Pelakon filem Sifu dan Tongga, Datin Fouziah Gous memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila berjaya menamatkan bacaan Al-Quran pada hari yang penuh bermakna, iaitu hari ulang tahun kelahirannya pada Disember lalu.
Lebih menarik lagi apabila kejayaan itu turut diraikan oleh suami tercinta dengan sebuah kejutan istimewa khas buat Fouziah.
Suami Sanggup Siapkan Pelamin ‘Suprise’ Khatam Quran
“Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini… syukur rezeki yang paling saya idamkan adalah untuk khatam pada harijadi saya.
“Setelah sekian lama menunggu Allah SWT makbulkan untuk mengakhiri tahun 2022, syukur.
“Tiada kata lain selain Syukur. Terima kasih suami @zhafysf dan team @fgwalet yg sanggup siapkan pelamin surprise untuk menyambut harijadi yang paling bermakna
sepanjang hidup saya.
“Semuanya Allah SWT aturkan dengan sempurna. Terima kasih Ya Allah,” katanya.
Khabar gembira itu dimaklumkan Fouziah menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, memaparkan foto pelamin khatam Al-Quran yang disediakan oleh suaminya.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata wagamaya dan para peminat Fouziah Gous membanjiri hantaran itu dengan komen-komen murni.
Ads
Malah, tidak kurang juga yang menzahirkan rasa kagum dengan pencapaian dirinya, sekaligus mengucapkan ucapan selamat hari lahir buat pelakon jelita itu.
“Tahniah kak moga Allah bagi saya peluang untuk khatam juga serta istiqamah membacanya,” komen salah seorang pengikutnya.
“Alhamdulilah tahniah dan selamat hari jadi,” ucap salah seorang warga maya.
Ads
Untuk rekod, pada 21 September 2013 Fouziah telah menjadi suri hati kepada Datuk Mohd Zhafran Md Yusof.
Hasil perkongsian hidup selama 9 tahun itu, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan, 8, dan Zaheen Yusof, 6.
Sebuah jenama lokal CalaQisya, rangkaian busana santun pilihan telah berkolaborasi dengan Kumpulan Walt Disney menerusi pelancaran rangkaian fesyen berlatar belakangkan filem terbaru, Raya And The Last Dragon. Filem Disney yang memaparkan kembara seorang puteri Asia bernama Raya mula dipertontonkan di layar perak pada Mac 2021.
Calaqisya yang ditubuhkan oleh tiga beradik; Yana Khairuddin, Farah Khairuddin, Azrina Khairuddin bermula di sebuah bilik kecil di UTM Johor. Yana menulis blog sebagai hobi sampingan sambil mengambil Ijazah Sarjana dalam bidang Industri Kimia. Walaupun dilabel sebagai ulat buku, Yana juga terkenal dengan gaya fesyennya yang merupakan inspirasi baginya untuk menulis di halaman blog.
Meraih peluang bekerjasama dengan jenama antarabangsa seperti Disney pastinya sesuatu yang amat diidamkan ramai jenama lokal dan apabila CalaQisya berjaya melakukannya, ia adalah pencapaian yang cukup membanggakan.
Yana Khairudin, Ketua Pegawai Eksekutif CalaQisya berkata, Disney sudah menjadi sebahagian daripada zaman kanak-kanak CalaQisya. “Walaupun sudah meningkat dewasa, kami masih menonton filem Disney untuk menggembirakan hati terutama selepas menempuhi hari yang panjang.
Tidak keterlaluan jika kami katakan, kerjasama dengan Disney ini adalah piala kemenangan terunggul dalam sejarah CalaQisya yang akan sentiasa kami julang sepanjang hayat,” katanya.
Untuk kolaborasi CalaQisya x Raya and The Last Dragon ini, koleksi kaftan hadir dalam 5 cetakan warna yang berlatar belakangkan pemandangan yang dipaparkan dalam filem berkenaan. Selain itu, 4 warna selendang bercetak juga getah rambut (scrunchies) turut ditawarkan malah dimuatkan dalam bungkusan eksklusif CalaQisya x Disney.
Koleksi mempunyai pelbagai peringkat hijabi suai pakai contoh kaftan yang mesra ibu menyusu dan dilengkapi dengan lining bukan shaja hijabi yang sudah berkahwin malah boleh di pakai oleh si gadis. Menarik bukan?
