Kesan hangus pada seterika memang susah hendak dihilangkan. Paling merisaukan apabila ia meninggalkan kesan pada baju yang hendak digosok. Habis rosaklah baju!
Tak perlu runsing sis, sebenarnya ada pelbagai cara untuk membersihkan seterika dan salah satunya ialah menggunakan panadol. Eh macam mana tu? Jom kita lihat tutorial di bawah ini.
Pastikan seterika baju dalam suhu panas & panadol dibasahkan terlebih dahulu sebelum digosok pada permukaan seterika.
Gunakan yang jenis soluble begini.
Pastikan tangan anda tidak terkena seterika tersebut.
Ads
Kemudian lap permukaan seterika mengguna kain.
Tadaa! Inilah hasilnya. Nampak macam barukan? Daripada beli seterika baru, lebih baik anda cuba bersihkannya dahulu. Banyak penjimatan yang boleh dilakukan ya!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi wanita berhijab, penggayaan tudung sangat penting dalam memberikan kesan yang on point, terutama ketika merakamkan gambar kenangan. Jika salah pilih tudung yang tidak kena dengan bentuk muka akan menyebabkan penampilan nampak hodoh dan tidak begitu stailo
Jadi sebelum menggayakan apa juga hijab, paling penting kenali dulu bentuk wajah. Pilih hijab yang sesuai dengan bentuk wajah dan hasilnya pasti akan membuatkan gaya anda sentiasa vass.
Penggaya hijab selebriti yang popular, Didiyana Ehsan berkongsi tip memperagakan tudung mengikut empat jenis bentuk wajah seseorang itu.
Wanita yang bermuka bujur memiliki ukuran vertikal wajah yang lebih panjang sedikit berbanding kelebaran wajahnya. Wajah bujur adalah bentuk muka yang universal dan ramai wanita memiliki bentuk wajah seperti ini. Anda bertuah kerana sesuai mengayakan semua jenis style hijab.
Jika anda memiliki muka yang lonjong pula, panjang ukuran vertikal wajah anda lebih ketara berbanding kelebarannya. Wanita yang berwajah lonjong harus elak mengenakan tudung yang mempunyai awning tinggi agar tidak membuatkan muka anda lebih panjang. Cuba gunakan inner untuk membuatkan bentuk muka anda kelihatan lebih seimbang.
Mereka yang bermuka bulat memiliki panjang dan lebar wajah yang sama dan tidak mempunyai suduh di bahagian rahang. Gaya tudung yang sesuai dengan anda adalah jenis flowy kerana dapat menyorok bahagian pipi dan penampilan akan lebih trendy jika dipadankan dengan sepasang cermin mata hitam.
Bentuk rahang pada wajah wanita yang memiliki bentuk muka petak agak tajam dan mereka mempunyai lengkok yang minimum di setiap ‘bucu’ wajah. Gunakan tudung daripada warna-warna pastel atau lembut untuk mengurangkan garisan rahang yang membuatkan wajah anda kelihatan maskulin. Anda juga boleh memakai tudung paling hampir dengan garisan dahi (sedikit tinggi) untuk menampakkan wajah lebih panjang.
Selain tujuan utama mengenakan hijab adalah untuk menutup aurat, golongan wanita juga harus bijak menyesuaikan gaya yang diingini dengan bentuk wajah mereka agar penampilan jadi lebih menarik.
Pemilihan gaya tudung yang sesuai akan menyerlahkan lagi keanggunan seorang wanita.Mudah-mudahan dengan petua ini, ia memberi panduan untuk anda memilih tudung sesuai. Tentu sekali suami atau si dia akan lebih terpesona dengan penampilan baharu anda bersama tudung yang sesuai.
Wajah yang manis tanpa solekan tebal di tambahkan lagi dengan gaya hijab ringkas, YB Nurul Izzah cukup berkeyakinan dengan penampilannya sebagai seorang pemimpin contoh untuk hijabis di luar sana.
Selesa menyarungkan tudung bawal ke mana sahaja namun tidaklah mengenepikan tudung shawl sama sekali. Bijak bergaya mengikut pergerakan langkah dan aktiviti yang padat, aktivis politik ini mengayakan tudung bawal supaya memudahkan beliau menunaikan solat.
Namun di sebalik gaya beliau ada juga yang bertanya dan tertambat hati untuk mengetahui bagaimanakah gaya tutorial tudung beliau. Beliau yang manis berpewatakan lembut dan periang ini pasti hijabis terkesima apabila berjumpa dengan beliau.
Individu yang mengilhamkan gaya tudung beliau yang ringkas ini adalah dikenali sebagai Kak Nuha, individu yang agak rapat dengan YB Nurul Izzah. Hijabista berkongsi video rakaman ini yang berdurasi selama empat minit, tutorial gaya tudung beliau dan di gayakan sendiri oleh YB Nurul Izzah kepada Nurul Ilham Anwar.
• Sarungkan anak tudung yang sesuai.
• Pejagaaan rambut dan kesihatan.
• Jangan terlalu mengikut fesyen, gaya perlulah selesa sengan keadaan dan syariah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seiring dengan perkembangan fesyen terkini, pelbagai gaya dan stail tudung yang telah muncul. Wanita berhijab kini lebih kreatif dan bijak menggayakan seleksi tudung pilihan mereka mengikut cita rasa masing-masing.
Apatah lagi dengan adanya media sosial seperti instagram, membuatkan hijabi berlumba-lumba untuk tampil up to date dengan gaya baru yang dicipta sendiri atau inspirasi dari selebriti mahupun ‘influencer‘.
Mesti anda pun dah bosan asyik menggayakan tudung bawal atau selendang kan? Ha… apa kata anda cuba tukar gaya kepada stail turban pula. Gaya turban ini sangat senang kerana anda hanya perlu tutup rambut, lilit-lilit, pin atau ikat dan siap! Ringkas, mudah digayakan dan mampu menonjolkan penampilan sempurna membuatkan ada segelintir wanita begitu menggemari pemakaian tudung ala serban (turban) ini.
Tambahan itu, kelebihan turban ni adalah anda tak perlukan banyak pin atau jarum peniti, malah lebih mudah berbanding gaya tudung yang lain. Jadi, harini Hijabista nak berkongsi kepada anda beberapa tutorial dan cara styling turban oleh pempengaruh media sosial atau ‘influencer’ iaitu Aida Razman dan Sofea Shra yang senang untuk anda ikut;
Turban jenis ini sesuai bagi anda yang bakal menghadiri dinner night. Hanya perlu sesuaikan dengan warna baju dan #OOTD anda. Yang penting jangan lupa untuk pakai inner neck!
Stail turban ini tersangatlah mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap. Yang paling penting, jangan lupa pinkan bahagian yang perlu supaya tudung anda secure dan tidak bergerak sepanjang hari.
Jenis tudung yang Sofea gunakan adalah jenis printed shawl. Dengan bermacam-macam jenis corak serta fabrik, tudung jenis ini sangat sesuai digayakan dengan busana plain atau jubah dan dress.
Tipnya, stail turban jenis ini sangat bersesuaian buat tudung bawal jenis satin or chiffon. Kalau anda menggunakan tudung cotton, mungkin tak berapa nak menjadi. Kalau anda tak suka pakai turban dan nampak leher, gaya jenis ini memang tepat buat anda! Tak perlu nak pakai inner neck.
Stail turban ini juga amat mudah. Hanya perlu ikat reben di belakang kemudian sarungkan bucket hat anda. Kalau anda nak tahu, bucket hat terdahulu dikenali sebagai topi para nelayan. Kini, bucket hat bertransformasi menjadi salah satu fashion item pelengkap penampilan diri. Buat hijabi yang ingin mencuba stail ini, pilih bucket hat yang bersesuaian buat sanggul anda. Untuk tip #OOTD, anda boleh padankan bucket hat dengan bomber jaket dan seluar denim.
Stail ini pada asalnya direkomendasi untuk hari graduasi. Namun, stail turban ini juga sesuai digayakan untuk acara lain. Yang penting, jangan skip tutorial untuk bahagian belakang tudung. Untuk bahagian depan pula, anda bebas memilih sama ada mahu membiarkannya terurai kebelakang ataupun kalau anda nak kemas, bolehlah pin!