Mengerjakan ibadah umrah merupakan salah satu perkara yang diimpikan oleh seluruh umat Islam dan wajib dilakukan bagi individu yang mampu. Betapa indahnya dapat melihat keindahan bumi Mekah dan Madinah serta merasai suasana tempat kelahiran Rasulullah dan Kota penghijrahan Baginda. 

Buat individu yang kurang berkemampuan, mereka membanting tulang demi mengumpul wang yang cukup untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan ibadah umrah. Ada juga yang sanggup berniaga di mana sahaja demi mencapai hasrat itu.

Seperti kisah yang tular di laman TikTok baru-baru ini; mengenai kegigihan seorang pakcik yang berniaga ikan masin di hadapan sebuah pasar raya semata-mata untuk mengumpul duit bagi mengerjakan ibadah umrah. 

Artikel berkaitan: Lambaian Kaabah Ubah Nasib Wanita Ini Setelah Setahun Sakit Teruk Bertongkat, Hebatnya Kuasa Doa!

Gigih Berniaga Ikan Masin Depan Pasaraya

Pemilik akaun TikTok @vitaminbae_ telah memuat naik video tersebut yang telah mendapat perhatian serta ‘menjentik’ hati masyarakat. Difahamkan, pakcik yang ditemui itu berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 an dan menjual di hadapan sebuah pasaraya di Tawau, Sabah. 

@vitaminbae_ Rezeki pakcik yang gigih berjualan untuk kumpul duit pergi Umrah. Semangat terus pakcik! #vitaminbae #tapaumisteri #tapaukosong #tapauringan ♬ Instrumen Piano Sedih – kucing tetangga

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pemilik akaun tersebut mendekati serta menghulurkan sedikit bantuan. Apa yang lebih sebak adalah pakcik tersebut hanya mengira dengan menulis pada tapak tangannya. 

IKLAN

Setelah itu, lelaki tersebut telah menghulurkan duit melalui polisterin makanan. Dia juga sempat bersembang dengan pakcik tersebut sehingga pakcik tersebut menyatakan bahawa dia ‘memasang niat’ untuk mengerjakan umrah. 

Tulis @vitaminbae_, dia langsung tidak menyangka bahawa pakcik itu berusaha keras melakukan perniagaan tersebut bagi mengerjakan umrah pada tahun hadapan walaupun keuntungan yang diambilnya tidak banyak iaitu hanya RM 0.50 sahaja untung yang diambil dari setiap pek yang dijual.

Sebak mendengar hasrat pakcik ini, lelaki tersebut terus menghulurkan lagi sejumlah wang kepada pakcik tersebut. Bersyukur atas pemberian yang diberkan, pakcik ini terus mengangkat tangan untuk berdoa.

“Mudahan panjang umur, umur dunia. Ini kita punya umur.

“Akhirat pun inshaaAllah, masuk syurga kita sama-sama,” kata pakcik tersebut.

IKLAN

“Semoga termakbul…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak serta mendoakan agar suatu hari nanti hasrat pakcik tersebut akan tercapai. Video tersebut kini telah tular dan mendapat lebih 360.7K tontonan dan 34.2K kesukaan.

“Saya berdoa Ya Allah semoga rezekinya dpt pergi umrah…”

“Alhamdulillah syukur mudah2an doa pakcik t’makbul amin….”

“Semoga Allah permudahkan segala urusan pakcik tuk menunaikan ibadah Umrah..aamiin”

IKLAN

“Mahal tuh doa dari Pakciknya.. semoga makbul”

“Moga murah rezeki dan dipermudah urusan saudara dunia akhirat…”

“Alhamdulilah. tkasih hamba Allah yg mulia hatinya..memudahkn urusan org lain..semoga pakcik juga dijemput menjadi tetamu Allah”

Artikel berkaitan: Tip Kumpul Duit Nak Pergi Buat Umrah, Boleh Ikut Cara Yang Ustaz Ini Kongsikan

Sumber: TikTok

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI