Nampak sweet sangat gaya hijab watak Putri drama Sweet Dreams lakonan Mira Filzah. Gaya #OOTD ‘Putri’ jadi ikutan ramai hijabi tanpa mengira usia. Mira Filzah dilihat sangat comel menggayakan #OOTD yang tampak simple dan kasual. Pendek kata memang nampak sweetlah sesiapa yang menggayakannya.
Melalui perkongsian di laman Instagramnya, Mira Filzah sempat berkongsi gaya hijab dan #OOTD beberapa orang hijabi.
Sebagai seorang wanita, pastinya anda memiliki pakaian atau hijab daripada fabrik yang lembut seperti kain berbulu, sutera, kapas dan nylon. Terdapat pelbagai jenis fabrik lembut di pasaran kerana setiap individu memiliki cita rasa yang berbeza.
Fabrik lembut ini perlu dijaga dengan rapi agar ia kekal lama dan tidak mudah rosak. Jadi, anda perlu tahu cara penjagaan yang tepat agar ia tahan lama. Nah, Hijabista kongsikan 6 tip penting yang boleh anda cuba.
Mencuci fabrik lembut dengan tangan dapat menjamin kebersihan serta menjaga kondisi fabrik tersebut. Jadi, sebaiknya anda cuci dengan tangan.
Sekiranya anda mencuci fabrik lembut seperti hijab menggunakan mesin basuh, gunakan laundry bag agar ia tidak mudah rosak. Pilih pusingan sederhana atau perlahan untuk cucian mesin.
Jangan sesekali menggunakan peluntur ketika mencuci fabrik lembut kerana ia hanya akan merosakkan fabrik tersebut.
Untuk menjaga kondisi fabrik lembut, pastikan anda menggunakan pencuci yang sesuai. Hijabista cadangkan anda gunakan pencuci TOP Lite kerana ia sesuai untuk cucian fabrik halus dan lembut. Malah, ia juga dapat memelihara kelembutan fabrik serta dapat menghilangkan kesan daki, peluh dan bau hapak dengan sepenuhnya. Mengapa TOP Lite berbeza dengan pencuci baju yang lain? Ini kerana TOP Lite dapat mencegah kepudaran pada fabrik dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan kecerahan warna fabrik. Pencuci TOP Lite lembut pada kulit dengan pH neutral dan ia juga berfungsi sebagai anti-bakteria.
Jangan keringkan fabrik lembut menggunakan mesin pengering kerana ia akan menghilangkan bentuk fabrik tersebut. Sebaiknya, gantung dan jemur ia di bawah matahari. Lebih mengujakan apabila pencuci TOP Lite akan mengekalkan keharuman pada fabrik. Sekiranya hujan, anda tidak perlu risau kerana TOP Lite sesuai untuk pengeringan di bawah kawasan yang teduh. Jadi, baju anda tidak akan berbau.
Seeloknya, jangan bilas pakaian anda dengan pelembut kerana pelembut tidak sama fungsinya dengan pencuci baju. Pakaian anda masih kotor dan pelembut tidak dapat menghilangkan kekotoran pada pakaian anda jika anda membilas pakaian menggunakan pelembut. Jika anda mencuci menggunakan TOP Lite, ia lembut pada tangan dan tidak akan membuatkan tangan anda menjadi lebih kasar.
**************
Sertai peraduan TOP Lite dan anda berpeluang menangi 30 Set TOP Lite bernilai RM200 setiap satu. Hanya klik link di bawah ini:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rekaan tudung yang pelbagai membuatkan hijabis semakin kreatif untuk berfesyen mengikut citarasa dan trend terkini tanpa melupakan syariah. Lain orang lain citarasanya, admin nak kongsi 4 Gaya Hijab Etnik Buat Hijabis Nampak Wow sepanjang hari.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mencuci pakaian pasti menjadi kebiasaan kaum wanita mahupun lelaki, apatah lagi dengan adanya teknologi terkini. Basuh sahaja di rumah atau dobi layan diri. Mudah bukan!
Kebiasaan apa yang sering dilakukan anda ketika mencuci, pasti menggunakan sabun yang boleh menghilangkan kotoran. Kebanyakan kita akan meletak sabun pencuci dalam jumlah yang banyak ketika membasuh pakaian dengan harapan akan memberi kesan bau lebih wangi dan bersih. Benarkan?
Patutlah sabun habis namun pakaian tidak bersih juga, siapa sangka cara ini rupanya salah. Pasti ramai yang tidak tahu mengenai perihal ini. Melalui perkongsian video ini menerusi tiktok, @norafs.co seorang pekerja dobi memberi tip membasuh menggunakan mesin basuh.
Apa yang dimaklumkan hijabi ini, bahawa jika sabun yang diletakkan terlampau banyak buih-buih itu akan memerangkap segala kotoran yang ada pada baju kotor tersebut. Baju kotor balik bila letak sabun banyak. Nak ke? Guna 1 penutup pun dah cukup. Nak baju wangi gunalah pewangi baju bukan sabun basuh baju.
Menarikknya lagi hasil dari buih sabun yang banyak juga akan merosakkan mesin. Haish! Beli sabun tak la mahal, kos baiki mesin basuh nanti lebih mahal. Kongsi pekerja dobi ini lagi.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Neuroplastisiti menerangkan bagaimana otak mampu berubah melalui tabiat seperti meditasi dan journaling. Ketahui fakta sebenar di sebalik trend 'reset otak' yang popular dalam kalangan Gen Z.