Baru-baru ini, selebriti terkenal iaitu Datin Fouziah Gous bersama suami, Datuk Zhafran Md Yusof telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang kelapan.
Bahagia menjadi isteri di sisi suami tercinta, Fouziah berasa begitu teruja dan bersyukur apabila menerima senaskhah Al-Quran daripada suaminya sebagai hadiah. Ini kerana beliau sudah lama mengimpikan untuk khatam bacaan Al-Quran hasil pemberian daripada suami tersayang.
Sangat istimewa untuk saya…
Ads
This is really special to me @zhafyusof😭.. happy tak terkata. Sejujurnya deep inside me, i nakkkk sangat hadiah Al Quran dari you. Selalu baca Al Quran hadiah dari orang lain.
Setiap kali khatam mesti teringin nak khatam Al Quran pemberian suami and finally this year i dapat apa yang i nak. Walaupun I tak bagi tahu apa yg terdetik dalam hati tapi u seolah olah memahami. Syukur اَلْحَمْدُلِلّهِ ! Tak sabar nak khatam😍
Ads
Thank you sayang.. bukan i tak appreciate gift lain tapi yang ini i nak simpan disini buat kenangan. Sebab i betul2 tersentuh hati dan happpppppyyyyy sangat🥰❤️
Alhamdulillah, moga tercapai lagi hasrat Fouziah untuk khatam bacaan Al-Quran lagi. Didoakan agar pasangan ini terus bahagia melayari bahtera perkahwinan selamanya. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Orang-orang tua zaman dahulu sangat menggalakkan anak perempuan mereka untuk bangun awal setiap pagi. Bangun awal ini sebenarnya boleh membuka rezeki dengan lebih luas lagi. Sebaiknya, jangan tidur selepas solat subuh.
Kebanyakan wanita kini selalu bangun lambat dan lebih teruk lagi apabila terlepas waktu solat Subuh. Kadangkala, beban kerja yang terlalu banyak menyebabkan anda kepenatan hingga tidak sedar akan waktu Subuh telah berlalu.
Memahami masalah ini, Hijabista paparkan 6 tip yang boleh anda lakukan untuk bangun awal setiap hari.
Sebaiknya, elakkan daripada mengambil kopi selepas jam 2 petang. Minum kopi kegemaran anda hanya pada waktu pagi. Pengambilan kafein akan mengganggu proses tidur anda tanpa anda sedari.
Nak bangun pagi memanglah susah tetapi anda perlu tidur pada waktu yang tepat. Sebaiknya jangan melengahkan tidur anda. Kalau nak bangun awal, anda perlu tidur awal. Cara terbaik, set alarm setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan anda bahawa sudah sampai masa untuk rehatkan diri.
Sebelum tidur, pastikan anda lakukan perkara yang sama setiap malam. Mulakan dengan memberus gigi, pakai pakaian tidur, mandi dan baca sedikit surah serta doa tidur.
Sekiranya anda melakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur, ia akan membantu otak anda mengenal pasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur. Sebaiknya, baca surah Al-Mulk dan niat untuk bangun awal.
Jangan lupa untuk mandi agar suhu badan turun beberapa darjah. Proses penyejukan badan selepas mandi akan membuatkan badan anda menjadi lebih relaks.
Sebaiknya, matikan semua peralatan elektronik seperti telefon pintar dan komputer sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu tidur.
Pastikan rutin di atas anda lakukan secara konsisten walaupun pada hujung minggu. Sekiranya anda lakukannya secara konsisten, lama-kelamaan anda sudah terbiasa dan ia tidak akan menjadi satu beban lagi.
Hidup bersama orang tersayang selepas nikah memang menjadi impian semua orang. Namun, ada kalanya kita terpaksa hidup berjauhan kerana tuntutan kerja walaupun sudah bergelar suami isteri.
Seperti yang dikongsikan oleh Sofuan Saadon ini yang mendapat ribuan share di laman facebooknya, dia menceritakan sendiri pengalamannya apabila terpaksa berjauhan dengan isterinya. Walaupun berat, namun ianya terpaksa diteruskan jua.
Walaupun mereka terpaksa berkorban kerana kerjaya, InsyaAllah pengorbanan yang dilakukan ini tidak sia-sia dan pasti akan membuahkan hasilnya suatu hari nanti. Semoga perkahwinan mereka ini sentiasa diberkati dan dipermudahkan jalannya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Trend jual beli ‘live’ cedok-cedok di TikTok semakin popular di kalangan penjual dan pembeli. Ramai yang mengikuti trend viral ini dengan menjual pelbagai jenis barangan seperti kosmetik, gula-gula dan kerongsang sehinggakan barang kemas menggunakan cara ‘cedok-cedok’.
Melalui kedah cedok-cedok ini, penjual akan mencedok barangan jualan mengikut jumlah yang dibayar pembeli secara rawak. Meskipun trend jual beli ini cukup popular di saat ini, namun timbul persoalan tentang hukum jual beli kaedah ini.
Adakah jual beli ini dibenarkan atau sah di sisi Islam ataupun tidak. Menerusi satu perkongsian di Facebook Muamalat.my, seorang individu mengajukan soalan tentang hukum jual beli ‘cedok-cedok’ yang menjadi trend pada masa kini.
Saya nak bertanya soalan berkenaan dengan jual beli masa kini. Saya ada tengok yang orang jual guna kaedah cedok cedok secara live dekat tiktok/ig story. Apakah hukumnya ya? Adakah sah jual beli tersebut?
Kiranya pembeli tak boleh pilih. Penjual akan jual contohnya 1 cedok barang makeup RM 80. Pembeli pun decide nak beli 1 cedok jadi penjual akan cedokkan secara live 1 cedok tersebut. Barang yang akan pembeli dapat nanti random apa yang dicedokkan oleh penjual itu.
Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas. Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim)
Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan.
Jual beli sebegini, menurut Ibn Hajar al-Asqalani sebagai bentuk jual beli jahiliah.
Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar.
Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian.
Gharar ada dua keadaan, sama ada gharar wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak.
Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.
Cedoh-cedok adalah sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.
Hati-hatilah sama ada penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini. Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan bisnes mahupun sengaja nak buat konten.
Mungkin ada orang kata, ala, setakat jual 5 ringgit gula-gula je.. Oleh kerana by structure ia adalah gharar maka ia tetap haram. والله أعلم
PU Amin juga turut memberi teguran tentang urus niaga trend cedok-cedok ini.
Bahaya pin tudung tidak boleh dipandang ringan. Ketahui risiko tertelan atau tersedut pin, simptom yang perlu diberi perhatian serta langkah pencegahan untuk mengelakkan komplikasi serius.