentu jadi kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
Pelbagai cara sudah anda lakukan tetapi masih tidak menjadi? Daripada anda gunakan produk penjagaan wajah yang mahal, lebih baik anda cuba sahaja rawatan daripada bahan alami.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Antara bahan alami yang boleh anda cuba adalah masker timun. Masker timun dikatakan mampu menghilangkan bekas-bekas jerawat pada wajah.
Selain itu, timun juga memiliki kandungan yang boleh meredakan kemerahan pada wajah. Selain itu, timun juga boleh mencerahkan, melembap dan mengawal minyak berlebihan pada kulit wajah.
Ads
Jom cuba buat masker timun sendiri di rumah. Semoga bermanfaat untuk hijabi di luar sana.
Bahan-Bahan:
1 biji timun
1 sudu teh yogurt
Cara-Caranya:
Kupas kulit timun dan hancurkan timun tetapi jangan hancurkan terlalu halus.
Tambahkan 1 sudu yogurt dan kacau hingga sebati.
Aplikasikan pada wajah selama 15 minit lalu bilas dengan air bersih.
Masker ini sesuai dan selesa dipakai oleh semua jenis kulit. Sekurang-kurangnya, gunakan dua hari sekali untuk hasil yang maksima.
Ads
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Amalan dan cara pemakanan dalam Islam dikenali sebagai sunnah. Makanan sunnah disebut di dalam Al-Quran, mengikut cara pemakanan dan etika pemakanan Nabi Muhammad SAW.
Rujukan Hadis:
(Abu Dawood)
Pemakanan mengikut sunnah ialah bagi memastikan kesihatan umat Islam terjaga dengan baik, iaitu secara fizikal, mental, emosi dan rohani. Sunnah mendorong umat Islam untuk makan dan minum agar menjadi sihat, dan bukan hanya untuk rasa kenyang atau untuk kepuasan semata. Dengan mengikut pemakanan sunnah, umat Islam dapat menjaga kesihatan dengan baik, sekaligus dapat menyembah Allah SWT.
Makanan sunnah mengandungi khasiat serta serat yang tinggi. Makanan yang dirujuk secara Positif di dalam Al-Quran dan Hadis seperti kurma, anggur, susu, zaitun (termasuk minyak zaitun) dan madu ialah antara makanan yang kerap dikaitkan dengan sunnah dan sering disebutkan di dalam Al-Quran juga Hadis. Antara makanan sunnah yang lain termasuklah labu, cuka, timun, cendawan, tembikai, daging dan biji jintan jitam (Habbatussauda).
Bijirin kegemaran Nabi Muhammad SAW ialah barli. Baginda gemar menjamu barli sebagai roti, bubur, serbuk barli (satto) dan juga sebagai minuman. Walaupun beras dan tepung gandum yang diperbuat daripada gandum merupakan antara bijian pilihan di Malaysia, tetapi barli merupakan alternatif yang lebih sihat.
Secara tempatan, kebanyakan barli diambil di dalam bentuk air, iaitu air barli; walaubagaimanapun, terdapat pelbagai cara lain untuk menggunakan barli di dalam pemakanan harian anda untuk kesihatan dan nilai pemakanannya.
Roti yang biasa dimakan oleh Nabi Muhammad SAW merupakan roti yang tidak beragi dan mungkin bukan seperti roti yang kebiasaannya dijamu masyarakat kini. Roti barli buatan sendiri atau yang didapati di kedai-kedai mempunyai manfaat pemakanan yang sama, malah merupakan lebih sihat daripada roti putih biasa.
Menurut para hadis, barli adalah sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga kepada tubuh badan. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa barli mempunyai nilai pemakanan yang tinggi apabila diambil kesemuanya. Barli sangat kaya dengan vitamin, mineral dan sebatian tumbuhan bermanfaat yang lain. Barli mutiara yang telah digilap adalah kurang berkhasiat oleh kerana lapisan dedaknya yang telah hilang.
Barli mempunyai tekstur yang kenyal dan rasa kekacang yang membuatkannya serba boleh dan enak. Pn Nur Hayati Azmi, Pakar Pemakanan (Dietitian) kongsikan lapan faktor sains berkaitan nutrisi barli yang menjadikannya bijirin sunnah Nabi Muhammad SAW.
Apabila diambil sebagai gandum penuh, barli secara khususnya kaya dengan serat, molybdenum, mangan dan juga selenium. Ia juga mempunya nilai kuprum, vitamin B1, kromium, fosforus, magnesium dan niasin. Barli secara rendam dan bercambah juga dapat meningkatkan kadar vitamin, mineral, protein dan antioksidan. Barli yang ditaburkan boleh dimasak dan ditambahkan ke dalam makanan atau dikeringkan dan digiling menjadi tepung untuk digunakan dalam proses baking.
Barli mengandungi serat larut yang dapat mengurangkan rasa lapar dan juga mempercepatkan rasa kenyang. Ia juga dapat membantu dalam penurunan berat badan. Serat larut yang juga dikenali sebagai beta-glukan sangat membantu di mana beta-glukan ini membentukkan bahan seperti gel dalam usus anda berfungsi untuk memperlahankan proses penghadaman dan juga penyerapan nutrient oleh itu mengawal selera anda dan mempercepatkan rasa kenyang. Serat larut juga dapat mensasarkan lemak perut yang boleh berkait dengan masalah penyakit metabolik.
Nilai serat yang tinggi di dalam barli dalam membantu makanan bergerak di dalam usus dan meningkatkan keseimbangan bakteria di dalam usus yang memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penghadaman. Nilai serat yang tinggi sekali lagi merupakan punca, khususnya serat yang tidak larut. Penambahannya didalam najis bantu mempercepatkan pergerakan usus dan mengurangkan risiko mengalami sembelit. Serat larut di dalam Barli bantu menyediakan makanan kepada bakteria baik dia dalam usus, oleh itu menghasilkan lemak asid lemak rantai pendek (SCFA). Kajian menunjukkan bahawa SCFA bantu memberikan makanan kepada sel usus, mengurangkan keradangan dan mebaiki gejala-gejala masalah usus seperti sindrom iritasi usus (IBS), penyaking Crohn, dan juga kolitis ulseratif
Jenis serat yang didapati di dalam barli dapat mencegah pembentukan batu karang dan mengurangkan risiko pembedahan. Batu karang merupakan zarah pepejal yang boleh terbentuk secara spontan di pundi hempedu, sebuah organ kecil yang terletak di bahagian hati.
Beta-glukan, sejenis serat yang dijumpai didalam barli didapati dapat mengurangkan tahap kolesterol dengan cara menghalang pembentukannya dan meningkatkan perkumuhan melalui tinja. Beta-glukan yang terdapat di barli terbukti dapat mengurangkan kolesterol LDL “jahat” dengan mengikat asid hempedu.
Gandum penuh di dalam barli mungkin dapat memperbaiki pembentukan insulin dan meningkatkan pengeluaran insulin juga mengurangkan kadar gula di dalam darah, di mana kedua-duanya dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit jenis 2 diabetes. Ini juga oleh sebab kekayaan kandungan magnesium di dalam barli – sejenis mineral yang memainkan peranan penting dalam pembentukan insulin dan penggunaan gula di dalam badan anda. Barli juga kaya dengan serat larut, di mana ia mengikat dengan air berama molekul-molekul lain ketika bergerak melalui saluran penghadaman anda, memprelahankan penyerapan gula di dalam saluran darah. Kajian menunjukkan bahawa sarapan barli memberikan kenaikan kadar gula darah dan insulin maksimum yang lebih rendah berbanding sarapan yang terdiri daripada bijirin-bijirn lain, seperti oat.
Barli adalah berpatutan dan mudah dimasukkan kedalam pemakanan anda. Contohnya anda boleh makan barli rebus selain daripada nasi, dimasukkan ke dalam sup, rebusan, salad, roti atau dimakan sebagai sarapan bijirin yang panas. Ataupun anda juga boleh membuat atau membeli roti yang mengandungi barli.
Satu setengah cawan (100 gram) barli belum dimasak dan belum dilapisi mengandungi nutrisi yang berikut:
SUMBER: Pn Nur Hayati Azmi, Pakar Pemakanan (Dietitian)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila kerajaan mengeluarkan arahan PKP, ramai antara anda yang hanya mementingkan stok makanan yang perlu di ‘stock up’ untuk simpanan keluarga. Agar memastikan semuanya cukup, lantas anda terlupa sehingga membuat pembelian panik.
Tetapi berapa ramai di antara anda yang sering memberi tumpuan pada ubat-ubatan yang perlu ada dalam simpanan rumah, umpama anda menyimpan first aid kit. Elak berkunjung ke hospital atau ke klnik sekiranya anda tiada penyakit-penyakit kecemasan. Anda akan lebih terdedah dengan virus yang menular sekiranya anda berada di hospital mahupun di tempat-tempat yang terdedah.
Di hospital misalnya,untuk mereka yang ingin menziarahi ahli keluarga yang sedang dirawat di dalam wad sekalipun digalakkan untuk tidak berbuat demikian kerana dikhuatiri dijangkiti pelbagai pembawa penyakit yang terdapat di hospital,termasuklah kemungkinan dijangkiti Covid-19.
Bagaimana hendak elak berkunjung ke hospital? Perkara yang paling penting untuk anda lakukan, pastikan ada kit kecemasan di dalam rumah bagi meringankan bebanan sakit yang tidak memerlukan anda berkunjung ke bahagian kecemasan. Melalui perkongsian Asmi Syabil cara kita menangani masalah ini memandangkan kita dalam fasa wabak Covid-19 sekarang, ramai di antara kita dinasihatkan untuk tidak berkunjung ke tempat-tempat yang ramai orang.
Antara perkara yang boleh menyakitkan hati adalah “menunggu”.
Tak kisah lah tengah tunggu kawan yang asyik “on da way”,atau tunggu saudara mara bersiap nak ke kenduri,menunggu duit gaji masuk,ianya bisa menyakitkan hati terutama bagi yang kurang sabar apabila perlu menunggu dengan jangkawaktu yang lama.
Bak lirik lagu “penantian itu satu penyiksaan”. Dan ramai sedia maklum di antara tempat yang memerlukan kesabaran yang tinggi disebabkan waktu menunggu yang lama adalah JABATAN KECEMASAN hospital-hospital kerajaan.(Tapi sentiasa tidak pernah surut😅)
Antara punca utama yang menyebabkan kesesakan di Jabatan Kecemasan adalah apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan bagi perkara-perkara yang bukan kecemasan,yang mana rawatan boleh didapati di klinik-klinik kesihatan atau jabatan pesakit luar.
Jadi,kali ini jom kita bicara serba sedikit berkenaan ubat-ubatan yang boleh disimpan dirumah sebagai ‘First aid kit’ ataupun boleh dibawa ketika ingin bermusafir agar kita tidak memenuhi jabatan kecemasan dengan kes-kes yang tidak sepatutnya.
Jenama ini memang dikenali ramai. Boleh diambil jika anda mengalami demam ataupun sebagai ubat tahan sakit yang ringan seperti sakit kepala dan sebagainya.
Dos disyorkan : 2 biji(sekali makan) tiga kali sehari.
Jangan melebihi 8 biji sehari.
Ubat ini adalah antihistamin yang merawat gejala seperti gatal, hidung berair, mata berair, dan bersin dari “demam hay” dan alergi lain. Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal.
Dos disyorkan: 1 biji sekali sehari
Bagi yang kerap berjumpa doktor untuk gejala seperti selesema dan alahan mesti sudah kenal dengan ubat ini. Ubat ini juga seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin dan digunakan untuk mengurangkan gejala yang sama. Ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk, oleh itu jika anda rasa seperi mengalami kesan ini, elakkan memandu atau mengendalikan mesin bagi mereka yang bekerja.