Manakala selendang edisi terhad dengan corak yang berlatar belakang sama seperti anda menonton filem The Last Dragon. Hijabi bakal diselimuti dengan perincian halus yang cukup akrab dengan kehidupan di Asia Tenggara.
“Akhirnya, kita ada seorang puteri Disney yang mewakili ‘orang kita’, itu saja sudah memadai untuk mengeluarkan koleksi yang bertemakan Raya and The Last Dragon. Dan, bila kami tahu yang penulis skrip adalah orang Malaysia, memang tiada alasan untuk tidak meneruskan impian kolaborasi ini”, tambah Yana.
Bayangkan, seorang puteri yang mewakili 680 juta populasi di Asia Tenggara. Raya and The Last Dragon adalah filem Disney yang amat dinantikan CalaQisya.
“Kami tahu ia akan dekat dengan hati bila Disney mahu memperkenalkan seorang puteri Asia Tenggara dalam francais Disney Princess. Sudah tentu kami mahu menjadikannya francais pertama kami bersama Disney,” kata Yana.
Filem ini berkisar kembara seorang pahlawanita yang merentasi lokasi mistikal Kumandra untuk mencari naga bongsu dunia. Ia mengetengahkan nilai kepercayaan sebagai aspek penting untuk membawa keharmonian kepada dunia.
“CalaQisya memegang kepada kepercayaan yang membawa kebenaran dan ianya nilai yang semakin pudar dalam dunia hari ini. Daripada sudut pandangan fesyen, kami melihat kepercayaan antara sebuah jenama dan pelanggannya cukup mustahak kerana pakaian menjadi penentu gaya seseorang, setiap hari. Pelanggan yang kami gelarkan sebagai CalaQueens meletakkan kepercayaan mereka pada kami untuk mengeluarkan pakaian yang berkualiti.
“Menerusi kepercayaan itu, kami membina hubungan akrab dengan setiap CalaQueens di mana kami mahu memastikan mereka sentiasa berpenampilan hebat terutama pada momen teristimewa dalam hidup mereka seperti temuduga kerja yang pertama, ulang tahun kelahiran, malah pada hari perkahwinannya,” kata Yana.
Jangan lepaskan peluang memiliki koleksi khas ini, hijabi pasti merasa selesa dengan rekaan dari CalaQisya yang selesa dengan setiap helaian.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kulit manusia mengandungi banyak mikroorganisma yang hidup, ia termasuklah dengan kulat. Kebiasaannya, ia tidak membawa apa-apa yang bahaya kepada manusia, meski pun rasa yang tidak selesa. Namun, ada juga kulat yang boleh mula aktif dan menyerang kulit manusia!
Situasi ini kadang kala tidak dapat kita kawal kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Tetapi anda boleh lakukan beberapa benda unutk mengatasi daripada ia berlaku, mencegah lebih baik dari mengubati.
Sumber gambar dari Canva
Seperti yang anda sedia maklum, badan kita mempunyai bilangan mikroorganisma yang banyak di atas permukaan kulit. Kulat juga menjadi salah satu mikroorganisma yang hidup tetapi kebanyakkannya tidak mengancam kepada kita. Namun, ada sesetengah kondisi kesihatan yang berlaku apabila kulat mula aktif tumbuh dan muncul di permukaan kulit yang membuatkan kulit seseorang individu itu meradang.
Antara beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah seperti:-
Sumber gambar dari Canva
Berikutan adalah bagaimana kulat boleh muncul atas permukaan kulit yang membuatkannya menjadi aktif dan mula menyerang manusia. Ada juga fenomena yang tidak di ingini di mana kulat muncul pada kulit wajah! Setiap kondisi bagi setiap individu akan berbeza, ini termasuklah seperti:-
Menurut UNANSEA, kajian makmal di lakukan kepada mereka yang menghidap masalah kulat di muka ini. Tujuannya untuk mengenalpasti secara terperinci dengan tepat bagi memastikan rawatan yang sesuai. Analisis akan di lakukan pada sampel kulit yang telah di jangkiti.
Pada peringkat awal, pembiakan kulat di muka secara semula jadi tidak berbahaya kerana ianya akan menyerang sel-sel kulit mati (epidermis). Walau bagaimanapun, jika anda segera mendapatkan rawatan dengan kadar yang cepat selepas mengetahui ada kulat di muka, ia boleh mengurangkan risiko yang boleh menjadi lebih teruk.
Kulat bukan sahaja boleh merebak pada muka, malah, ia juga boleh merebak kepada sesetengah bahagian badan. Dalam kes yang berisiko tinggi, ia boleh menganggu sistemm organ-organ dalaman yang membawa kepada patologi di saluran darah.
Jadi kebiasaan untuk mereka yang menghadapi masalah ini, mereka seharusnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan selanjutnya. Doktor akan memastikan rawatan dan ubat yang sesuai hanya berdasarkan keputusan makmal.
Sumber gambar dari Canva
Rawatan tersebut akan memerlukan seseorang individu itu untuk mengambil beberapa ubat-ubatan dan juga krim khas. Pil yang paling popular di berikan adalah Orungal, DIflucan, Lamisil, dan lain-lain. Ia membantu mengubati masalah jangkitan kulat dari dalaman supaya ia lebih berkesan dan bergantung kepada dos yang di syorkan.
Manakala, untuk kegunaan dari bahagian luaran, doktor akan memberikan ubat krim yang sesuai. Kebiasaannya, doktor akan memberikan krim Mikoket atau Mikonazol, ia berfungsi untuk menghalang pembiakan kulat sekaligus menghampuskan kulat yang ada pada permukaan kulit.
Sebagai langkah berjaga-jaga anda perlulah tahu untuk tidak berkongsi penggunaan barang peribadi, seperti sikat, tuala, atau apa-apa yang berkaitan yang di gunakan pada permukaan kulit, supaya elak dari berisiko untuk di jangkiti kulat. Anda juga perlu memantau persekitaran anda dalam keadaan yang bersih dan tidak lembap kerana ia juga membantu untuk menghalang pertumbuhan kulat yang boleh muncul di permukaan kulit.
Seperti musin siput dan ekstrak teratai, allantoin ialah bahan popular dalam dunia Kecantikan Korea, walaupun ia mungkin tidak dibincangkan sekerap. Ramuan bintang ini begitu ketara kerana keupayaannya untuk menenangkan kulit hampir semua orang, tanpa mengira jenis kulit atau sensitiviti.
Selama bertahun-tahun allantoin telah memasuki senarai ramuan penjagaan kulit di mana-mana, di luar populariti asalnya dalam produk K-beauty. Jom salami panduan penuh allantoin termasuk faedah dan produk terbaik di pasaran.
Kita tahu allantoin adalah bahan yang popular, tetapi apakah sebenarnya allantoin itu? Pakar dermatologi dan pencipta YouTube yang diperakui menerangkan, allantoin ialah ekstrak yang berasal daripada tumbuhan kofre tetapi juga boleh didapati dalam pelbagai tumbuhan lain,” yang termasuk bit dan chamomile.
Ramuan ini mempunyai fungsi yang serupa dengan panthenol (vitamin B5), kerana ia boleh meredakan kemerahan dan kerengsaan. Atas sebab ini, pakar menjelaskan, allantoin sering ditemui dalam kosmetik yang dipasarkan untuk kulit yang merengsa dan produk selepas matahari.
Walau bagaimanapun, allantoin adalah ramuan pelbagai fungsi dengan senarai faedah yang banyak. Di sini, senarai beberapa kegunaan allantoin yang paling ketara untuk kulit.
Manfaat kulit allantoin. Allantoin mempunyai beberapa faedah utama dalam penjagaan kulit:
Sama ada kerengsaan berpunca daripada pengelupasan berlebihan yang membawa kepada halangan kulit yang terjejas atau tindak balas alahan, allantoin ialah bahan yang bagus untuk menenangkan kulit yang merah dan reaktif. Ahli kimia memberitahu bahawa allantoin ialah anti-peradangan yang berkesan yang berfungsi melindungi kulit dan mengurangkan potensi kerengsaan surfaktan, minyak, dan bahan berasid atau alkali.
Satu kes tertentu yang mungkin memerlukan allantoin topical, oleh rawatan sinaran. Secara amnya, allantoin tidak lagi merengsakan kulit dan boleh memberi kesan yang menenangkan. Jadi pada masa akan datang kulit anda berasa reaktif dan merah, ini adalah salah satu bahan yang anda boleh anggap selamat untuk digunakan sehingga halangan anda dibaiki.
