Fizo Omar Tak Sangka Tercungap Bila Kejar Cik Yam Yang Sakan Memanjat!

Share

Menjaga si kecil boleh menjadi tugas yang sangat sukar buat si bapa. Meskipun kecil namun jangan dipandang sebelah mata ya! Pelbagai aksi yang tidak diduga kebiasaannya akan terjadi pada ketika ini.

Begitulah cabaran yang dirasakan oleh pelakon dan usahawan terkenal yang juga merupakan naib juara Pencarian Hero Remaja edisi 2007/2008 apabila seharian menjaga anak kesayangannya, Wan Maryam bermain di taman permainan.

Mampu tak Fizo jaga Cik Yam yang aktif nak bermain ni? Tak sangka cemas juga Fizo dibuatnya. Mari saksikan video yang dikongsikan oleh Fizo di akaun YouTube
nya ini. Lucu sangat okay!

Sampai tercungap-cungap Fizo nak mengejar Cik Yam yang syok memanjat ini. Terhiburlah sis menyaksikan telatah anak dan ayah ini. Bila tengok mereka, terus rasa terharu bila teringat pengorbanan seorang bapa dalam menjaga dan membesarkan anaknya. Aww i love you dad!

IKLAN