Dos disyorkan: 1 biji, 3 kali sehari.
Ubat tahan sakit atau radang.Ubat ini tergolong dalam kategori NSAIDs. Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tidak surut dengan menggunakan paracetamol. Untuk yang ada gout mesti dah kenal sebab antara ubat yang wajib makan apabila kena serangan gout. Elakkan pengambilan ubat ini ketika perut kosong atau bagi mereka yang ada gastritis.
Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu.
Ubat untuk gejala seperti loya dan muntah juga digunakan untuk migraine. Untuk ibu-ibu mengandung yang mengalami gejala loya dan muntah di awal kehamilan juga selalu diberikan sebagai rawatan. Muntah disebabkan keracunan makanan juga boleh dikurangkan.
Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
Ubat untuk mengurangkan sakit perut terutama yang memulas-mulas atau kekejangan perut dan juga sakit batu karang.
Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
Selalu digunakan untuk mengurangkan rasa sakit perut terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut,gastritis dan juga GERD. Bertindak untuk mengurangkan rembesan asid di dalam perut.
Dos disyorkan: 1 biji 2 kali sehari.
Ubat untuk mengurangkan gejala cirit-birit yang disebabkan keracunan makanan. Namun anda disarankan untuk minum lebih air masak setelah mengalami cirit-birit.
Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
Sama seperti Lomotil diatas,ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.
Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari
Sepertimana yang kita ketahui,badan kita memerlukan garam galian seperti sodium dan potasium untuk berfungsi dengan baik. Dan garam galian ini boleh berkurangan akibat dehidrasi apabila kita mengalami cirit-birit yang berterusan.
Oleh itu ORS ini sering dipreskripsi okeh para doktor untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan agar fungsi tubuh badan tidak terjejas.
Dos disyorkan : 1 paket apabila perlu.
Ubat ini sama fungsinya seperi Gaviscon, bertindak untuk mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman. Sila ambil sebelum makan dan pastikan anda tidak menjamah apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas ubat ini diambil.
Dos disyorkan : 15 ml 3 kali sehari.
Yang ini memang semua orang kenal. Boleh ja beli dimana-mana farmasi dan juga di 7-eleven, anda tidak perlu menunggu berjam-jam di jabatan kecemasan hanya disebabkan batuk.
Atau kandungan utamanya methyl salicylate seperti krim LMS yang sering diberikan para doktor untuk mengurangkan ketegangan otot.Yang ini pun banyak dijual di luar dan sangat-sangat berguna untuk mengurangkan sakit-sakit otot atau lenguh-lenguh badan.
Boleh digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis.Ala,yang selalu bangun-bangun tidur tu tetiba penuh tahi mata lepas tu mata pula rasa pedih dan berair.
Yang ini eloklah beli dan simpan satu di rumah untuk cek sendiri suhu badan kalian atau anak-anak samada demam atau tidak. Boleh didapati dengan pelbagai jenis dan bentuk dan kebanyakkannya mudah digunakan. Julat untuk suhu normal ada pelbagai mazhab.Tapi kebiasaan yang digunakan adalah: Suhu 38°C dan ke atas = demam
Sebab apa kalian kena simpan sekali benda ini di rumah terutamanya bagi pasangan-pasangan yang memang berhasrat mendapatkan cahaya mata? Sebab para doktor di jabatan kecemasan ni dah penat nak melayan pasangan-pasangan yang datang ke jabatan kecemasan semata-mata untuk confirmkan kehamilan mereka.
Kalau anda beli di farmasi dan buat di rumah tu positif, hamil lah tu.Tak payahlah nak datang melawat kecemasan hanya untuk double confirmation.Tak cemas pun. Kurangkan sikap pentingkan diri dan bagilah peluang kepada mereka yang benar-benar memerlukan rawatan ye.
Berilah peluang kepada mereka yang betul-betul memerlukan rawatan kecemasan terutamanya mereka yang bertarung diantara hidup dan mati untuk mendapatkan tumpuan petugas kesihatan. Ini antara ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi berdekatan dan sering diberikan oleh para doktor untuk gejala-gejala seperti yang disebutkan di atas.
Sila dapatkan nasihat doktor jika gejala(symptom) anda berterusan dan dapatkan rawatan dengan kadar segera apabila anda mengalami reaksi alahan terhadap ubat yang diambil.
Semoga bermanfaat untuk semua dan silakan berkongsi untuk kegunaan bersama.
SUMBER: DR Asmi Syabil Pegawai Perubatan Kecemasan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Adalah peraturan yang terkenal bahawa anda harus mencuci cadar setiap minggu lebih-lebih lagi semasa cuaca panas, terutamanya jika anda terdedah kepada jerawat badan.
Dan bagi mereka yang mempunyai kulit hipersensitif, membasuh cadar dan pakaian dengan detergen bebas pewangi mungkin cara terbaik. Anda harus melakukan ini untuk mengelakkan kerengsaan yang mungkin datang dari sabun dan pewangi yang keras. Tetapi jika anda masih mengalami ketidakselesaan sekali-sekala, mungkin terdapat satu langkah yang boleh melegakan kerangsaan:
Petua ini penting bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Mengapa anda perlu mencuci pakaian baru sebelum memakainya. Menurut pakar dermatologi yang diperakui lembaga Azadeh Shirazi, M.D., melalui TikTok, pakaian serba baharu boleh mengandungi bahan merengsa tertentu, seperti pewarna sintetik atau pengawet untuk memastikan pakaian tidak berkedut semasa penghantaran. Dia menerangkan, “Jika ia mengandungi alergen yang membuatkan kulit anda sensitif, bahan kimia ini meresap ke kulit dan boleh membawa kepada apa yang dipanggil dermatitis kontak.”
Dermatitis boleh muncul sebagai tompok kering, merah atau gatal dan benjolan pada kulit. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa dermatitis boleh disebabkan oleh beberapa faktor, tetapi dermatitis kontak biasanya disebabkan oleh sesuatu yang merengsa menyentuh kulit oleh itu frasa dermatitis kontak.
Shirazi menjadi lebih spesifik dengan berkongsi, “Saya perhatikan ini banyak dalam pakaian senaman kerana kita berpeluh, kita aktif dan]terdapat banyak geseran.” Peluh dan geseran itu boleh membantu bahan kimia yang disebutkan di atas bocor keluar dari pakaian dan ke kulit anda. Dia menyatakan bahawa sesetengah kawasan mungkin lebih terdedah kepada kerengsaan berbanding yang lain, termasuk ketiak dan belakang lutut secara kebetulan, kawasan tersebut juga merupakan kawasan yang paling banyak menerima geseran daripada pakaian.
Apabila ia datang untuk menangani dermatitis, sebaiknya berjumpa pakar dermatologi, kerana terdapat pelbagai jenis tindak balas dan seorang profesional boleh membantu anda mengenal pasti pencetus peribadi anda. Walau bagaimanapun, kebanyakkan pakar akan mengesyorkan mengurangkan semua produk yang berpotensi merengsakan seperti pengelupas, pembersih pelucutan, formula sarat pewangi dan memilih sesuatu yang mudah, menenangkan dan melembapkan kulit.
Jika anda pernah terfikir sama ada perlu membasuh pakaian baharu, jawapannya tidak begitu mudah. Jika anda mempunyai kulit sensitif dan mendapati sebarang dermatitis kontak, anda mungkin mahu membilasnya dengan detergen dobi tanpa pewangi. Pakaian anda melalui perjalanan yang jauh sebelum masuk di dalam almari dan mungkin bersentuhan dengan potensi perengsa di sepanjang jalan.
Jika anda mempunyai kulit yang sangat sensitif, berpegang pada penjagaan badan tanpa wangian adalah amalan terbaik dan itu termasuk mencuci, losen badan dan detergen pembasuh pakaian.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.