Siapa yang suka rambut leper apabila buka hijab? Selain menganggu penampilan, rambut leper juga buat tak selesa kerana sering menimbulkan bau dan gatal. Masalah ini umumnya akan lebih berat bila dialami oleh para hijabi. Khabar baiknya, ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk merawat rambut hijab.
Tips Merawat Rambut Si Hijabi agar Bebas dari Leper
1. Syampu Secara Teratur
Meskipun hijab melindungi rambut indah anda dari polusi dan matahari, bukan bererti anda boleh syampu sesuka hati ya! Rambut yang ditutupi hijab dan berpeluh membuat sirkulasi udara terhambat. Hasilnya, rambut berminyak akan tak terhindarkan. Oleh sebab itu, tip merawat rambut hijab yang pertama adalah dengan mencucinya secara teratur. Bukan setiap hari dan tidak juga terlalu jarang. Cukup satu kali dalam dua hingga tiga hari, bergantung pada aktiviti dilakukan dan jenis rambut yang anda miliki.
2. Pastikan Rambut Kering Sebelum Mengenakan Hijab
Mengenakan hijab ketika rambut basah adalah salah satu alasan yang boleh menyebabkan rambut anda berbau dan leper. Apalagi jika anda menguncir juga rambut basah anda. Bila dibiarkan berterusan, kebiasaan buruk ini akan membuat rambut anda rapuh dan mudah gugur.
Tentu anda tidak mahu perkara ini terjadi? Jadi, pastikan rambut anda kering sempurna sebelum mengenakan hijab adalah tip merawat rambut yang perlu anda perhatikan baik-baik. Supaya rambut cepat kering, anda boleh menggunakan pengering rambut. Namun, jangan lupa pakai heat protectant ya untuk melindungi rambut anda dari paparan panas pengering rambut. Selain itu, anda juga boleh syampu pada malam sebelumnya. Anda boleh membiarkan rambut anda kering oleh udara dan tidur setelah rambut telah kering.
3. Jangan Biarkan Rambut Kusut!
Tip merawat rambut hijab selanjutnya adalah dengan menyikat rambut anda setelah rambut kering. Pastikan tidak ada rambut yang kusut. Setelah itu anda boleh menguncirnya dengan rapi. Jangan ikat terlalu ketat. Beri rambut ruang untuk bernafas.
4. Gunakan Perapi Rambut Dengan Betul
Tip merawat rambut hijab selanjutnya adalah mengenakan perapi setelah bersyampu. Perapi ini berfungsi untuk merawat dan menjaga kesihatan rambut. Gunakan perapi secukupnya lalu sapukan dari tengah rambut hingga hujung rambut. Usakahan perapi tidak mengenai akar rambut anda. Setelah itu perapkan selama beberapa minit lalu barulah bilas sampai bersih.
5. Kenakan Tudung yang Menyerap Peluh
Peluh yang terhambat boleh menimbulkan minyak di rambut anda. Oleh sebab itu, anda harus memastikan bahawa hijab yang anda kenakan memiliki bahan yang dapat menyerap peluh. Apalagi jika anda beraktiviti di luar ruangan pada siang hari.
Terbaharu Women’s UA Sport Hijab
Hijab untuk hijabi yang aktif, dengan fabrik lembut dan halus bercorakkan mesh berbentuk hex yang unik rekaan hijab ini mengelakkan anda sesak nafas ketika menjalankan aktiviti riadah. Panel depan berkontur untuk keselesaan hijabi yang menutup dada dan bahan yang
mengeringkan peluh dengan cepat. Pembinaan regangan 4 arah bergerak lebih baik ke setiap arah, manakala rekaan ini terbina untuk akses fon di mana tersedia ruang anda menyelitkan earphone.
6. Ganti Belahan Rambut Anda
Apabila susah menghidarkan rambut leper, tip merawat rambut hijab satu ini mungkin akan berguna untuk anda. Cara melakukannya adalah dengan menyikat rambut ketika setengah basah dan merapikannya ke belahan rambut yang berbeza. Mengganti belahan rambut efektif untuk memberikan volume lebih pada rambut dan membantu mengangkat akar rambut anda.
7. Beri Rambut Kesempatan untuk Bernafas
Ketika ada kesempatan untuk melepaskan hijab, cuba lepas pula ikatan rambut anda. Hal ini akan memberikan kesempatan rambut untuk bernafas. Melepaskan ikatan rambut juga akan memudahkannya untuk mengurangi kelembapan di kulit kepala. Goodbye, rambut leper!
8. Pilih Rangkaian Produk Rambut yang Tepat
Pemilihan produk yang salah juga boleh menjadi penyebab rambut leper anda. Maka itu, pastikan anda memilih rangkaian produk yang memiliki tuntutan untuk rambut bervolume.
9. Makan Makanan Bergizi
Bila semua rangkaian perawatan dari luar sudah diusahakan, maka langkah-langkah tersebut akan semakin lengkap jika melakukan perawatan dari dalam. Makan makanan bergizi yang mengandung vitamin B-6, B-12, C, zat besi, dan kaya akan protein akan membantu menyihatkan rambut anda. Makanan dengan kandungan seperti yang sudah disebutkan sebelumnya dapat ditemukan di udang, dada ayam,buah strawberry, hati ayam, dan lain sebagainya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI