Ke mana tumpahnya kuah. bergelar anak kepada penyanyi tersohor yang juga merupakan Biduanita Negara memberi kelebihan kepada Siti Aafiyah Khalid.

Sememangnya darah seni tetap mengalir dalam diri si kecil yang berusia tujuh tahun ini.

“Hebat Macam Ibu” Aafiyah Menang Gold Award Di EuroAsia Youth Music Festival DS SITI NURHALIZA Luah Syukur
Kredit Foto: ctdk

“Hebat Macam Ibu” Aafiyah Menang Gold Award Di EuroAsia Youth Music Festival DS SITI NURHALIZA Luah Syukur

Ternyata, anak sulung kepada Datuk Seri Siti Nurhaaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini berbakat besar dalam bidang seni apabila baru-baru ini Aafiyah berjaya meraih Gold Award di Euroasia Youth Music Festival 2025.

“Hebat Macam Ibu” Aafiyah Menang Gold Award Di EuroAsia Youth Music Festival DS SITI NURHALIZA Luah Syukur

“Hebat Macam Ibu” Aafiyah Menang Gold Award Di EuroAsia Youth Music Festival DS SITI NURHALIZA Luah Syukur

Sekaligus melayakkan Aafiyah ke pusingan akhir yang bakal berlangsung pada Jun ini. Masha-Allah hebatnya, tahniah Aafiyah!

Syukur & Bangga

Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menzahirkan rasa syukur dan bangga terhadap kejayaan Aafiyah dan berkongsi berita gembira itu di Instagram peribadinya.

Ads

“Alhamdullillah, ..Baru baru ini Aafiyah menyertai ‘2025 EuroAsia youth Music Festival ‘ di Sunway University untuk Kuala Lumpur Preliminary Round.

“Di bawah bimbingan Teacher Illy @illypianoacademy Aafiyah berjaya mendapatkan Gold Award dan layak ke pusingan Final pada bulan Jun nanti.

“Ini adalah moment yang sempat ibu abadikan buat semua.”

BACA JUGA: Anggun Dengan Gaun Merah Hati DATO’ SRI SITI NURHALIZA Dipuji Nampak Lebih Muda Tak Macam 46 Tahun!

Menurut Datuk Seri Siti Nurhaliza, selain teruja beliau turut merasa berdebar Ketika Aafiyah mahu memulakan persembahan.

“Berdebar jugak ibu bila Aafiyah nak mulakan persembahan , tapi ibu percaya Aafiyah boleh lakukan.”

Ads

Raih Pujian

Penyanyi jelita ini turut berterima kasih kepada tenaga pengajar yang telah berusaha melatih Aafiyah bermain piano dengan baik sejak usianya empat tahun.

“Terima kasih Teacher Illy tak jemu-jemu melatih Aafiyah.

“Semoga Aafiyah terus berjaya sayang.. Aamin ya Rabb.”

Dalam hantaran yang dikongsi oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aafiyah bermain piano dengan tenang.

Biarapun baru berusia tujuh tahun namun Aafiyah kelihatan sangat yakin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminat menitipkan ucapan tahniah buat Aafiyah dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Ads

“Semoga berjaya macam ibu dia.”

“MashaAllah tahniah Aafiyah sayang! Betul lah orang kata, she will be Siti Nurhaliza II.”

“Wow.. Makin hebat dan konfiden Aafiah srang ni…. Tahniah Aafiah….”

Hijabista mendoakan agar Aafiyah terus berjaya bersama minatnya dan membesar menjadi anak yang solehah buat ibu dan ayah.

“Hebat Macam Ibu” Aafiyah Menang Gold Award Di EuroAsia Youth Music Festival DS SITI NURHALIZA Luah Syukur

“Hebat Macam Ibu” Aafiyah Menang Gold Award Di EuroAsia Youth Music Festival DS SITI NURHALIZA Luah Syukur

Untuk info, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI