Kemasukan para artis ke dalam arena politik negara, bukanlah satu perkara yang asing lagi, perkara ini tidak hanya berlaku di Malaysia, malah ia juga berlaku di negara jiran Indonesia.
Pelawak tanah seberang yang popular di Indonesia, Elly Suhairi telah menukar nama pentasnya kepada Elly Sugigi sebagai persediaan untuk melaksanakan hasratnya menyertai bidang politik negara itu.
Memetik laporan portal berita Liputan6, tindakan Elly itu bertujuan untuk menaikan nama dan popularitinya dalam bidang politik.
“Orang mengenali saya dengan nama sebenar iaitu Elly Suhairi. Mungkin selepas ini, saya akan merujuk pihak berkuasa untuk menukar nama kepada Elly Sugigi.
“Tapi, saya perlu terlebih dahulu mengumpul wang untuk menampung pembiayaan proses menukar nama. Sekitar 10 juta rupiah (RM2,853) atau lebih,” katanya yang mengikut jejak langkah penyanyi, Mulan Jameela yang lebih awal terjun ke arena politik.
Ads
Pelakon filem Mekah I’m Coming itu, juga berhasrat menjadi Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia, setelah mendapat nasihat dari Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hassan.
Jelasnya lagi, Zulkifli turut menasihatkannya supaya benar-benar menjadi ahli politik yang mahu berkhidmat demi rakyat, bukan sekadar meraih populariti semata-mata.
Ads
“Kalau boleh, saya memang mahu menjadi Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia. Doakan saya!” Ujarnya.
Umum sedia maklum bahawa kini kita sedang berada pada hari ketiga di satu lagi bulan mulia selain bulan Ramadhan iaitu bulan Zulhijjah. Di mana pada 10 hari terawal pada bulan ini jika direbut keistimewaanya dengan perlaksanaan ibadah dikatakan bakal memperoleh ganjaran pahala yang besar dan berlipat ganda.
Justeru, bagi kaum hawa khususnya para hijabi yang sedang berjihad menuju jalan yang diredai Allah SWT serta mempunyai hajat, bulan ini hendaklah dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
Oleh itu, disini hijabista kongsikan keistimewaan dan kelebihan bulan Zulhijjah menurut sudut pandang dan penjelasan dari pendakwah bebas yang tidak asing lagi iaitu Ustazah Asma’ Harun agar hijabi lebih cakna dan dapat mempertingkatkan ketakwaan serta merebut ganjaran pahala.
Ini adalah bertepatan seperti yang termaktub dalam firman Allah menerusi Surah Al-Fajr ayat 1 – 2 yang berbunyi:
وَالْفَجْرِ, وَلَيَالٍ عَشْرٍ
“Maksudnya: “Demi waktu fajar, dan 10 malam (serta hari terawal Zulhijah).”
Tambah, Ustazah Asma lagi, perkara sama turut disebutkan menerusi hadis Nabi Muhammad SAW yang menyatakan bahawa ganjaran pahala yang diperoleh ketika melaksanakan ibadah pada bulan Zulhijjah langsung tidak dapat menandingi ganjaran pahala kerana berjihad di jalan Allah SWT.
Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali. (HR al-Bukhari, hadis sahih)
Sehubungan itu Ustazah Asma’ mdengaskan bahawa, amatlah beruntung bagi sesiapa yang berkejar-kejar merebut peluang yang cukup istimewa ini untuk memperoleh ganjaran pahala yang telah dijanjikan Allah SWT.
Berikut merupakah tarikh 10 hari terawal yang terpenting dalam bulan Zulhijah dan wajar diberi perhatian khususnya buat kaum hawa melipatgandakan amalan:
Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh ALLAH untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan ALLAH tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan ALLAH tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.” (HR Bukhari, hadis sahih)
“Subhanallah, allahuakbar. 10 hari awal Zulhijjah ini juga disebutkan sebagai pesta ibadah buat umat islam yang terbesar, kerana ganjaran besar disediakan bagi sesiapa yang merebutnya.
“Sahabat semua, mari bersama perbanyakkan amal soleh sepanjang awal bulan Zulhijjah ini, mudah-mudahan asbab inilah kita dapat meraih syurga-NYA.
“Semoga kita tergolong bersama mereka yang diampunkan dosa sebelum dan akan datang,” titipnya.
Haa.. Dah tau kan bertapa besarnya ganjaran pahal sekiranya melipatgandakan amalan pada bulan Zulhijjah?
Ini demikian kerana, didalamnya tersembunyi hari-hari yang amat berkah dan paling bermakna serta penting di sisi Allah. Sebagai umatnya adalah amat digalakkan jika kita mampu menghayati hari-hari penting ini dengan penuh manfaat dan ketaqwaan.
Oleh itu, Hijabista berharap agar para Hijabi sekalian tidak melepaskan peluang untuk merebut ganjaran pahala dengan melipatgandakan amal ibadah masing-masing!
Selepas lama menanti kelahiran puteri sulung mereka, pasangan romantik Ernie Zakri dan juga Syamel bisa tersenyum lebar apabila cahaya mata mereka selamat dilahirkan semalam, 22 Februari 2022, pada jam 10.14 am.
Berita gembira itu dikongsikan oleh kedua-dua penyanyi popular itu menerusi laman Instagram mereka. Mengambil panggilan Daddy & Ibu untuk anak mereka nanti, pasangan itu memuat naik gambar tangan anak kecil mereka yang cukup comel dan gebu! Alahai, tak sabar nak lihat wajahnya!
Assalamualaikum, syukur alhamdulillah. Cinta hati Daddy & Ibu telah selamat dilahirkan pada 22.02.2022 pada jam 10.14 a.m tadi. Doakan kesihatan kami berdua.
Dalam masa yang sama juga, Syamel turut berkongsi rasa syukurnya menerusi laman Instagramnya dan meminta agar semua mendoakan kesihatan isterinya serta anaknya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan KakNinie dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya.
Sudah pasti berita gembira ini menjadi sebuah perkhabaran yang dinanti-nantikan oleh orang ramai terutamanya peminat Ernie dan Syamel. Ramai yang cukup teruja dengan gambar yang dimuatnaik oleh mereka berdua. Rakan-rakan selebriti juga turut sama mengucapkan tahniah. Ada juga yang sudah mengucapkan selamat berpantang kepada Ernie! Wah, cepat betul netizen ni!
Team Hijabista mengucapkan tahniah kepada pasangan romantik ini dan mendoakan agar puteri sulung mereka menjadi anak yang solehah dan memberi sebuah kebahagian dalam kehidupan mereka. InsyaAllah…Amin YRB..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebelum ini model Muslimah antarabangsa, Amena Khan mengambil keputusan menarik diri dari menyertai kempen satu produk popular gara-gara tweet yang pernah dibuatnya beberapa tahun lalu. Dan terbaru penyanyi berhijab kacukan Perancis Syria, Mennel Ibtissem pula menarik diri dari rancangan realiti The Voice.
Mennel, 22 tahun dikatakan tidak tahan dengan cemuhan netizen selepas satu statusnya di twitter dua tahun dikaitkan seolah-olah dia menyokong keganasan.
Netizen mula memberi pelbagai reaksi terhadap status Mennel itu berkaitan dengan serangan keganasan di Nice pada 14 Januari 2016 yang mengakibatkan 86 orang maut dan ratusan tercedera.
“Perkara itu bagus kerana menjadi rutin, seminggu satu serangan! Dan sentiasa kekal setia ‘keganasan’ merupakan identiti dia. Apabila kamu merancang tindakan kotor, kamu pasti tidak akan lupa identiti kamu,” tulis Mennel di laman media sosial pada hari tersebut.
Peserta berhijab pertama yang menyertai pertandingan peringkat antarabangsa itu mengumumkan penarikan dirinya dari The Voice menerusi media sosialnya di Facebook.
Walaupun niatnya memasuki rancangan realiti itu hanyalah untuk menyatukan orang ramai dan membuka minda. Bukan bertujuan memecah belahkan atau menjadikan mereka insan yang jumud.
Menurutnya sebagai penyany dia percaya dengan nilai kemanusian dan kebaikan manusia. Mennel percaya juga masa depan harus dibina dengan cinta, keamanan dan toleransi.
Beliau yang tiada niat untuk menyakiti hati sesiapa, malah mesej dan tujuannya telah disalah anggap sehingga menyakitkan dirinya dengan begitu dahsyat.
Walaupun telah menarik diri, Mennel tetap akan membina karier muzik yang diminatnya biarpun dirinya berhijab. Dia akan terus manfaatkan peluang yang ada untuk terus menyebarkan mesej dan niat sebenarnya.
Maryam Younarae berkongsi kisah perjalanan hidupnya sebelum berhijab, termasuk pengalaman menjadi duta jenama tudung yang disifatkannya sebagai antara jalan yang membawanya lebih dekat kepada hidayah.