Dalam dunia fesyen, penampilan formal bukan sekadar pakaian yang kelihatan ‘kaku’ dan monoton. Pelbagai cara untuk menggabungkan elemen formal yang masih bergaya dan masih menunjukkan perwatakan peribadi.
Salah satu cara ialah memakai sut atau jaket yang digabungkan dengan aksesori atau perincian unik.
Selebriti Irish Bella, seorang selebriti yang terkenal dengan gaya fesyennya yang elegan sering tampil dengan sut atau jaket sebagai pilihan utama untuk acara rasmi, baik untuk kerja mahupun acara penting.
Sut, atau jaket yang sering dianggap sebagai pakaian formal, boleh digabungkan dengan pelbagai gaya yang fleksibel. Irish Bella membuktikan sut atau jaket boleh menjadi pilihan tepat untuk pelbagai majlis rasmi, asalkan tahu cara memadankannya dengan betul.
Daripada warna neutral sehingga ke aksesori yang menambah kesan bergaya, Irish menunjukkan cara untuk kelihatan sempurna dengan gaya formal.
Dia bukan sahaja tampil dengan pilihan warna neutral, Irish juga berjaya mencipta rupa formal yang berani dengan sentuhan warna terang dan aksesori bergaya.
Ads
Berikut beberapa penampilan Irish Bella dengan sut yang boleh ditiru untuk penampilan formal yang bergaya.
Jaket Putih & Tudung Merah Jambu
Irish Bella menggabungkan jaket putih dengan seluar putih. Penampilannya tambah bergaya dengan tudung segi empat tepat merah jambu yang menjadi titik terang dalam outfit ini.
Jaket putih yang dipakai memberi kesan bersih dan elegan, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk acara rasmi.
Ads
Campuran Warna Warni
Untuk penampilan lebih cerah, Irish memilih jaket ungu yang digabungkan dengan tudung segi empat sama warna. campuran ungu, coklat muda dan krim memberikan kesan segar tetapi masih formal.
Beg berjenama mewah dipegangnya menambah sentuhan moden pada outfit ini, menjadikannya pilihan tepat untuk acara formal yang lebih kasual tetapi tetap bergaya.
Cuff Kuning Gelap
Irish turut memilih warna terang dan gelap yang digabungkan bersama jaket warna coklat serta kulot coklat muda.
Gaya ini memberikan kesan bersih dan moden, sesuai untuk majlis formal yang mengutamakan kesederhanaan tetapi tetap bergaya.
Serba Coklat Dengan Sentuhan Elegan
Irish tampil serba coklat dalam jaket coklat gelap digabungkan dengan skirt berlipat hitam dan but hitam. Beg coklat berjenama menambah kesan elegan pada penampilannya. Untuk melengkapkan penampilan ini, Irish memakai topi yang memberikan sentuhan bergaya pada pakaian formalnya.
Hari lebaran tinggal beberapa hari sahaja lagi. Bagi mereka yang belum membeli baju raya atau mungkin masih tercari-cari baju raya yang sesuai, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Usah sekadar membeli baju raya kerana terpikat dengan fesyen baju tersebut. Ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian.
Perunding imej ini, Azie Sam berkongsi tip pemilihan baju raya dalam suasana kita menyambut hari raya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
TIP PEMILIHAN PAKAIAN RAYA UNTUK HIJABI DI RUMAH.
Selain untuk nampak cantik semasa hari raya, jangan lupa kekalkan praktikaliti dalam pemilihan baju raya anda lagi-lagi beraya di musim PKP ini. Banyak masa kita habiskan di rumah jadi tentulah kita perlu pakai baju yang selesa.
FABRIK YANG SELESA
Ini sangat penting kerana pemilihan fabrik menentukan keseluruhan keselesaan pemakaian anda. Pilih jenis fabrik yang ringan, serap peluh dan tidak panas seperti chiffon, cotton atau lycra. Elakkan fabrik jenis songket dan polyester.
PERINCIAN YANG SEDERHANA
Sedia maklum jika sebut tentang baju raya, ada yang membayangkan pakaian yang glamor penuh dengan labuci atau manik. Apa kata tukar pemikiran tersebut dengan ‘less is more’ kerana apabila di rumah ianya tidak sesuai untuk aktiviti banyak pergerakan dan agak mengganggu produktiviti kita di pagi raya. Kekalkan 1 titik fokus (focal point) dalam pemakaian anda cukup membuatkan diri anda tampak elegan dan eksklusif.
POTONGAN REKABENTUK
Elakkan pemilihan pakaian yang rekabentuknya agak meleret seperti di kain mahupun lengan baju. Ini membuatkan anda susah untuk berjalan atau melakukan kerja kerja penyediaan makanan di pagi raya. Silap silap lengan baju kena kuah rendang.
KEKALKAN CIRI MUSLIMAH
Fabrik yang jarang mahupun potongan pakaian yang terlalu ketat hanya membuatkan anda nampak jangkal apabila dikenakan dengan hijab. Sebaiknya pilih fabrik yang selesa dan potongan mengikut kesesuaian dengan tubuh anda.
WARNA TIDAK MELEBIHI TIGA
Kekalkan prinsip Pemakaian warna bahawa maksimum pemilihan hanya 3 warna sahaja. Baju raya bukan alasan untuk kita berfesyen seperti ‘runway’ Dengan pemilihan kurang dari tiga warna, anda akan kelihatan lebih manis, anggun, dan elegan.
Tips pemakaian raya yang praktikaliti untuk hijabi di rumah ini boleh juga di bawa ke pejabat kerana ia mengekalkan ciri ciri pemakaian yang profesional dan sesuai untuk melakukan kerja kerja pejabat. Tidak keterlaluan selain ianya selesa dipakai sepanjang hari.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kebiasaannya kalau salah seorang sudah menceburkan diri dalam industri seni dan berjaya, pasti akan diikuti adik-beradik yang lain. Malah populariti mereka akan menjadi lebih berganda sekiranya adik beradik yang tampil ini semuanya cantik, bijak dan pandai bergaya. Seperti pakej lengkap dalam mewarnai industri ini dengan kehadiran mereka. Malah ada antara mereka ini yang mendapat carian tertinggi di ‘GOOGLE’ setiap masa.
Di Malaysia sahaja, ramai geng adik beradik yang mewarnai indusri ini antaranya keluarga Che Ta, Nelydia Senrose dan juga Neelofa. Lebih bagus lagi keluarga mereka ini bersatu dan mengembangkan perniagaan kerana peluang yang ada tidak dilepaskan begitu sahaja.
Maklumlah masing-masing mempunyai follower tersendiri dan mudah untuk memasarkan produk yang diusahakan. Malah kehadiran anak-anak mereka juga baik selebriti menjadi satu kelebihan buat personaliti masing-masing.
Namun begitu, jika ada kontroversi yang tidak baik membabitkan salah seorang daripada mereka, yang lain juga akan terpalit sama. Dan kebiasaannya, dia tak akan keseorangan kerana adik beradik yang lain akan menyokong atau ‘back up’ dengan baik. Kata orang susah senang bersama kerana darah yang mengalir adalah darah yang sama dan hubungan ibarat air di cincang takkan putus.
Dalam hal ini, ada juga di kalangan netizen yang gemar mencari kesalahan artis yang tak disukai dan bagusnya juga ada di antara mereka yang akan ‘back up’ baik punya personaliti kesayangan mereka. Oleh sebab itu masing-masing ada kelab peminat yang akan beri sokongan dalam apa juga aktiviti membabitkan artis pujaan mereka.
Ayuh, kita lihat siapa adik beradik yang mencipta nama sekaligus melonjak populariti fugura masing-masing. Ada antaranya yang masih aktif dan ada juga yang guna cara tersendiri untuk merapatkand diri dengan peminat mereka.
Siapa tak kenal adik-beradik Che Ta. Masing-masing punya penampilan yang cukup glamour. Lihat sahaja jika majlis hari raya atau sambutan hari jadi, pasti keluarga mereka akan pakai sedondon. Peminat juga suka melihat gaya adik beradik ini yang sangat mewah dengan busana bertukar-tukar setiap kali pergi bercuti atau sambutan raya.
Adik beradi Senrose ini juga begitu dikenali dengan lakonan drama demi drama mereka. Kadang-kadang seperti sukar untuk membezakan yang mana satu Nelydia dan Uqasha kerana masing-masing seperti kembar. Seorang lagi yang kian meniti populariti adalah Raysa Rizrose yang juga merupakan Dewi Remaja 2014/2015.
Admin memang suka melihat keluarga seni Maembong ini. Masing-masing ada cara tersendiri untuk popular. Hubungan adik-beradik ini juga cukup rapat malah ada turut disatukan dalam rancangan The House musim pertama membabitkan, Emma, Chaca dan Yaya Maembong. Gaya mereka tidak dibuat-buat dan seronok melihat telatah anak-anak pelukis terkenal Ismail Embong. Bakat bapanya sebagai pelukis terserlah pada Emma yang turut melakar lukisan bagi hijabnya yang direka khas, ‘My Sketchbook Shawl’.
Elfira Loy dan adik-beradiknya juga turut mewarnai dunia seni. Mereka ini sudah berlakon sejak kecil lagi dan begitu menjiwai watak yang diberikan. Menjadikan ibu mereka, Filzah Yusoff sebagai ‘Manager’, segala urusan terutama Elfira terletak pada bahu ibunya. Selain Elfira, dua adiknya yang aktif berlakon adalah Esliza dan Ahmad Ezzrin Loy.
Ini satu lagi keluarga seni yang sangat berbakat. Daripada emak hinggalah pada anak-anaknya. Semuanya memiliki bidang yang tersendiri selain berlakon dan juga mengacara serta penyampai radio. Lihat sahaja Sharifah Amani yang sudah memenangi beberapa anugerah termasuk Pelakon Wanita Terbaik. Walaupun jarang bertemu kerana urusan masing-masing, tetapi jika ada kesempatan pasti akan berkumpul di rumah ibu mereka, Fatimah Abu Bakar.
Ini juga antara adik-beradik yang popular dan sudah lama menghiasi persada seni tanah air. Gelagat –gila-gila mereka berdua ini seakan sama walaupun Sheera yang terlebih dahulu dikenali. Seorang lagi kakak mereka, Sharifah Haslinda juga antara pelakon yang popular di zaman 90-an. Masih lagi diminati lakonan mereka terutama Sharifah Sakinah yang aktif berlakon, sementara Sheera pula senang bertugas sebagai pengacara.
Gandingan adik beradik ini antara yang terbaru mewarnai industri seni. Masing-masing mempunyai bakat yang tersendiri. Jika Amira yang sebelum ini muncul dalam program Akademi Fantasia kembali popular melalui lagu Jaga-jaga dan Hati-hati untuk runut bunyi sebuah drama. Adiknya pula Irfan Harris pula, bakatnya dicungkil menerusi program realiti Idola Kecil 4 (2011) dan Ceria Popstar (2016). Dia juga merupakan pelantun lagu Redha dimainkan dalam drama Suri Hati Mr. Pilot merupakan adik kepada penyanyi, pelakon dan pengacara berbakat ini.
Ini pula antara duo adik-beradik cukup versatil dan berada dalam kelas tersendiri. Tiada siapa mampu menidakkan kehebatan penyanyi kesayangan ramai ini, baik Anuar Zain dan juga kakaknya Ziana Zain. Persamaan antara mereka, kedua-duanya pernah bekerja sebagai pramugari/pramugara dengan Syarikat Penerbangan Malaysia Airline (MAS).
Siapa sahaja yang tidak meminati bakat nyanyian yang ada dalam diri Ella. Penyanyi bersuara serak ini sudah lama popular sekitar tahun 90-an lagi. Suaranya cukup unik dan hingga kini terus memacu kejayaan. Bukan dia sahaja yang dikenali tetapi juga kakaknya, Jojie yang merupakan ‘Manager’ Ella. Seorang lagi kakak mereka Saidatulnisa Aminuddin walaupun berlainan bidang dengan menjadi jurusolek. Beliau jadi viral baru-baru ini kerana insan yang bertanggungjawab menyolekkan Tunku Tun Aminah di majlis perkahwinannya.
Yang ini kita boleh panggil keluarga usahawan yang bukan sahaja cantik, bijak dan juga popular. Baik perkembangan atau penampilan Neelofa, kakaknya Noor Nabila dan juga adiknya Ameera Khan sering menjadi perhatian netizen. Terbaru isu Neelofa dikatakan memakai seluar koyak lulut ketika bercuti. Sebagai kakak, Nabila membalas setiap kecaman netizen dan memberitahu hal sebenar kepada ‘follower’ mereka. Walau apa jua kontroversi, keluarga ini mempunyai cabang binses yang bagus kerana setiap helaian tudung Naelofar Hijab yang dipasarkan pasti akan ‘sold out’.
Walaupun sudah masuk minggu kedua kita menyambut Ramadan, namun pasti anda masih lagi kusut untuk mencari padanan hijab dan baju raya. Jika tidak tahu fesyen apa untuk digayakan, apa kata anda mix and match warna hijab yang ada kerana dengan sedikit sentuhan mampu menampilkan gaya lebih menawan.
Jika tidakpun sesuaian baju dengan warna hijab bersesuaian supaya tidak kelihatan sama dengan yang digayakan sebelum ini. Anda hanya perlu berani bermain dengan padanan warna dan mempunyai keyakinan diri. Mungkin panduan ini dapat membantu anda mencari suai padan yang sesuai.
Jika anda tidak berani bermain dengan warna, mulakan padanan warna yang lembut dan polos dan mungkin boleh sesuaikan dengan aksesori yang bercorak untuk tambah sedikit wow!
Mira Filzah bijak dalam memilih warna pastel menghadiri majlis berbuka puasa, tampak berseri dengan warna lembut. Hanya menggunakan warna polos dan sentuhan sulaman bunga-bunga kecil yang menghiasi busana dari MIMPIKITA molek untuk mereka yang ingin kelihatan ayu di hari lebaran. Anda perlu tambahkan set tas tangan dan aksesori warna natural atau lebih kontra.
Warna yang jarang orang gayakan apatah lagi warna hijab berwarna terang. Pilihan warna kuning sering disarung oleh wanita yang mempunyai warna kulit putih gebu, tetapi pasti anda salah tanggapan. Warna ini juga lebih terserlah untuk wanita yang bekulit sawo matang.
Terdapat pelbagai pilihan warna kuning, mungkin warna yang anda pilih boleh jadi buat anda trauma untuk menyarungkan hijab berwarna kuning. Nah koleksi hijab terbaharu dari dUCk ini mungkin menjadi warna kegemaran anda selepas ini. Bermain dengan cetakan anyaman, koleksi ikatan ini bermain dengan padanan warna yang tidak nampak warna kuning terlalu menonjol. Sesuai digayakan untuk ana yang berkulit cerah dan sawo matang.
Tidak akan ada istilah bosan jika anda pandai tambah sedikit warna dalam keluarga warna kuning. Tambah satu warna dan helaian cetakan dalam busana.
Yessss! Warna kegembiraan seorang wanita, untuk mereka menyarungkan baju raya berwarna ini menyuntik keayuaan, kejelitaan dan juga kelembutan walaupun anda mempunyai sifat yang bertentangan.
Nah lihat sahaja busana Khoon Hooi Yang disarungkan oleh Nabila Razali, nampak elegan dan serba moden. Tambah wow lagi, Nabila mengayakan dengan tambahan aksesori tali pinggang berwarna lebih terang sedikit tampak ilusi bentuk pinggang si pemakai.
Lavender warna pilihan 2023, lagi satu pilihan warna yang nampak sisi kewanitan anda. Warna ungu menarik pandangan ramai tetapi adakalanya anda akan nampak lebih garang dengan warna ini jika terlebih gaya. Contohnya jika anda memadankan warna ungu garang cuba padankan warna lebih lembut pada hijab.
Digital lavender warna jubah yang digayakan Uyaina Arshad ini sesuai digayakan tahun 2023, kilauan warna ini memberi ilusi tinggi lampai pada si pemakai. Menariknya lagi padanan seluar palazo bercetak abstrak memberi kelainan dalam pengayaan. Oh ya, jangan lupa warna hijab boleh disuakan dengan warna ungu terang atau pun gelap sedikit.
Pilihan warna seti warna si dia, atau encik suami yang dikatakan mudah dipadankan bersama. Namun bukan semua wanita menyukainya. Tak perlu ada persengketaan memilih warna dengan pasangan, mungkin tahun ini tiba giliran si dia untuk memilih warna. Warna biru yang cukup universal ini boleh dilembutkan gaya dengan pilihan hijab yang lebih terang atau bercetak.
Nampak wajah terpaksa redha dengan pilihan suami, tetapi sebenarnya Syatila Melvin bijak mengayakannya. Suai padan arbaya warna biru gelap dengan hijab bercetak ternyata Syatila lebih berseri dari biasa.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di