Tak dinafikan bukan mudah untuk seseorang itu menurunkan berat badan. Tanpa keazaman yang kuat pastinya impian mahu memiliki tubuh idaman tidak kesampaian. Perkongsian wanita ini di media sosial yang berjaya hilangkan 35.5 kg dalam masa 8 bulan. Seperti orang lain dia juga menjaga pemakanannnya, melakukan senaman dan paling penting pengambilan teh hijau setiap pagi untuk meningkatkan metabolisma badan. Hasilnnya memang membuatkan badannya kembali langsing berbanding sebelumnya.
Perkongsian Wani Syazwani di facebook ini turut mendapat butang share lebih 5 ribu dan masing-masing teruja dengan menu yang turut dikongsi sepanjang proses diet berkenaan.
Perbezaan cukup ketara.
Hari-hari diet tanpa jemu
Hari2 diet tanpa jemu. Hampir 8bulan. Wani berjaya lost 35.5kg.
Tak kurus mcm org lain. Tapi kurus sikit dari dulu.
Ini yang dilakukannya. Salah satu jangan makan malam & minum air manis
Org tnye. Mcm mne diet ni. Wani cuma bgthu. Jage mkn. Jgn mkn waktu malam. Jgn mnum air manis. Tu yg wani amal selama diet. Dari mula2 start diet dh amal mnum green tea jasmine.
Air kosong. 3-4liter sehari. Mmg akan ulang2 ke tandas. Ke hulu hilir bwk botol air. Bukan sng nk kurus
Ads
Makan makanan berkhasiat
Setiap kali mkn. Wajib mkn on time. Pagi 9am . Lunch 1pm. Dinner 6pm. Lepas 7pm mmg xmkn dh. Makan makanan berkhasiat ( panggang @ rebus ). Kurangkan garam.
Workout tetap tidak dilupakan
Setiap minggu. 3-5kali wani akan bersenam. Skrg ni selang2 cardio workout dgn zumba. Kalau dulu zumba je. Wani pilih utk senam dlm rumah je. Lagi sng. Jimat mse.
Ads
Tenkiu utk husband wani. Sentiasa support wife mu ini
Diet bukan utk dipuji. Tapi utk diri sendiri. Sekurang-kurangnya wani dh usaha utk hidup sihat.
Bila mendengar sahaja ungkapan ini adalah petanda dimana seluruh umat Islam bakal menyambut sambutan Hari Raya Aidiladha khususnya bagi mereka yang menjadi tetamu Allah dan menyambut seruan Haji di tanah suci Kota Mekah.
Malah, direzekikan untuk menunaikan ibadah Haji merupakan antara impian dan tujuan terbesar dalam diri setiap umat Islam. Ini demikian kerana, menunaikan ibadah Haji dan Umrah bagi yang berkemampuan merupakan antara rukun Islam kelima yang dituntut oleh Allah SWT.
Justeru, Hijabista berkesempatan menemubual pengasas Kamya kosmetik, Datin Erna Elliyana Rosli yang direzekikan menyambut seruan haji pada tahun ini, untuk berkongsi sudut pandang dan perasaan menjadi tetamu Allah untuk melaksanakan ibadah yang menjadi impian dan cita-cita seluruh umat Islam.
Menurut Erna, sejak bergelar usahawanita yang telah berjaya dan meski dikurniakan rezeki serta kemewahan harta yang melimpah ruah itu bukanlah kayu pengukur untuk dipanggil menjadi tetamu Allah. Tetapi ia bergantung kepada rezeki masing-masing.
“Pergi atau tidak tu bergantung pada panggilan Allah, jadi Erna percaya Allah tu maha pengasih dan maha penyayang. Erna dari kecil sampai besar kalau orang tanya Erna, macam mana boleh berjaya? Kuncinya adalah doa je, sebab Erna memang always affirmation dengan doa.
“Sebelum Erna tunaikan Umrah, dan masa Erna nak ada anak pun, Erna selalu ada ‘goal boards’ yang Erna akan buat setiap tahun untuk pastikan setiap goals Erna tercapai. Selagi Erna tak capai selagi itu goals itu akan berada dalam senarai goal boards. Jadi salah satu perkara yang Erna tulis disitu adalah menunaikan Haji,” ujarnya.
Sehubungan itu, Erna berkata kepada mereka yang sunguh-sunguh mahu menjadi tetamu Allah dan mengerjakan ibadah haji. Teruskan berdoa tanpa jemu, tanpa berputus asa dan jangan mengalah selagi Allah tak panggil atau belum makbulkan doa itu.
“Kepada rakan-rakan Erna yang berhasrat menunaikan Haji, selalu tanam dalam diri, sesungguhnya Allah itu maha perkasa lagi maha teliti dan penyayang. Jadi mintalah apa sahaja keinginan anda kepada Allah.
“Kalau kita rasa ibu kita sayang kita, Allah menyayangi kita 80 kali ganda lebih daripada ibu bapa kita menyayangi kita. Jadi mintalah apa sahaja pada Allah, InshaaAllah, Allah akan kabulkan dan perkenankan,” ujarnya.
Erna berkata demikian ketika ditemui pada satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di Daigor Hong Kong Style Muslim Restaurant, Jumpa @ Sg Wang, semalam sebelum beliau berangkat ke Tanah suci pada hari ini, 21 Jun 2023.
Mengulas berkenaan perasaanya apabila dipanggil menjadi tetamu Allah menunaikan ibadah Haji pada usia 34 Tahun. Erna menjelaskan bahawa dia menyerahkan sepenuhnya urusan ibadah Haji dibawah perlindungan Allah yang maha esa dan berharap agar dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan Haji yang mabrur bersama suami tercinta.
