Pagi ini kita dikejutkan dengan berita pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey yang baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Menurut isteri Allahyarham, Nor Hidayah, Abam demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
Ads
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak kepada Astro Gempak.
Turut terkesan dengan pemergian Allahyarham, aktres terkenal Fasha Sandha juga meluahkan rasa sedihnya dan mengimbau kembali memori dimana Abam sempat masakkan mee kari untuk dua minggu yang lalu disebabkan dia mengidam.
Allahuakbar, Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee ,lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua. Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu…. Allahuakbar Jom semua followers kesayanganku, Mohon sedekahkan AlFatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin… 😢
Ads
Ramai yang sebak dengan pemergiannya dan turut tidak menyangka Allahyarham akan pergi secepat ini. Pastinya semua akan merindui lawak jenaka yang sangat mencuit hati. Al-fatihah…
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dato Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tok Ti ini memang menjadi pujaan hati seluruh rakyat Malaysia. Apa sahaja yang dilakukan olehnya pasti mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja menawan hati semua dengan nyanyiannya yang merdu, rupa-rupanya gelak tawanya boleh buat semua yang mendengar menjadi cair!
Baru-baru Tok Ti telah memuat naik di instagramnya sebuah video teaser vlognya. Apa yang mencuri tumpuan semua adalah aksi comelnya ketika sedang memasak di dapur sambil melayan anak tersayang iaitu Siti Aafiyah.
Menjadi seorang ibu adalah saat paling terindah buat hidup seorang wanita. Apatah lagi jika dapat menyusukan anak dengan susu badan. Namun kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.
Siapa sangka selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, Siti Mastura 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara. Bukan sedih kerana mendapat berita mengejutkan itu, tetapi kerana terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyusukan anak keduanya itu.
Namun sebagai hamba-Nya dia hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah kini sudah hampir dua tahun berjuang sebagai pesakit kanser walaupun ia sudah sampai ke tahap empat.
Sepanjang tempoh itu mulutnya tidak lepas mengucapkan zikir pada Allah dan turut mengamalkan doa dengan membaca surah Al-Mulk sebagai penawar kepada kesakitan di tanggung.
Mengimbau detik ketika tahu dirinya menghidap kanser payudara berkenaan, sebelum itu dia kerap mengalami demam dan ketika hamil dua bulan pula mengalami sakit belakang.
Sebaik melahirkan anak, Siti Mastura turut mengalami bengkak susu yang sangat menyakitkan. Setelah dibuat pemeriksaan MRI dan ujian biopsi dilakukan, barulah dia diberitahu penghidap penyakit yang sakit digeruni semua wanita.
“Kanser ini sudah melarat ke bahagian tulang. Malah saya sebenarnya sudah berada di tahap empat, tetapi syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kepada Tuhan.
“Sejak saya tahu disahkan kanser, saya tidak pernah putus semangat. Saya sentiasa berdoa, memperbanyakkan selawat dan zikir kepada Allah SWT. Dalam banyak-banyak doa, ada satu yang saya pilih.
“Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat,” ujarnya yang turut menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan sesi.
Bukan itu sahaja setiap bulan dia turun menjalani rawatan untuk tulang dengan doktor pakar. Dan sebagai rakyat yang tinggal di Brunei dia sangat beruntung kerana Sultan Brunei menampung keseluruhan kos rawatan kanser di hospital.
“Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur kerana suami serta anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah sumber kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.
“Saya selalu ingatkan diri ini tidak sakit. Saya reda dengan ujian yang Tuhan berikan pada saya. Cuma memang saya sedih kerana baby saya hanya sempat menyusu badan sebulan sahaja,” tambah Siti Mastura yang tidak lekang dari mulutnya berzikir berulang kali kepada Allah.
Walaupun berdepan sakit yang getir, namun Siti Mastura tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Biarpun kadang kala agak penat, namun tugasnya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik pelajarnya digalas cukup baik.
“Sebenarnya jika kita ditimpa sakit itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Saya juga tidak bersendirian menyimpan cerita ini sebaliknya berkongsi dengan teman-teman baik dan saling memberi sokongan satu sama lain.
“Maklumlah payudara itu adalah mahkota kita paling berharga. Bagaimana perasaan jika kita kehilangannya. Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak pernah merasakan diri serba kekurangan.
“Jadi pesan saya kepada hijabi di luar sana jika ada perasan kehadiran lump di bahagian payudara segeralah membuat pemeriksaan dengan pakar. Jangan bertanggung kerana sakit ini tidak ada tanda sakit. Macam saya bila periksa terus tahu sudah sampai stage membahayakan.
“Ujian ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang penting kita perlu jaga kesihatan. Dan sepanjang pengalaman saya berjuang sebagai pesakit kanser ini saya anggap sebagai beautiful journey,” tambahnya yang mengingatkan tidak perlu risau dengan anak-anak (jika sakt) kerana tahu Allah akan menjaga anak-anak kita.
Siti Mastura ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.
Baru-baru ini negara digemparkan dengan berita mengujakan apabila skuad wanita dari kem olahraga negara berjaya melakar sejarah pada saingan Terbuka Singapura dengan merangkul kejuaraan pada acara 4×100 meter(M) sekaligus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Skuad antarabangsa wanita negara itu terdiri daripada atlet Zaidatul Husniah Zulkifli, Azreen Nabila Alias, Nur Aishah Rofina Aling dan Nur Afrina Mohamad Rizal telah membuktikan meskipun tiga daripada mereka berhijab, namun itu tidak menjadi halangan tampil dengan persembahan yang memukau di Stadium Nasional Kallang itu.
Skuad wanita negara yang ditempatkan di lorong ketujuh adalah Azreen yang memulakan persaingan untuk memintas pelari pecut dari Thailand dan Singapura di awal perlumbaan.
Sejurus itu Zaidatul Husniah pula mengambil tempat sebagai atlet pecut bagi 100 meter seterusnya sebelum menyerahkan baton kepada Nur Afrina selaku peserta ketiga yang kembali menghambat kelompok hadapan.
Manakala, pecutan pada 100 meter terakhir disempurnakan oleh Nur Aishah yang sepantas kilat cuba mengejar pelari tuan rumah sebelum melakukan pintasan pada pusingan akhir (final lap) sekaligus menamatkan perlumbaan dengan merangkul pingat emas buat Malaysia dengan catatan masa direkodkan pada 45.7 saat.
Sekadar info, skuad bagi pasukan lelaki dianggotai oleh Mohd Haiqal Hanafi, Abdul Wafiy Roslan, Mohd Arsyad Md Saat dan Jonathan Nyepa turut memberikan persembahan yang unggul dalam acara sama. Bagaimanapun, ekoran terdapat kesalahan yang dilakukan semasa perlumbaan kemenangan itu terpaksa dibatalkan dan menyerahkan kemenangan kepada kuartet Australia.