Bercuti sememangnya suatu aktiviti yang menyeronokkan. Apatah lagi jika bercuti bersama keluarga dan juga teman-teman. wah, syoknya!
Dalam pada waktu merancang percutian, kadang kala kita rasa buntu juga apabila harga tiket penerbangan tidak seperti yang kita harapkan. Macam mana sebenarnya nak cari yang murah ni?
Ads
Usah buntu sis! Kalau anda nak berjimat, apa kata ikuti cara yang dikongsi oleh Aina Nadirah ini. Mendapat ribuan retweet, ternyata cara ini boleh membantu anda semua tau.
Pelakon cantik Ardell Aryana kini dikhabarkan sedang menghidap kanser peringkat ketiga. Desas-desus itu timbul selepas rakan baiknya yang juga seorang pelakon, Nadzmi Adhwa memuat naik gambar bersama Ardell beserta kapsyen untuk Ardell supaya tabah dan tidak mengalah apabila melakukan ‘terapi’ nanti.
“Kau lebih kuat daripada apa yang disangkakan. Setiap pertarungan, luka dan parut yang kau lalui itulah telah menjadikan diri kau hari ini. Jadi laluilah segalanya dengan tenang dan yakin. Tuhan takkan membebanimu dengan sesuatu yang kau tak mampu hadapi.”
“Bagaimana kau boleh hilang harapan sedangkan Tuhan yang merencanakan hidup kau? Dia yang memudahkan segala masalah, menghilangkan kesakitan yang kau hadapi dan menyembuhkan kau kembali. Asalkan kau percaya kepada Dia dan segalanya pasti akan selesai.”
‘‘Tiada apa dalam hidupmu ini satu kebetulan. Semuanya telah dirancang dengan indah oleh Tuhan. Setiap kegagalan, pintu yang tertutup, semua kejayaan dan setiap kekecewaan telah menjadikan diri kau yang hari ini. Terima kasih Ya Allah!”
“Semalam kau dalam lindungan Allah. Hari ini Dia menjagamu. Jangan risau mengenai hari esok, Allah sentiasa ada untukmu.”
“Perkara yang tidak adil mungkin terjadi kepada kau dan kau merasakan kesakitan yang sangat pedih. Tetapi ingat, Tuhan sedang menjadikan kau seorang yang lebih kuat.
Jika kau mahu tahu kekuatan jiwa kau, lihatlah betapa sabarnya kau sekarang, macam mana bersedianya kau menerima takdirNya. Jangan jatuh bila kau sedang lemah!
Risaukan mengenai masa hadapan tidak akan merubah takdirmu. Teruskan hidup. Percaya sepenuh hati pada Yang Maha Kuasa kerana Dia mahukan yang terbaik untukmu. Kalau turut ketidak adilan yang jadi pada diri kita memang sedih tetapi apa yang tertulis itu adalah yang terbaik.”
SubhanaAllah. Kuatnya Ardell ini. Walaupun kita tidak tahu keadaan sebenarnya, namun Hijabista sentiasa mendoakan yang terbaik buat gadis comel ini. Sesungguhnya setiap dari kita menghadapi pertarungan yang berbeza dalam hidup ini.
Sememangnya semangat Ardell menjadi contoh buat insan-insan lain. Kami doakan semoga Ardell terus tabah dalam hidupnya dan sentiasa berada dalam lindungan Tuhan, InsyaAllah.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ARDELL
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Filem TOMBIRUO karya penulis thriller Ramlee Awang Murshid ini memang sangat ditunggu oleh pencinta novelnya. Bukan sahaja kerana watak utama Zul Ariffin yang memegang watak Ejim atau TOMBIRUO, tetapi juga setiap aksi dan lagak ngeri yang dilakonkan sepanjang 115 minit filem ini. Tapi admin nak ingatkan jangan SESEKALI buat 8 perkara ini kalau tak nak hilang TUMPUAN sepanjang menontonnya.
Tetapi admin nak ingatkan kalau sedang menonton janganlah sesekali buat beberapa perkara ini yang boleh spoil mood kita. Daripada rasa nak enjoy terus hilang mood gara-gara ada yang melakukan beberapa perkara tertentu dalam panggung.
Jadi selepas ini kalau pergi tengok wayang, TOLONG jangan lakukan 8 perkara ini yer
Ini larangan paling utama kerana boleh ganggu tumpuan menonton cerita kegemaran. Kalau boleh untuk dua jam masa tontonan itu, elakkan bercakap dengan rakan sebelah walaupun ada hal penting. Kalau urgent sangat hanya bisik sahaja sudah memadai.
Ini memang larangan paling keras. Tak salah berenggang sekejap dengan telefon anda. Bukan matikan sebaliknya buat dalam mood silent. Elakkan juga curi-ciri melihat pesanan ‘WhatsApp’ dalam telefon kerana cahaya dari telefon akan mengganggu tumpuan. Sekiranya panggilan itu sangat urgent, keluar sahaja dari panggung tanpa mengganggu orang lain.
Perlu diingatkan juga jangan kerap kali bangun kerana memang boleh mengganggu bukan sahaja tumpuan anda, tetapi juga penonton lain. Oleh itu, sebelum masuk panggung pastikan pergi toilet dahulu dan jangan minum terlalu banyak air.
Boleh kalau nak makan kudapan dalam panggung, tetapi carilah makanan yang kalau dikunyah tidak mengganggu tumpuan. Lebih elok tak payah makan apa-apa, terutama bila menonton filem yang berbentuk ‘heavy’ dan memerlukan tumpuan penuh. Satu lagi elakkan juga makan makanan yang berbau terlalu kuat hingga boleh menjejaskan tumpuan.
Jika datang dengan pasangan terutama suami isteri, simpan-simpan dulu rasa ‘mesra’ itu di rumah sahaja. Kalau boleh gurau senda juga tak boleh dipertontonkan dalam panggung wayang kerana cerita di ‘wayang’ lebih seronok untuk dihayati bersama.
Macam biasalah kalau kita duduk selama dua jam di dalam panggung, memang lenguh kalau tanpa ada pergerakan lain yang menyelesakan. Memang lebih seronok jika dapat bersila dan membuka stoking. Cuma diingatkan jangan sesekali memakai stoking yang telah seharian digunakan. Hormati privasi orang kerana bau stoking kurang menyenangkan akan mengganggu tumpuan.
Satu lagi yang perlu diingatkan adalah jangan sesekali anda tolak atau sepak kerusi di depan anda. Jaga kelakuan anda kerana perbuatan itu dianggap tidak menghormati hak orang lain. Kalau tidak sengaja cepat-cepat minta maaf pada pemilik kerusi berkenaan kerana boleh menyebabkan situasi tegang.
Sangat rugi sekiranya anda alihkan tumpuan walau sesaat untuk menonton tayangan filem Tombiruo- Penunggu Hutan. Filem adaptasi karya novelis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid yang dibawa ke layar perak secara eksklusif dengan kerjasama empat penerbit Astrow Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan. Filem yang menelan belanja RM6 juta ini turut mendapat sentuhan dari pengarah yang mahir dalam bidang kesan visual dan aksi Seth Larney.
Sepanjang 115 minit berada dalam panggung, terasa debaran jantung yang sangat laju menyaksikan setiap aksi hebat dilakonkan oleh pelakon terkenal. Penonton juga turut dibuai perasaan pabila disajikan pemandangan indah menyaksikan penggambaran yang dilakukan hampir 70% di Hutan Keningau Sabah. Penonton pasti terkesan dengan babak di mana seorang anak kehilangan ayahnya dan kesedihan dirasai sang suami yang hilang isteri dan ayah dalam masa sama. Serta keterujaan seorang wartawan dari Sinar TV, Wan Suraya dilakonkan Nabila Huda yang begitu berani membongkar misteri di sebalik semua yang terjadi.
Filem ini mengisahkan Ejim yang digelar Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia. Apabila satu insiden yang tragis berlaku pada Tombiruo, ia telah menimbulkan kemarahannya dan dendam. Sementara itu Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya. Pergelutan di antara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.
Tombiruo dibintang gandingan pelakon hebat seperti Zul Ariffin yang memegang watak Tombiruo, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Dato’ M. Nasir dan beberapa pelakon lain. Menurut Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin, ini kali pertama mereka menerbitkan filem daripada adaptasi novel yang telah diterbitkan pada tahun 1998. Karya agung ini telah diulang cetak sebanyak 18 kali.
Jadi bagi peminat novel ini jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri filem yang diangkat ke layar perak menemui penonton 12 Oktober ini. Rasai dan alami sendiri perjalanan karya hebat, bak kata penulis sendiri, Ramlee Awang Murshid yang tidak menyangka Tombiruo yang ditulis 19 tahun lalu itu betul-betul wujud dan berada di depan matanya itu.
KREDIT FOTO: FB GRUP BUKU KARANGKRAF & TOMBIRUOMOVIE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Peminat KPOP kebiasaannya dikecam oleh netizen kerana dikatakan tidak matang dan hanya membazirkan masa sahaja kerana obses dengan kumpulan penyanyi dari Korea Selatan itu.
Sebenarnya tak semua macam itu. Ramai sahaja di kalangan mereka yang mampu mengimbangkan masa di antara minat dan juga pelajaran. Seperti Puteri Ariana, walaupun dia merupakan setia KPOP, namun pelajaran tetap menjadi keutamaannya sehingga berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana. Tahniah sis!
Mana tweet kata orang minat KPOP tak matang . Please . I finished my Masters on time while stanning EXO . Along with ANC award . #weareoneEXO , #EXO#EXOLs#exodoll#CHANYEOL Alhamdulillah . This is for my parents
Sekali lagi ucapan tahniah buat sis! Dia telah membuktikan tak salah untuk kita mempunyai minat, janji kita tetap fokus juga pada pelajaran demi masa depan kita. Moga sis terus maju ke hadapan selepas ini ya!
Reapply makeup selepas wuduk dengan mudah menggunakan 7 langkah praktikal untuk memastikan wajah kekal segar, natural dan berseri sepanjang hari tanpa perlu bersolek semula dari awal.