Ramai yang mengambil peluang sempena tahun baharu untuk mengemas kediaman. Acara spring cleaning ini mampu mewujudkan mood yang lebih segar dan bertenaga. Rumah yang bersih bukan sahaja membuatkan setiap penghuni berasa selesa malah mendapat ketenangan fikiran dan kebahagiaan jiwa.
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menyediakan peralatan mengemas secukupnya. Dengan cara itu segala urusan mengemas kediaman menjadi lebih mudah dan lancar.
Berikut 10 barang pembersihan wajib beli di Eco. Ke semua barang-barang ini boleh dibeli di kedai Eco untuk memudahkan kita membersih dan mengemas rumah. Harga walaupun rm2.10, murah tapi kualiti setanding!
So boleh tengok satu-satu gambar ya hani sertakan sekali penerangan untuk setiap barang pembersihan itu.
Apa lagi, lain kali kalau tak tahu nak beli apa kat Eco tu, tengok senarai dan cari barang-barang ni ya. Disebabkan barang-barang ni ada yang viral, susah benor nak jumpa, kalau dah jumpa jangan lupa ambil lagi dua tiga.
TISU BASAH
Sebenarnya tisu basah ni dah ada dalam senarai 12 barang Pembersihan rumah wajib ada yang hani dah buat dulu. Tapi dulu takde tisu basah khas utk pembersihan rumah so gunalah wet tissue yang khas utk baby dan muka guna utk buat pembersihan rumah 😂
Sekarang ni dah ada tisu khas utk rumah, hani wajib restock ketiga tiga jenis wet tissue ni. Yang antibacterial wipes tu paling hani suka sebab dia multipurpose. Boleh dikatakan kat ruang rumah hani ada je satu hani letak supaya senang dicapai.
Untuk yang window wipes tu bukan je untuk cermin atau tingkap, hani guna juga utk barang perhiasan rumah yang dibuat dari kaca atau kristal semasa Pembersihan habuk. Pintu peti ais pun hani guna yang ni utk kilatkan dia.
Untuk yg furniture wipes pula hani guna utk lap semua perabot dan barang perhiasan kayu yg ada kat rumah. Papan landas kayu (yg hani buat hiasan) pun hani guna ni. Hani perasan kulat susah nak naik kalau guna wet tissue ni lap perabot. Lagi2 musim hujan gini mmg kena ada.
Selalunya hani memang guna wet tissue untuk Pembersihan pantas 30 minit, utk kecemasan atau untuk lap kesan minyak sahaja.
KAIN LAP MICROFIBER
Hani sebenarnya tak suka sangat guna kain “buruk” sebab kadang-kadang susah nak hilangkan kesan kotoran kat kain lap ni. Tapi ianya berubah sejak hani jumpa kain ni. Specifically this one.
Dalam banyak2 kain lap hani dah test (selain dari reuseable wipe cloth) , this one the best! Sebab dia sangat water absorbent. Dan paling penting sangat senang dibersihkan (dengan syarat lepas guna kena bersihkan terus).
Ads
Kalau guna utk lap permukaan cermin, dia tak akan tinggalkan cebisan2 kain kat atas permukaan, dimana hani sngtt lah tak suka kalau guna kain untuk mengelap last2 ada “sisa-sisa” kain melekat pada permukaan yang dah dilap tu.
Untuk buat deep cleaning, hani guna kain lap ni untuk buat lap dan bersihkan habuk.
KITCHEN CLEANER
Hani dah try mcm jenama sebelum ni untuk hilangkan kesan minyak dengan mudah kat dapur masak 🤩 nampaknya kitchen cleaner ni setanding tapi dengan harga jauh lebih murah haha kesannnya pun terbaik. Tak perlu explain panjang2 haha
Spray kitchen cleaner ni kat dapur gas masak tu, lepas tu lap dengan kain lap tadi. Instant cleaning
PEMBERSIH BOTOL SUSU DAN SAYUR
Sebelum ni hani guna yang berjenama beli kat Tesco harga boleh tahan juga RM9.90 utk satu pek. Kenapa bayar lebih kalau kualiti yg sama boleh dapat harga yg jauh lebih murah. Bersih dan wangi. sama je mcm yg hani pakai sebelum ni. Beli banyak terus kalau jmpa sbb nak basuh buah dan sayur pun boleh guna ni.
ANTI URINE DAN ANTI TABACCO
Ads
Dua pembersih hilangkan bau ni pun baru hani masukkan dalam list. So far hani baru try anti bau urin je. Anti tabacco hani tak try lagi. Haritu hani try anti urine sbb kucing bertuah pergi kencing kat bawah sofa. So kena sikit air dia kat sofa tu, hani dah lah ada sikit sensitif bau kencing kucing. Terus g Eco beli benda alah ni. Masukkan dalam spray. Cairkan sikit (ratio 2 anti urin : 1 air paip). Spray dan buat wet cleaning terus guna cecair yg sama. Hilang terus bau.
PEMBERSIH MESIN BASUH
Rasanya ramai dah tahu pasal pembersih mesin basuh ni kan. Memandangkan hani buat deep cleaning mesin basuh sebulan sekali, pembersih ni sngtt lah membantu. Nak guna pun senang je.
LAUNDRY BALL
Alang2 cerita pasal mesin basuh ni, hani ceritakan sekali pasal barang Pembersihan no 7 iaitu laundry ball. Dulu2 hani beli laundry ball ni kat Mr Diy je. Sekarang kat Eco pun ada jual.
Laundry ball ni fungsi dia untuk tambah geseran kat pakaian semasa dia dalam mesin basuh je bila geseran bertambah insyaAllah pakaian lebih bersih. Lagi banyak kita pakai laundry ball lagi banyak geseran antara pakaian terhasil so pakaian pun lebih bersih. So fungsi utama laundry ball ni bukan untuk elakkan pakaian bergumpal.
LAUNDRY NET
Masih lagi berkenaan laundry hehe. Barang ke 8 ialah laundry net.sejujurnya hani tahu kegunaan laundry net ni sebab MIL hani ajarkan 8 tahun dulu hehe. Hani banyak belajar mengenai pengurusan laundry dengan Mil hehe so dia ajar semua benda2 kecil2 kena masuk dalam laundry net baru lah inner wear kita tak cepat rosak, tak cepat stretch getah kat pinggang seluar dalam atau tali bra.
Ads
Sebab kalau tak masuk dalam laundry net, tali bra dan seluar dalam ni berpusing-pusing, bersimpul-simpul dengan pakaian lain semasa proses membasuh dalam mesin basuh. Kadang-kadang pakaian lain ni akan meregangkan tali bra so nnt keluar semua dah hilang keelastikan getah nya haha
Yang best kat Eco ni dia ada laundry net utk ketiga-tiga ni iaitu khas utk bra, seluar dalam dan stokin. Haha so organised which i like! Setiap barang2 ni ada rumah masing2 siap berlabel.
Siapa yang sebelum no tak pernah try guna laundry net untuk cuci pakaian dalam, boleh guna lepas ni.
CLEANING GEL
Sebelum ni hani pernah try jenama lain. Sebab nak try? Saje haha tgk mcm best je. Sbb dulu rasa tak pernah nampak cleaning gel ala gini. Macam biasa, harga boleh tahan.
Bila Eco keluarkan je cleaning gel guna style yg sama terus hani beli.
Resultnya? Not bad not bad. Bau dia walaupun x kuat wanginya tapi ada baunya. Hani stampkan kat dalam mangkuk tandas dan sinki. Setiap kali kena air dia hasilkan buih dan bebaskan bau yang wangi.
COMPRESSED BAG
Last but not least.! Compressed / vaccum bag!
Hani dah pernah tunjuk macam mana hani susunatur comforter, cadar patchwork kat rumah hani kan sebelum ni? Hani gunakan vacuum bag utk jimatkan ruang. Hani masukkan dalam beg ni, kemudian guna pump atau vacuum cleaner untuk sedut udara dalam beg. Dari tebal jadi nipis perginya. So lebih menjimatkan ruang utk disimpan.
Tapi satu yg x best kalau tak silap hani ada satu je saiz dia jual kat Eco.
Kemas tersusun macam kedai Eco. Semua barang ada jadi senanglah hendak buat kerja.
Kalau berhajat hendak bersihkan rumah secara besar-besaran, boleh cari produk-produk pembersihan rumah ini di kedai Eco. Memang sangat membantu dan memudahkan kerja-kerja rumah sis!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Lain orang lain kisah penghijrahannya. Ini kerana hidayah Allah datang dalam pelbagai bentuk berbeza. Begitu juga dengan pelakon berdarah kacukan Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross atau nama komersialnya Catriona Ross antara selebriti yang turut melakukan penghijrahan. Kisahnya sedikit unik kerana faktor sayangkan kos ‘hair extension’ menyebabkan dia belum terbuka hati untuk berhijrah. Menceritakan kisah penghijrahanya lima tahun lalu itu dalam laman sosial facebook Zayan FM dan ditonton hampir setengah juta pelayar medium ini.
Menurut Cat selepas dia mengalami kemalangan pada 2007, kira-kira 11 tahun lalu dia mula mencari siapa dirinya yang sebenar setelah sembuh dari kemalangan ngeri berkenaan. Kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan itu telah menyebabkan dia mengalami patah dua belah kaki, tangan kanan dan terpaksa berehat di atas selama katil.
“Pada tahun 2008 saya mula rasakan jiwa saya ketika itu sudah mula kosong. Rasa macam apa yang saya nak buat ini. Tetapi waktu itu saya sudah mula kembali kepada industri ini dan mula shooting semula. Dan alhamdulillah saya memang ada banyak projek.
“Ketika itu saya rasa Allah dah bagi jalan balik dan saya sudah merasakan diri saya cukup sempurna. Waktu itu saya sudah boleh berjalan dan boleh berlari balik. Saya terfikir ketika itu takkan nak pakai tudung sekarang memandangkan usia saya masih muda. Baru 26 tahun 27 tahun,” ceritanya tenang.
Menurut Cat ketika itu daripada mencari kekuatan untuk memakai tudung, dia memilih untuk pergi ke salun.
“Saya pergi salun dan tanya saya nak pakai ‘hair extension’ dan mahukan ia dari rambut semulajadi. Rambut semulajadi ini maknanya rambut yang berasal dari rambut manusia yang mereka potong dan sambung balik menjadi ‘hair extension’.
“Saya tak nak pakai yang sintetik sebab keras, tak cantik, payah nak jaga dan sebagainya. Jadi saya pun mula pakai ‘hair extension’ dan rambut tiba-tiba panjang sampai pinggang. Saya rasa penampilan sangat meletop ketika itu,” tambah ibu kepada tiga orang cahayamata ini.
Namun penghijrahan yang dilalui oleh Catriona bermula sedkit demi sedikit. Ketika itu sudah sampai satu tahap persoalan yang berlegar di fikirannya bagaimana kalau mahu bersolat.
“Saya fikir dengan rambut begitu bagaimana saya mahu solat. Saya bukan tak tahu hukum hakam agama mengenainya. Saya tahu tetapi untuk ‘mengenyangkan’ jiwa yang kosong ketika itu mungkin saya mahukan sesuatu yang baru untuk diri saya.
“Hampir setahun saya pakai ‘hair extension’. Dan sepanjang tempoh itu saya tahu kalau saya solat pun memang tidak akan sah dan tak akan diterima. ini kerana wuduk tak sampai dan sebagainya,” tambah Cat yang rancak bercerita tentang pengalaman ‘hair extension’ yang dipakainya.
Sepanjang memakainya memang Cat tidak nafikan dia mendapat pujian dari teman-temannya.
“Mereka puji rambut kita nampak sangat sihat, lebat dan panjang. Sudahlah harganya mahal. Bayangkan satu ‘extension’ berharga RM85 dan ada sebanyak 35 ‘extension’. Takkan saya nak buang macam itu saja.
“Dan saya anggap ini seperti satu perlawanan. Perlawanan tentang apa yang sebenarnya saya nak buat dengan hidup ini. Dengan keadaan sekeliling yang mana orang masa itu seakan-akan menyokong apa yang anda buat,” katanya.
Menurut Catt juga perbuatan dia membuat ‘hair extension’ turut mendapat perhatian ibunya.
“Tapi ibu saya memang tahu. Orang tua memang tahulah. Dia datang rumah dan saya nampak dia perhatikan rambut saya dan kata “Lebat lain macam rambut anak aku yer. Panjang sangat” Kemudian dia tanya saya “Dah sembahyang” Saya pandang dia dan nak jawab dah sembahyang memang tak buat pun,” jelasnya lagi.
Daripada situ sampai satu tahap Catriona rasa segalanya sudah cukup baginya. Dia mula buang semua itu (hair extension) dan cari kekuatan untuk memakai tudung.
“Saya mendapat sokongan dari ahli keluarga terdekat. Emak saya , emak mertua dan juga suami. Sampai suami saya tanya saya “Memang bersedia itu pakai macam ni?. Saya jawab ‘Betul dan pasti. Bila dia tanya “Macam mana nanti nak kerja” saya katakan pada suami, “Adalah itu rezeki Allah bagi,” katanya lagi.
Dia yang kini aktif semula di bidang seni setelah empat tahun menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak-anak.
Sebelum mengakhiri pengalaman hijrahnya, Cat turut menitipkan pesanan buat mereka yang ingin berubah agar lakukan sahaja.
“Siapa yang ingin berubah, lakukan sahaja. Sebab kalau kita fikir silap langkah kita mungkin akan tangguh benda itu. Jadi jangan tangguh benda itu dan buat saja. Tapi cari rakan-rakan positif yang boleh kuatkan jiwa anda,” jelasnya lagi.
Buah kurma memang hidangan terbaik yang boleh memberi kita tenaga berkekalan untuk seharian. Kebiasaannya waktu sahur atau ketika berbuka kita akan menjamah buah kecil ini. Tetapi sebenarnya buah kurma juga boleh di pelbagai cara kegunaannya.
Antaranya adalah dengan merendamnya dengan air dan boleh diminum begitu sahaja. Cara ini dipanggil air nabeez yang bermaksud air rendaman.
Kurma atau kismis direndam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan kemudian diminum keesokan paginya ketika mahu bersahur. Boleh dijadikan sebagai persediaan Ramadan nanti.
Air nabeez juga dikatakan merupakan sajian kegemaran Rasulullah SAW.
Nabi merendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) dan meminum air rendaman tersebut di pagi hari esoknya.
Airnya Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembut, Nabi langsung menelannya tanpa mengunyah terlebih dulu.
Ada beberapa hadis yang menyebutkan tentang cara membuat air nabeez ini, salah satunya riwayat dari Imam Muslim,
Aisyah pernah ditanya tentang nabeez, kemudian ia memanggil seorang wanita pelayan asal Habasyah. “Bertanyalah kepada wanita ini!” Kata Aisyah. “Kerana ia dahulu pernah membuat nabeez untuk Rasulullah SAW,” tambahnya. Lalu wanita asal Habasyah itu berkata, “Aku pernah membuat nabeez untuk beliau dalam sebuah kantung kulit pada malam hari. Kemudian aku mengikatnya dan menggantungnya. Lalu di pagi harinya beliau SAW meminumnya.”Dari Aisyah dia berkata, “Kami biasa membuat perasan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di malam hari, atau membuat rendaman di malam hari lalu meminumnya dipagi hari.” (HR Muslim).
Walau bagaimanapun diingatkan eloklah membuatnya sekali dan terus diminum. Bimbang ia menjadi masam pula nanti.
Bahan Diperlukan:
Kurma / kismis
Air suam
Cara Membuatnya:
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil dan carikkan isi kurma berkenaan.
2. Rendam isi kurma dalam air masak sebelum tidur. Letak di luar tak perlu simpan dalam peti sejuk.
3. Bolehlah diminum esok untuk bersahur.
p/s: Jangan campurkan kurma dengan kismis. Kalau mahu buatlah air secara berasingan. Diingatkan juga eloklah membuatnya sekali dan terus diminum. Bimbang ia menjadi masam pula nanti.
Khasiat Air Nabeez:
1. Minuman yang mengandungi alkali yang dapat membantu proses pembuangan
2. Kelebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaaan tubuh. Juga membantu menyingkirkan toksin berbahaya dari tubuh. Ia juga sangat berguna sebagai detox.
SUMBER: TRIBUNNEW.COM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Adakah anda mempunyai terlalu banyak produk kecantikan yang bersepah di meja solek anda kelihatan seperti kekacauan mutlak? Kami faham bagaimana anda yang menggunakan terlalu banyak produk kecantikan.
“Saya benar-benar boleh menggunakan gincu matte ini! Oh dan mungkin juga lipgloss ini!” Kedengaran seperti anda? Kita juga!
Masalah benar-benar bermula apabila anda mengosongkan beg membeli-belah anda dan memikirkan bagaimana cara memasukkan hasil belanja anda di atas meja solek. Jangan khuatir, berikut adalah 10 organisasi yang akan menjadikan kawasan celaru anda kelihatan seperti mimpi dalam masa yang singkat menjadi satu pemandangan yang indah.
Dulang ini bukan hanya bagus untuk menyimpan fail dan dokumen, tetapi juga solekan! Sama seperti cara anda menyusun dokumen dengan dulang meja, susunlah alat solek anda mengikut fungsinya ke dalam dulang yang berbeza untuk menjadikan meja solek anda bebas dari kekacauan. Tetap kemas dengan mudah dengan penyelesaian mudah ini! Hei, adakah kita lupa menyebutkan bahawa harganya juga murah?
Bahagian simpanan bekas ini terdapat dalam barisan tiga hingga lima buah, bergantung pada lebar dan lilitan. Cukup masukkan lipstik anda (dan sejujurnya, barang-barang kosmetik apa pun) ke dalam lubang dan tercapai tempat kerja yang kemas dan teratur. Satu perkara yang disukai ramai mengenai magna pod ini adalah lut sinar mudah nampak. Sekejap sahaja dan anda dapat melihat pelbagai warna lipstik yang anda ada. Jadi ya, fanatik gincu di luar sana, ini pasti berguna untuk memastikan anda sentiasa berjaga-jaga!
Tip: Tidak menyukai bahagian luar yang polos dan sederhana? Cuba menghias pod magna anda dengan pelekat dan label! Bukan hanya menjadikannya lebih menyenangkan di mata, ia juga membantu dalam mengenal pasti kosmetik anda dengan mudah!
3. Ulang pakai bekas balang lilin beraroma
Jangan buang kaca lilin mewah itu, gunakan semula dan berikan kehidupan baru. Letakkan berus solekan dan eyeliner anda dan tidak perlu khawatir tercari-carinya di dalam beg solekan. Anda mungkin mahu menggunakan batu hiasan atau biji kopi untuk memberikan sentuhan warnanya.
TAHUKAH ANDA?
Biji kopi boleh digunakan untuk meneutralkan dan membersihkan deria bau jika anda telah mencium aroma minyak wangi yang terlalu banyak. Pertimbangkan untuk meletakkan balang kecil biji kopi di atas meja solek anda jika anda mempunyai terlalu banyak minyak wangi.
Betul, tempat majalah yang boleh anda temui di kedai buku harian anda. Pastikan kabel yang tidak sedap dipandang dengan meletakkan produk rambut anda (Pelurus, pengering rambut, pengeriting) di tempat majalah segitiga potong. Ideanya adalah untuk meletakkannya di sudut meja solek anda, mudah!
TIP: Biarkan pengeriting rambut dan pelurus rambut anda sejuk sebelum meletakkannya kembali ke tempat majalah. Ini akan menghalang majalah memanas dan merosakkan strukturnya pada masa akan datang.
Ini pastinya merupakan penyelamat bagi mereka yang mempunyai terlalu banyak pot pembayang mata! Alur dulang lebih sesuai untuk menyimpan palet yang dibungkus secara individu. Selamat tinggal kotak pembayang mata coklat gelap itu!
Kita semua ingin mempunyai meja solek seperti selebriti, dengan cermin besar dan ruang yang besar. Namun, ketika ruang adalah masalah bagi anda, mungkin tidak mampu mendapatkan meja rias kecil atau bahkan memiliki satu sama sekali. Mengapa tidak mempertimbangkan untuk mempunyai troli solek yang boleh bergerak?
Kereta seperti troli cenderung mempunyai bahagian yang berbeza, yang bagus untuk mengatur produk kecantikan anda. Tambahkan beberapa label dan itu akan menjadikan segalanya lebih mudah. Selain itu adalah kaedah organisasi yang hebat, meletakkannya di tempat meja juga bermaksud anda boleh melakukan solekan walaupun anda sedang duduk di atas katil anda atau ketika menonton TV di ruang tamu.
Manfaatkan ruang di sekitar atau di belakang cermin anda! Pergilah ke mana-mana gerai perkakasan untuk mendapatkan jalur magnetik dan pasangkan ke bahagian belakang pemegang. Yang perlu anda lakukan sekarang hanyalah menempelkannya pada cermin anda dan anda akan mengosongkan ruang di meja solek. Variasikan bentuk dan ukuran pemegang untuk menjadikan kawasan itu kelihatan tidak biasa. Inilah dikatakan inovatif!
Seperti bufet solekan tepat di meja solek anda. Ya, penggunaan dulang tingkat manisan ini untuk meletakkan produk kecantikan anda. Dari cat kuku dan botol minyak wangi hingga lipstik dan bahkan pembayang mata, letakkan pada lapisan yang berbeza untuk memastikan segalanya tetap teratur. adalah baik untuk memisahkan item dan meletakkan yang khusus pada setiap peringkat untuk membezakan lebih baik.
Mudah bukan, jadikan meja solekan tempat tumpuan untuk membangkitkan mod seharian anda.Teratur dan senang dicapai. Apalagi jom ubahsuai meja solek anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Mendirikan rumahtangga pada April 2024, bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal kini bahagia bersama suami dan seorang cahaya mata lelakinya.Terserlah seri di wajah...