Walaupun sudah berpisah tetapi tidak semestinya hubungan yang ada terus menerus berantakan. Bagi instafamous atau blogger, Farah Lee yang kini menuntut pengajian di UK teruja apabila ‘pengantin baru’ iaitu bekas suaminya turut menghantar dia dan anaknya di KLIA sebelum meninggalkan Malaysia.
Melalui posting dimuat turun, Farah Lee dan anaknya Maream Esabel yang berangkat ke United Kingdom turut dihantar Ally dan isteri barunya.
Tambah Farah Lee oleh kerana ini pertama kali anaknya bertemu isteri Ally yang dipanggil ‘ibu’ hingga menyebabkan terlupa untuk mengambil gambar berempat.
Malah dia turut mendokan pasangan ini terus mendapat dan membagi sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga serta kekal hingga ke syurga.
Dia juga turut mengusik pengantin baru ini agar cepat dapat anak dan memberi Maream adik supaya boleh kurang sedikit tekanan yang dirasai olehnya.
Penantin baru hantar #ommareambalik UK First time Maream jumpa Ibu tapi kalut2 tadi terlupa nak ambik gambar berempat ? Barakallahufik to both Daddy and Ibu. Moga mendapat dan membagi sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga. Dan berkekalan hingga Syurga. Cecepat bagi Maream baby brother okay.? Kurang sket pressure omma
Sementara itu, personaliti dan Pengacara popular, Ally Iskandar 43 tahun selamat menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihan hatinya, Marlina Ibrahim yang berasal dari Temerloh, Pahang.
IKLAN
Dalam majlis berkenaan kedua pasangan cukup cantik menggayakan persalinan serba putih di majlis yang dihadiri sanak saudara serta rakan terdekat.
Mengambil keberkatan bulan Syawal, Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 dan senaskhah al-Quran kepada Marlina.
IKLAN
Sebelum ini Ally pernah berkahwin dengan Nurfarahin Romli pada 20 Januari 2012, namun mereka bercerai pada 17 Ogos 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Maream Esaabel yang kini berusi 5 tahun dan dibawah jagaan ibunya yang dikenali dengan nama Farah Lee.
Memandangkan keadaan pandemik di negara kita semakin membimbangkan ekoran wabak covid-19, anda semua kini disarankan untuk memiliki sendiri alat Pulse Oximeter di rumah.
Apa itu alat Pulse Oximeter? Ia merupakan alat pengukur paras oksigen dalam darah kita. Alat ini biasanya digunakan untuk memantau keadaan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi tahap oksigen dalam darah seperti Penyakit Obstruktif Paru-Paru Kronik (COPD), penyakit Asma, Pneumonia, kanser paru-paru, Anemia, sakit jantung, kecacatan jantung kongenital dan lain-lain.
Ramai peniaga yang kini menjualnya di atas talian namun tidak kurang ramai juga yang mengambil kesempatan dengan menjual alat yang palsu dengan harga yang murah.
Jangan tertipu semua! Sebaiknya kita carilah yang asli seperti yang disarankan oleh MDA sendiri. Biarlah melabur sedikit, janji kesihatan tidak tergadai.
Menurut perkongsian Ilham Media di Facebook, mereka telah berkongsikan alat Pulse Oximeter yang murah dan berfungsi dengan baik yang dijual secara atas talian.
Hati-hati beli oximeter gaiss!
Sejak semalam viral pasal oximeter ni.. semua pakat nak beli. Musim wabak ni, setiap rumah memang kena ada satu benda ni. Untuk test paras oxygen dalam darah. Tapi kena hati2 ye sebab min jumpa banyak yang fake!! Pensel pun dia boleh detect..huhu
Lepas survey2, min rasa ni antara yang paling trusted, murah dan sangat accurate. Ramai dah test kat pensel, pen, tangan kucing semua dia tak detect. Kat jari manusia je. Boleh connect Bluetooth, save data dalam fon untuk android dan apple.
Setiap wanita yang meninggalkan puasa wajib qada’ puasa tersebut sebelum bermulanya Ramadan yang akan datang. Atas alasan tertentu, anda tidak sempat menghabiskan qada’ puasa dan masih ada beberapa hari lagi yang tinggal.
Sekiranya hal ini terjadi, anda perlulah membayar fidyah. Apa itu fidyah? Fidyah merupakan denda ke atas individu Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti bulan Ramadan.
Hukum membayar fidyah adalah wajib dan ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Sekiranya ia tidak dibayar, ia ibarat satu hutang kepada Allah Taala. Jadi, jangan memandang ringan hal ini ya hijabi. Ia mudah sahaja jika anda faham konsepnya.
Di Mana Boleh Bayar Fidyah?
Fidyah boleh dibayar secara terus kepada fakir miskin atau menerusi Pejabat Zakat atau Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing. Untuk memudahkan anda, bayaran fidyah juga boleh dibayar secara online melalui e-zakat atau mengikut bank tertentu.
Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Cara Bayar Fidyah
1. Tetapkan Negeri Anda
Kadar bayaran fidyah berbeza mengikut harga yang telah ditetapkan oleh sesebuah negeri. Rujuk laman web Pejabat Agama Negeri untuk mendapatkan nilai secupak beras. Kebiasaannya, kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan adalah secupak beras dan nilai secupak beras itu akan ditukar dalam bentuk Ringgit Malaysia.
2. Buat Kiraan
Contohnya seperti Lembaga Zakat Selangor, satu hari puasa yang ditinggalkan bersamaan dengan RM1.80. Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Jadi, sekiranya seseorang itu meninggalkan puasa selama 3 hari, maka kadar fidyahnya adalah:
RM1.80 (1 cupak) x 3 hari = RM5.40
3. Buat Bayaran
Bayar fidyah secara tunai – Boleh dilakukan di pejabat agama atau pejabat zakat negeri atau melalui wang pos.
Bayar fidyah secara online – Melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeri, Maybank2U.
Foto: Laman Web Lembaga Zakat Selangor
Ini caranya jika anda mahu bayar menggunakan Maybank2U:
Klik ‘Bill Payment’ dan klik pada ‘Make A One-Off Payment’
2. Klik ‘Zakat & Charity’
3. Pilih Pusat Pungutan Zakat/Fidyah Negeri masing-masing
4. Pilih ‘Fidyah’
5. Masukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar. Selesai!
Tetapi, ia bergantung juga kepada jenis bank atau negeri. Kemungkinan sesetengah negeri tidak mengaktifkan akaun mereka untuk membayar fidyah online.
Dah, jangan tangguhkan lagi bayaran fidyah. Sila bayar sekarang sebelum anda terlupa. Ingat, jika anda tidak membayar fidyah, ibarat anda berhutang dengan Allah!
Sesetengah individu mengalami masalah di mana berat badan tidak naik-naik walaupun sudah makan dalam kuantiti yang banyak. Keadaan ini tentu akan membuatkan anda stress dan asyik memikirkan cara yang sesuai untuk menaikkan berat badan.
Pasti ada sebab mengapa berat badan anda tidak naik-naik walaupun anda sudah makan dengan banyak. Menerusi perkongsian di akaun Facebook milik pakar pemakanan bernama Alhafizah A. Ramos, dia turut berkongsi sebab berat badan susah naik meskipun sudah makan dengan banyak.
Kebanyakan individu yang kurang berat badan akan fikir bahawa metabolisme badan mereka tinggi. Mungkin ya. Tetapi sebenarnya ada beberapa faktor dan sebab lain yang menjadi punca berat badan anda statik.
Jom kita baca punca-punca yang dikongsi oleh Alhafizah A. Ramos. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Kenapa Makan Banyak Tapi Susah Naik Berat Badan?
Golongan kurang berat badan selalu tersisih bila dietitian bercerita pasal makanan. Asyik cerita macam mana nak kurus, nasib mereka yang kurus pula tak terbela. Marilah cerita sikit pasal topik ni.
Biasanya orang yang kurang berat badan, akan fikir yang metabolisma badan mereka tinggi. Sebab tu susah naik berat badan walaupun dah makan macam gajah! Betulkah? Anda pasti anda makan macam gajah? Memang betul ada sesetengah orang mewarisi genetik metabolisma yang tinggi. Makan sikit, tapi kalori terbakar banyak.
Tapi ada banyak faktor lain mengapa anda susah sangat nak naik berat. Metabolisma tinggi tak boleh dijadikan alasan semata. Mesti ada tabiat makan yang anda amalkan, menjadi punca berat badan tak naik-naik.
Saya akan senaraikan antara sebab-sebab umum.
SEBAB 1: SUKA SKIP MAKAN
Ini memang antara punca utama. Believe it or not, food is the last thing in their mind. Pelik kan. Tapi itulah mereka. Dorang malas fikir nak makan apa, nak makan mana. Mengunyah pun kalau boleh malas! Bukan macam kita. Tengah mengunyah sarapan dah fikir apa nak makan tengahari.
Bila malas makan, mula lah skip makan. Terutamanya sarapan. Sebab tiada selera atau alasan rush pergi kerja. Bila sibuk kerja, sanggup berlapar sebab kerja lagi penting daripada makan.
Kalau makan kurang, kalori sehari kurang, memang susah naik berat! Tabiat ini berbahaya kerana akan mengundang sakit gastrik. Bila sekali kena, lagi merana hidup. Serius.
Jadi, cuba jangan skip makan. Sesibuk mana pun, standby sekurang-kurangnya satu kotak susu. Cuba tanamkan rasa cinta pada makanan yang sedap-sedap. Tanam azam, untuk makan sarapan, tengahari dan malam setiap hari. Kalau sahur, jangan sahur air kosong ja. Tiada kalori! Paling kurang cuba minum susu atau overnight oat campur susu.
SEBAB 2: MAKAN SEDIKIT
Bila makan, tak banyak pun. Dia kata, dia dah ambil sarapan. Tapi sarapan dia kopi 3-in-1 sahaja. Berapa kalori lah sangat. 20-50 kalori, semua gula. Sekejap dah terbakar. Banyak makan pun, kebanyakannya makanan ringan macam kerepek, aiskrim, roti krim… Susah nak tengok makan nasi lauk. Memang tak cukup kalori lah untuk naik berat .
Ada pula yang suka tunggu sampai perut betul-betul lapar sampai hypo baru nak makan. Bila makan berialah ambil nasi lauk banyak2. Orang tengok pun macam tak percaya! Kurus tapi makan banyak gila! Tapi kawan-kawan tak tahu dah berapa hari dah dorang tak makan sepinggan. Haha.
Ada yang suka order makanan banyak2. Tapi bila makan susah nak habis sebab cepat rasa kenyang! Yang jadi mangsa kawan DBKL yang paksa rela perabih semua makanan dia. Kenapa dorang ni cepat kenyang?
Perut ni kenyal seperti getah. Bila puasa, perut hanya sebesar 50-200 ml sahaja. Tapi bila makan, ia boleh mengembang sehingga 2 – 4 liter untuk muatkan makanan! Bagi perut yang sudah terbiasa makan banyak, kapasiti perut adalah lebih besar. Selagi tak penuh, tak kenyanglah! Tapi bagi orang yang kurus, biasanya perut susah mengembang sebab perut mereka jarang-jarang penuh dengan makanan. Baru makan sikit dah rasa sebu.
Apa yang boleh dilakukan oleh orang perut ‘kecik’:
– Cuba makan sikit-sikit tapi kerap. Daripada makan berat 3 kali sehari, cuba pecahkan jadi 6 kali sehari. Buat alarm reminder untuk makan pada waktunya! Jangan cuba-cuba skip! Nak naik berat ka tak nak?
– Makan sayur yang sudah dimasak. Bukan ulam atau salad kerana sayur mentah besar saiznya. Nanti perut cepat penuh dan cepat kenyang.
– Jangan makan masin atau pedas sangat. Nanti banyak minum, cepat kenyang. Macam mana nasi nak habis?
– Kurangkan makan sup-sup seperti bakso, laksa, mihun sup. Minum sup ni buat cepat rasa kenyang air semata. Kalori pula tak banyak.
– Makan makanan yang tinggi kalori tapi jumlah sedikit. Contohnya; kekacang (segenggam 150 kalori) atau chia seed (sesudu makan 130 kalori – tabur2 atas air, nasi, sayur), buah kering (contoh: kismis satu genggam 120 kalori)
– Tambah ekstra kalori dalam masakan. Contohnya, tambah cheese dalam telur dadar, makan buah sapu peanut butter, gaul minyak zaitun di nasi kosong, minum oat dengan susu.
– Sediakan snek di tempat kerja. Lapar ja, kunyah terus! Tapi jangan pula snek tak sihat. Biskut kering sapu peanut butter (pilih yang 0 gram Trans Fat/Lemak Trans spt jenama Jacob dan tidak bergula), kekacang, kismis, kurma adalah antara snek sihat.
SEBAB 3: MAKAN TERLALU PERLAHAN
Makan perlahan juga sebenarnya menyebabkan kita kenyang cepat. Terlalu fokus pada makanan yang hendak di makan akan menyebabkan kita mudah habis selera. Kau tengok nasi, nasi tengok kau, kuis-kuis sampai hilang selera! Macam mana nak dapatkan kalori?
Bukanlah nak suruh makan laju sampai tersedak. Tapi cuba jangan makan terlalu perlahan . Makan macam biasa. Jangan tengok sangat makanan tu. Makan ja. InsyaAllah anda akan berjaya habiskan makanan!
Atau makan bersama kawan-kawan. Sambil berborak, anda takkan sedar yang makanan tiba-tiba dah habis sebab sebok sangat membawang. Makan sambil tengok cerita korea dekat laptop pun boleh membantu anda habiskan makanan tanpa sedar.
SEBAB 4: TERLALU BANYAK MINUM AIR KOSONG
Memang air penting untuk kesihatan. Tapi air kosong tiada kalori. Terlalu banyak minum air kosong juga akan menyebabkan kekenyangan sepanjang hari. Elakkan makan berulam air. Minum hanya selepas habis makan. Cuba minum air yang berkalori. Sebagai contoh:
Jus buah, disaring (tiada gula)
Skimmed milk
Air kosong tabur chia seed
SEBAB 5: KURANG ZAT DALAM BADAN
Kekurangan vitamin dan mineral sebenarnya didapati boleh menyebabkan selera makan hilang. Oleh sebab itu ada orang kata, bila makan suplemen vitamin B complex, jadi kuat makan. Sebenarnya bukan jadi kuat makan, tapi dia yang kurang zat (bila kurang makan, kita akan kekurangan zat). Jadi bila makan suplemen, orang yang kekurangan zat akan mula rasa lapar. Itu adalah normal.
Jika anda ingin tingkatkan selera makan, cuba makan suplemen vitamin B complex. Kapsul minyak ikan juga didapati boleh menaikkan selera. Lain orang mungkin lain hasilnya. Tapi apa salahnya mencuba!
Jadi mana satu tabiat anda? Kalau anda dah buat semua tips di atas ni tapi masih tak naik-naik berat, sila PM kerana saya tak percaya. Dan, jangan PM saya pula kalau anda cuba makan banyak tapi usaha tu on off. Untuk naikkan berat badan, kita perlukan masa 3-4 minggu makan banyak untuk nampak hasil. Ganbatte!
Perkara berkenaan dimaklumkan Nora menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, sebagai satu hantaran penghargaan kerana Betty merupakan sahabat yang sering menganjurkan majlis-majlis ilmu.