Isteri mana yang tidak merasa bahagia apabila dirinya sentiasa dihargai oleh suami tersayang apatah lagi dianggap sebagai bidadari.
Begitulah bertuahnya penyanyi dan aktivis kemanusiaan Nur Heliza Helmi apabila menerima ucapan sweet penuh bermakna daripada suaminya yang merupakan seorang usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga pada 1 Januari 2025 lalu.
“Alhamdulillah, hari ini genap tiga tahun kita melayari bahtera perkahwinan bersama.”
Nikmat Yang Tidak Pernah Henti Disyukuri
Tulis Datuk Seri Mahadi sepanjang tiga tahun perkahwinan adalah nikmat yang tidak pernah henti disyukuri kepada Allah SWT.
“Setiap detik bersamamu adalah nikmat yang tidak pernah henti aku syukuri kepada Allah. Kehadiranmu dalam hidupku adalah tanda kasih sayang Allah yang terbesar buatku.”
Ads
Sepanjang tiga tahun usia perkahwinan mereka, suami turut menyifatkan Heliza sebagai bidadari dunia dan mengharapkan kebahagiaan yang dikecapi sehingga ke saat ini berkekalan sampai ke syurga.
“Engkaulah bidadariku di dunia ini, penyejuk mata, dan pelengkap separuh agamaku. Aku berdoa agar cinta kita sentiasa diberkati, diredhai dan dipimpin oleh Allah menuju syurgaNya.
“Semoga Allah terus menguatkan cinta kita, mengurniakan ketenangan dalam rumah tangga kita dan menjadikan kita pasangan yang saling menguatkan di jalanNya.”
Ads
Sementara di ruangan komen, Heliza membalas ucapan suaminya itu secara berseloroh.
Berdepan dengan kemelut rumah tangga yang akhirnya membawa kepada jalan perpisahan. Biarpun berlaku di bulan penuh keberkatan ini, namun bagi pelakon Bella Dally menganggap itu semua adalah takdir Illahi. Bercerita sisi lain, pelakon cantik manis ini turut berkongsi pengalamannya menempuh malam Lailatulqadar. Ternyata dia antara insan yang beruntung kerana pernah menyaksikan sendiri keindahan malam yang dinantikan oleh semua umat Islam.
Menurutnya juga yang merupakan Muse Ariani ini, pengalaman itu dirasai ketika dia masih kecil dan masih di bangku sekolah.
“Inilah nostalgia Ramadan yang tidak pernah saya lupa. Ada satu masa itu ketika masih kecil, seingat saya masa sekolah rendah. Masa itu subuh baru lepas sahur. Suasana ketika itu sangat sunyi dan tenang sekali.
“Apabila keluar rumah saya nampak bintang banyak sekali bertaburan di kanvas langit. Sangat indah dan perasaan itu sukar diungkapkan dengan kata-kata.
“Pada fikiran saya mungkin malam tersebut adalah malam Lailatulqadar. Dan saya berharap sangat dapat berjumpa lagi dengan malam seperti itu,” ujarnya ketika ditemubual bersama majalah Nona.
Menurutnya bercerita tentang aktiviti seni sepanjang bulan puasa, Bella mahu lebih fokus meraih keberkatan Ramadan pada tahun ini.
“Saya suka make myself busy agar tidak terasa masa yang berlalu. Kalau ada shooting masa puasa, saya rasa hari berlalu dengan cepat. Sedar-sedar dah tiba waktu berbuka.
“Sebenarnya saya akui jarang memasak ketika berbuka kerana tuntutan kerja dan masa yang tidak mengizinkan. Paling suka beli juadah di Bazar Ramadan terutamanya di TTDI Kuala Lumpur. Juadah favorite saya sudah tentunya nasi beriani. Beratur panjang pun tak mengapa,” tambahnya yang akan balik seminggu awal sebelum raya untuk berpuasa bersama keluarga di Sabah.
Walaupun akan merayakan Syawal tanpa kehadiran suami di sisi, namun Bella tetap positif. Baginya perpisahan jalan terbaik setelah kedua-duanya duduk berbincang dan mencari jalan terbaik kepada hubungan mereka.
Natasha Rizky Pradita merupakan model, pelakon dan pengacara terkenal Indonesia. Dilahirkan di Padang pada 23 November 1993, Natasha telah menunjukkan laluan kerjaya yang telah mencetuskan inspirasi khususnya kepada para hijabi. Sejak kecil, pelbagai pencapaian telah diraih bermula dari dunia peragaan sehinggalah ke dunia lakonan baik sinetron mahupun filem.
Natasha Rizky atau nama komersilnya Caca, memulakan kerjayanya dalam industri hiburan dengan menceburi bidang peragaan. Kejayaannya dalam bidang ini membuka jalan kepada peluang yang lebih besar dalam dunia lakonan.
Sejak 19 Jun 2023, berita mengenai penceraian Natasha Rizky menarik perhatian umum dan mencetuskan pelbagai spekulasi. Kehidupan peribadi terutama perkahwinannya dengan Deddy Mahendra Desta menjadi tumpuan.
Perubahan ketara dalam hidupnya selepas perpisahan turut menjadi tumpuan umum.
Permulaan Kerjaya Dalam Peragaan
Kerjaya Natasha Rizky bermula dengan cemerlang pada 2008, apabila memenangi tempat kedua dalam acara pemilihan Cover Girl. Pencapaian ini bukan sahaja menjadi detik penting dalam hidupnya, malah turut membuka banyak peluang kepada Natasha Rizky untuk muncul dalam pelbagai iklan komersial terkemuka.
Selepas memenangi anugerah tersebut, Natasha segera disedari oleh beberapa jenama besar antaranya Pond’s dan Clean & Clear. Penglibatannya dalam iklan ini memberikan pengalaman berharga dan asas kukuh untuk melangkah lebih jauh ke dalam industri hiburan.
Lakonan & Populariti
Natasha memulakan kerjaya lakonannya pada 2011 menerusi sinetron Cinta Cenat Cenut. Dalam sinetron itu, Natasha Rizky berkolaborasi dengan kumpulan popular Smash. Kejayaan sinetron ini menjadi batu loncatan kepada Natasha Rizky untuk muncul dalam pelbagai sinetron dan filem televisyen (FTV) lain.
Beberapa karya lakonan Natasha Rizky yang lain ialah Ku Pinang Kau Dengan Bismillah, Kisah Cinta Bali, dan Cintaku Berakhir Di Flat. Peranan yang dimainkan dalam sinetron dan FTV mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai salah seorang pelakon kegemaran penonton.
Kehidupan Peribadi
Pada usia 19 tahun, Natasha sah bergelar isteri kepada Deddy Mahendra Desta pada 21 April 2013. Walaupun beza usia mereka 16 tahun, namun hubungan mereka tetap menjadi perhatian umum. Selepas memulakan kehidupan baru sebagai pasangan suami isteri, Natasha Rizky mengambil langkah lebih selektif dalam memilih tawaran berlakon.
Peranan baharunya sebagai ibu kepada tiga anak telah membawa Natasha lebih fokus kepada keluarga. Dinamik kehidupan keluarga memberi inspirasi kepada Natasha untuk membangunkan perniagaannya sendiri.
Natasha memulakan perniagaan tudung iaitu Alur Cerita, dan Mineral Cafe yang menunjukkan komitmen dan sumbangannya kepada dunia perniagaan. Pada masa sama masih menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.
Selepas berkahwin, Natasha tidak terus meninggalkan dunia lakonan. Dia kekal aktif, tetapi dengan pendekatan yang lebih berhati-hati untuk memilih tawaran mahupun projek. Tumpuannya kini bukan sahaja kepada kerjaya bahkan pembangunan keluarga yang harmoni.
Perniagaan tudung Storyline dan Mineral Cafe adalah contoh jelas kreativiti Natasha. Kedua-duanya bukan sahaja menjadi sumber pendapatan, tetapi juga mencerminkan nilai-nilai yang diamalkan dalam kehidupan sehariannya. Dengan kesibukan sebagai ibu dan usahawan, Natasha membuktikan wanita boleh memainkan pelbagai peranan dengan baik.
Untuk info, pada 19 Jun 2023 Natasha dan Desta secara rasminya bercerai. Perceraian ini mengejutkan banyak pihak dan mencetuskan pelbagai spekulasi. Natasha kekal menjaga privasinya biarpun terus menjadi perhatian media.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sempena kedatangan Ramadan, K-Town Korean BBQ (K-Town) meraikan warga gelandangan (homeless) apabila menjadikan mereka pelanggan terawal untuk menikmati hidangan “All-You-Can-Eat”.
Usaha yang dilakukan restoran K-Town ini untuk memberikan pengalaman baharu kepada penghuni Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL), untuk merasai keunikan makanan Korea yang cukup trending ketika ini dimana ia menjadi signature menu di restoran K-Town.
Lari dari kebiasaan, ramai yang memberi sedekah makanan pada gelandangan hanya sekadar kemudahan tanpa memikirkan apa yang mereka inginkan. Pengasasnya, Andy Goh, berkata, ramai yang berkeinginan untuk mencuba makanan Korea namun kerana harganya yang sedikit mahal, membataskan selera mereka.
“Sejujurnya ini bukan program tanggungjawab sosial korporat yang pertama dianjurkan kami. Kami pernah melibatkan pelajar tahfiz sewaktu pembukaan K-Town dimana ketika itu Zizan Razak masih bersama kami. Bagaimanapun membabitkan warga homeless atau gelandangan ini adalah yang pertama.
“Sempena Ramadan, K-Town memperkenalkan hidangan “All-You-Can-Eat” yang menyediakan 50 variasi menu termasuk 12 jenis minuman dengan harga berpatutan iaitu RM79.00++ pada hari biasa dan RM89.00++ untuk hujung minggu. Sementara kanak-kanak dan warga emas, mereka boleh menikmatinya serendah RM39.00++
“Selain hidangan super lazat dan berkualiti, pelanggan akan diberikan layanan VIP, dimana petugas kami akan melayani mereka sepanjang menjamu selera.
Tempat yang serba selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, pengunjung beragama Islam tak perlu risau tempat beribadat ada disediakan. Mudah bukan! Mengabadikan momen bersama keluarga dan rakan-rakan, K-town terbukti menjaminkan pengalaman yang pasti ingin diulangi bersama.
“Matlamat K-Town, bukan sahaja mahu pelanggan merasai kelazatan makanan authentic Korea, malah mencipta momen manis buat mereka yang menjejakkan kaki ke premis kami,” kata anak jati kelahiran Kuala Lumpur yang berusia 34 tahun ini.
Program yang diadakan di K-Town cawangan G-Village, Desa Pandan itu, membabitkan seramai 30 residen PTGKL dan mereka hadir ke premis berkenaan menaiki pengangkutan bas yang disediakan penganjur.
Ujar Andy Goh lagi, hidangan “All-You-Can-Eat” ini tidak hanya terhad di bulan Ramadan sahaja, sebaliknya boleh dinikmati pada bila-bila masa.
Merupakan graduan kulinari dari Taylor’s College, bekas pramugara Sistem Penerbangan Singapura ini, menceburi bidang F&B (food and beverage) pada 2014, dimana restoran pertama yang dibukanya adalah Shell Out.
Selepas menjual restoran itu, Andy mengambil langkah berani menerokai peluang baru bersama rakan niaga ketika gelombang ke-2 pandemik Covid-19. Pada mulanya Andy bersama rakan-rakan memfokuskan perniagaan atas talian dengan membekalkan daging premium seperti wagyu, memandangkan terikat dengan penjarakan sosial.
“Kemudian kami mengembangkan idea dengan membuka restoran makanan Korea (K-Town), kerana mendapati ramai yang menggemarinya. Tambahan pula fenomena yang dicetuskan bintang K-Pop dan K-Drama.
“Melihat ia sebagai satu peluang melebarkan pasaran dalam kalangan pelanggan Melayu, kami mahu K-Town dikenali sebagai restoran Korean berstatus halal. Dimana bekalan yang diambil adalah dari pembekal Melayu.
“Ramai yang tidak tahu, K-Town adalah sebuah syarikat berstatus pemilikan Bumiputera,” katanya.
Dalam tempoh setahun beroperasi, K-Town sudah pun mempunyai tiga cawangan. Selain G- Village Desa Pandan, pelanggan juga boleh mengunjungi ke outlet Bukit Jelutong Shah Alam dan Holiday Villa, Johor Bahru.
Punya perancangan untuk menembusi pasaran Indonesia, Andy Goh berharap dapat membuka lebih banyak cawangan agar dapat mencipta peluang pekerjaan khususnya bagi mereka yang kehilangan kerja gara-gara pandemik Covid-19.
“Malaysia masih dalam fasa pemulihan ekonomi. Kami sangat yakin jika banyak cawangan dibuka, pelbagai peluang pekerjaan dapat dicipta. Secara tidak langsung menjadi solusi kepada kadar pengangguran yang tinggi.
“Komuniti gelandangan misalnya mampu mengubah nasib mereka ke arah kehidupan yang lebih baik.
“Bukan setakat pekerjaan, mereka yang menyertai kami berupaya membina perniagaan sendiri. Dimana kami menawarkan syer kepada pekerja setia kami yang berhasrat memiliki cawangan K-Town sendiri,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di