Larian awam akan mencabar peminat larian untuk melanggar had dan berusaha untuk pergi dari ‘Zero to Hero’
Garmin Malaysia mengumumkan Garmin Run Asia Series 2023 yang ditunggu-tunggu yang akan dibuka kepada orang ramai pada bulan Oktober . Bertemakan ‘Zero to Hero’, larian ini bertujuan untuk membawa peserta pada larian terbaik dalam hidup, dengan mencabar had mereka dan memberi inspirasi kepada mereka untuk memecahkan rekod peribadi.
Kini dalam tahun kedua, Garmin Run Asia Series 2023 akan diadakan pada 22 Oktober 2023 di Dataran Putrajaya. Kategori perlumbaan ialah 5km, 10km dan 21km dan akan bermula pada jam 4 pagi.
“Kami teruja untuk memulakan satu lagi tahun Garmin Run Asia Series di Malaysia kerana kami percaya terdapat minat yang semakin meningkat untuk sukan ini dalam kalangan rakyat Malaysia. Matlamat kami adalah untuk menggalakkan lebih ramai individu mengawal kesihatan mereka dan beraksi lebih baik dengan setiap larian, justeru kami berharap dapat melihat lebih ramai pelari mendorong diri mereka tidak kira peringkat perjalanan larian mereka,” kongsi En. Scoppen Lin, Penolong Pengurus Besar, Garmin Asia.
Aktiviti sihat bersama keluarga
Ads
Siri Garmin Run Asia 2023 akan dibuka untuk pendaftaran mulai hari ini, menariknya larian ini anda boleh sertia bersama keluarga dan kepada pemohon berumur 5 tahun ke atas bagi kategori 5km, 13 tahun ke atas bagi kategori 10km dan 18 tahun ke atas bagi kategori 21km. Peserta di bawah 17 tahun mesti ditemani oleh seorang dewasa berumur 18 tahun ke atas. Yuran pendaftaran akan bermula dari RM 50 untuk kategori 5km.
Ads
Kejuruteraan di dalam untuk kehidupan di luar, produk Garmin telah merevolusikan kehidupan untuk pelari, penunggang basikal, perenang dan atlet dari semua peringkat dan kebolehan. Komited untuk membangunkan teknologi yang membantu orang ramai kekal aktif dan meningkatkan prestasi, Garmin percaya setiap hari adalah peluang untuk berinovasi dan peluang untuk mengalahkan semalam. Untuk maklumat lanjut, lawati bilik laman rasmi Garmin Malaysia.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Orangnya cantik menawan, kenali Maya Sidek seorang juruteknik NDT hijabi paling berani tukar lampu spotlight KLCC!
Jika dilihat sekali imbas, gaya dan perwatakan hijabi ini sama seperti wanita lain. Namun di sebaliknya, beliau adalah seorang wanita dengan keberanian luar biasa.
Berani dan profesional, aksi Normalia Sidek atau Maya bertugas di puncak KLCC sampai sekarang masih diperkatakan.
Keberanian wanita itu turut dipuji oleh mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah video khas sempena ulang tahun ke-25 menara berkenaan.
Berusia 32 tahun, wanita asal Negeri Sembilan ini bertugas sebagai Rope Access technician dan terkini Non-Destructive Testing (NDT) technician secara freelancer sejak 2018.
Selama tujuh tahun dalam industri ini, Maya juga pernah bekerja di Dubai Dry Docks selama 2 bulan sebagai NDT Technician Pipeline.
Tidak ramai yang berpeluang menakluk puncak KLCC. Justeru, tugasnya menukar lampu pada mercu kedua tertinggi di Malaysia itu juga menjadi kebanggaan beliau.
Namun selama bertugas, keberanian Maya mula meraih perhatian selepas tular video ini. Jom saksikan aksi Maya in action…
Dalam video memaparkan Maya bertugas di puncak bangunan Menara Berkembar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) setinggi 88 tingkat itu, keberaniannya menukar lampu spotlight di sana meraih perhatian dunia.
“Saya gembira menerima tawaran ini, malah terpilih untuk menjalankan tugas untuk menukar lampu spotlight di KLCC.
Bangunan ini berada dalam bucket list saya sejak bekerja dalam bidang Rope Access NDT. Saya juga membesar dengan melihat bangunan ikonik KLCC.
Saya duduk di atas sana (sekejap) rasa seperti healing. Pemandangan dari atas sangat cantik, jelas keindahan dunia di bumi ini,” ujarnya.
Ditanya bangunan impian lain yang teringin ditawan, dengan tenang Maya menjawab ‘KL Tower’.
Dalam pada itu, Maya juga berkongsi menjalankan tugas pada aras tinggi bukan mudah dan berisiko tinggi.
Kekuatan mental dan fizikal perlu dipersiap demi kelancaran tugas di samping perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan biarpun sudah dilengkapi alat keselamatan.
KELUARGA
Orangnya cantik menawan, Maya Sidek yang merupakan seorang juruteknik NDT hijabi yang berani menukar lampu spotlight KLCC juga sebenarnya seorang isteri dan ibu.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini juga berkahwin dengan pasangan yang bekerja dalam industri yang sama.
“Tak ada masalah untuk bekerja kerana dia memahami kerja-kerja saya. Cuma selalu suami nasihat supaya lebih berhati-hati sebab kita ada anak di rumah yang menunggu,” kongsinya.
Semoga keberanian dan kecekalan Maya menjadi inspirasi wanita lain.
Peranti pintar ini menjadi sebahagian gaya sihat hijabi mejalanani gaya hidup yang sihat. Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk? Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.
Garmin Venu Sq 2 dan Venu Sq 2 – Edisi Muzik, jam tangan pintar GPS mampu milik yang menampilkan paparan skrin sentuh AMOLED baharu, 25+ aplikasi sukan terbina dalam dan hayat bateri sehingga 12 hari untuk melakukan semuanya.
Tambahan pula, metrik kesihatan popular Garmin berfungsi 24/7 dalam satu caj untuk memberikan pengguna gambaran lengkap tentang Bateri Badan™, skor tidur, tekanan dan tahap aktiviti anda.
Kadar jantung berasaskan pergelangan tangan : Jejaki kadar denyutan jantung anda dan terima makluman kadar denyutan jantung yang tidak normal (tinggi/rendah) apabila badan sedang berehat.
Pemantauan tenaga Bateri Badan: Lihat tahap tenaga semasa untuk mencari masa terbaik untuk aktiviti dan berehat.
Pemantauan tidur dan skor tidur: Penilaian menyeluruh tidur daripada berbilang penderia. Terima skor diperibadikan untuk tidur malam sebelumnya dan lihat pelbagai peringkat tidur, serta data kadar denyutan jantung, tekanan, Pulse Ox dan pernafasan, setiap pagi.
Penjejakan tekanan: Dapatkan cerapan tentang bagaimana hari anda dan terima peringatan yang santai apabila tekanan dikesan. Dengan menjejaki pernafasan, kadar denyutan jantung purata, tahap tekanan, aktiviti pernafasan terbina dalam boleh digunakan untuk menggalakkan pernafasan yang penuh perhatian.
Penjejakan kesihatan wanita: Gunakan aplikasi telefon pintar Garmin Connect™ untuk menjejaki kitaran haid atau kehamilan. Jejaki simptom anda, dapatkan pendidikan senaman dan pemakanan dan banyak lagi. Aplikasi Penjejakan Kesihatan Wanita membolehkan anda melihat dan merekod maklumat terus dari pergelangan tangan.
Gambar Kesihatan: Log sesi 2 minit untuk merekodkan metrik utama seperti kadar denyutan jantung, kebolehubahan kadar denyutan jantung, Pulse Ox, pernafasan dan tekanan. Laporan dengan statistik tersebut boleh diakses pada jam tangan atau dalam apl Garmin Connect.
“Tidak kira apa pun hari anda, siri Venu Sq 2 direka untuk mengikuti gaya hidup anda,” kata En. Scoppen Lin, Penolong Pengurus Besar, Garmin Asia. “Dilengkapi dengan ciri kesihatan dan kesejahteraan yang popular, pemberitahuan pintar dan hayat bateri yang mengagumkan. Semuanya pada harga yang berpatutan siri Venu Sq 2 menjadikannya mudah untuk sentiasa memantau kesihatan anda sepanjang hari.”
Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan dan bagaimana Garmin siri Venu Sq 2 dapat mengurus gaya hidup sihat hijabi. Mudah sahaja dengan peranti ini hijabi dapat mengurus masa dengan tepat.
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. Set alarm dengan menggunakan Garmin Venu sebagai di setiap denyut bermakna anda sudah bersedia untuk bangun di subuh hari.
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
Bagi hijabi juga boleh mengikuti cara hidup ini dengan merapi kuku supaya tidak kelihatan Panjang dan menyusahkan aktiviti harian. Kuman yang terselit di kuku mengundang penyakit dan virus kelak.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Peranti khas di dalam Garmin Venu dapat mengawal kadar air yang anda minum dalam sehari. Rakam sukatan air untuk memberi panduan bahawa badan kita memerlukan berapa liter air dalam badan. Bijak bukan!
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
Usah runsing dengan adanya peranti bijak ini dapat menolong anda memantau setiap aktiviti sukan mahupun kiraan langkah sehari anda berjalan. Untuk setiap aktiviti riadah yang anda lakukan semuanya boleh dirakam di dalam jam pintar ini mahupun menerusi applikasi connect di dalam telefon.
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untukmenahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selepas video pendek bersama ayah tersayang menjadi viral, Cik Manggis dari kumpulan De Fam sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila dia memuat naik videonya bermain kasut roda empat tayar yang kelihatan begitu lincah dan lasak!
Menerusi laman Instagramnya, Cik Manggis atau Nurshazwani Shamsuddin kelihatan begitu aktif bermain kerusi roda empat tayar sehingga terjatuh! Gayanya yang santai sambil memakai hijab berjaya mencuri tumpuan netizen sehingga ramai yang teruja melihat kelincahannya dalam video tersebut.
Setting goals beyond my reach so I always have something to live for.
(Menetapkan matlamat lebih dari apa yang dicapai menjadikan saya sentiasa mempunyai objektif untuk hidup)
Biarpun ramai yang risau dengan Cik Manggis apabila terjatuh, namun dia masih lagi tersenyum lebar dan tidak berhenti untuk berlatih menggunakan kasut roda empat tayar yang dipakainya itu. Rata-rata peminatnya serta rakan selebriti turut memenuhi ruangan komen hantaran itu dengan reaksi yang penuh dengan keterujaan.
Baru-baru ini juga, Cik Manggis menjadi viral apabila memuat naik video bersama bapanya yang kelihatan segak bergaya memakai kain pelikat sambil memetik gitar! Video yang mendapat tontonan mencecah 129 ribu itu juga turut berjaya mencuri hati netizen.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Alat solek mesra wuduk sering dipromosikan sebagai selamat untuk ibadah. Namun, adakah ia benar-benar membolehkan air sampai ke kulit? Ketahui penjelasan sebenar di sini.