
Selebriti popular, Rozita Che Wan menasihatkan mana-mana wanita khsusnya hijabi yang dikasari pasangan hingga mendatangkan kecederaan supaya melakukan perkara sepatutnya bagi mengelakkan insiden sama berulang.
Rozita yang sinonim disapa Che Ta berkata, wanita perlu bijak dalam tindakan bagi mengekang situasi tidak diingini dalam rumah tangga.
Kalau Lelaki Dah Mula ‘Naik Tangan’, Hijabi Perlu Segera Angkat Kaki!
“Bagi saya, wanita jangan jadi bodoh. Walaupun mungkin lelaki itu yang beli beras, tapi belum tentu dia belikan lauk. Tambah pula sekarang ni lauk ada yang lebih mahal berbanding beras. Saya pernah cakap mengenai hal ini.
“Jadi saya nasihatkan… Kalau lelaki itu sudah mulai naik tangan pada anda, anda kena angkat kaki. Bukan terajang muka dia, tapi keluarlah daripada rumah. Anda ada hak, jangan lupa untuk buat laporan terlebih dulu.
Artikel berkaitan: Kualiti ‘T20’ Harga ‘B40’ Tudung Mampu Milik Che Ta Raih Pujian Netizen!
“Bila laporan sudah dibuat dan pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan pengesahan, jadi proses selanjutnya akan berjalan lancar (siasatan).
“Akan tetapi kalau anda tak buat laporan polis terlebih dulu, isu boleh jadi rumit. Misalnya suami akan mendakwa anda keluar rumah tanpa izin dan sebagainya,” katanya.
Meski Lelaki Boleh ‘Berubah’, Kita Wanita Harus Waspada!
Che Ta bagaimanapun tidak menafikan, ada lelaki yang boleh berubah menjadi suami yang lebih baik, namun isteri perlu berhati-hati.
“Macam contoh kalau si lelaki itu cuba pujuk balik, maaf janji tak akan buat lagi dan sebagainya, jangan mudah percaya. Sebab apa, anda berkahwin dengan lelaki yang sama.
“Pada saya, dia (pasangan) mungkin sukar untuk berubah. Walau tidak semua tapi itu realiti.
“Kalau wanita pun susah nak berubah, nak harapkan dia pula? Kalau saya, jika ada yang berbuat begitu (berkasar) jangan bagi peluang kedua. Sebab ada potensi untuk dia buat hal lagi,” katanya.
Che Ta juga meluahkan rasa tak puas hati apabila sering terbaca mengenai perkara itu di media massa.
“Memang saya geram, kurang ajar. Kau bila nak nikahi orang itu sanggup bayar mas kahwin bila tak mahu, buat begitu kenapa?,” ujarnya.
Sumber: Instagram Rozita Che Wan
Artikel berkaitan: Bercuti Di Austria Tanpa Suami, Penampilan ‘Letopsss’ Che Ta Pergi Pasar Di puji netizen – “Balas Dendam Ootd Eh?”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
“Saya WANITA Biasa & Hanya ALLAH Tahu Niat Kita” – SINDIRAN Halus Intan Pada Netizen Yang KECAM Kemunculannya Di TV

Sejak kes perceraiannya dengan bekas suami selesai, rezeki Intan Liana Salleh semakin melimpah ruah. Malah wanita yang juga ibu kepada dua anak ini juga turut menjadi popular dalam sekelip mata. Ramai yang menaruh simpati padanya setelah diceraikan oleh suaminya disebabkan kehadiran orang ketiga. Selain disunting menjadi model Muslimah bagi jenama tudung AliffbySha, baru-baru ini Intan juga turut dijemput sebagai tetamu di rancangan Meletop. Namun kehadiran Intan mendapat kecaman kerana ramai mempersoalkan kehadirannya di set berkenaan.
Ternyata Intan tidak melatah dengan situasi itu sebaliknya dia menjelaskan sebelum ini dia sebenarnya menolak untuk ajakan berkenaan. Tetapi akhirnya terpaksa akur dengan pelawaan team Meletop.
Mengambil kesempatan muat turut status di laman instagramnya, Intan dengan rasa rendah diri memohon maaf jika ada yang tidak senang dengan kehadirannya itu.
Malah dia juga sedar dirinya bukan sesiapa, hanya seorang insan biasa yang mahu mencari rezeki dan peluang yang datang tidak akan ditolak sementelah perlu menyara kehidupan di samping dua anak yang masih kecil.
Intan juga turut berterima kasih kepada netizen yang terus mendoakan dan sentiasa menyokong pembabitannya dalam aktiviti yang dilakukannya sekarang. Dia turut mendoakan netizen bahagia dengan kehidupan masing-masing. Menurut Intan juga niatnya hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.
Posting ini mendapat reaksi positif dari followernya. Masing-masing memberitahu bahawa rezeki Allah itu terbuka luas untuk hamba-Nya. Masing-masing menganggap setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
@shilslovelystoreRezeki Allah terbuka luas utk awk intan..Alhamdulillah
@syaya.houseshopRezeki kita xpernah tahu. Tapi yg pasti setiap yg berlaku ada hikmah nya. Be strong intan. Awak kuat!!!
@mayatimanRezeki Allah tak pernah salah, sudah termaktub ianya milik awak intan ?. u deserved to be there. stay positive and keep strong ya!
Ramai juga yang memberi semangat dan sokongan pada Intan agar terus kuat menghadapai setiap cabaran.
@korset_ultraslim_murah Be positive and stay strong dear
@athiraajohari__@__iiiintan.saleh : rupa paras secantik tingkah lakunya. Be strong kak intan. Kak lawa sgt. Semoga kak terus kuat dan kuat menjalani hari2 mendatang. Insyallah rezeki akak lepas ni Allah perluaskan lagi. Semoga rezeki kak intan melimpah ruah. Dan semoga urusan kak sentiasa dipermudahkan
@hudaasein Stay positive bonda pintu rezeki terbuka tu.. Semoga dipermudah urusan bonda n anak anak
@sitiarfah85Stay humble and be strong bonda intan…
@psychoo_psychicOrang yg baik dan ternianya pasti rezeki dtg tanpa diduga.. always happy n strong ya kak.. Allah tahu isi hati Akak..
Tidak dinafikan sejak terbabit dalam bidang modeling, penampilan Intan juga sudah semakin cantik dan bijak bergaya. Jom kita lihat #OOTD Intan Liana setelah bangun dari kekecewaan.
#1. Gorgeous
#2. Stailo
#3. Simple
#4. Sweet
#5. Cantik
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ASHHANNAS & INTAN LIANA
Upload Foto Berhijab, Ramai Yang Terpesona Dengan Kecantikan Daphne Iking

Selebriti yang cantik jelita iaitu Daphne Iking,41, curi perhatian ramai di laman sosialnya apabila memuat naik fotonya mengenakan hijab di Instagram.
Mengenakan tudung sewaktu mengacarakan sebuah majlis, ramai yang terpesona melihatnya dan memberikan pujian buat Ratu Cantik Unduk Ngadau Sabah 2003 itu.
Walaupun hanya memakainya di acara tersebut, penampilan bertudung itu sangat sesuai dengan dirinya malah ada yang mengatakan ‘umpama bidadari syurga’.
View this post on Instagram𝐋𝐨𝐨𝐤𝐢𝐧𝐠 𝐚𝐭 𝐭𝐡𝐞 𝐟𝐮𝐭𝐮𝐫𝐞. 2020 is going to be even more exciting for the IkingAzmis.
A post shared by Daphne Iking (@daphneiking) on
View this post on InstagramA post shared by Daphne Iking (@daphneiking) on
Pemenang pelakon wanita Festival Filem Malaysia (FFM) 2010 itu bergelar mualaf pada Januari 2011, selepas berkahwin dengan ahli perniagaan Azmi Abdul Rahman.
7 Tahun Alami KEMURUNGAN Sampai Rasa Nak Mati, Wanita Ini Akhirnya Mampu TERSENYUM & Kongsi Cara Rawatannya

Tidak dinafikan gaya hidup masa ini yang semakin mengejar kemajuan menyebabkan kita sentiasa berada dalam keadaan ‘stress’. Masalah ini bukan sahaja disebabkan urusan kerja di pejabat, tetapi juga perihal anak-anak dan suami. Malah beban kewangan atau alami masalah kesesakan jalan juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami ‘stress’ hingga mengakibat depresi atau kemurungan. Perkongsian wanita ini yang pernah berdepan masalah ini tetapi sempat pulih sebelum keadaan menjadi semakin teruk. Bukan setahun dua tetapi bertahun-tahun Nazia Suhaimi berdepan masalah ini dan akhirnya berjaya melawan masalah kemurungan ini.
Sebelum itu dia mengalami tanda-tanda seperti ini
Beberapa tahun saya hidup menahan emosi yang bercelaru, tak boleh tidur malam, bila tidur mimpi menakutkan. Takut nak tidur. Bila tertidur, mimpi tadi sambung semula!
Bila waktu siang, tak cukup rehat. Dengar anak menangis, menjerit, melalak, melolong. Rasa nak tampar-tampar je si anak. Bingit! Kalau kurang sabar, sikit lagi nak dera si anak!
Bila turun lif, rasa macam akan mati terhempas.
Bila bawa kereta, rasa macam bila-bila masa akan mati kemalangan.
Bila bawa anak ke kedai, bila-bila masa rasa anak akan diculik.
Bila dah mula fikir macam-macam, dada berdenyut kencang, nafas berombak, dahi berpeluh dingin, tangan menggeletar.
Keadaan ini menyebabkan dia rasa lebih tertekan dan ada rasa seperti mahu mati.
Ya Allah apa dah jadi dengan aku ni.
Tak tahan. Badan penat tapi nak rehat pun tak boleh.
Sampai satu tahap rasa nak berhentikan semuanya tapi macam mana nak berhenti?
Dah ambil wuduk, dah solat, dah doa, dah minta ampun suami, dah maafkan semua orang.
Sudahlah rasa diri tak guna, tak dihargai, takut. Sekarang rasa risau melampau mula makan diri.
Aku nak mati! Aku cuma nak stop! Tak tahan! Jerit hati.
Tapi tak boleh mati, Allah tak terima orang mati bunuh diri.
Dalam menghadapi situasi ini dia masih mengingati Allah.
Saya doa banyak-banyak, Ya Allah tunjukkan aku jalan apa yang paling baik buat akhiratku.
Saya berkahwin dengan jodoh yang sangat baik. Pada awalnya suami saya pun pening dengan “mental” saya tapi beliau sangat sangat sangat sabar.

Sebelum itu selama 7 tahun menahan rasa dan hinggalah satu pagi dia perlu bangkit melawan segala-galanya.
Sepanjang rasa sengsara, 7 tahun lamanya. Satu pagi saya bangun, saya nekad untuk sihat. Saya sangat penat dengan diri sendiri. Penat rasa nak mati. Penat rasa beban. Penat rasa “mental”.
Dan saya bangun dan fight semua ketakutan. Saya terima kegagalan saya. Saya terima kelemahan saya.
Dan saya belajar untuk bersyukur.
Hasilnya dia merasakan dirinya adalah wanita yang paling bahagia sekali. Dia kini boleh tersenyum dan bercakap secara terbuka mengenai masalah mental yang dihadapi
Orang tanya saya macam mana nak sihat? Pecahkan tembok ketakutan, kegagalan, rasa malu, rasa rendah diri. Sabar. Satu-satu tembok akan pecah dan kita akan berani keluar dari “gua” kita.
Hari ini saya mampu bercakap secara terbuka tentang sakit mental yang saya alami.
Hari ini saya mampu tersenyum dengan ikhlas tanpa perlu dipaksa.
Hari ini saya bangga menjadi seorang surirumah dan ibu kepada anak-anak saya.
Hari ini saya mampu terima kegagalan saya dan saya akan kembali sambung belajar.
Hari ini saya ada matlamat hidup setiap hari. Kenapa saya mesti hidup pada hari ini.
Hari ini, sama ada keadaan baik atau buruk. Saya tetap hargai apa yang terjadi.
Hari ini saya belajar untuk bersyukur bagi setiap detik.
Macam mana pula dengan hari anda?
Permulaan cerita bagaimana dia kemudiannya mendapatkan rawatan mental
Saya bergegas ke klinik kesihatan berdekatan. Bila masuk bilik jumpa doktor. Doktor tanya ya awak sakit apa? Masa tu saya dah tak ambil pusing seorang lagi doktor dan pesakitnya.
“Saya rasa nak mati”
Pada masa ini saya cerita semua yang saya alami. Doktor lebih banyak diam sambil-sambil menaip di komputer.
Tak lama kemudian, keluar salinan surat untuk dirujuk ke hospital.
Saya kemudian ke hospital. Serah surat bahagian psikiatri. Tak lama kemudian doktor pakar panggil masuk.
Awak seorang? Ya pada masa ini suami saya ada komitmen kerja. Saya bawa anak-anak. Doktor tanya kenapa dan saya ulang cerita macam di klinik tadi tapi kali ini air mata saya menitik lebat.
Tak ada malu lagi. Saya mahu sihat.
Doktor dengar dengan baik apa yang saya katakan. Sangat melegakan bila doktor kata “ini adalah satu penyakit dan bukan salah awak”
Sepatutnya saya perlu ditahan wad, disebabkan anak kedua saya masih menyusu badan jadi doktor nasihatkan saya berehat dirumah saja.
Saya diberi ubat yang agak kuat buat 2 minggu pertama. Lebih banyak tidur. Kerja rumah semua ke laut. Mujur suami saya balik tengah hari belikan makanan.
2 minggu kemudian saya kembali berjumpa doktor. Kali ini rasa nak mati, risau sudah mula berkurang sedikit.
Sebulan kemudian, rasa nak mati itu sudah tiada. Risau, down masih ada tapi tidak seteruk bulan-bulan sebelumnya.
Kemudian jarak appoiment bersama pakar berkurang dari 3 bulan dan sekarang 5 bulan untuk temujanji seterusnya.
Ianya tidaklah teruk sangat seperti yang digambarkan oleh stigma masyarakat yang kononnya bila jumpa pakar sakit jiwa, kita ini GILA. Bahkan sewaktu saya menunggu giliran untuk berjumpa doktor, ada juga pesakit lain yang berpakaian kemas siap bertie lagi.
Untuk mula dapatkan rawatan, anda sendiri perlu BERANI untuk berterus-terang dengan doktor.
Sebelum ini, memang saya sudah dapatkan rawatan tapi KESILAPAN saya, saya berhenti makan ubat dan jumpa doktor SERTA-MERTA kerana pada masa itu saya rasa saya macam orang GILA.
Kesannya, bila default (berhenti dapatkan rawatan) kesan sakit akan jadi lebih teruk dan untuk sembuh, perlu ambil ubat untuk masa yang lebih panjang.
Saya sendiri dijelaskan oleh doktor, untuk turunkan dos ubat bagi rawatan saya, mungkin mengambil masa lebih kurang 2 tahun.
Pengambilan ubat memang akan ada kesan pada hati, pada masa yang sama doktor nasihatkan saya untuk jaga pemakanan dan bersenam

Turut berkongsi tip bagaimana dia akhirnya sembuh
1. Saya amalkan istighfar sepanjang masa. Kebergantungan pada Allah kena kuat.
2. Saya cuba aroma terapi dengan Young Living essential oil (EO). Ada masa, walaupun sudah makan ubat tapi saya masih sukar untuk tidur. Jadi saya calitkan saja sedikit EO di bantal.
3. Saya mula kurangkan makan benda yang manis, fast food, cikedis dll
4. Petang-petang riadah dengan anak-anak (lebih kurang bersenam)
5. Mula wujudkan hobi sebagai terapi (sebelum ni hobi pun tak ada sebab terlalu sibuk risau macam-macam)
6. Bergaul dengan orang. Satu tahap saya pernah rasa terlalu takut nak berjumpa dengan orang. Jiran datang ketuk pintu, saya lari masuk bilik. Pada awal pengalaman ambil job wedding photography, saya kena panic attack sebab macam terkejut ramai sangat orang, muzik kuat. Rasa nak pitam, nak muntah, mata pun dah naik juling, semua ada.
Job-job seterusnya pun saya masih kena panic attack tapi jangan risau, ianya akan berkurang.
7. Akhir sekali, paling penting, UNFOLLOW semua yang bawa perkara negatif. Kita nak positif kena buang semua perkara yang tak baik. Kalau perlu unfriend, left group, delete account, buat saja. Bukan nak putus silaturahim pun. Jangan sampai dekat luar pun tak tegur.
8. Muka mesti mau senyum.