Tak dinafikan bukan mudah seseorang itu untuk mengecapi kejayaan. Pelbagai rintangan dan dugaan yang perlu dihadapi sebelum Tuhan menganugerahkan rezeki yang cukup indah. Untuk menggapai impian itu jangan sesekali ada perkataan putus asa dalam hidup.

Tidak terkecuali juga perjalanan seni seorang selebriti bernama Yuna. Ternyata penyanyi yang sudah berjaya mencipta nama di US ini tidak pernah melupakan pengalaman yang dilalui sebelum kini mampu beroleh kejayaan sekarang.

A post shared by yunamusic (@yunaliszarai) on

Jika sebelum ini, penyanyi yang baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan Adam Sinclair jarang berkongsi sesuatu yang peribadi di laman sosialnya. Tetapi posting yang dimuat turut baru-baru ini mengundang reaksi para netizen.

Yuna menceritakan kepayahan yang pernah dilaluinya sebelum berjaya mencipta nama di persada antarabangsa. Perkongsian ini memang menyentuh perasaan kerana selama ini ramai menganggap perjalanan insan seni ini cukup indah dan manis sekali.

Menurut Yuna, kejayaan yang dikecapi tidak kira kecil atau besar tidak boleh dilakukan seorang diri. Pasti ada seseorang yang akan membantu. Yuna merujuk kepada anggota kumpulannya  dulu yang mana mereka sanggup berkongsi RM50 untuk meneruskan kelangsungn hidup di kota penuh mencabar itu.

A post shared by yunamusic (@yunaliszarai) on

IKLAN

Begitu juga pengalaman awal ketika beliau berhijrah ke L.A yang hanya makan mi segera atau nasi bersama sardine selang sehari untuk langkah berjimat. Perkongsiannya itu memang menyentuh hati admin kerana menyedarkan diri bahawa kejayaan itu tidak datang bergolek.

Ayuh, baca perkongsiannya ini.

Bukan lakukan seorang diri

Setiap kejayaan kita tak kira besar atau kecil kita sebenarnya tak mampu melakukannya seorang diri. Pasti ada seseorang yang membantu. Ketika ini saya fikir ramai yang berasa apabila mereka memperoleh suatu kejayaan mereka lakukannya sendiri.

IKLAN

A post shared by yunamusic (@yunaliszarai) on

Kongsi RM50 dengan krew

Tapi saya tahu ada orang yang akan membantu saya ketika saya tidak punya apa-apa. Pernah saya terpaksa berkongsi RM50 (USD$15) bersama anggota band dan krew. Ada masanya mereka juga bekerja secara percuma kerana kami tidak dibayar.

You can achieve a small amount of success, or a huge one, but you never could have done it by yourself. Someone in your life, somewhere, was there to help you. I feel like a lot of people nowadays think that if they become something, they did it all by themselves. But I always knew someone went out of their way for me when I needed help, when I had nothing. Once, I had to split RM50 (about USD$15) with my bandmates & crew, and sometimes they worked for free coz we didnt get paid.. Or, when I first moved to LA, I ate instant noodles or rice and sardines on alternate days to save money coz everything was too expensive in LA. But I had friends who looked after me & got me food. You know. Stuff like that.. I will remember forever. Thank you. ❤️ photo: @allisamazing // Me at the @Cartier event with the team

A post shared by Yuna (@yunamusic) on

IKLAN

Selang sehari makan mi segera & sardin

Semasa awal berhijrah ke LA, saya makan mi segera atau nasi bersama sardin selang sehari untuk jimatkan duit kerana perbelanjaan disana terlalu mahal. Tapi saya ada rakan yang selalu membantu saya dan membeli makanan. Semua perkara ini saya akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih

Itu kisah penyanyi hebat ini sebelum mampu berdiri megah di kaki sendiri. Ternyata Yuna bukan seperti kacng lupakan kulit kerana dia tidak melupakan orang lain yang turut membantunya sebelum meraih kejayaan seperti hari ini. Yuna antara penyanyi yang boleh dibanggakan kerana membawa nama Malaysia di pentas dunia. Beliau juga antara penyanyi yang tidak banyak kontroversi dan paling penting juga mempunyai ilmu pengetahuan.

A post shared by Yuna (@yunamusic) on

Yuna terus melakar nama di bumi Amerika apabila menjadi artis pertama dari Malaysia tercalon dalam Majlis Anugerah ‘Black Entertainment Television Award’ (BET). Gadis kelahiran Alor Setar, Kedah itu menerima pencalonan Anugerah BET  ‘Centric’ untuk lagu duetnya bersama dengan penyanyi, Usher bertajuk ‘crush’.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI