Wajah yang manis tanpa solekan tebal di tambahkan lagi dengan gaya hijab ringkas, YB Nurul Izzah cukup berkeyakinan dengan penampilannya sebagai seorang pemimpin contoh untuk hijabis di luar sana.
Selesa menyarungkan tudung bawal ke mana sahaja namun tidaklah mengenepikan tudung shawl sama sekali. Bijak bergaya mengikut pergerakan langkah dan aktiviti yang padat, aktivis politik ini mengayakan tudung bawal supaya memudahkan beliau menunaikan solat.
Namun di sebalik gaya beliau ada juga yang bertanya dan tertambat hati untuk mengetahui bagaimanakah gaya tutorial tudung beliau. Beliau yang manis berpewatakan lembut dan periang ini pasti hijabis terkesima apabila berjumpa dengan beliau.
Ads
Gaya beliau yang sentiasa menutup bahagian dagu antara aurat wanita islam. KREDIT FOTO: PINOGRAPHY
ILHAM GAYA TUDUNG
Individu yang mengilhamkan gaya tudung beliau yang ringkas ini adalah dikenali sebagai Kak Nuha, individu yang agak rapat dengan YB Nurul Izzah. Hijabista berkongsi video rakaman ini yang berdurasi selama empat minit, tutorial gaya tudung beliau dan di gayakan sendiri oleh YB Nurul Izzah kepada Nurul Ilham Anwar.
Bagi wanita berhijab, pemilihan jenis tudung amat dititik beratkan. Dari segi rekaan, jenis fabrik dan juga harga menjadi keutamaan dalam memilih yang terbaik untuk digayakan terutama bila ada majlis atau musim perayaan. Semalam viral dikatakan tudung bawal ini adalah hijab paling mahal di dunia bernilai RM50,000.
Dihasilkan sepenuhnya menggunakan kain jenis Voile, yang diimport dari Jepun dan bertatahkan lebih 10 warna batu kristal Swarovski.
Hijab paling mahal ini juga dihasilnya sepenuhnya di Austria dengan ilham padang pasir berbunga, sesuai dengan personaliti empunya tudung ini.
Menerusi laporan Sinar Harian tudung paling mahal ini dihasilkan oleh syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive diperaga dan diserahkan pada pada majlis penyampaian tudung tersebut di Kuala Lumpur malam tadi.
Menurut pengasasnya, Haliza Maysuri tudung ini menjadi milik seorang ahli perniagaan dari Kuantan berusia 35 tahun yang menempahnya melalui butik premium, ByQiss by Bawal Exclusive di Pahang.
Walaupun terkenal dengan tudung mewah, namun Bawal Exclusive turut menawarkan pelbagai pilihan rekan dan warna tudung bermula dengan Bawal Tabur serendah RM57 sehelai.
Dia yang mula menjalankan bisnes sekitar tahun 1998 dengan berniaga gerai kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman kini bukan sahaha memiliki bangunan sendiri, tetapi juga turut memiliki 10 butik premium dan 35 ejen jualan di seluruh Malaysia.
Sementara itu, pemilik butik ByQiss by Bawal Exclusive, Datin Hamizan Putih berkata, walaupun ada pihak yang mempersoalkan kewajaran membeli tudung bernilai ribuan ringgit, namun tidak salah untuk para wanita dihadiahkan atau menghadiahkan diri sendiri dengan tudung eksklusif tersebut.
“Sebagai wanita yang istiqamah dalam menjaga aurat, tidak salah rasanya untuk memakai tudung eksklusif ini kerana ia akan turut memberi motivasi kepada wanita untuk bekerja lebih keras terutamanya dalam kalangan wanita pantai timur yang terkenal dengan semangat keusahawanan mereka,” katanya.
Tidak cukup masa untuk rutin kecantikan, terutamanya pada Perintah Kawalan Pergerakan. Produk kecantikan habis dan tak sempat untuk ‘stock up’ terasanya seperti bencana yang lengkap. Jangan bimbang, terimalah cabaran untuk mengganti produk kecantikan yang habis dengan barangan yang ada di rumah dan segera tampilkan penampilan anda seperti biasa.
Jom semak ‘beauty hack’ yang anda boleh lakukan dalam tempoh PKP untuk tidak merosakkan penampilan anda walaupun duduk di rumah.
BAHAN:
Pertama, baby powder buatan sendiri. Gunakan pati jagung atau gabungkan dengan bahan-bahan seperti serbuk akar umbi, baking soda, atau tanah liat putih. Apabila ada keperluan yang sangat tinggi untuk mencuci rambut dengan cepat, cukup sikat dengan campuran ini.
Ambil pelapik kapas biasa dan koyakkannya pisahkan menjadi 2 keping. Lap bulu mata anda dengan lapisan maskara. Ambil sikat maskara, bungkus dengan pembalut di dalamnya dan sapukan pada bulu mata secara merata. Lapisi lapisan lain untuk menutup dan menyembunyikan kapas sepenuhnya.
Untuk mengatasi rambut kering dan kaku, ambil mayo secara berkala dan sapukan ke seluruh rambut anda. Biarkan selama kira-kira setengah jam. Basuh dengan syampu. Nah! Nikmati kesan sutera dan pelembapnya.
Selain menggunakan minyak wangi ke bahagian tubuh tertentu, sangat penting untuk menggunakannya tepat selepas mandi ketika kulit masih basah. Ia akan memanjangkan kesannya.
Selepas basuh muka, segera gunakan produk penjagaan kulit dan tidak perlu mengeringkannya. Dengan cara ini, liang pori lebih terbuka berbanding dengan kulit yang tidak basah.
Sapukan wasabi ke seluruh bibir dan biarkan selama 10 minit untuk membuatnya kelihatan lebih segar. Kurangkan masa penggunaan sekiranya menyakitkan bibir anda.
Tuangkan alkohol ke dalam bekas, campurkan ke dalam serbuk dengan sudu, hancurkan dan biarkan sehingga kering sepenuhnya. Potongan yang pecah akan kembali bersatu dan anda akan mendapat pembayang mata yang baru. Perkara yang sama boleh dilakukan dengan bronzer dan bedak muka.
(NOTA: Anda yang beragama islam, haruslah memadam solekan yang mengandungi alkohol sebelum solat)
Campurkan perapi rambut anda dengan air dalam nisbah 1: 1 dan isi botol semburan. Sekarang anda boleh menggunakan perapi tanpa mencuci rambut terlebih dahulu. Sisirkan rambut anda akan kelihatan rambut segar dan kemas.
Ambil 1 sudu besar kayu manis, 1 tin serbuk koko, pala, dan tepung. Campurkan semuanya hingga sebati. Sekiranya anda tidak menyukai warnanya, mainkan dengan bahagian sehingga anda mencapai nada yang dikehendaki. Tahniah! Anda baru sahaja mencipta bronzer mesra alam, sihat dan aromatik.
Adakah anda akan mencuba idea-idea ini? Adakah anda tahu bagaimana memperbaikinya? Walaubagaimanapun sekiranya anda mempunyai alergi kulit harus dapatkan nasihat pakar agar kulit tidak punyai kesan sampingan.
SUMBER: BRIGHTSIDE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Buat hijabi yang bekerja mahupun belajar, ada masanya kita hilang gaya idea tudung yang sesuai untuk kita pada hari itu. Lebih-lebih kalau kalau terlewat bangun gara-gara berjaga malam. Dan lebih parah pagi ini ada meeting penting yang harus dihadiri dan perlukan penampilan menarik. Usah panik, admin nak share satu tutorial ringkas yang mudah, pantas dan hasil menakjubkan. Cubalah!
2. Sesuaikan juga dengan baju yang senang untuk mix & match.
3. Pilih tutorial yang tidak guna banyak jarum atau kerongsang.
4. Lebih senang pilih sahaja tudung bawal yang senang untuk digayakan.
5. Pastikan pakai ‘inner neck’ dan boleh pilih selendang atau pashmina.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.