Baru-baru ini tular mengenai seorang individu yang ingin mencarikan jodoh buat teman baiknya di Twitter.
Menariknya, mana-mana jejaka yang berminat untuk berkenalan perlulah berkongsi maklumat diri di borang Google. Wah, dah macam minta kerja dah!
Assalamualaikum! My bestie is looking for someone yg serious (ready to settle down). If Allah izinkan, by this year. But if next year pun okay (that’s what she said). If berminat boleh isi form ni https://t.co/LePcW3at19 . Please,no DM. Thank you @TwtJodohMY ! pic.twitter.com/ubJdbXTPUU
Tanpa disangka, sambutan yang diterima amatlah menggalakkan iaitu mencecah dua ribu permohonan sehingga si empunya badan, Syafiqah Ghazali terpaksa menutup borang permohanan tersebut.
Menurutnya, dia mengakui ciapan rakannya di Twitter itu adalah benar dan dia akan mengambil masa bagi melihat dengan teliti satu per satu borang yang telah diisi oleh calon-calon yang berkenaan. Bukan senang tau!
Ads
“Tak sangka sampai macam ni. Mungkin sampai dua ribu permohonan dan mungkin akan ambil masa lebih dua minggu untuk melihat satu per satu. Hari biasa memang sibuk dengan kerja. Harap anda semua faham.”
Ads
Ujar Syafiqah, dia turut memohon maaf kerana terpaksa menutup permohonan disebabkan terlalu banyak permohonan yang diterima. Dia juga meminta maaf kerana tidak dapat memberi respons kepada semua yang cuba menghubunginya dan berharap agar masing-masing dapat bertemu jodoh yang terbaik dari Allah.
“Berikan saya sedikit ruang dan terima kasih buat semua yang mendoakan. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.”
Ads
Moga saudari Syafiqah bertemu dengan jodoh yang terbaik buat dirinya. Buat yang masih sendiri, jangan mengalah. Teruskan usaha anda untuk mencari pasangan yang diharapkan. InsyaAllah, niat yang baik pasti akan dipermudahkan.
Memang menjadi tabiat kebanyakan wanita untuk sentiasa melihat cermin kan? Boleh dikatakan cermin dan wanita tak boleh dipisahkan apatah lagi jika cermin itu mempunyai pencahayaan yang sempurna. Sebenarnya, kita sendiri boleh buat vanity mirror dengan bajet yang murah sahaja!
Di twitter, @hannabunnyb telah berkongsikan cara yang mudah untuk buat sendiri cermin ini dengan kos bawah RM60 sahaja. Tak perlu ada kemahiran pun untuk melakukannya.
Bermula daripada permainan video, karakter animasi Sonic terus setia mendapat tempat dalam hati peminatnya yang tersendiri. Kini tampil dengan sekuel filem Sonic The Hedgehog 2, filem ini ternyata tidak akan mengecewakan mereka yang menontonnya.
Sekuel ini mengisahkan tentang Sonic, si landak biru yang tidak sabar-sabar untuk membuktikan pada dunia yang dia mempunyai apa yang diperlukan untuk menjadi wira sejati.
Namun, ujian dan cabarannya datang apabila Dr. Robotnik kembali, kali ini dengan rakan kongsi baharu iaitu Knuckles bagi mencari batu zamrud yang mempunyai kuasa untuk memusnahkan tamadun menguasai dunia.
Dengan kehadiran rakan baharu iaitu Tails, mereka telah bekerjasama bagi memulakan perjalanan menjelajah dunia untuk mencari batu zamrud tersebut sebelum jatuh ke tangan yang salah.
Berdurasi selama dua jam dua minit, filem arahan Jeff Fowler ini boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak.
Penuh dengan aksi dan babak lucu, lakonan mantap Jim Carrey sebagai Dr. Robotnik semestinya akan membuatkan ramai yang berasa geram dengannya dek kerana karakternya yang jahat, gila dan ‘sengal’!
Beliau juga memberi bayangan akan bersara selepas ini dan Sonic The Hedgehog 2 ini mungkin menjadi filem terakhir lakonannya. Hmm, sedihlah macam ni!
Apa-apa pun, anda pastinya akan terhibur dengan filem aksi komedi ini. Sesuai untuk tontonan seisi keluarga, nantikan filem lakonan James Marsden, Ben Schwartz, Idris Elba dan ramai lagi pelakon hebat di pawagam seluruh negara bermula 21 April ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berita cukup menyayat hati apabila mayat adik Adam Rayqal berusia 5 bulan yang dilaporkan hilang di rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda Cheras dijumpati mati dalam sebuah peti sejuk. Namun sebagai hamba-Nya kita perlu reda dengan setiap kejadian itu. Seperti yang dipesan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri melalui sepotong hadis menyampaikan kata-kata semangat buat dua iba bapa kanak-kanak malang ini. Beliau juga turut berpesan semoga keduanya tabah menghadapi ujian dan ditempatkan anak kecil ini dalam syurga.
Mufti Wilayah Persekutuan itu menulis posting ini dalam laman sosialnya di Instagram. Sedikit sebanyak kata-kata nasihat ini memberi kelegaan kepada kedua ibu bapa mangsa.
KEPADA IBU & AYAH ADAM RAYQAL
Mendengar khabar yang amat mendukacitakan hati ini. Kami sampaikan hadis ini kepada kedua ibu bapa Adam Rayqal. Semoga keduanya sabar dan tabah menghadapi ujian ini dan ditempatkan anak kecil ini di dalam syurga Allah SWT bersama-sama dengan mereka yang beruntung di sisi-Nya.
Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah RA: “Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah SAW yang akan melegakan diri kami atas kematian dua anak kami?”
Abu Hurairah menjawab: “Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga.” (Riwayat Muslim, no: 2635)
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan
Posting terbaru Mufti Wilayah berkenaan isu ini juga turut mendapat respon daripada netizen. Rata-rata bersimpati dengan keluarga ini dan turut mendoakan adik Adam Rayqal ditempatkan di Syurga.
@alin_nakim Indah sungguh hadis ni..semoga ianya meredakan keperitan rindu ibu bapa arwah adam…bertabahlah sesungguh hikmah Allah itu amat hebat. Allahuakbar
@asmawati590 Suka akan hadis yg didgr..tp xsgp bygkn mcmn saat baby itu mengis kesakitan
@kierrakalel1 Mmg beruntung kedua ibu bapa arwah, anak dh tentu ke Syurga dn menunggu di syurga, tp perasaan rindu gelak tawa tu Allah shj yg tahu. . Semoga Allah beri kekuatan buat kedua ibu ayah dn keluarga. .
@hasni_ariffin Allahuakbar… insyaallah. Semoga kedua ayahbonda baby Adam tabah dan kuat menghadapi dugaan besar Allah
@wan.shaima MasyaAllah! Hebat ganjaran Allah swt bt ibu bapa Adam..semoga kuat dan tabah
@nazirahsuhairi86 Semoga ibubapa kepada anak syurga ini sabar hadapi ujian ini..amin
@cikmanik Semoga kedua ibubapa ku jg dianugerahkan syurha atas kematian 2 anak lelakinya.
Alat solek mesra wuduk sering dipromosikan sebagai selamat untuk ibadah. Namun, adakah ia benar-benar membolehkan air sampai ke kulit? Ketahui penjelasan sebenar di sini.