Selalunya kita hanya menjaga wajah pada waktu siang sebelum keluar bekerja. Pada sebelah malam wajah akan dibiarkan begitu sahaja tanpa apa-apa rawatan. Tetapi sebenarnya malam juga waktu terbaik untuk membuat rawatan wajah yang simple seperti krim malam. Ia juga boleh mengelakkan wajah kedut dan kekal awet muda.
Perkongsian dari wanita ini di laman sosial facebook, Hamidah Hassan ini boleh kita cuba untuk membuat sendiri krim malam yang sesuai dipakai untuk kulit berjeragat dan kulit tidak sekata. Malah hasilnya juga akan menyebabkan kulit wajah kemerah-merahan. Tidak payah buang duit beli kerana anda boleh membuatnya sendiri menggunakan bahan alami.
Bahan-bahan yang diperlukan juga cukup mudah untuk didapati dan cara membuatnya juga agak senang. Apa yang penting anda perlu berdisiplin dan pemakaian secara konsisten akan menyebabkan kulit menjadi flawless dan glowing.
Bahan-bahan:
- ½ batang lobak – diparut, diperah & diambil airnya
- 6 sudu besar susu powder
- 1 sudu kecil air mawar
- 3 biji vitamin E
Cara membuatnya:
Campurkan semua ramuan hingga sebati. Letak dalam peti sejuk dan keluarkan bila diperlukan sahaja.
Guna 4 bahan ini untuk buat ‘homemade’ krim malam.
Menggunakan krim malam tidak harus menunggu pada usia yang lewat, malah boleh dijadikan amalan pemakaiannya sejak usia 20-an lagi. Pemakaiannya secara konsisten ini boleh menjadikan kulit wajah anda selalu tampak muda dan sihat. Dan juga turut memberikan kesihatan pada kulit.
Ini antara 24 kebaikan memakai krim malam.
- Memperbaiki kerosakan yang terjadi pada kulit wajah.
- Melembapkan daerah tertentu pada wajah yang kering.
- Membuat kulit menjadi lebih baik dan tekstur kulit wajah juga akan menjadi halus.
- Meningkatkan pertumbuhan kolagen yang ada dalam kulit wajah.
- Meningkatkan sirkulasi darah.
- Mampu menghilangkan garis halus dan kedut yang muncul di kulit wajah.
- Membuat kulit anjal.
- Dapat menjaga serta merevitalisasi kulit wajah.
- Dapat memberikan kulit wajah yang ekstra lembap.
- Menjadikan kulit wajah lebih kenyal.
- Meningkatkan produksi elastin pada kulit.
- Dapat membantu dalam mempercepat proses penggantian kulit baru.
- Dapat memberikan efek awet muda.
- Mencerahkan kulit wajah, serta menjauhi kulit dari kekusaman.
- Membantu menenangkan kulit wajah dari iritasi.
- Membersihkan kotoran yang terdapat pada kulit wajah.
- Mencegah terjadinya kerosakan jaringan kulit.
- Dapat mengurangi perubahan warna yang terjadi pada kulit wajah.
- Mengurangi pelbagai masalah kulit seperti jerawat dan sinar matahari.
- Menyerap minyak yang berlebihan pada kulit wajah.
- Mampu menyamarkan noda hitam di wajah.
- Memastikan kulit wajah mendapatkan warna yang merata.
- Membantu meremajakan kulit dan memberikan nutrisi untuk kulit wajah.
- Dapat menghilangkan stres.
Banyak sekali manfaat dari penggunaan krim malam dan pastinya anda juga tidak mahu kelihatan tua sebelum usianya.
Artikel Berkaitan: Kekal Awet Muda Cara Islam
SUMBER: VIA KELUARGATILLJANNAH.COM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Dihina Wajah Bermasalah ‘Breakout’ Teruk, Gadis ini Kongsi Rawatannya Guna Produk Bersesuaian
Pernah dihinaa kerana mempunyai seraut wajah yang hodoh, namun gadis ini tak pernah berputus asa merawatnya. Malah sanggup berhabis beribu ringgit bagi mengatasi masalah jerawat/breakout yang agak menggelikan ini kerana bernanah.
Berkongsi pengalaman di laman sosial gadis ini, Miya Che Bak tidak lokek berkongsi cerita bagaimana masalah jerawat teruk ini berjaya diatasi.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sama masih belum terlambat untuk mengatasinya sebelum masalah jadi lebih teruk.
Dulu aku di hina kerana muka aku hodoh
Assalamualaikum saya miya, kat sini saya terpanggil untuk share satu pengalaman yang saya pernah rasa dulu beberapa tahun lepas. Masa saya study dulu saya tak pernah naik jerawat walaupun sebiji, kalo datang bulan pon tetap tak dak jerawat hingga lah pada sem 5 saya kena buat practical di Penang, masa tu ada sorang kawan saya naik jerawat banyak sangat,saya kesian tengok dia kalut nak cari ubat untuk masalah jerawat dia.
Tiba-tiba muka naik jerawat. Ngeri & geli. Habis beribu ringgit untuk mengatasinya
Masa tu sy terpikir macam mana la rasa naik jerawat sebab saya tak pernah rasa perasaan ada jerawat. Allah itu Maha Mendengar tiba2 saya naik jerawat banyak sangat, saya pegi jumpa pakar kulit di Bukit Mertajam untuk dapatkan rawatan, beribu duit abis masa tu, jerawat yang pada mulanya duk dalam kulit keluar semua memang ngeri sangat, kalo sapa tengok muka saya masa tu mesti geli nak makan nasi dengan nanah nya masa tu saya sendiri geli
Hilang keyakinan diri. Rasa dihina hingga asingkan diri dari kawan-kawan
Bila jumpa pakar kulit tu dia bagi antibiotik selama 3 bulan saya makan antibiotik tu hingga la jerawat tu semua kering. Tapi parut dia Subhanallah memg banyak. Hitam bertompok dekat kedua belah pipi saya. Saya abis study masuk kolej semula untuk menyertai minggu induksi semua kawan2 saya terkejut tengok muka saya yang teruk. Masa tu saya hilang keyakinan diri, saya malu sedih, rasa hina pon ada hinggakan saya asingkan diri dari kawan2 saya just duk dalam bilik ja tak keluar pun lepak-lepak dengan kawan masa tu.
Guna pelbagai produk untuk pulihkan muka
So dipendek kan cerita lepas masuk kerja saya ada duit sendiri saya mula guna pelbgai produk untuk pulihkan kulit muka saya sehingga ke hari ini saya masih berusaha nak dapatkan balik kulit saya yang dulu before muka start breakout.
Setiap penyakit ada ubatnya
Okay untuk korang yang ada masalah mula breakout saya paham perasaan anda semua tapi pecayalah, setiap penyakit ada ubatnya korang just kena keep on looking apa yang terbaik untuk korang. Sebab tak semua yang orang lain pakai sesuai dengan korang. Kat sini saya share apa yang membantu saya selesaikan masalah kulit muka saya yang bermasalah.
1. Supplement Satin Skinz dari Puan Mimi Maiza
– Satin Skinz tablet ni sangat berkesan bantu merawat kulit muka saya dari dalam. Saya perasan perubahan sangat ketara bila makan Satin Skinz ni muka saya lebih cerah dan lebih cepat parut hilang.
2. Cleanser dari Klinik Balqis KB
– Cleanser ni lah peneman saya masa saya banyak jerawat fresh dulu. Saya ke Klinik Balqis di Kota Bharu untuk dapatkan rawatan so Dr. bagi Cleanser ni untuk saya pakai. Alhamdulillah bila pakai cleanser ni jerawat makin kering dan mati just tinggal parut je.
3. Mycin Clindamycin Lotion T3
– Saya beli MCL ni dekat watsons harga dalam RM30 lebih jer rasanya. Sebelum pakai yang ni saya pakai Delacin T (RM50) kedua-duanya sama fungsi untuk matikan jerawat. Memang berkesan korang very recommended
4. Cetaphil Gentle Skin Cleanser
– Cetaphil ni dulu ramai yang share sebab bagus untuk kulit breakout kan? Betul tu, dengan saya pun sangat berkesan, memang result dia agak lambat tapi Cetaphil ni tak keringkan kulit kita dan rasa lembut ja kulit
5. Red Ginseng Facial Scrub
– Scrub ni saya suka pakai sebab dia tidak terlalu halus dan tak kasar sangat, just nice untuk buang sel mati kulit kita. Lagi satu bila pakai scrub ni kulit rasa lebih moist dan tak kering macam pakai scrub lain.
6. Himalaya Herbala Purifying Neem Face Wash
– Okay cleanser ni dia macam gel. Apa yang saya suka pasal cleanser ni adalah bersifat antibacteria, kalau lepas saya picit jerawat saya akan pakai cleanser ni untuk matikan bacterial yang ada pada wajah. Muka jadi sejuk dan bau herbal.
7. Eskinol Papaya Smooth White
– Okay yang ni rare. Kalau dulu saya mintak kawan saya yang kerja dekat Sabah tolong belikan toner ni, sebab toner ni sangat susah nak cari kat semenanjung. Kat sana banyak farmasi yang jual toner ni.
Tapi sekarang boleh bli online sangat ramai orang yang jual. RM 10 jer saya beli dulu. Tahan sampai setahun. Toner ni memang sangat banyak bantu saya hilangkan parut jerawat. Lepas cuci muka saya akan pakai dia, dulu saya tak sabar nak hilang parut ada dalam 5x sehari saya pakai
8. CC Cream Cathy Doll
– Antara produk paling lama yang saya pakai. Saya setia pakai CC Cream ni dari 8 tahun lepas. Masa saya ada banyak parut jerawat saya suka pakai dia sebab saya dapati parut muka saya makin nipis bila pakai CC Cream ni, dia buat muka saya jadi makin cerah dan parut tu makin pudar.
9. Miracle Bio Water Buo Essence
– Okay last saya suka spray muka saya dengan Miracle Bio Water ni dari dulu sampai sekarang yang pocket size ni selau ada dalam handbeg saya. Sebab saya akan pastikan muak saya bersih selepas cuci muka saya akan spray untuk bg moist dan suci murni
Okay semua tu antara produk yang berkesan untuk saya kongsi dengan korang semua pengalaman pahit yang pernah saya hadap dulu. Lagi 1 korang yang nak cepat kesan boleh la ke klinik untuk dapatkan antibiotik bagi cepat kesan penyembuhan tu. Saya dlu makan Doxycycline yang Dr bagi, jangan main beli jer taw sebab tu semua ubat terkawal tak boleh main makan je.
Kalo nak kawen pon korang xleh makan sebab nanti effect sistem pembiakan. Macam tu la Dr yg treat saya cakap dulu. Okay saya harap post saya ni membantu korang yang tengah alami masalah kulit breakout. Saya doakan korang pulih cepat-cepat so that raya nanti korang cantik macam orang lain. Okay? Bye
SUMBER: Facebook Miya Che Bak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Umur 30an Nampak Seperti 20an, Untung Penggemar Kaki Ayam. Kadar Kolagennya Buat Wajah Awet Muda
Siapa yang rajin pergi pasar malam, pasti pernah lihat kaki ayam dijual dengan harga yang murah. Ramai yang menolak untuk membelinya kerana terbayang dengan kaki itu ayam berjalan menguis tanah mencari makanannya.
Namun anggapan ini pasti ditolak oleh penggemar kaki ayam. Kaki ayam ini paling sedap jika dimasak kari ataupun sup. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa kaki ayam ini memang banyak khasiatnya.
Lupakan seketika bayangan betapa kotornya kaki ayam ini memijak tanah. Sebaliknya bayangkan keenakan menghirup sup kaki ayam dengan menggigit isinya yang lembut dan mudah ditanggal dari tulang kaki.
Admin nak kongsi pelbagai khasiat kaki ayam. Rasanya lepas baca info di bawah pasti ramai yang akan cari sup kaki ayam. Percayalah.
1. Kaki Ayam Kaya Kolagen
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Fakulti Sains Haiwan, Universiti Chung-Hsing di Taiwan, terungkap bahawa kaki ayam mengandungi kolagen yang sangat tinggi. Walaupun kadar kolagen alami pada kaki ayam hampir sama dengan kolagen yang banyak dijumpai pada sayuran hijau dan buah-buahan, Kolagen adalah salah satu bahan khas yang diperlukan kulit tubuh untuk mengekalkan keanjalan kulit. Manfaat kolagen yang terdapat dalam kaki ayam sangat banyak, antara lain adalah:
i. Kolagen memelihara kesihatan kulit dan membentuk kulit yang anjal kerana menyokong penggantian sel. Kolagen membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan protein sehingga membuat tubuh menjadi lebih sihat.
iii. Kolagen dapat meningkatkan pengeluaran sel darah merah kerana bekerja dengan menguatkan struktur pembuluh darah.
iv. Kolagen membantu tubuh dalam menurunkan berat badan kerana boleh meningkatkan metabolisme tubuh terhadap lemak.
v. Kolagen boleh membuat struktur tulang menjadi lebih kuat dan mencegah penyakit kerapuhan tulang.
2. Memelihara Sendi dan Mengurangkan Risiko Tulang Rapuh
Penyakit sakit sendi dan tulang rapuh biasanya banyak terjadi pada orang lanjut usia. Penyebabnya adalah tubuh tidak boleh mendapatkan kalsium dan tulang sudah tidak boleh menyerap kalsium dengan baik.
Tapi dengan pengambilan kaki ayam sejak masih muda maka akan memberikan kesan yang berbeza. Bahagian kaki ayam memang hanya terdiri dari kulit, tendon dan tulang.
Kandungan kaki ayam yang kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kolagen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini sangat penting untuk mengukuhkan struktur tulang dan boleh mencegah kerapuhan tulang apabila sudah lanjut usia.
3. Menyembuhkan Cedera
Nutrisi yang dijumpai dalam kaki ayam adalah seperti protein dan kalsium. Kedua-dua nutrisi ini sangat penting untuk membantu menjana semula saraf, otot dan tulang manusia. Kajian yang sudah dilakukan oleh seorang penyelidik di Amerika mendedahkan bahawa potensi nutrisi tersebut boleh membantu menyembuhkan kecederaan. Walaupun keadaan kecederaan tulang belakang dipercayai boleh cepat sembuh dengan memakai makanan yang mengandungi kaki ayam.
4. Menyihatkan Saluran Pencernaan
Kaki ayam boleh dibuat menjadi kuah atau sup yang menyegarkan. Bahagian kaki ayam yang banyak mengandungi jaringan ikat dan tulang rawan yang sangat lazat. Bahkan semua nutrisi seperti protein, kolagen, kondroitin dan Glucosamine juga akan larut apabila dimasak menjadi sup. Khasiat dari pelbagai nutrisi ini juga sangat baik untuk membuat pencernaan menjadi lebih sihat. Kesan dari nutrisi ini juga sangat penting untuk membuat usus menjadi lebih lembut sehingga membuat saluran pencernaan anda menjadi lebih sihat.
5. Menjaga Kesihatan Kuku
Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan beberapa nutrisi yang sangat penting untuk tubuh. Pati atau beberapa jenis masakan lain dari kaki ayam boleh menghasilkan asid amino, kolagen, glisin, hidroksipolin, dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak biasanya akan mengeluarkan cecair atau gel khas yang banyak mengandungi gelatin. Nutrisi ini membantu tubuh dalam mengolah kalsium dan diserap oleh kuku.
6. Menyihatkan Gusi
Gusi adalah rangkaian kuat yang digunakan untuk menyokong gigi. Beberapa jenis penyakit gusi banyak disebabkan oleh masalah kesihatan gigi yang buruk. Namun boleh juga masalah ini ditimbulkan dari dalam tubuh. Kekurangan vitamin dan beberapa nutrisi lain juga akan membuat masalah pada gusi. Kaki ayam adalah makanan yang banyak mengandung nutrisi dalam jumlah yang sangat banyak. Ada jaringan ikat dan tulang rawan yang boleh berubah menjadi gel kerana mengandungi kolagen, asid amino, dan beberapa zat pembentuk gelatin. Oleh kerana itulah semua zat ini akan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.
7. Meningkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Kaki ayam memang terkenal dengan semua nutrisinya yang sangat penting seperti kolagen atau zat pembentuk gelatin. Selain itu ternyata kaki ayam juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti zink, tembaga, magnesium, kalsium dan fosforus. Semua mineral ini diperlukan oleh organ tubuh untuk membina kesihatan dan mengatasi pelbagai jenis penyakit. Dengan pengambilan kaki ayam maka juga boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
8. Membentuk Probiotik Semulajadi
Kaki ayam yang banyak mengandungi kolagen dan pelbagai jenis mineral lain ternyata juga boleh membentuk probiotik semula jadi. Agen gelatin yang banyak didapati pada cecair dari rebusan kaki ayam sangat baik dalam membentuk probiotik semula jadi. Probiotik akan membuat tubuh mampu membentuk imuniti semula jadi, menyihatkan usus dan mengatasi masalah saluran pencernaan.
9. Menyeimbangkan Hormon Tubuh
Kaki ayam juga menghasilkan beberapa jenis asid amino yang sangat baik untuk tubuh. Salah satu jenis asid amino yang dilepaskan dari kaki adalah arginin. Ini adalah jenis asid amino yang bermanfaat untuk tubuh. Salah satunya adalah membantu tubuh dalam melepaskan hormon yang menyebabkan perasaan tertekan dan stres. Bahkan arginin juga penting untuk menghasilkan hormon pembiakan baik untuk lelaki dan wanita.
10. Mencegah Kerosakan Rangkaian Tubuh
Manfaat kaki ayam yang terakhir adalah untuk menjaga kerosakan jaringan tubuh. Mempunyai rangkaian tubuh yang kuat memang sangat penting untuk kesihatan. Rangkaian ikat diperlukan untuk otot, tulang dan pelbagai jenis organ badan seperti hati, hempedu dan organ lain. Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan asid amino kumpulan glisin. Glisin mempunyai fungsi penting untuk mengukuhkan jaringan ikat tubuh, menjaga kesihatan organ tubuh, membantu tubuh dalam mengeluarkan racun tubuh dan juga meningkatkan kualiti saraf sehingga dapat meningkatkan rasa selesa semasa tidur.
Tip Memasak Kaki Ayam
Kaki ayam memang terbukti mengandungi pelbagai nutrisi penting yang bermanfaat untuk membina kesihatan tubuh. Kaki ayam juga boleh membantu memulihkan stamina kerana keletihan, masa pemulihan selepas sakit atau operasi, memulihkan keadaan usus yang bermasalah dan mengatasi alergi terhadap beberapa makanan.
Namun memasak kaki ayam tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Berikut ini adalah beberapa tip untuk memasak kaki ayam dan menghilangkan semua potensi bakteria.
1. Ambil bahagian kaki ayam. Potong paras paha bawah sehingga yang tertinggal benar-benar kaki.
2. Cuci dengan air bersih yang mengalir sehingga semua kotoran boleh keluar. Jika beli kaki ayam dari peniaga maka jangan terus memasaknya tapi cuci semula.
3. Potong semua bahagian kuku kaki ayam untuk menghilangkan bahagian kaki yang kelihatan kotor dan menjijikkan.
4. Rebus kaki ayam dengan air panas selama beberapa minit.
5. Hilangkan lapisan kulit keras pada kaki ayam. Lapisan kulit berwarna kuning harus dihilangkan untuk mengurangkan potensi bakteria dan kotoran yang memang tertinggal dalam kaki ayam.
6. Rebus lagi bahagian kaki ayam dan masak sesuai dengan selera anda.
7. Selalu gunakan kaki ayam yang masih segar dan baru dipotong dan jangan masak kaki ayam yang sudah disimpan lebih dari 48 jam dalam peti sejuk.
Manfaat kaki ayam memang cukup banyak, namun pastikan anda memasaknya dengan cara yang benar. Ini kerana kaki ayam harus di cuci dengan bersih agar tidak menimbulkan bakteria yang berbahaya bagi kesihatan.
RESIPI KERABU AYAM
SUMBER: SIHAT WARAS
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lofa Dedah Hanya Ada ‘Satu Hasrat’ Dan Impian Yang Masih Belum Dicapai!
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena seni dan hiburan tanahair, mula melakar nama sebagai juara bagi Pencarian Dewi Remaja, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Hajah Lofa kini terus relevan meski sudah tidak bergiat aktif sebagai anak seni.
Terbaharu, usahawan tersohor jenama tudung Naelofar dan Innai Nunha ini mendedahkan bahawa hampir semua impianya di dalam kehidupan telah tercapai.
Tetapi hanya ada satu hasrat lagi yang ingin dicapai oleh isteri kepada PU Riz ini, iaitu memantapkan ilmu pengajian Al-Quran dan mahu menjadi seorang tenaga pengajar yang mengajar mengaji.
Ada Satu Hasrat Dan Impian Lofa Yang Belum Dicapai?
@nunha.co MasyaAllah semua cita cita dah tercapai! Tapi ada satu lagi, nak jadi guru ajar mengaji. InsyaAllah one day tercapai cita cita @neelofa ♬ original sound – Innai Nunha HQ
Menurut Neelofa, dirinya memanjatkan rasa syukur di atas segala nikmat dan semua impiannya yang dimakbulkan Allah, dan menyimpan hasrat untuk mengajar seseorang mempelajari Al-Quran selepas membaca berkenaan perkongsian satu hadis ini.
“Alhamdulillah, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi impian tu. Tapi, yang tak tercapai lagi kalau pekerjaan yang saya nak buatlah.. sebab ada hadis yang cakap ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar Al-Quran dan mengajar.
“Dan, saya naklah reti belajar mengajar, ajar mengaji pulak. Itu impian saya,” katanya.
Tambah Neelofa, dia tidak kisah seberapa ramai pun bilangan anak murid yang sudi menjadi pelajarnya kelak, cukup sekadar untuk melunaskan sahaja impian berkenaan.
Artikel berkaitan: Muatnaik Foto Percutian Demi ‘Content’ Hanyalah Pandangan Peribadi Neelofa – “Tak Tuju Kepada Sesiapa”
“Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar mengaji beberapa orang cukuplah, sekadar memenuhi impian itu.
“Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji. Jadi, doa-doakanlah,” Ujar Lofa.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 20221 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. Kini, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu sedang hamil anak kedua.
Sumber: Tik Tok Nunha.co
Artikel berkaitan: Neelofa Prihatin Nasib Bayi Terbuang! Laksana Usahasama Dengan Badan Kebajikan ‘Buka Mata’ Masyarakat
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI