Sesungguhnya di sebalik setiap nama dalam asma’ul husna terdapat keistimewaan yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia. Allah SWT akan memakbulkan keinginan hamba yang berdoa dan berzikir dengan nama Nya sesuai dengan keistimewaan yang terkandung di dalam nama tersebut.
Barang siapa menghafalnya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Imam Bukhari) Allah SWT mempunyai asma’ul husna (nama-nama yang indah) maka memohonlah kepada Nya dengan menyebut asma’ul husna. (Surah Al A’raf, ayat 180)
Pasangan yang bekerja pasti sukar untuk menguruskan hal kerja dan rumah sekali gus. Mencari kesempurnaan melakukan tugasan, mungkin adakalanya terlepas pandang sesutu perkara. Bimbang dengan urusan demi menjalankan tugasan tidak perlu risau. Amalkan zikir Al Baari untuk memudahkan urusan bacalah zikir ini seawal pagi atau sesudah subuh sebelum memulakan tugasan.
Ads
Al Baari
Yang Maha Pembuat / Yang Menerbitkan Makhluk / Maha Menjadikan – Ia menjadikan segala-galanya, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
Ads
Fadhilat Al-Baari
Sekiranya dibaca ‘Ya Baarii’ sebanyak 100 X selama 7 hariberturut-turut, ketika berada di dalam kesukaran atau sedang sakit; Insya’Allah akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
Jika perempuan mandul berpuasa 7 hari dan ketika berbuka membaca “Al-Baariul Mushawwiru” sebanyak 21 X. Insya’Allah dikurniakan anak lelaki.
Sesiapa yang berzikir ‘Ya Baari’ pada siang hari sebanyak 100 X, Insya’Allah ia akan selamat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia di dalam kubur.
Sesiapa yang membaca ‘Ya Baari’ sebanyak 100 X, selama 7 malam berturut-turut, Insya’Allah akan disembuhkan segala penyakit yang dihidapinya.
Ustaz Don Daniyal dan ustaz Kazim Elias ada ajar selawat yang amat mudah dan pendek.jika kita amalkan Setiap Subuh. Setiap pokok, setiap batu dan setiap bagunan doakan pengampunan utk kita .
Menjadi bintang korea ataupun salah seorang Idol merupakan antara peluang keemasan bagi peminat k-pop yang semestinya tidak akan dilepaskan. Tambahan pula apabila ianya merupakan antara peluang yang julungkali ditawarkan.
Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan hijabi seorang ini yang juga merupakan antara pempengaruh (Influencer) terkemuka di Malaysia yang nekad menolak tawaran untuk berlakon dalam sebuah drama Korea terbitan Netflix kerana diminta melakukan suatu perkara yang keterlaluan dan tidak masuk akal!
Hijabi yang dikenali dengan panggilan Sabrina Azhar ini merupakan graduan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan dari Korea Selatan. Sekaligus, membuatkan dirinya tidak kekok dengan budaya dan norma sosial negara yang telah banyak melahirkan bintang K-pop dan juga Hallyu itu.
Namun, Sabrina akui dirinya sangat terkejut dengan permintaan serta syarat tawaran untuk memegang watak di dalam drama arahan pengarah Korea tersebut di Netflix. Sabrina telah diminta untuk melakukan pembedahan plastik terlebih dahulu sebelum dia dapat menjayakan watak di dalam drama berkenaan.
Berbekalkan ijazah dalam bidang bukan asing lagi dengan budaya dan norma sosial negara tersebut. Namun, permintaan untuk melakukan pembedahan plastik oleh pengarah drama tersebut adalah sesuatu diluar jangkaan.
“Saya amat terkejut apabila diminta melakukan pembedahan plastik di bawah mata, sebelum dapat berlakon dalam drama yang akan ditayangkan di laman penstriman popular di Korea iaitu Netflix.
“Sebagai seorang muslimah, saya telah menolak permintaan tersebut dan mengambil keputusan tegas untuk tidak menerima tawaran berkenaan kerana saya percaya bahwa pembedahan plastik merupakan sesuatu yang bertengangan dan amat ditegah menurut agama Islam,” katanya.
Perkara berkenaan dimaklumkan Sabrina sendiri menerusi satu hantaran di laman Tik Tok miliknya baru-baru ini, sekaligus menjadi sorotan warganet. Hijabista mendapati ketika artikel ini ditulis video berkenaan telah ditonton sebanyak 961.6 ribu tontonan dengan 138.3 ribu tanda suka.
Meninjau ke ruangan komen Hijabista mendapati, keputusan yang dilakukan oleh Sabrina adalah amat tepat apabila rata-rata wargamaya serta para pengikutnya memuji dan menyokong keputusan Sabrina itu.
Malah, ramai diantaranya yang merasakan Sabrina tidak perlu melakukan sebarang pembedahan untuk merubah wajahnya kerana dia sememanya mempunyai genetik cantik secara semulajadi. Terdapat juga yang mengutarakan pandangan bahawa sebarang kekurangan boleh sahaja diperbaiki hanya menggunakan solekan.
Sekadar Info, dunia hiburan Korea Selatan, amat mementingkan standard kecantikan yang sangat ketat. Sesiapa sahaj yang mahu memasuki industri ini harus memenuhi tuntutan untuk memiliki penampilan yang sempurna.
Berikutan tuntutan ini, ia telah mendorong bintang serta artis Korea untuk melakukan pembedahan plastik demi memenuhi standard tersebut.
Mandi merupakan salah satu daripada cara untuk membersihkan diri. Ia juga menjadikan tubuh terasa segar selain menjadikan tubuh lebih bertenaga. Namun seringkali kita mendengar larangan agar mengelakkan diri daripada mandi pada waktu malam.
PANDANGAN DARIPADA SUDUT AGAMA ISLAM
Apakah pandangan agama tentang perkara itu? Adakah memang ada nas yang melarang kita mandi pada waktu malam? Islam amat menitikberatkan tentang kebersihan. Bahkan, ALLAH SWT juga suka akan hamba-hamba-NYA yang bersih.
Hakikatnya, mandi merupakan salah satu daripada cara-cara untuk membersihkan diri. Malah, ALLAH SWT juga memerintahkan hamba-hamba-NYA supaya mandi.
Firman ALLAH SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri (mengerjakannya) solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan berjunub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi (bersuci).” (Surah al-Nisa’, ayat 43)
Berbalik kepada persoalan larangan mandi pada waktu malam, sebenarnya, tiada ayat al-Quran, hadis dan athar daripada para sahabat yang melarang berbuat demikian. Justeru, kita dibolehkan untuk mandi pada bila-bila masa sahaja yang kita mahu.
Pun begitu, terdapat beberapa pendapat dalam kalangan ahli ilmu tentang kemakruhan mandi ketika matahari hampir terbenam dan antara dua isyak (antara Maghrib dan Isyak).
Perkara itu jelas dinyatakan dalam kitab Mughni al-Muhtaj: “Dan adalah makruh memasukinya (tandas) ketika matahari hampir terbenam dan di antara dua isyak (antara maghrib dan isyak) kerana pada waktu itu syaitan berkeliaran.”
Sekalipun tiada larangan berkenaan, jangan sesekali kita abaikan nukilan ilmuan seperti yang dinyatakan tadi. Sebaiknya, cuba elakkan diri kita daripada memasuki tandas pada dua waktu tersebut melainkan ketika berhajat.
PANDANGAN DARIPADA SUDUT PERUBATAN
“Doktor,betul ke kalau mandi malam akan jadi paru-paru berair?” Selalu kita dengar kata orang tua “Jangan mandi waktu malam. Tak elok, nanti paru-paru berair”. Inilah antara kepercayaan atau ‘mitos’ yang biasa kita dengar dalam masyarakat Melayu berhubung soal mandi malam.
Bahkan sehinggakan anda dewasa, mitos yang sama masih kedengaran dan kadangkala anda juga akan bercakap sedemikian pada anak anda. Adakah benar mandi waktu malam punca penyakit paru-paru berair?
Paru-paru dikelilingi dengan satu lapisan tisu yang dipanggil sebagai pleura dalam. Begitu juga dinding dada, ia juga mempunyai lapisan pleura luar. Di dalam ruang diantara dada dan juga paru-paru terdapat ruang(pleura space). Dalam ruang tersebut ada sedikit cecair yang berfungsi sebagai pelincir supaya tiada geseran yang akan merosakkan tisu paru-paru apabila dada mengembang ataupun mengecut.
Perlu faham “paru-paru berair” didalam istilah perubatan ada beberapa terma: pulmonary oedema, pleural effusion, pneumonia. Semuanya tak sama! Ya memang pemahaman masyarakat semuanya dikata “paru-paru berair”. Bagi kami pengamal perubatan, kami perlu tahu lebih spesifik,air itu berada di rongga mana dan didalam konteks penyakit apa.
𝑷𝒖𝒍𝒎𝒐𝒏𝒂𝒓𝒚 𝑶𝒆𝒅𝒆𝒎𝒂
Pulmonary oedema ialah air terkumpul didalam ruang alveoli bila ada antaranya penyakit lemah jantung (jantung tidak boleh pam dengan baik dan air tersangkut didalam paru-paru) juga penyakit kronik buah pinggang (air berlebihan tidak dapat dibuang oleh buah pinggang).
𝙋𝙡𝙚𝙪𝙧𝙖𝙡 𝙀𝙛𝙛𝙪𝙨𝙞𝙤𝙣
Air berada didalam ruang pleura(pleura space). Contoh penyebab lemah jantung, sirhosis hati, nephrotic syndrome dan beberapa lagi. Jika buah pinggang rosak, badan tidak mampu menyingkirkan air dan ia akan terkumpul di dalam badan. Ia akan menyebabkan kaki anda bengkak. Jika terlampau teruk, air boleh berkumpul di dalam paru-paru menyebabkan masalah paru-paru berair.
𝑷𝒏𝒆𝒖𝒎𝒐𝒏𝒊𝒂
Pneumonia disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus dalam paru-paru yang menyebabkan keradangan berlaku. Inflamasi alveoli menjadikan terhasilnya air yang juga mungkin bertakung sedikit bersama dengan penyebab jangkitan itu disitu.
Rawatan diberikan untuk memastikan cecair perlu dibuang, mengelakkan berlakunya pembentukan cecair dan paling utama berikan perawatan kepada punca pembentukan cecair tersebut.
1. Merawat punca utama terjadi pleural effusion/congestive heart failure(CHF), infeksi,kanser. 2. Thoracentesis. 3. Tiub Dada (chest tube):prosedur ini menggunakan tiub (trocar) dimasukan kedalam ruang pleura(pleural space).
Jadi, mandi malam tidak ada kaitan langsung penyakit paru-paru berair! Tak logik,air yang kita mandi mengalir masuk melalui kulit dan terus mengalir ke paru-paru. Orang tua larang mandi malam mungkin dulu perigi ada di luar rumah.
Mandi malam itu bahaya, bukan penyakitnya tapi takut tak nampak jatuh perigi. Kan susah kalau dah jatuh perigi. Bimbang juga ada orang mengintai.
Sumber kredit: Dr Ahmad Samhan dan Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai rupanya wanita yang tidak sifat terbuka malah memendamkan apa yang dirasai. Malah, ramai juga wanita yang tidak memberitahu doktor tentang kesihatan diri kerana malu atau dianggap remeh.
Adakah perlu untuk wanita sifat lebih terbuka? Ataupun ada sesetengah tidak mahu rahsia terbongkar kepada sesiapa pun?
Jawapannya adalah ya! Sangat penting untuk wanita mempunyai kesedaran itu dan bersikap lebih terbuka dalam membicarakan tentang isu kesihatan diri sendiri. Menurut pengarah Obstetrik dan Ginekologi hospital UMRA, Dr Ummul Wahiy Abd Hakim berkata, keadaan wanita di luar sana yang ingin mengetahui tentang kesihatan diri mereka sendiri amatlah kritikal dan sangat diperlukan pada masa kini. Ini juga menurut dari doktor dan juga pakar sendiri.
Kebanyakan wanita tidak mempunyai pendidikan awal tentang pentingnya kesihatan berkaitan wanita. Ini mungkin menyebabkan sukar buat mereka untuk bersifat terbuka. Menurut doktor juga, semangat yang kurang menyebabkan golongan wanita ini takut untuk bertanyakan pada doktor.
Selain itu, faktor budaya juga menjadi peranan utama kerana kita telah diajar untuk tidak memberitahu sesetengah perkara yang dianggap memalukan atau tabu. Itu menyebabkan kebanyakan wanita sukar untuk memberitahu kepada orang lain.
Sebagai contoh, sekiranya wanita tersebut mempunyai masalah tentang alat sulit atau masalah intim bersama pasangannya sewajarnya berjumpa dengan pakar atau doktor tetapi kebanyakan wanita memberitahu rakannya.
“Kebanyakan wanita timbul rasa malu apabila ingin memberitahu kepada doktor tentang masalah kesihatan sulit kerana ia dianggap remeh,” jelas Dr. Ummul Wahiy kepada portal berita AWANI.
Menurut Dr. Ummul Wahiy, perkara sulit sebegini perlu didik sejak kecil lagi supaya kebanyakan antara kita akan bersifat lebih terbuka untuk membicarakan pelbagai isu wanita. Oleh kerana itu, bermula dari ibu bapa yang bersikap lebih terbuka dalam membantu anak-anak sekiranya memerlukan bantuan apa-apa.
Jadi, sebagai wanita kita perlu berani dan tidak segan untuk mempertahankan diri untuk kebaikan diri sendiri. Malah, sebagai orang sekeliling berilah sokongan kepada wanita diluar sana agar tidak takut untuk menyuarakan pandangan atau masalah tubuh badan anda.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.