Allantoin sering dijumpai sebagai bahan yang dicampurkan ke dalam semua jenis produk, daripada krim muka yang menghidratkan kepada rawatan pengelupasan kimia. Bahan ini juga meningkatkan keberkesanan dan daya tarikan formula dengan bertindak sebagai pelindung kulit dan memberikan kelembapan yang diperlukan. Jadi, jika anda melihat allantoin disenaraikan pada produk pengelupasan anda, ia berkemungkinan mengimbangi kesan pengeringan bahan-bahan lain.
Allantoin dianggap mempunyai sifat keratolitik dan ia berasal daripada urea, yang, seperti asid alfa-hidroksi yang ada di mana-mana, boleh membantu melicinkan dan melembutkan kulit dengan menyingkirkan kulit mati yang berlebihan. Walaupun asid retinoik terdapat dalam retinol dan retinoid dan pengelupasan kimia mempercepatkan pusing ganti sel, ia boleh merengsakan mereka yang mempunyai kulit sensitif, reaktif, jengkel atau cedera. Allantoin berfungsi sebagai cara yang selamat dan lebih lembut untuk mempercepatkan perolehan sel semula jadi.
Keberkesanan penggunaan allantoin untuk membantu dalam penyembuhan luka. Dalam kajian ini, allantoin terbukti berkesan dalam membantu penyembuhan luka dan mengurangkan pembentukan parut. Inilah sebabnya mengapa allantoin telah dipasarkan sebagai rawatan parut dalam banyak formula.
Allantoin boleh didapati dalam produk yang biasanya dilabel “selamat ekzema” kerana keupayaannya untuk menenangkan kulit, memerangi gatal-gatal dan mengurangkan keradangan. Bagi mereka yang mempunyai psoriasis, allantoin mungkin juga merupakan pilihan yang selamat.
Dalam kajian ini, syampu allantoin telah ditunjukkan untuk mengurangkan keradangan dan membantu dalam penyembuhan luka bagi mereka yang bergelut dengan psoriasis pada kulit kepala. Walau bagaimanapun, adalah penting bagi mereka yang mempunyai ekzema dan psoriasis yang teruk untuk berunding dengan pakar dermatologi mereka sebelum menggunakan produk topikal.
Allantoin ialah bahan yang secara amnya selamat dan berkesan, itulah sebabnya ia sangat popular dalam produk yang dirumus khusus untuk kulit sensitif. Pakar menyatakan bahawa sehingga 2% allantoin adalah selamat, walaupun untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Allantoin terdapat dalam semua jenis produk penjagaan kulit, termasuk yang dirumus untuk kulit sensitif dan iritasi. Ramuan ini mempunyai banyak faedah termasuk menenangkan kulit, membantu dalam penyembuhan luka, mencegah pembentukan parut, mengurangkan keradangan, dan juga meningkatkan pusing ganti sel. Terdapat sedikit amaran untuk menggunakan allantoin dalam penjagaan kulit. Jika anda ingin menangani kulit yang reaktif dan teriritasi, lihat panduan ini untuk menentukan sama ada anda mempunyai kulit hipersensitif dan cara merawatnya.
Satu lagi kegemaran ramai kerana keupayaannya untuk menenangkan kulit sensitif, krim penghalang ini mengandungi oatmeal koloid, sebagai tambahan kepada allantoin, untuk melindungi dan memulihkan penghalang kulit yang pada asasnya adalah lapisan luar kulit anda yang memastikan anda dilindungi.
Cetaphil Soothing Gel Cream with Aloe
Ini adalah produk mampu milik selepas mereka mendapat pengelupasan. Ia juga bagus untuk selepas selaran matahari. Petua pakar, biarkan krim gel ini, yang mengandungi allantoin, shea dan aloe, di dalam peti sejuk dan gunakannya pada waktu tidur untuk menenangkan kulit anda selepas hari panas yang panjang.
Kit penjagaan kulit ini memulihkan kulit yang rosak dan melindungi kulit yang sensitif. Topeng getah membalut kulit dengan sangat ketat sambil menyejukkan kulit untuk meningkatkan kesan menenangkan.
Dermalogica super rich repair moisturizer
Krim rawatan kulit yang sangat berkhasiat untuk kulit kering dan dehidrasi kronik. Krim berat membantu menambah tahap kelembapan semula jadi kulit untuk mempertahankan diri daripada serangan alam sekitar. Peptida yang kuat dan kompleks pelicin bebas asid menyokong keanjalan dan tona kulit. Shea Butter dan Oil of Evening Primrose membantu menambah dan menghidrat, manakala antioksidan membantu mempertahankan daripada kerosakan radikal bebas.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.