Fatin Afeefa Mula Menjinakkan Diri Bertudung, Jadi Duta Produk Korea L.Soulle. Setelah sekian lama pelakon dan penyanyi ini mendiamkan diri, kini Fatin Afeefa mula memunculkan diri menjadi duta produk penjagaan kulit Korea halal dan vegan pertama di Malaysia, L.Soulle. Fatin turut menyatakan keterujaannya atas kerjasama ini, malah menyifatkan L.Soulle cukup sesuai dengan kulit wanita di Malaysia.Fatin Afeefa Mula Menjinakkan Diri Bertudung, Jadi Duta Produk Korea L.Soulle

Fatin Afeefa Sedang Cuba Untuk Menjadi Muslim Yang Lebih Baik

Penampilannya di pelancaran produk L.Soulle telah menarik perhatian warganet apabila Fatin tampil memakai skirt beserta tudung merah jambu. Fatin menjelaskan bahawa dia sedang membaiki diri untuk menjadi muslim yang lebih baik

“Sekarang ni saya tengah fokus untuk mencuba menjadi muslim yang lebih baik”

“Nak kata saya berubah cara hidup, tidak juga sebab kita kan iman turun naik tapi kita cuba untuk jadi a better muslim lah”

“Saya takut kalau saya bagi statement tentang perubahan saya, orang akan cakap saya menunggang agama, sebab ada masa saya pakai jubah, ada masa saya pakai baju yang nampak pergelangan tangan, jadi yang terbaik boleh saya cakap sekarang ialah saya sedang mencuba” jelas Fatin. 

Perasaan Fatin Lebih Tenang Dan Ingin Menjadi Contoh Pada Anak-Anak

Fatin turut menyatakan bahawa dirinya kini semakin menjadi lebih tenang serta gembira dengan kehidupannya sekeluarga.

“Saya rasa sangat-sangat tenang, saya rasa lebih baik”

“Tapi tidaklah saya macam tertutup sangat sebab saya masih belajar. Awalnya, saya pun tak tahu nak pakai macam mana, agak struggle tapi lama-lama saya semakin konfiden dan selesa”

“Saya dan suami pun dah mula membuang benda yang haram dan tidak elok, sebab bila kita nak didik anak, kita kena jadi yang lebih baik”

“Sebab mereka belajar daripada ibu-bapa, jadi kalu kita masih melakukan hal yang tak baik, takut mereka akan tiru dan saya tidak ingin perkara itu berlaku” katanya. 

Maryam You Narae Turut Hadir Sebagai Personaliti Undangan

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran personaliti undangan dari Korea, Maryam You Narae dimana penglibatannya sebagai artis Korea akan menarik perhatian orang ramai terhadap barisan produk penjagaan kulit di Malaysia.

Fatin Afeefa Mula Menjinakkan Diri Bertudung, Jadi Duta Produk Korea L.Soulle Fatin Afeefa Mula Menjinakkan Diri Bertudung, Jadi Duta Produk Korea L.Soulle

“Saya tertarik kerana produk mereka punyai sijil halal. Ia bukan sesuatu yang mudah. Malah, produk ini juga sesuai digunakan untuk bayi” jelas Maryam.

“Seperti yang semua tahu, ada banyak produk Korea yang famous tapi saya tetap akan tengok kandungan sebagai seorang muslim”

“Kadang kalau kita pakai produk bayi, akan tak sesuai sebab terlampau berminyak, tapi tidak pada produk ini” jelas Maryam. 

Produk L’soulle ini boleh didapati menerusi platform Shoppe, Lazada L.Soulle Malaysia serta Aeon Wellness.

Fatin Afeefa Mula Menjinakkan Diri Bertudung, Jadi Duta Produk Korea L.Soulle

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI