Umi Aqilah Ahmad Zailani, 19, pernah tular sebelum ini kerana dianugerahkan mata berwarna biru. Selain itu, adik lelakinya Muhammad Safwan, 13 juga memiliki warna mata yang sama. Kedua adik beradik yang berasal dari Baling, Kedah ini mewarisi warna mata yang itu daripada bapa mereka, Ahmad Zailani Dollah, 52.
Nenek dan ibu Ahmad Zailani juga bermata biru manakala dua sepupunya memiliki sebelah mata dengan warna sama. Dua beradik ini sering menjadi perhatian di sekolah terutama rakan-rakan sekelas dan guru yang turut menegur dan minat dengan keunikan mata mereka.
Hasrat gadis unik bermata biru ini untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kulinari di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Perlis, tercapai apabila dia menerima surat tawaran daripada institusi itu, kelmarin.
Umi Aqilah sangat gembira apabila dihubungi pihak PTSS yang mahu datang sendiri untuk menyerahkan surat tawaran kemasukan ke politeknik berkenaan di rumahnya di Kampung Chenerai, Siong, Baling.
IKLAN
“Sekarang saya sedang membuat beberapa persiapan sebagai persediaan untuk pendaftaran Isnin depan. Kehadiran mereka membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar.
“Di PTSS nanti saya akan dapat belajar menggunakan bahasa isyarat seperti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Layar dan Pendidikan Khas Integrasi di Sungai Petani sebelum ini.
“Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya menjadi tenaga pengajar dalam bidang kulinari. Walaupun saya ditakdirkan tidak mendengar, tapi saya tetap bersyukur dapat belajar seperti rakan-rakan lain sehingga peringkat tertinggi, terima kasih kepada PTSS kerana memberi peluang kepada saya untuk belajar di sana,” memetik kata-kata gadis ini seperti yang disiarkan oleh sebuah akbar tempatan.
Sementara itu, Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan dalam kenyataan, berkata Umi Aqilah adalah di antara lebih 700 pelajar baharu yang akan mendaftar di PTSS pada pertengahan bulan ini.
IKLAN
Beliau berkata, surat tawaran kemasukan Umi Aqilah ke program Sijil Kemahiran Hotel dan Katering sudah disampaikan sendiri oleh Pegawai Pengambilan dan Data PTSS, Syazwani Sobri kelmarin.
“Turut hadir ialah jurubahasa Nor Haslynda Amat Kamisan yang juga pensyarah yang akan mengajar Umi Aqilah dalam program itu nanti.
“Dalam pertemuan ringkas pihak PTSS dengan Umi Aqilah dan keluarganya, beberapa persoalan mengenai hari pendaftaran, dokumen dan keperluan pelajar telah dijelaskan sendiri oleh pegawai kami,” katanya.
IKLAN
Selain itu, Abdul Malek berkata, pihak PTSS juga mengucapkan terima kasih kepada Harian Metro dan Berita Harian kerana menyiarkan artikel Umi Aqilah sebelum ini, sekali gus menyebarkan wujudnya peluang pengajian kepada golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ditawarkan di PTSS.
Membantu sesama manusia adalah satu perbuatan yang mulia. Sikap bantu membantu juga merupakan sangat dianjurkan oleh agama Islam sendiri.
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW, Baginda bersabda yang bermaksud :
“Barangsiapa melapangkan kesusahan seorang mukmin dari berbagai kesusahan dunia, nescaya Allah SWT akan melapangkan darinya daripada kesusahan pada hari kiamat.”[HR. Muslim (2699)]
Tinggalkan Keluarga Demi Bantu Saudara Sesama Islam…
Kini berangkat lagi ke Syria, pelakon Ardell Aryana pergi meninggalkan suami, Nadzmi Adhwa dan anaknya bagi berkhidmat demi Misi Bantuan Kemanusiaan, Syria Winter Mission anjuran Pertubuhan Kebajikan Aryan, bulan ini.
Dia juga membuat satu hantaran di Instagram Story untuk meminta semua pengikutnya mendoakan perjalanannya bersama-sama beberapa sukarelawan yang turut sertai dipermudahkan.
“Semoga Allah SWT permudahkan perjalanan kami enam orang pergi dan pulang. MasyaAllah, semoga mereka (rakyat Syria) kuat hadapi musim sejuk melampau ketika ini, bertahanlah dalam kelaparan,
“InsyaAllah, nanti kita makan makanan yang sedap yang panas ya. Semoga murah rezeki mereka. Amin.” tulisnya.
Turut membuat satu hantaran khas buat isterinya, Nadzmi menukilkan ucapan di Instagram. Dia juga memohon agar semua orang mendoakan misi bantuan yang dilaksanakan di Syria itu.
“Moga Allah redha. Semoga dipermudahkan segala urusan awak dan team , kami tunggu awak balik ya @ardellaryana 😘 Apabila di tanah Syam doakan saya dan urwa disini ya sayang,
“Doakan perjalanan isteri saya ke Syiria untuk Misi Bantuan Kemanusiaan kali ini ya sahabat semua. Semoga selamat pergi dan pulang.” tulis Nadzmi buat isterinya.
Masalah tudung kembang bukanlah masalah baru bagi hijabi berkaca mata. Kebanyakan hijabi pasti mengalami masalah ini. Disebabkan itu, hijabi lebih gemar mengenakan kanta lekap daripada kaca mata.
Sebenarnya kaca mata boleh buat penampilan anda tampak lebih manis tau. Cuma, yang menjadi masalah bila cuaca panas. Tentunya anda mahu memakai kaca mata hitam yang trendy, stailo dan dalam masa yang sama, dapat mengelakkan tudung daripada kelihatan kembang.
Hijabista kongsikan 5 tip yang boleh diaplikasikan oleh hijabi yang berkaca mata.
1. Kenali Bentuk Wajah
Sebelum anda memilih kaca mata hitam, kenali bentuk wajah anda terlebih dahulu. Sebaiknya, pilih bingkai kaca mata yang bertentangan dengan bentuk wajah. Contohnya, jika anda memiliki bentuk wajah yang bulat, bingkai berbentuk petak lebih sesuai dengan anda. Sekiranya anda berwajah petak, pilih bingkai berbentuk bulat. Bonia Eyewear menawarkan pelbagai pilihan bingkai yang sesuai dengan bentuk wajah anda. Rugi jika anda tidak mencubanya.
2. Pilih Lebar Bingkai Yang Betul
Pastikan kelebaran bingkai kaca mata tersebut tepat-tepat atau terlebih sedikit daripada muka anda. Sekiranya anda memilih bingkai kaca mata yang lebih lebar daripada muka anda, tentunya tudung anda akan nampak kembang. Bonia Eyewear ternyata boleh menyelesaikan masalah anda. Bingkai Bonia akan terletak cantik pada wajah anda.
3. Tukar Gaya Tudung
Seeloknya tukar gaya tudung anda kepada gaya loose. Gaya ini akan dapat menyembunyikan wajah anda yang tembam sekali gus mencipta ilusi wajah yang lebih tirus.
4. Pakai Kaca Mata Di Luar
Cara ini amat membantu untuk mengelakkan wajah anda daripada nampak berisi dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan sindrom tudung kembang. Pastikan anda tidak memakai kaca mata hitam ini saat anda beriadah. Takut terjatuh pula. Tetapi, anda tidak perlu risau sekiranya anda memakai kaca mata hitam dari Bonia kerana ia akan melekat dengan elok pada wajah anda. Malah, kaca mata Bonia sesuai dipakai kerana kaca polarisednya dapat mengurangkan silau pada mata.
5. Pilih Temple Yang Halus
‘Temple’ yang halus dapat membantu anda mengurangkan sindrom tudung yang kembang. Selain itu, ia juga selesa dipakai dalam jangka masa yang lama apabila diselitkan pada anak tudung. Hijabista cadangkan anda pilih kaca mata hitam Edisi Istimewa Swarovski dari Bonia yang tentunya memberi anda gaya yang lebih trendy dan stailo. Batuan swarovski menyerlahkan lagi penampilan anda.
Ketika kecil Dato Sri Aliff Syukri adalah salah seorang antara budak yang menghidap disleksia. Namun kekurangan itu tidak menghalangnya untuk mengecapi kejayaan dalam hidup. Walaupun tidak belajar tinggi, sejak kecil tidak boleh membaca, mengenal huruf dan menghafal sehingga digelar bodoh oleh teman-teman sebayanya, tetapi dirinya kini sudah boleh dilabel usahawan bertaraf jutawan.
Dato Sri Aliff Syukri mengakui dia adalah penghidap disleksia (di mana merujuk kepada mereka yang menghadapai masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran normal). Beliau mengakui dirinya tidak boleh fokus pada sesuatu benda. Tapi mempunyai keunikan minat berniaga dan kini, bukan sahaja pengusaha usahawan kosmetik, tetapi juga pengusaha resort, pemilik tudung dan paling terbaru mempunyai restoran sendiri.
Dato Sri Aliff ditemui di majlis pelancaran koleksi terbaru AliffbySha diinspirasi 5 wanita dan Romah Makan Terlajak Laris di Kota Damansara. Beliau bercerita dulunya dia hanyalah seorang pekerja dan menjual produk di pasar tani. Tidak mahu terus berada ditakuk lama, beliau memberanikan diri bergelar usahawan kosmetik biarpun dirinya seorang lelaki.
“Alhamdulillah bisnes saya semakin berkembang maju. Berkat kesungguhan dan kegigihan produk D’Herb semakin meniti di bibir para penggemarnya. Daripada situ, saya mahu mencuba bisnes lain, saya suka menjual apa yang mereka hendak.
“Sebelum ini saya pernah menjual baju tetapi kecundang. Tetapi saya tak putus asa, saya cuba belajar untuk maju. Contohnya apabila saya menceburi bisnes tudung. Daripada modal sekadar RM10 ribu, kini keuntungan diperoleh berlipat ganda.
“Seperti pelancaran AliffbySha V Five Inspired Women kolaborasi dengan 5 wanita hebat dalam bidang masing-masing. Walaupun ada yang mengecam, tetapi bagi saya strategi bisnes itu penting. Gandingan bersama mereka ini, Uyaina Arshad (pengacara), Joy Revfa (pengasas jenama kosmetik), Nadia Annuar (pengacara), Nabila Razali (penyanyi) dan isteri saya sendiri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sangat bagus kerana mereka ini punya ramai follower yang tersendiri dan kerjasama ini dilihat sangat memberi kesan sangat positif.
“Saya tahu ramai pengusaha tudung tumbuh bak cendawan di pasaran. Akan tetapi AllifbySha ada keistimewaan tersendiri. Hijab kami mempunyai ciri-ciri unik yang tiada pada jenama lain, iaitu anti pekak, anti renyuk, kualiti yang bagus, bidang lebar, harga berpatutan dan paling istimewa koleksi baru setiap corak direka khas dengan nama tersendiri daripada 5 personaliti ini,” ceritanya yang dalam masa sama juga turut melancarkan Romah Makan Terlajak Laris.
Menurut Dato Sri Aliff dia memang suka memasak sejak dulu. Jadi minat yang telah dipupuk sekian lama itu diterjemahkan dengan membuka sebuah restoran.
“Saya buat restoran ini dengan modal sendiri sebanyak RM10 ribu tanpa mengambil bajet dari akaun jualan kosmetik. Sebelum itu sebenarnya saya dah mula menjual secara COD seperti sambal hitam, sambal kering ataupun lada jeruk. Lama kelamaan produk ini mendapat sambutan dan barulah saya berani untuk membuka restoran ini.
“Dengan modal sebanyak itu saya kini sudah berpuas hati dengan pulangan yang diperoleh. Menariknya Roman Makan Terlajak Laris ini mengembalikan nostalgia pengunjung dental masakan dan Susana kampung yang dirindui.
“Semua menu Romah Makan ini dimasak sendiri oleh saya dan menyajikan masakan orang Jawa, Kelantan, Pahang, Banjar dan banyak lagi sajian menyelerakan. Sebelum ini saya bancal berkongsi cara memasak dan residí tradicional di laman sosial. Alhamdulillah impian saya untuk membuka restoran ini akhirnya terlaksana berkat doa dari semua,” jelasnya yang mengalukan setiap pengunjung untuk hadir sendiri merasa masakan air tangannya.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.