Baru-baru ini negara digemparkan dengan berita mengujakan apabila skuad wanita dari kem olahraga negara berjaya melakar sejarah pada saingan Terbuka Singapura dengan merangkul kejuaraan pada acara 4×100 meter(M) sekaligus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Skuad antarabangsa wanita negara itu terdiri daripada atlet Zaidatul Husniah Zulkifli, Azreen Nabila Alias, Nur Aishah Rofina Aling dan Nur Afrina Mohamad Rizal telah membuktikan meskipun tiga daripada mereka berhijab, namun itu tidak menjadi halangan tampil dengan persembahan yang memukau di Stadium Nasional Kallang itu.
Hijabi Pertama Berjaya Mencabar Thailand Dan Singapura Di Awal perlumbaan!
Skuad wanita negara yang ditempatkan di lorong ketujuh adalah Azreen yang memulakan persaingan untuk memintas pelari pecut dari Thailand dan Singapura di awal perlumbaan.
Ads
Sejurus itu Zaidatul Husniah pula mengambil tempat sebagai atlet pecut bagi 100 meter seterusnya sebelum menyerahkan baton kepada Nur Afrina selaku peserta ketiga yang kembali menghambat kelompok hadapan.
Manakala, pecutan pada 100 meter terakhir disempurnakan oleh Nur Aishah yang sepantas kilat cuba mengejar pelari tuan rumah sebelum melakukan pintasan pada pusingan akhir (final lap) sekaligus menamatkan perlumbaan dengan merangkul pingat emas buat Malaysia dengan catatan masa direkodkan pada 45.7 saat.
Ads
Sekadar info, skuad bagi pasukan lelaki dianggotai oleh Mohd Haiqal Hanafi, Abdul Wafiy Roslan, Mohd Arsyad Md Saat dan Jonathan Nyepa turut memberikan persembahan yang unggul dalam acara sama. Bagaimanapun, ekoran terdapat kesalahan yang dilakukan semasa perlumbaan kemenangan itu terpaksa dibatalkan dan menyerahkan kemenangan kepada kuartet Australia.
Buah manggis merupakan salah satu buah tempatan yang memang sedap dimakan. Isinya pula memang manis. Tetapi, tahukah anda sebenarnya kulit buah manggis ini juga punya banyak manfaat untuk kesihatan.
Ini antara 5 manfaat kulit manggis untuk kesihatan:
1. Melancarkan Metabolisme Tubuh
Salah satu manfaat kulit manggis adalah melancarkan metabolisme tubuh. Caranya mudah sahaja.
Korek bahagian dalam buah manggis yang lebih lembut dalam 2 hingga 3 biji. Pisahkan daripada kulit yang keras. Kemudian, kisar kulit sampai halus seperti krim. Anda boleh menambah perasa lain seperti gula, coklat atau avokado agar rasa tidak terasa pahit.
Hasilnya, anda akan buang air kecil dengan lebih lancar dan terhindar daripada senggugut. Minuman ini elok diminum secara rutin, sekurang-kurangnya seminggu sekali.
2. Baik Untuk Kesihatan Mata
Kulit manggis merupakan ubat herba yang baik untuk memperbaiki penglihatan mata terutamanya mereka yang menghidapi penyakit mata minus (miopia).
Ia mampu mengaktifkan semula sel-sel mata yang sudah mati dan penglihatan akan menjadi semakin tajam.
Jadi, mulakan pengambilan air rebusan kulit manggis atau dalam bentuk suplemen secara rutin. Selain itu, anda perlu mengubah gaya hidup dengan tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh merosakkan mata.
3. Menyembuhkan Sakit Jantung
Kulit manggis juga sangat baik untuk jantung. Kandungan kulit manggis akan memperkuat pembuluh darah dan mengaktifkan sel-sel jantung dengan cepat.
Insya-Allah, penyakit jantung tersebut akan sembuh. Sebaiknya, ambil kulit manggis ini bersama olahraga kardio secara teratur untuk hasil terbaik.
4. Memperbaiki Masalah Pencernaan
Kulit manggis tenyata mampu memperbaiki masalah pencernaan dengan cukup baik seperti cirit birit. Kulit manggis memiliki sifat antibakteria yang mengeluarkan racun serta kotoran yang ada dalam tubuh.
Kisar kulit manggis bersama campuran air lalu minum dengan segera agar masalah cirit birit cepat sembuh. Jus kulit manggis juga boleh diminum dengan kerap untuk menyihatkan usus atau sebagai zat probiotik yang baik.
5. Baik Untuk Penderita Diabetes
Penghidap diabetes kini tidak perlu risau lagi untuk mengawal gula dalam darah kerana kulit manggis memiliki bahan yang dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan membuang gula tersebut daripada tubuh melalui air kencing.
Minum jus kulit manggis setiap dua hari sekali untuk hasil yang terbaik. Selain itu, atur pola pemakanan anda agar karbohidrat yang masuk ke dalam tubuh tidak terlalu banyak.
Wanita dan solekan sememangnya sahabat karib yang tak boleh dipisahkan. Malah, sesi menatarias wajah tidak akan sempurna jikan tidak mengoleskan pemerah bibir atau gincu yang mampu menaikkan lagi seri solekan sekiranya hijabi bijak menyesuaikan warnanya!
Tetapi lambakan rona warna gincu di pasaran sering membuatkan perempuan menjadi runsing, kerana tak tahu warna yang bagaimana sesuai digayakan dengan pelbagai jenis solekan dan menaikkan seri wajah.
Sebagai panduan anda, di sini Hijabista senaraikan beberapa tip yang boleh diaplikasikan ketika memilih warna gincu, mengikut kesesuaian warna kulit, sekaligus menaikkan seri wajah anda!
Tahukah anda, bahawa warna dan tona kulit seseorang sebenarnya memainkan peranan yang amat penting dalam menatarias wajah dan solekan. Ramai yang sering mengabaikan ‘fakta’ ini dan gagal memilih warna gincu yang tepat untuk disuaipadan dengan tona kulit.
Justeru, langkah pertama yang sis perlu lakukan untuk mendapat lipstik yang bersesuaian adalah, kenal pasti terlebih dahulu, warna dasar kulit anda!
Warna dasar kulit wanita di Asia khususnya boleh dibahagikan kepada tiga kategori tona warna iaitu tona sejuk (Cool Tone), Tona panas (Warm Tone) dan Neutral.
Tona-tona ini dapat diklasifikasikan dan ditentukan dengan mudah, caranya anda hanya perlu melihat pembuluh darah yang ada pada tangan masing-masing je.
Bagi mereka yang mempunyai tona kulit sejuk, biasanya mempunyai pembuluh darah yang jelas kelihatan berwarna biru. Mereka dengan pembuluh darah berwarna ini, umumnya mmepunyai kulis yang putih dan cerah serta adakalanya berkulit pucat kerana terlalu cerah.
Oleh itu, jika anda mempunya tona kulit yang sebegini dan mendambakan ‘natural look’ dalam solekan anda, penggunaan warna gincu yang semula jadi seperti warna merah jambu, merah jambu-pastel atau merah jambu-belacan merupakan pilihan yang paling tepat!
Namun, sekiranya anda inginkan ‘extra look’ yang lebih seksi bak mira Filzah, bolehlah memilih gincu berwarna merah darah ataupun merah kecoklatan dan juga merah hati kerana ia mampu memberi impak classy kepada solekan anda!
Kulit bertona neutral adalah warna dasar kulit kebanyakkan wanita Asia. Pemilik warna dasar kulit ini, mempunyai pembuluh darah yang samar-samar tidak terlalu biru mahupun hijau.
Warna tona kulit neutral bermula dari warna kulit yang terlihat yang boelh dikategorikan sebagai ‘kuning langsat’ hinggalah kepada tina warna lebih gelap yang dikategorikan sebagai ‘sawo matang’.
Bagi si kuning langsat, rona gincu dalam tona merah jambu tua dan merah jambu-pic adalah pilihan warna yang mampu menaikkan seri wajah anda jika mahu tampil minimalis dalam solekan natural seperti Yuna ini.
Tetapi jika anda juga boleh mengoles bibir dengan warna yang lembut, seperti soft-peach hingga pic gelap untuk mendapatkan soft looks dalam penampilan ringkas seharian.
Malah, jika inginkan kelainan dan berani tampil ‘bold’, Hijabi disarankan untuk memilih warna merah menyala atau oren terang pula, kerana rona warna ini mampu menyerlahkan lagi sisi memukau dan berani si pemakai!
Jika sis memiliki kulit sawo matang pula, adalah amat digalakkan memilih gincu berwarna merah tetapi ke arah yang lebih gelap contohnya seperti, warna merah beri dan warna coklat koko kemerahan. Pastikan anda menjauhi warna-warna yanh terlalu terang seperti oren ataupun merah jambu.
Ini demikian kerana, warna-warna yang terlampau terang akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap dan solekan kelihata kelam membosankan dan tidak bermaya.
Bagi pemilik warna dasar kulit panas pula, mereka mempunyai pembuluh darah yang tidak terlalu kelihatan samada berwarna biru ataupun hijau.