“Jadi saya pun berserah la, konsep dia berserah. Bismillahitawakaltu Alallah. Sebab saya percaya nak buat Haji ni adalah panggilan Allah. Jadi Erna berserah segalanya, saya harap Allah menjaga saya semasa di sana. Malah, Erna nak buat yang terbaik, sebab ini kan satu-satunya Rukun Islam.
“Jadi di kesempatan ini Erna nak memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT diatas limpah kurniaNya dan kasih sayangnya buat Erna dan suami. Erna bakal memngerjakan Haji pada esok hari, Erna harapkan doa dari kalian semua supaya Erna dapat Haji yang mabrur. Sekurang-kurangnya ini peluang sekali seumur hidup,” tambahnya lagi.
Selain itu, Erna juga berkata, dia turut mendoakan agar semua yang berhasrat menunaikan haji mempunyai rezeki sama, semoga Allah panggil, mengerjakan Haji pada tahun hadapan.
Sekadar info, Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani diantara tiga entiti gergasi iaitu Alphacapital (M) Berhad, Rakyat Trustee Berhad, dan Seterra Group of Companies yang telah termeterai ini bertujuan untuk menyasarkan pelaburan sebanyak RM100 juta bagi melaksana dan menggerakkan projek membina pusat penjagaan warga emas bertaraf dunia yang lengkap fasiliti dan infrastruktur secara terancang.
Lebih menarik lagi, pusat ini nanti bakal menawarkan pelbagai aktiviti riadah yang menyeronokkan buat warga emas dan juga melaksanakan pelbagai majlis ilmu yang boleh meningkatkan kerohanian mereka, sebagai persediaan terakhir menuju ke alam abadi.
Tarikh 11 Januari 2019 cukup bermakna buat penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 40. Dalam satu video dimuat naik turun di mana beliau diraikan lebih awal oleh team #sitinuhalizaontour dalam studio ketika sedang berlatih pada hari ketika untuk persiapan konsert Siti Nurhaliza Tour 2019.
Membawa kek sambil menyanyikan lagu Hari Jadi khas buat penyanyi tersohor ini. Namun yang jadi perhatian netizen apabila Siti tidak meniup lilin pada kek berkenaan tetapi memadamkannya hanya menggunakan jari tangannya.
Perbuatan itu mendapat perhatian netizen yang memuji tindakan beliau tidak meniup kek berkenaan seperti kebiasaan yang sering dilakukan apabila menyambut hari jadi.
norhaliza90 Ija suka tengok Dato’ Siti padamkan api lilin pada kek tu.. BravoO.. Salah 1 cara yg betul utk mengelakkan diri drpd meniup api lilin tu..
hashomemade Alaaa..bertambah sukaa dgn cara tok ti xtiup lilin..pakai jari ja…org ada ilmu..gini aa..HB @ctdk..moga sentiasa dlm rahmat ALLAH selalu
the_izara18 Suke sangat cara dato die tau kalau sebetulnye tak di bolehkan tiup lilin die padam lilin guna tangan je.
therealamyrul Uiii..padam lilin guna jari mcm Tu je..dahsyatt..HB tokti !!
Siti juga kelihatan terkejut dengan sambutan awal sempena kelahiraannya itu dan tetap memberikan sporting meraikannya walaupun sedang sibuk membuat latihan.
Untuk pengetahuan Siti yang menyambut kelahiran ke 40 tahun ini bakal mengadakan konsert di tiga negara termasuk Malaysia sebagai permulaan kerjayanya di tahun 2019.
Hijabista ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 40 buat Siti, semoga panjang umur dan murah rezeki. Pastinya juga sambutan tahun ini cukup bermakna dengan kehadirah si comel pipi Merah, Siti Aafiyah
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Tak Tercapai Akalmu, Elyana berkongsi berita gembira mengenai status kesihatannya yang baru sahaja selesai menjalani rawatan kemoterapi di laman media sosialnya.
Menerusi laman Instagram milik Elyana atau nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, dia menyatakan bahawa sesi rawatan kemoterapinya hanya tingal satu sesi sahaja lagi dan hasil daripada pemeriksaan kesihatannya, doktor mengesahkan bahawa keadaan dirinya bertambah sihat apabila keputusan darahnya dalam keadaan yang baik.
Alhamdulillah. Selesai chemo..ada balance 1 kali lagi. Result darah Alhamdulillah bagus..liver, paru-paru semua cun..but darah merah je kurang 11..tapi banyak beza masa beberapa bulan lepas bacaan dia 7 je..masa tu kena masuk darah.
Dalam hantarannya itu juga, Elyana turut meluahkan rasa terima kasih kepada mereka yang menderma darah kerana memudahkan proses rawatannya sehingga status kesihatannya kini stabil dan baik.
Thank you kepada yang selalu menderma darah..tak ternilai jasa anda..love u!!!
Penyanyi yang juga salah seorang pelakon drama Dunia Baru ini juga turut mendapat maklum balas positif dari warganet apabila ramai yang mendoakan agar kesihatan Elyana berada dalam keadaan yang baik selalu.
Penyanyi Elyana menggemparkan industri seni tempatan apabila dia mengumumkan bahawa dia mengalami penyakit kanser limfoma saat menyertai Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.
Namun, pada hujung tahun lalu, selepas hampir 11 tahun melawan kanser, dia berkongsi berita gembira bahawa penyakit kanser limfoma tahap empatnya kini semakin baik dan pulih sepenuhnya.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.