TERIMA KASIH KEPADA 3M FOLLOWERS SAYA..!! . Terharu sangattt.. Abum IG saya ni, tidak ada yg WOW atau lifestyle yg “Have Have” utk dkongsikan ? . I am just a simple person, yg tak brp gigih nak melaram dalam harian saya .. jadi atas sebab itu, tima kasih krn sudi terima saya seadanya .. ??❤️ . .
Sebagai tanda terima kasih.. saya nak hadiahkan 20 orang followers kesayangan saya SHAWL RARA (warna secara rawak).. . Nak tak?!! Kalau nak SHAWL RARA.. Senang jer.. . . 20 pemenang bertuah akan saya umumkan minggu hadapan! Jangan risau.. kami baca semuaaaa text kalian tau..!!! . . So .. jom kita mulakan… . “SAYA SUKA ERRA KERANA……,”. .. #spreadlove ?❤️???
Ads
Mendapat ribuan komen, rakan artis dan peminatnya memberikan pelbagai sebab mengapa mereka menyayangi Erra. Memang disayangi sungguh!
Beberapa hari yang lalu, video mengenai seorang pendaki wanita berhijab dari Indonesia iaitu Aries Susanti Rahayu yang telah mencatat rekod dunia di IFSC Climbing World Cup telah tular di media sosial.
Menariknya, dia berjaya melakar rekod baru apabila menewaskan pemegang rekod terdahulu dari China iaitu Yi Ling Song dengan catatan masa 6.995 saat. Terdahulu, Yi Ling berjaya mencatat rekod 7.101 saat di kejohanan yang lepas.
Diberi jolokan Spider-Woman, Rahayu dikatakan seperti bukan seorang manusia kerana kelincahannya memanjat itu melebihi keupayaan seorang manusia biasa.
Melihatnya melakukan aksi tersebut seperti terlalu senang namun sebenarnya sukar. Persiapan untuk menjadi sebagus dirinya itu haruslah sempurna.
Matlamatnya bukan hanya untuk menewaskan pesaingnya semata-mata namun bagi mencabar keupayaan sebagai seorang manusia. Rahayu telah mencipta rekod yang sangat luar biasa dalam sukan ini. Namun, ia bukanlah satu pengakhiran tetapi membuatkan pesaingnya harus berasa lebih bersemangat untuk meleburkan rekod tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Paula Verhoeven menitipkan nasihat buat kaum wanita bahawa kini mereka harus tahu untuk berdikari.
Menurutnya, sikap tersebut adalah sangat penting lebih-lebih lagi pada zaman yang penuh cabaran kini.
Menurut Paula, ia juga adalah perkara paling utama dalam kehidupan seorang wanita.
“Bagi saya, wanita perlu berdikari. Itu sangat penting,” kata Paula.
“Dalam agama kita juga diajar untuk tidak bergantung kepada manusia. Tetapi pada dasarnya kita harus tahu untuk berdikari,” kongsi Paula di saluran Youtube Ana Sofa Yuking, baru-baru ini.
Tak Dikecewakan
Menurut Paula lagi, berdikari dalam semua perkara baik sikap mahupun kewangan amat perlu.
Katanya, kebebasan berdikari akan membuatkan seorang wanita itu tidak mudah dikecewakan oleh orang lain.
“Apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain tidak memberi kesan kepada kita,” jelasnya.
Berilmu & Tahu Batas
Seorang wanita juga mesti ada ilmu dan celik undang-undang agar setiap perkara yang dilakukan ada batas-batasnya.
Dengan memahami undang-undang, seorang wanita itu tahu baik dan buruknya perbuatan orang lain.
Sebelum ini bukan tidak ada peserta Islam berhijab yang menyertai pertandingan Ratu Cantik. Antaranya Halema Aden yang menyertai Miss Minnesota USA 2016 atau Raudha Kasmir menyertai Miss Indonesia 2018. Penyertaaan mereka juga turut mendapat reaksi cukup berbeza dari seluruh masyarakat. Dan sekarang seorang lagi gadis berhijab, Nurul Shamsul, 20 tahun yang mencatat rekod apabila menjadi wanita Islam pertama yang tercalon dalam Top 20 Miss Universe Zealand.
Nurul yang merupakan seorang pelajar dilahirkan di Ampang Selangor ini berdarah campuran Malaysia dan Indonesia telah dibesarkan di New Zealand sejak usianya 5 tahun.
Melalui akauan instagramnya, Nurul menyatakan perasaan gembiranya apabila dia akhirnya layak berada di peringkat akhir untuk pertandingan Miss Universe New Zealand.
Dilihat dari latar belakangnya, Nurul merupakan penuntut di Universiti Waikato dengan jurusan Psikologi. Malah dia juga turut menyatakan hasratnya menyertai Ratu Cantik New Zealand adalah untuk mendapatkan dana bagi membantu kanak-kanak yang hidup miskin dan kebuluran.
Dalam pada itu, Nurul juga berharap dengan penyertaannya dalam pertandingan ratu cantik ini dapat memberinya peluang menolak stereotaip serta memberi impak positif kepada agama Islam di mana gadis berhijab tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan seperti itu.
“Saya harap peluang yang diberikan ini akan membantu memecahkan sempadan dan stereotaip. Saya juga berharap bersama-sama kita dapat mentakrifkan semula maksud kecantikan itu,” tambahnya lagi.
Melalui salah satu post di laman instagramnya, Nurul turut menulis penting untuk sentiasa mengetahui siapa anda dan asal usul anda. Malah perlu bangga dengan diri sendiri.
Dia turut menambah melalui pengalamannya sendiri, Nurul menyukai New Zeland kerana penduduknya lebih menerima budaya dan etnik yang berbeza. Malah itu yang menjadikan New Zealand unik kerana semua budaya yang ada.
Menjadi satu-satunya gadis berhijab dalam pertandingan Ratu cantik itu nanti, Nurul berharap supaya erti sebenar kecantikan dapat digambarkan dengan betul dan tidak hanya terhad kepada paras rupa dan bentuk badan semata-mata.
Pertandingan akhir nanti akan diadakan pada bulan Ogos di SKYCITY Theater.