Tona warna kulit jenis ini, dapat dikategorikan dalam beberapa tona warna gelap seperti tan, coklat gelap dan hitam. Malah, jika anda pandai menatarias wajah dengan solekan yang tetap warna kulit ini tetap tidak menghalang anda untuk menyerlah dan kelihatan cantik persis finalis Dewi Remaja yang sorang ini, Eiman.
Anda disarankan untuk menggunakan gincu berwarna merah jambu-pastel yang gelap, warna ini bakal menyerlahkan lagi sisi semulajadi dalam penampilan anda. Anda akan terlihat ‘Efforless Natural Beauty’. Jika ingin serlahkan keanggunan dan keayuwan wajah anda pula, gunakan warna coklat muda atau pic gelap amatlah disarankan!
Bagi yang mempunyai warna kulit yang lebih coklat tua hingga hitam pula, jangan risau sis! Masih ada pewarna bibir yang sesuai untuk anda lengkapkan solekan pada wajah tu.
Pilihlah warna ungu muda atau ungu tua kerana ia merupakan pilihan terbaik bagi penampilan natural look anda. Pemilihan warna ungu kemerahan dan merah bata terang pula, boleh membantu membuatkan sisi seksi anda lebih menyerlah dan ketara tau.
Dah tau cara nak pilih gincu mengikut tona kulit kan? Jangan lupa aplikasikan setiap kali membeli lipstik nanti tau!
Sebut sahaja nama Puteri Sarah Liyana yang lebih mesra disapa sebagai Sarah itu, pasti semua wargamaya cakna berkenaan kemelut rumahtangga yang dialaminya, apabila suaminya yang juga merupakan Pengarah filem terkemuka, Syamsul Yusof telah mendua dan memutuskan untuk berkahwin dengan penyondol Ira Kazar.
Berikutan itu, Sarah, 38 telah nekad mengambil jalan muktamad memfailkan perceraian esok (Isnin), berikutan tidak kuat untuk menjalani alam ‘bermadu’ sekaligus mrngakhiri kemelut yang menimpa rumah tangganya dengan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, 39.
Menurut Sarah, walaupun dirinya teruji selama empat tahun terpaksa memendam perasaan dan menjeruk rasa, menelan segala apa yang berlaku dalam rumahtangganya selama ini.
Namun perkara itu langsung tidak mengoyahkan mahupun memadam kepercayaanya terhadap lelaki. Sebaliknya, Sarah yakin masih ada lelaki budiman di luar sana yang menjaga dan mengasihi isterinya hingga nyawa memisahkan.
“Sarah bersikap ‘neutral’ sahaja dan tak boleh nak menghakimi semua lelaki dengan mengatakan mereka adalah sama.
“Ada lelaki baik, cuma yang baik itu belum jumpa lagi, insya-Allah,” ungkapnya.
Ditanya berhubung keputusan memfailkan penceraian, ini respon Sarah. Jelasnya, tiada perkara yang mampu mengubah keputusan itu, malah dia juga nekad tidak akan berpatah arang, berkerat rotan dengan menarik semula tuntutan penceraiannya selepas dilaksanakan kelak.
Sarah akui bahawa air matanya juga sudah kering mengenangkan rumah tangga yang dibina bersama lelaki yang dicintai akhirnya hancur berderai, apabila kesetiannya dikhianati dek gangguan orang ketiga.
Tegasnya lagi, keputusan yang diambil ini bukanlah keputusan yang mudah, malah keputusan ini sudahpun mendapat sokongan dan persetujuan penuh keluarganya dan keluarga belah mertua, Sarah yakin keputusan ini merupakan jalan terbaik buat dirinya dan anak-anak.
“Memang Sarah sudah nekad. Benda ini bukan berlaku minggu lepas, bulan lepas atau tahun lepas, tetapi sudah lama.
“Sarah pun sudah lama memikirkannya. Kalau boleh memanglah tak nak perceraian berlaku, tetapi, penghujungnya Sarah tanggung derita.
“Katalah kalau tak jadi cerai, apa yang berlaku kemudian, Sarah juga tanggung sendiri. Perbincangan dengan keluarga sudah dibuat dan kami sudah mempertimbangkan segala baik dan buruk.
“Apa yang penting, anak-anak dan hubungan Sarah dengan keluarga mentua baik,” ujarnya.
Fazura kongsi quote wanita solo bertulis “Bujang itu bukan sumpahan, sebenarnya itulah pakej mewah” yang membawa mesej mendalam tentang self-worth, kematangan dan kebahagiaan tanpa tekanan status.