Dramatis jelita kelahiran Pasir Mas, Kelantan Datin Seri Noniswara dikurniakan tiga cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertamanya iaitu Naveer Mihshon, Nurerysha Emyra dan Nazeer Danish.
Keakrabannya dengan anak-anak umpama sahabat baik.
“HUBUNGAN KAMI UMPAMA KAKAK DAN ADIK, KADANG-KADANG SEPERTI SAHABAT. SAYA BANYAK BERBUAL DENGAN ANAK-ANAK ANTARANYA TENTANG ISU SEMASA DAN AGAMA.
“SAYA JUGA BERSIKAP TERBUKA. MEREKA BOLEH BERKONGSI APA SAHAJA PERKARA DENGAN SAYA.”
Anak gadisnya, Nurerysha Emyra atau Erysha juga seorang pelakon berbakat besar yang sering meraih perhatian ramai khususnya di media sosial kerana mewarisi kecantikan ibunya itu.
Untuk info, pada 2017 nama Erysha pernah tular kerana memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beauty with brains!
“Erysha seorang yang sensitif dan mudah menangis, maklumlah anak manja Daddy. Pun begitu, walaupun manja dan lembut Erysha juga seorang yang tegas, ada pendirian dan tahu apa yang diinginkan.
Ads
“Kalau dengan saya, Erysha tetap nak makan bersuap. Waktu makan selalu minta disuapkan sampailah sekarang. Kalau berjalan suka dipimpin tangan. Apabila dia sedang bercakap, dia nak kita fokus dan mendengarnya dengan sepenuh perhatian. She likes to share with me,” kongsi Datin Seri Noniswara.
Katanya lagi, sejak kecil Erysha banyak terikut-ikut dengan caranya seperti bercakap, berjalan dan makan.
“Bila saya berdandan, dia akan perhati dan menunjukkan minat. Erysha juga seorang pembersih dan cerewet dalam menjaga kecantikan serta penampilan.
“Tudung mesti nak kemas. Susunan barang-barang pun kena perfect. Macam Mummy dia ni, perfectionist. Begitu juga dalam soal kesihatan, she is very concerned.
Ads
“Makanan semua nak yang berkhasiat dan organik. Kadang-kadang Erysha sendiri yang nasihatkan saya supaya jangan makan itu, jangan makan ini.”
Bercakap tentang masakan, Datin Seri Noniswara mengakui anak perempuan perlu tahu memasak.
Walaupun beliau tidak pernah memaksa namun Erysha sendiri menunjukkan minatnya untuk memasak. Begitu juga dengan anak lelakinya, Naveer Mihshon yang juga minat memasak.
“Kadang-kadang dua beradik ni kalau masuk ke dapur sebab nak masak sendiri menu kegemaran mereka. Kedua-duanya gemar memasak hidangan Barat or Italian.”
CIRI-CIRI MENANTU PILIHAN
“Bila dah sampai masanya pilihlah bakal suami yang beragama, berakhlak baik, berpelajaran, hormat orang tua, penyayang, berasal dari keluarga yang baik-baik dan boleh membimbing Erysha ke jalan yag benar.
Ads
“Sebagai ibu sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk masa depannya. Begitu juga dengan anak-anak yang lain.”
Datin Seri Noniswara, 54, masih aktif dalam dunia lakonan sehingga kini.
Pada Oktober 2023 lalu, suaminya Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad meninggal dunia akibat serangan angin ahmar.
Datin Seri Noniswara berkahwin dengan ahli perniagaan itu sejak tujuh tahun lalu yang merupakan perkahwinan ketiganya namun tidak dikurniakan cahayamata.
Untuk rekod, Allahyarham Datuk Seri Dr Sheikh Nordin juga bapa mentua kepada penyanyi MK K-Clique.
Kredit Foto: Instagram Noniswara & Erysha Emyra
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kejayaan tidak mengenal usia namun ia hanya akan diraih oleh mereka yang rajin berusaha. Seperti usahawan muda yang dikenali sebagai Kayla Nasywa ini. Usianya kini baru 18 tahun namun disebabkan dia gemar berniaga sejak kecil Kayla Nasywa sudah ada perniagaan tudungnya sendiri, Hijab Noona.
Di kalangan hijabi, jenama Hijab Noona sememangnya sudah tidak asing lagi. Antara produk-produknya ialah blaus, baju, gaun, skirt, baju sejuk, tudung, seluar, jaket, set solat dan beg.
Kayla Nasywa yang kini berada dalam tahun tiga sekolah menengah memaklumkan sejak kecil lagi dia sudah pun meminati dunia perniagaan.
“Saya sentiasa meminati dunia perniagaan. Sejak kecil saya suka menjual dan mahu mempunyai jenama sendiri.
“Saya mahu mencipta jenama fesyen yang boleh menzahirkan keunikan setiap personaliti anak muda. Sesiapa yang memakainya akan lebih menyerlah selain lebih yakin, berani dan hebat dengan apa yang mereka ada.”
“Saya seorang yang mementingkan penampilan diri. Semasa kecil saya suka mencipta pakaian sendiri kerana mahu merealisasikan idea unik yang tentunya membuatkan saya teringin untuk memiliki perniagaan fesyen.
“Selain itu, saya juga terinspirasi kerana saya suka melakukan window shopping untuk melihat pakaian yang comel. Saya juga pernah menjalani latihan amali di salah satu jenama fesyen kegemaran saya. Dari situ saya mendapat gambaran tentang cara perniagaan fesyen itu berfungsi. Disebabkan itu, saya lebih terinspirasi untuk mempunyai perniagaan fesyen.”
Apabila mengetahui minat Kayla Nasywa dalam dunia fesyen dan perniagaan, ibu bapanya menyokong penuh hasratnya untuk berniaga. Pada pertengahan tahun lalu, hasrat Kayla Nasywa untuk memiliki jenama fesyen sendiri telah direalisasikan oleh bapanya.
“Saya diperkenalkan dengan rakan ibu bapa saya yang pakar serta mempunyai pengalaman luar biasa dalam bidang perniagaan fesyen Muslimah. Menerusi mereka dapatlah saya belajar cara membina perniagaan, membentuk dan mengurus pasukan, dan lain-lain lagi.
“Biasanya saya suka mengambil bahagian dalam mesyuarat bermula daripada membincangkan tentang jenama, pasaran sasaran, pembangunan produk, harga, kandungan dan sebagainya.”
Semoga Kayla Nasywa terus berjaya dalam perniagaan dan menjadi inspirasi buat seluruh hijabi.
Apabila diumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksankan oleh pihak kerajaan sejak 18 Mac lalu bakal dilanjutkkan sehingga 14 April 2020. Pengumuman tersebut diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media khas.
Pelbagai aktiviti turut disarankan oleh kerajaan bagi memastikan kesemua rakyat Malaysia akur dengan perintah yang dikeluarkan. Susulan daripada itu, kesemua rakyat Malaysia berada di rumah dan mengelakkan diri untuk berada di tempat awam.
Menerusi Facebook Penduduk Kuarters Kulim, kesemua penduduk telah mengadakan bacaan Yassin agar wabak Covid-19 yang sedang berlaku bakal berakhir dengan segera. Ini yang dikatakan muafakat membawa berkat. Jarak di antara blok tidak menjadi penghalang untuk mereka melakukan aktiviti keagamaan.
Bacaan Yasin Dari Balkoni Rumah
25/3/2020 : Hari Ke-8 Kuarantin.
Kuarters Polis Trafik Kulim mengadakan bacaan Yassin dari balkoni rumah masing2.. Wlaupon xdpt bersama2 baca disurau tp kami ttp adakan di balkoni masing2 ckup untuk doa bersama2 kami hapuskan covid19 ini.. Insha Allah..
Dan SELAMAT HARI POLIS YANG KE-213 kepada suami2 & isteri2 warga kuarters…
Indahnya semua ahli keluarga bersatu
Tidak lupa juga menyambut hari ulangtahun POLiS
Bacaan doa usai membaca Yasin
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bersedia untuk rasai pengalaman hidrasi luar biasa? Laneige, jenama kecantikan K-Beauty terkemuka yang terkenal dengan inovasi penjagaan kulitnya, kini mencuri tumpuan dalam kempen Water...