Fazura Terharu Terima Hadiah Syiling Emas & Buku Agama Daripada Tengku Permaisuri Selangor

Share

Pelakon jelita, Nur Fazura meluahkan rasa terharunya apabila menerima hadiah istimewa daripada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Menerusi laman instastory, pelakon Gol & Gincu itu telah menerima set kepingan syiling emas dan juga beberapa naskhah keagamaan di dalam kotak kotak khas buat dirinya.

MasyaAllah, dapat hadiah daripada permaisuri tercinta.

Junjung kasih Tuanku. Faz akan simpan syiling emas ini buat Fatima.

MasyaAllah, dapat buku-buku yang sangat bermanfaat. InsyaAllah. Junjung kasih Tuanku buat kurniaan dan ingatan ini. Love you so much.

Sememangnya seorang yang baik, merendah diri dan sangat cantik. Ini adalah antara sebab mengapa saya begitu mengagumi Tengku Permaisuri Norashikin.

Dalam pada itu, Tengku Permaisuri Norashikin turut menitipkan nota buat Fazura dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada dirinya.

Buat Fazura, terima kasih kerana selalu baik kepada saya.

kredit: instagram @missfazura

 

IKLAN