Aktiviti mengvakum rumah boleh memberikan seribu satu kepuasan pada seseorang individu. Tambah-tambah lagi apabila dapat melihat segala habuk disedut. Fuh! Puas sungguh rasanya apabila rumah menjadi bersih dan bebas daripada habuk.
Di twitter, seorang pengguna iaitu Solehah Mardhiyah telah berkongsikan pada semua mengenai vakum yang berkesan untuk menyedut segala habuk di rumah dan juga kereta. Biarpun murah, namun kualitinya tidak langsung mengecewakan!
Selain itu, netizen juga turut mencadangkan jenis-jenis vakum terbaik yang ada di pasaran dengan harga yang berpatutan.
Kekurangan vakum ini mungkin hanyalah pada bunyinya yang disifatkan agar kuat oleh pengguna. Namun, jika anda tidak kisah dengannya, ia tidak akan menjadi masalah besar buat anda.
Apabila penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza atau Tok Ti tampil bertudung bawal, ramai peminatnya yang menjadi tidak keruan.
Mana tidaknya, penampilannya itu dikatakan persis anak dara. Sweet gitu! Ada juga yang mengatakan seperti baru sahaja habis SPM. Gambar yang dimuat naik oleh Tok Ti ini dihujani ribuan komen. Ramai yang memintanya untuk terus bertudung bawal.
Aktivis kemanusiaan Malaysia yang tidak asing lagi, Nadir Al-Nuri dinobatkan sebagai penerima anugerah utama pada malam pengiktirafan Nona Superhero Award 2023 baru-baru ini.
Beliau yang menetap di Semenanjung Gaza, Palestin sejak 2013 merupakan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia.
Majlis anugerah berprestij yang dianjurkan kali kedua oleh majalah Nona ini menobatkan 18 individu ikonik yang cemerlang sepanjang 2023 dalam pelbagai bidang dan kerjaya.
Nona Superhero Award 2023 yang bertemakan James Bond 007 ini berlangsung di Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YAM Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj; dan Yang Berbahagia Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP).
Memetik ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim: –
“Majlis Nona Superhero Award 2023 ini menjadi satu platform penting bagi menghargai individu ikonik yang telah mencetuskan revolusi tersendiri dalam pelbagai bidang dan menyumbang kepada pembangunan negara.”
Beliau turut menyatakan kebanggaan terhadap semua penerima anugerah pada malam itu. Beliau menyifatkan mereka sebagai wira-wira negara yang memotivasikan generasi muda agar terus berusaha dan memberikan yang terbaik demi Malaysia.
Sementara itu, Head of Business Woman Segment iaitu Kiffy Razak turut berpendapat: –
“Sepanjang 37 tahun di pasaran, kami di Majalah Nona terpanggil untuk menghargai golongan lelaki hebat yang berpengaruh dan menjadi wira sebenar sepanjang menempuhi tahun 2023.
“Meskipun berdepan pelbagai cabaran, namun mampu bertahan dengan semangat yang kuat serta menyuntik inspirasi kepada pengikut masing-masing. Tahniah buat barisan lelaki unggul yang diiktiraf dalam Nona Superhero Award 2023!”
SENARAI ANUGERAH & PENERIMA NONA SUPERHERO 2023
1 Nona Superhero Award Nadir Al-Nuri
2 Nona Men’s Motivator Award Prof Dato’ Dr Noordin Darus
3 Nona Men’s Fashion Brand Award Datuk Radzuan Radziwill
4 Nona Men’s Legend Award Anuar Zain
5 Nona Men’s Active Award Mohd Al Jufferi Jamari
6 Nona Men’s Inspiring Award Boss James
7 Nona Men’s Celebrity Business Award Nubhan Ahamad
8 Nona Best F&B Business Award Azrain Mohamad
9 Nona Men’s Style Icon Award Hun Haqeem
10 Nona Men’s Social Media Influencer Award Ryan Bakery
11 Nona Men’s Paralympic Award Muhammad Ammar Aiman
12 Nona Best Innovative F&B Business Award Cef Nazri Jameson
Beard Brothers
13 Nona Best Medispa Award Dr Abdul Haq Ab Wasa
Estika Medispa
14 Nona Best Future Education Fund Award Ahmad Dasuki Abdul Majid
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
15 Nona Best Aesthetician Award Dr Abdullah @ Maliq Alias
Dr Cute International
16 Nona Best Community Dakwah Centre Award Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof
Murtadha Dakwah Centre (MADAD)
17 Nona Best Hair Service & Product Award Chez Hamdan
ChezKamya Professional
18 Nona Best Edupreneur Award Dato’ Dr Kapten Bakhtiar Aliff Ibrahim
Al Kauthar Eduqids
PELANCARAN APLIKASI BAHARU
Pada malam itu, turut dilancarkan aplikasi ‘Content Aggregator’ terbaharu di Malaysia iaitu seeNI.
Aplikasi ini menggabungkan lebih daripada 20 penerbit terkemuka seperti NONA, Mingguan Wanita, Hijabista, RASA, Remaja, Media Hiburan, Keluarga, Impiana dan banyak lagi.
Objektif penubuhannya seiring kecanggihan dunia yang telah meletakkan segala pusat maklumat di hujung jari. Pelbagai konten menarik dipaparkan di aplikasi ini bermula dengan artikel, video, sehinggalah ke konten audio.
Dengan tagline ‘Segalanya di seeNI’ ia dilihat sebagai lubuk multigenerasi. seeNI juga menjadi aspirasi solusi pintar kepada masyarakat. Dapatkan aplikasi seeNI di App Store dan Google Play Store.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lama tak melihat kelibat pelakon cantik ini di layar perak mahupun televisyen. Nama Erin Malek mula dikenali dalam dunia lakonan ketika membintangi filem Tentang Bulan.
Biarpun tidak aktif sebagai pelakon, Erin Malek aktif di media sosial. Artis berusia 29 tahun ini lebih banyak berkongsi kehidupan terkininya bersama suami dan anak-anak.
Hasil perkahwinannya selama sembilan tahun dengan anak usahawan automotif ternama, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz.
MENGHAMPIRI USIA 30 TAHUN
Bakal menginjak ke usia 30 tahun pada tahun hadapan, Erin akui dia telah pun bersedia dengan fasa usia yang lebih matang.
“Sekarang saya dah 29 tahun. Bila hujung-hujung 20-an ni dan bakal memasuki usia matang saya lebih banyak fokus kepada diri sendiri, keluarga, anak-anak serta orang-orang yang terdekat di sekeliling saya.
“Saya juga lebih fokus kepada perkara-perkara yang membuatkan kita rasa gembira dan bahagia. Secara tak langsung dapat elak risiko KEMURUNGAN dan anxiety.”
“Sekarang ini golongan wanita khususnya ibu-ibu banyak terdedah dengan risiko ini kerana tekanan.
“Maka, fokus kepada yang baik-baik saja. Jaga kesihatan, pemakanan dan kekal cergas dengan bersenam setiap hari. Bukan untuk kurus tetapi demi kesihatan,” kongsi Erin.
PERKEMBANGAN TERKINI
Pejam celim, pejam celik hampir sembilan tahun Erin tidak beraksi di pentas lakonan. Menurut Erin, itu tidak bermakna dia berhenti terus. Minatnya masih ada.
“Walaupun dah lama tak berlakon, saya masih menerima offer tetapi yang kecil-kecil saja. Kalau yang besar-besar tu belum sempat lagi sebab saya nak fokus keluarga dulu buat masa ini.
“Anak sulung dah mula sekolah, jadi sibuk sikit. Berlakon tu InshaAllah soon,” kongsi Erin.
Hijabista mendoakan agar segala urusan Erin dipermudahkan dan kekal bahagia bersama keluarga tersayang.
Kredit Foto: Instagram Erin Malek
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di