Tahun 2021 adalah tahun yang menarik, terutamanya apabila kita melihat aspek gaya hidup norma baru. Trend kecantikan berputar di sekitar fakta bahawa setiap orang berada dalam kuarantin dan jarak sosial. Walaupun dalam pandemik covid-19, beberapa trend penjagaan kulit yang jelas, solekan agak berbeza.
Dari perjumpaan Zoom hingga perkahwinan maya dan solek mesra topeng, gincu nampaknya mengambil tempat duduk belakang pada mulanya. Tetapi berjaya membuat ‘comeback’ dengan cepat, tidak ada yang mustahil dapat dilakukan tanpa kesulitan! Hasilnya, beberapa trend bibir tahun 2021 adalah gabungan penampilan praktikal dan menyeronokkan. Jom tiru gaya solekan gincu ‘duduk rumah’ ini untuk anda kekal on point di alam maya!
NOTA: Klik di pautan nama jenama produk untuk membeli secara atas talian.
Merahnya si merah jambu…
Mulakan 2021 dengan ledakan olesan merah jambu panas. Warna teduh ini sangat muda, menggoda dan menyeronokkan. Ini adalah pernyataan dan dapat disapu untuk menaikkan penampilan yang minimal dan menuntut banyak perhatian.
Alat solek dan perawatan kulit Korea mempunyai pengaruh besar dalam industri kecantikan. Solekan ‘gradient’ bibir menjadi kegemaran khusus untuk sentuhan dari jurusolek selebriti. Noda halus memberikan wajah dan rasa segar pada bibir anda. Selain itu, ia boleh disesuaikan menjadi matte atau glossy, jadi terdapat bibir ‘gradient’ yang sempurna untuk setiap individu di luar sana. Cukup dengan oleskan lip tint anda juga boleh mencipta sentuhan ‘gradient’ ala gadis Korea.
Dengan memakai topeng muka menjadi norma baru, pout matte lebih diminati daripada sebelumnya. Pelapik gaya 90-an ditambah kombinasi matte berkrim ini adalah trend yang tidak disangka tetapi dialu-alukan untuk menjadi popular pada tahun 2021. Barulah ala-ala kekal diva!
Kecenderungan bibir yang sangat gelap sedikit berbeza dengan olesan bibir yang biasa. Padanan sedikit warna ungu atau merah di bawahnya untuk memberikan penampilan yang berani dan pasti anda tidak menyesal mengayakannya. Gaya olesan anti virus ini memberi anda keupayaan melawan anasir luar.
Gaya garisan bibir yang lebih terang dari sapuan gincu cukup popular seperti Kylie Jenner membuat bibirnya yang jelas dan lebih terang. Sama ada anda menggunakan pelapisan berpigmen, atau formula matte nude, menutup bibir agak mungil tampak segar dan semulajadi. Pastinya gaya ini tidak nampak muka anda kusam.
Tiada masalah bibir berkilat menjadi besar, tahun 2021 tahun bersolek! Pout uber yang glamor dan merah mengalahkan semua nuansa matte minimal yang lain yang sedang tren pada separuh pertama 2020, rugi anda tak cuba!
Selain daripada formula matte yang tidak akan hilang di bawah pelitup muka, nada natural juga mendapat banyak perhatian untuk dipakai setiap hari. Tambah sedikit warna pada bibir dan anda tidak akan keberatan dengan sisa noda pada pelitup anda. Warna natural untuk solekan nampak tak namapak anda tidak rasa bersalah memakai gincu di sebalik pelitup muka.
Tular baru-baru ini perkongsian oleh seorang penyanyi dangdut menangis ketika berjumpa dengan pendakwah bebas. Ifa Raziah berkongsi perasaan sebak dan terharu di akaun Instagram miliknya ketika berjumpa dengan Ustazah Asma’ Harun.
Menerusi video yang di kongsikan oleh Ifa Raziah, dia kelihatan terkejut apabila melihat kelibat Ustazah Asma’ kearahnya. Perkongsian itu banyak mendapat perhatian orang ramai, ada juga memberikan komen positif dan juga negatif.
Sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu
Melalui perkongsian oleh Ifa Raziah di video posting pada akaun Instagram, dia tidak menduga untuk berjumpa dengan Ustazah Asma’ Harun ketika berada di satu majlis baru-baru ini. Menurutnya lagi, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menerima teguran daripada mana-mana pihak jika ia berkaitan dengan kebaikan.
“Saya nak sangat berjumpa dengan ustazah depan-depan, tapi tak ada sesiapa pun yang nak bawa saya. Selepas itu, saya terfikir, eh ada Anugerah Nona Superwoman, masa ini lah peluang saya untuk berjumpa dengan ustazah.
“Saya juga pernah minta untuk buat photoshoot bersama ustazah semata-mata tak sabar nak jumpa. Sebenarnya, siapa tegur saya okay je sebenarnya, itu adalah kebaikan sebab kita nak masuk syurga kan? Kalau betul salah, saya mintak maaf,” katanya lagi.
Namun begitu, perkongsian milik penyanyi dangdut itu telah meraih banyak reaksi dari warganet. Tambahan, ada juga yang menyatakan komen yang tidak manis oleh kerana di anggap hanya sekadar tujuan ‘publisiti murahan’.
Walaupun begitu, ramai juga yang memberikan sokongan buat Ifa Raziah atau nama sebenarnya, Dato’ Saripah Raziah binti Mustapha, 46, supaya lebih memandang kepada arah positif. Mereka juga mendoakan yang terbaik buat Ifa Raziah.
“Alhamdulillah, semoga mendapat keberkatan kasihnya Allah SWT, saya pun pernah terjumpa Ustazah Asma’ Harun dan ia adalah rezeki terbesar saya ketika itu.”
“Syukur Ya Allah…menitis air mata saya, You are amongst the artis yang cakap lepas…but what have you done today…MasyaAllah…syukur yang teramat. Terharu I tengok pelukan you ikhlas…” ujar salah seorang daripada warganet melalui ruangan komen.
Semestinya, pasti akan ada desas desus dari segelintir masyarakat yang memberikan komen yang negatif tentang sesuatu perkara. Meski pun perkara itu mempunyai niat yang baik dan ikhlas, ada sahaja yang ingin di perkatakan oleh mereka.
Walaupun pertemuan Ifa Raziah dan Ustazah Asma’ Harun mendapat banyak komen yang positif tetapi ada sahaja yang mengatakan macam-macam mengenainya. Banyak juga negatif komen yang di berikan, namun, Ustazah Asma’ tidak berdiam diri sahaja.
Ustazah Asma’ telah menaikkan satu posting di akaun media sosialnya untuk memberikan keterangan mengenai perjumpaannya bersama Ifa Raziah. Sama sekali ia tidak di rancang atau bertujuan untuk meraih publisiti murahan.
“Pertemuan saya dengan Ifa Raziah tidak di rancang. Sama ada oleh pihak Ifa Raziah…ada Al-quran di depan saya,
“Orang fitnah ustazah ini banyak drama. Lepas dia kecam-kecam buat pertemuan macam ini, boleh percaya ke,
“Daripada awal lagi saya dah berniat, Ya Allah, temukanlah di mana-mana dengan kak Ifa Raziah saya nak settle. Sebab dalam hati tiada niat untuk membenci.” ujar Ustazah Asma’.
Ustazah Asma’ juga menjelaskan bahawa dia bertemu bersama Ifa Raziah tidak di rancang dan ianya sama sekali tidak juga berkaitan dengan teguran yang pernah di berikan sebelum ini. Namun, segalanya hanya secara kebetulan dan menjadi takdir untuk berjumpa.
Tambahan lagi, menurut pendakwah bebas itu, dia menjelaskan isu tegurannya kepada penyanyi dangdut itu hanya sekadar tugasnya untuk menegur akhlak sesama manusia, bukan untuk membenci. Dia juga berkata warganet perlu tahu perbezaan antara menghukum dan menegur.
“Saya tak kisah saya di fitnah atau di sangka buruk. Tetapi yang lebih utama adalah berkenaan dengan pendidikan akhlak ummah,
“Mungkin di sebabkan itulah kekuatan. Bukan untuk membela diri saya tetapi saya perlu menulis bukan atas nak membersih dan menyucikan diri, tetapi atas sebab tuntutan agama itu sendiri.” katanya lagi.
Pertemuan antara Ifa Raziah dan Ustazah Asma’ Harun telah membuka mata ramai orang untuk sentiasa bersangka baik dan tidak menuduh tanpa sebarang usul periksa. Apa yang penting adalah untuk memastikan anda menegur daripada menghukum.
Setiap kali masuknya awal bulan Islam, maka akan tersebarlah hadis-hadis yang menceritakan akan kelebihan bulan tersebut. Ia sentiasa disebut atau disebarkan oleh sebahagian masyarakat kita pada hari ini.
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.
Apakah terdapat kelebihan atau amalan tertentu (khusus) dalam Bulan Rejab berdasarkan pendapat para ulama’?
Di sini dinyatakan beberapa pendapat para ulamak berkaitan kelebihan bulan Rejab, antaranya ialah:
*Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Tidak ada disebut di dalam hadith yang sahih (yang boleh dibuat hujjah) akan kelebihan bulan Rejab, berpuasa padanya, berpuasa daripadanya disebabkan sesuatu perkara yang tertentu dan solat yang khusus”. [Tabyin al-‘Ajab, 9]
*Imam Ibn al-Qayyim mengatakan: “Setiap hadith yang menyebut berkaitan puasa di bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu di dalam bulan tersebut adalah satu pendustaan yang direka”. [al-Manar al-Munif, 96]
*Imam al-Syaukani pula berkata: “Tidak ada disebut berkaitan amalan pada bulan Rejab secara khusus di dalam sunnah yang sahih, juga yang hasan dan juga yang dhaif (dhaif ringan). Bahkan, kesemua yang diriwayatkan berkaitannya secara khusus adalah palsu lagi dusta dan teramat dhaif”. [al-Sail al-Jarrar, 297]
*Imam Ibn Rejab berkata: “Tidak ada yang sahih pada kelebihan berpuasa di bulan Rejab yang khusus daripada Nabi SAW dan juga tidak ada yang khusus daripada sahabat Baginda SAW”. [Faidh al-Qadhir, 4:210]
Setelah dilihat dan menekuni pendapat para ulamak dalam masalah ini, cenderung untuk mengatakan bahawa bulan Rejab tidak mempunyai apa-apa kelebihan yang khusus daripada hadis-hadis yang sahih seperti amal ibadat tertentu.
Walaupun begitu, ini tidak menghalang seseorang itu untuk melaksanakan amalan seperti berpuasa, solat sunat, bersedeqah dan lain-lain lagi dengan syarat tidak beri’tiqad (mempercayai) bahawa amalan ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang khusus atau tertentu. Ini kerana, bulan Rejab termasuk di dalam bulan-bulan haram yang mana diketahui akan kelebihan bulan-bulan haram berbanding bulan-bulan yang lain.
Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”.
Di antara kelebihan yang terdapat di dalam bulan Haram ini ada disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya, yang mana beliau telah menukilkan pendapat daripada Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan di dalam bulan Haram ini adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. [Tafsir Ibn Kathir, 4:130]
Berdasarkan soalan di atas, hadis di atas adalah palsu dan tidak diketahui asalnya daripada kitab-kitab hadis yang muktabar. Ini merupakan salah satu pendustaan yang direka dan disandarkan di atas nama Nabi SAW. Bahkan, hadis ini juga turut digunakan pada bulan-bulan Islam yang lain seperti Zulhijjah, Sya’ban, Ramadhan, Muharram dan sebagainya.
Kesemua hadis yang menceritakan tentang kelebihan memberitahu akan kemasukan awal bulan-bulan Islam ini adalah palsu. Justeru itu, penyebaran hadis ini perlu dihentikan dengan serta-merta sama ada melalui meja-meja penceramah dan juga media sosial serta ia tidak boleh lagi disebarkan melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya.
Hukum Meriwayatkan Hadis Palsu
Para ulama menyatakan bahawa tidak dibolehkan atau haram bagi kita meriwayatkan hadis palsu apabila diketahui akan keadaannya (palsu) melainkan bagi menjelaskan akan kepalsuannya. Ini merupakan pendapat Imam Ibn Salah, Imam al-Nawawi, al-Suyuthi dan ramai lagi termasuk ulama-ulama hadith masa kini. Hukum ini terbina berdasarkan kepada hadith-hadith yang menceritakan berkaitan larangan keras Rasulullah SAW terhadap pendustaan di atas nama Baginda SAW.
Maksudnya: “Barangsiapa yang berkata di atas namaku yang mana aku tidak perah mengucapkannya maka siaplah tempatnya di dalam neraka.” [Riwayat al-Bukhari (109)]
Maksudnya: “Janganlah kamu berdusta di atas namaku, kerana ia iaitu yang berdusta di atas namaku tempatnya adalah neraka.” [Riwayat al-Bukhari (106) dan Muslim (1)]
Maksudnya: “Sesiapa yang menyampaikan daripadaku sesuatu hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta.” [Lihat: Muqaddimah Sahih Muslim]
Tanggungjawab Dan Peranan Kita
Sebagai seorang mukmin yang cinta kepada Rasulullah SAW seharusnya bagi kita menjaga nama dan diri Rasulullah SAW daripada dicemari dengan pendustaan dan pemalsuan golongan yang tidak bertanggungjawab. Ini merupakan bukti dan tanda cinta serta kasih kita kepada Rasulullah SAW sebagaimana di dalam sebuah hadis:
Maksudnya: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia kasih kepadaku lebih daripada dia kasih kepada ibubapanya, anakya dan manusia keseluruhannya.” [Riwayat al-Bukhari (15)]
Di samping itu juga, menjadi kewajipan kita semua sebelum membaca, menulis, mengajar, menyampaikan atau menyebarkan sesebuah hadis Nabi SAW, ia perlulah dikenalpasti terlebih dahulu akan sumber dan status (hukum) hadith tersebut. Ini kerana, bimbang dengan tidak menyatakan sumber dan hukum hadith tersebut, akan menyebabkan kita termasuk ke dalam ancaman Nabi SAW. Dengan cara ini, ia akan menjaga kesucian agama ini dan juga daripada penyelewengan golongan-golongan yang ingin menghancurkan Islam.
Kesimpulan
Kesimpulannya, hadis palsu merupakan peringkat hadis dhaif yang paling buruk sebagaimana yang telah disebutkan oleh Imam Ibn Salah:
Maksudnya: “Ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya hadith palsu adalah termasuk di dalam hadith-hadith dhaif yang paling buruk.” [Lihat: al-Muqaddimah, 98]
Tambahan pula, hukum meriwayatkan hadis palsu adalah haram melainkan bagi menyatakan akan kepalsuannya dan akibatnya akan dicampakkan ke dalam neraka di akhirat kelak. Semoga Allah SWT memelihara lidah-lidah kita daripada berdusta di atas nama Nabi SAW.
Sempena kemasukan bulan Rejab ini, marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan baik kita dan semoga Allah SWT sentiasa memberi kita taufiq dan hidayah-Nya dalam setiap amalan yang kita lakukan agar ia tidak bercanggah dengan al-Quran dan juga sunnah Rasulullah SAW. Wallahua’lam.
Cantik manis orangnya. Bermula sebagai model muslimah seawal usia 14 tahun, kini Nur Alya Iman Azmil Mustapha atau mesra disapa Alya Iman kian mendapat tempat dalam industri seni tanah air. Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni sejak tahun 2018, Alya telah membintangi pelbagai telemovie, drama dan sitkom.
Meniti usia 23 tahun, gadis genit ini merupakan anak kepada pelakon popular era 80an iaitu Allahyarham Azmil Mustapha. Sememangnya anak bongsu daripada lima beradik ini mewarisi bakat lakonan bapa tersayang.
Mana tidaknya, bukan hanya mendapat tawaran lakonan yang tidak putus-putus bahkan Alya juga pernah dicalonkan sebagai Top 10 Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 2020.
Makin sibuk sebagai anak seni, apa perancangan Alya untuk 5 tahun akan datang
“Ketika ini Alya hanya berpeluang menceburi bidang peragaan dan lakonan. InshaAllah dengan izin Allah, sekiranya ada rezeki untuk ke luar negara Alya berhasrat untuk sambung belajar.
“Dalam lima tahun akan datang juga Alya ingin fokus dengan bisnes.
Bagaimana Alya menjaga kecantikan diri?
“Amalan kecantikan Alya tidaklah terlalu rumit dan tidak ada istilah penjagaan muka yang ‘heavy’. Jujurnya penjagaan dan rutin kecantikan Alya biasa saja.
“Alya amalkan banyak minum air masak dan pastikan cuci muka selepas memakai mekap supaya kulit wajah dapat bernafas serta bersih daripada sebarang kotoran.
Dalam sebulan, berapa kali buat rawatan di pusat kecantikan?
“Alya sangat jarang pergi buat rawatan facial atau spa sebab kekangan masa. Kalau pergi pun, Alya akan ambil pakej rawatan untuk menyegarkan wajah sahaja.
Tip kecergasan dan kesihatan tubuh badan
“Sebenarnya Alya seorang yang sangat sensitif dan mudah sangat sakit. Jadi, untuk elak daripada sakit yang berterusan Alya mengamalkan pengambilan vitamin, senaman dan makan makanan yang berkhasiat. Itu yang Alya buat untuk jaga kecergasan dan kesihatan tubuh badan.
Siapa sumber inspirasi Alya?
“Semestinya arwah Babah. Bukan sahaja inspirasi dalam bidang industri seni tapi personaliti yang dimiliki arwah juga saya sangat kagum.
“Dia (arwah babah) seorang yang sangat merendah diri, not judgmental, menghormati orang lain dan terima baik buruk seseorang dengan seadanya.
Impian Alya yang masih belum tertunai
“Dalam usia 23 tahun, banyak impian yang tidak tertunai lagi dan masih dalam perancangan untuk merealisasikan impian tersebut. Semoga Allah mempermudah segala impian yang Alya rancang.
“Dari segi kerjaya, Alya ingin menceburi filem antarabangsa. Dari sudut personal pula, Alya mahu beri apa sahaja yang Mama saya impikan.
Bergelar ‘public figure’, bagaimana Alya menonjolkan diri agar menjadi inspirasi kepada generasi muda?
“Motivated untuk berjaya! Alya dari usia muda sudah berkerjaya. Saya juga seorang yang belajar berdikari dan tidak mudah putus asa walaupun gagal di tengah jalan.
“Prinsip saya ialah terus bangkit dan berjuang selagi berdaya. Semoga kejayaan dan pengalaman ini mampu menjadi kekuatan semangat buat orang di luar sana.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana...