Salah satu item fesyen yang perlu ada dalam almari seorang wanita adalah jaket kulit. Jaket boleh digunakan sebagai outer wear untuk menutup aurat seorang wanita. Perlu anda tahu bahawa anda perlu tahu tip yang betul dan tepat sebelum membeli jaket kulit.
Tentunya anda mahukan jaket dengan rekaan yang terbaik dan dibeli pada harga yang berpatutan. Jadi, cuba baca 4 tip ini. Semoga ia bermanfaat dan dapat membantu anda untuk memilih jaket yang terbaik.
1. Pastikan Ia Sesuai Pada Tubuh
Sebaik-baiknya, pilih jaket kulit yang sesuai dengan tubuh badan anda. Jaket yang terbaik adalah jaket yang dipakai dan jatuh pada bahagian tulang pinggul anda. Dalam masa yang sama, ia boleh menutupi kekurangan pada bahagian dada dan pinggang anda yang berlemak.
Ads
2. Pastikan Original, Baru Beli!
Terdapat pelbagai jaket tiruan seakan-akan sama dengan yang asli dijual di pasaran. Pastikan anda membeli jaket yang original. Jaket tiruan biasanya tidak tahan lama, tidak menyerap peluh dan terasa panas bila dipakai. Biasanya, jaket yang original lebih mahal harganya. Walaupun mahal, ia boleh bertahan lebih lama berbanding jaket tiruan.
Ads
3. Beli Jaket Berwarna Neutral
Sekiranya ini merupakan kali pertama anda mahu membeli jaket kulit, apa kata beli dahulu jaket berwarna hitam. Warna hitam lebih mudah untuk dipadankan bersama pakaian yang lain. Malah, warna hitam juga tidak akan pernah ketinggalan zaman. Jika anda sudah memiliki jaket berwarna hitam, carilah warna-warna seperti coklat, kuning cair atau kelabu.
Jaket kulit tanpa rekaan atau polos sudah ketinggalan zaman. Kebanyakan jenama kini sudah mengeluarkan jaket kulit dengan pelbagai rekaan. Apa kata cari jaket kulit yang hadir dengan rekaan atau detailing seperti studded, bermanik, ditambah patch atau jaket dengan kombinasi fur-leather. Tentunya anda kelihatan lebih ‘wow’.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semalam telah berlangsung majlis akad nikah pasangan pelakon Izara Aishah dan juga Adib Khalid. Ramai memuji penampilan Izara yang begitu cantik, anggun dan penuh mempesona. Dari top to toe, semuanya nampak ‘perfect’ dan begitu cocok sekali dengan Izara yang jelita. Baju nikah Izara berwarna ‘off white’ ini adalah hasil kreativiti pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim. Ada kisah menarik di sebalik busana anggun ini. Bukan calang-calang buatannya kerana ia hasil kerja keras pereka yang memang sangat dikagumi kreativitinya.
A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on
Menurut Rizalman dalam posting di laman IGnya, beliau mengembara seluruh dunia untuk mencari inspiprasi bagi mereka busana pengantin Izara yang berkonsep Sopan Couture dan Future Classic. Bukan itu sahaja beliau memulakan pembacaan dan mencari sejarah seawal abad ke 18 dari dalam dan luar negara. Dari muzium ke istana.
Bukan itu sahaja, Rizalman turut mencari material terbaik dan mencuba melaksanakan teknik couture baru dalam menghasilkan karya cukup hebat ini. Usaha pereka ini juga harus dipuji kerana beliau turut menghadiri pelbagai teater di luar negara dan belajar kesan pementasan dan pencahayaan untuk mewujudkan elemen nikah dan drama.
Apa yang lebih mengharukan Rizalman semalam apabila Izara yang menangis di bahunya sambil mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala-galanya. Momen itu mengingatkan pada Rizalman bahawa Izara pernah berkata “’cek takmau kawen klw abang Rizalman tak mau buat perkahwinan cek’ Sebab tu la cek pon tak kawen pasai takdak RIZALMAN boleh buat perkahwinan”
Walaupun ada sedikit kontroversi mengenai veil yang digayakan Izara, tetapi kebanyakan follower pereka ini memberi reaksi positif dan memuji penampian Izara malam itu memang sangat cantik bagaikan puteri dalam persalinan tradisional yang indah. Namun ada elemen trendy dan veil ini dikatakan akan jadi ikutan bakal pengantin nanti.
@fadidarwaty_ahmad seriously this bju n veil sngt cntik..and izara mmg cantik
@afzansyukran Super cantik! Super unik! Super traditional! Kena akui @izaraaishahofficial sangat menawan sebagai permaisuri sehari. Nampak lain daripada biasa yang kita tengok. Kerja seni yang sangat hebat @rizalman71.
@iceeyes78 So trendy….never before seen any weddings in Malaysia like this
Sebelum itu pasangan sama cantik sama padan ini sah diijab kabulkan hanya dengan hanya dengan sekali lafaz di sebuah lokasi di Damansara jam 9 malam semalam.
Dalam majlis itu, Izara menerima wang mas kahwin RM700 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.
Majlis diadakan secara tertutup dan dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat terdekat.
Sebelum ini pasangan anak jutawan SM Faliq dan Chryseis Tan memilih mengenakan songkat untuk majlis resepsi mereka. Dan minggu lalu juga menyaksikan pasangan doktor, Dr Puteri Julia Nabilah dan Dr Dziya Faqhran turut menyarung persalinan songket untuk majlis resespsi. Dr Julia merupakan anak sulung kepada pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil. Majlis yang diadakan di sebuah hotel ini menyaksikan pasangan sama cantik sama padan begitu bergaya dengan busana klasik songket sungguh memikat.
Penampilan Dr Julia memang begitu menarik perhatian dengan busana songket rona kuning di raja ini hasil rekaan pereka fesyen terkemuka, Rizman Ruzaini. Istimewanya busana ini turut diperindahkan dan dimewahkan dengan perincian taburan manik di bahagian cape.
Begitu juga pasangannya, Dr Dzhiya yang lengkap berbaju Melayu dari fabrik sama serta tanjak dan selitan keris di pinggang.
Majlis resepsi kali ini adalah bagi meraikan tetamu kenamaan serta rakan-rakan artis yang turut hadir memeriahkan lagi suasana malam itu.
Sebelum itu, pasangan ini selamat diijab kabulkan dengan berwalikan sendiri adik Dr Puteri Julia, Megat Jufri yang turut menyempurnakan majlis akad nikah berkenaan.
Sarah Hildebrand bukanlah satu nama baharu dalam industri hiburan tanah air. Mungkin wajahnya agak asing di kaca televisyen tetapi namanya mekar mengharum sebagai salah seorang model yang sering menjadi perhatian ramai.
Selain bergelar seorang pelakon dan pengacara televisyen, gadis kacukan Melayu – Amerika ini juga merupakan duta bagi produk kecantikan Safi Balqis. Patutlah Hijabista lihat wajahnya kekal segar, cerah dan berseri.
Sekitar November 2017, Sarah telah terbang ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan bapanya yang hampir 8 tahun sudah tidak berjumpa. Ibu bapanya sudah bercerai sejak Sarah berumur 8 tahun lagi dan dia bersama ibunya kemudian berpindah ke Kuala Lumpur. Manakala bapanya masih menetap di Amerika.
Sungguhpun jarak mereka jauh, Sarah dan bapanya sering berkomunikasi menerusi Skype, FaceTime dan media sosial yang lain. Menurut Sarah, dia sangat beruntung kerana mempunyai kedua-dua ibu bapa yang sangat mengambil berat tentang kondisinya.
Sarah yang mempunyai pengikut seramai 109 ribu di Instagram ini kelihatan begitu seronok dan gembira bercuti di Amerika Syarikat. Apa yang Hijabista kagum, dia tetap menjaga kesopanannya sebagai seorang Muslimah.
Jom kita lihat #OOTD Sarah yang memang cool dan sempoi! Kebanyakan #OOTDnya bermain dengan rona-rona nude dan neutral yang mudah disuai padan.