Mereka yang alami masalah vertigo perlu tahu ia bukanlah suatu penyakit. Malah, ia lebih kepada satu kesan sampingan daripada sesuatu ubat yang diambil.
Penyebab yang menyumbang kepada vertigo adalah BPV atau kelainan pada bahagian pusat keseimbangan dalam telinga. Walaupun begitu, kondisi ini bukanlah suatu perkara yang serius dan ia juga dapat hilang dengan sendirinya.
Di petik dari Alodokter, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyumbangkan kepada masalah vertigo. Ianya boleh dielak atau dikurangkan dalam menu makanan harian anda.
Jadi apakah jenis makanan yang boleh menyebabkan vertigo? Ada beberapa jenis makanan yang boleh dihindari atau dikurangkan kerana ia boleh memburukkan lagi gejala kesan dari kondisi ini.
Ads
1. Makanan yang banyak garam
Sumber dari Canva
Bagi pengambilan garam untuk orang dewasa, disyorkan hanya sebanyak 5 gram per hari atau bersamaan 1 sudu teh. Pengambilan garam yang berlebihan akan menyumbang kepada ketidakseimbangan dimana berlakunya vertigo.
2. Pengambilan gula yang banyak
Sumber dari Canva
Kandungan gula yang banyak dalam makanan juga boleh menganggu cecair dan berlakunya ketidakseimbangan di dalam telinga. Ia disarankan untuk mengambil tidak lebih dari 50 gram sehari atau bersamaan 4 sudu.
Bagi mereka yang mengambil kafein, ia merupakan salah satu penyebab berlakunya vertigo. Ini kerana kesan sampingan dari kafein menyebabkan seseorang itu dehidrasi dan mengubahkan keseimbangan tubuh yang membuatkan berlakunya vertigo.
Bagi mencegah masalah ini, anda perlulah membatasi pengambilan kafein. Ya, sememangnya ramai yang gemar minum kopi atau teh setiap hari, tapi ingat anda perlu juga fahami kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan.
Ads
Selain dari yang dinyatakan, makanan yang mengandungi MSG dan yang berkolestrol tinggi boleh juga menjadi faktor mereka yang mengalami vertigo. Ada juga disarankan lebih fokus untuk mengambil makanan yang bagus bagi penghidap vertigo seperti gandum, telur, ikan, halia, pisang, dan kacang.
Ramai yang sudah menonton drama terbaru Ummi Nazeera dan juga Izzue Islam iaitu ‘Rindu Kasih’ bukan? Sudah tentu ramai yang berjurai air mata bila tonton drama itu sehingga habis, kalau boleh setiap adegan nak nangis.
Faham sahaja bila suatu cerita itu mempunyai satu plot yang sangat menarik sehingga menghayat hati. Tapi sedih pun ia, ini ada pesanan khas dari suami Ummi Nazeera sendiri tentang setiap tangisan anda itu.
Siapa sahaja yang tidak akan mengalir air mata jika menonton sesuatu cerita atau drama yang cukup bagus. Inikan pula pelakon itu membawakan suatu watak yang cukup mantap sehinggakan naik bulu roma!
Sudah tentu ramai yang mata bengkak lepas dah menangis dengan sangat lama betul? Perkongsian dari suami pelakon Ummi Naziera iaitu Dr. Izzar Anwari tentang kesan bengkak yang berlaku pada mata selepas menangis.
“Apabila anda menangis, air mata itu akan menjadi banyak dan ‘drainage system‘ mata iaitu tear duct tidak dapat menampung untuk menyerap kembali air mata yang banyak itu,
“Oleh itu, air mata berlebihan itu akan berada di tisu bawah mata itu, menyebabkan mata sembab atau bengkak.” itulah penjelasannya mengenai mata yang boleh jadi bengkak!
Tidak sahaja menjelaskan bagaimana bengkak bawah mata terjadi, Dr. Izzar juga turut berkongsi beberapa tip yang boleh kita ikuti. Mudah-mudahan kurang sikitlah kesan bengkak sebab drama sedih ini.
Hanya perlu rendamkan 2 teabag (uncang teh) ke dalam air suam dan letakkan dalam peti ais untuk sejukkannya. Bila sudah tiba masanya, letakkan pada mata yang bengkak itu sewaktu suhu uncang teh masih sejuk. Ini kerana kafein yang ada pada teh itu boleh membantu mengecutkan salur darah dan mengurangkan kesan sembab.
Selalu nampak bukan iklan atau gambar spa yang meletakkan timun pada mata. Ya, cara ini juga berkesan untuk hilangkan bengkak pada mata anda. Potong timun pada saiz yang sederhana nipis dan sejukkannya di dalam peti ais. Selepas itu, anda boleh sahaja letakkannya pada mata yang bengkak itu.
Bunyinya agak rumit tapi sebenarnya hanya menggunakan ice bag sahaja. Jadi ambil sahaja ice bag anda, lapik dengan kain dan tuam pada mata.
Tip yang cukup mudah kerana anda perlukan dua sudu besi dan sejukkannya di peti ais. Setelah itu, letakkan ia sahaja di mata, cara ini senang juga buat anda yang nak cepat dan kurang peralatan.
Ha, apakah dengan maksud cold rub? Caranya adalah dengan sejukkan tangan atau jari dengan air yang sejuk (berisi ais). Selepas itu, urut kawasan mata yang bengkak itu, jangan tonyoh mata ya! Urut dengan perlahan-lahan.
Dr. Izzar juga ada membuat pesanan untuk anda yang suka tonton drama sehingga menangis itu untuk jaga kesihatan. Kalau sudah lama bengkak di mata, eloklah berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya, takut parah nanti.
Setiap kali menjelang hujung tahun, sudah tentunya musim hujan akan tiba. Ada gembira kerana dapat menikmati suasana sejuk dan relax sambil berehat di alaskan selimut.
Namun, tidak semua yang menyukai musim hujan kerana membawa ‘keburukan’ pada mereka. Bukan sebab tidak bersyukur sis tapi mereka ada masalah tertentu.
Ada sebilangan dari kalangan kita yang menghadapi masalah apabila terkena air hujan. Kebanyakannya akan mendapat masalah penyakit yang agak teruk oleh kerana cuaca yang lembap ini.
Jadi apakah antara penyakit yang boleh muncul disebabkan air hujan? Bagi mereka yang ingin tahu, di sini kami senaraikan beberapa jenis penyakit yang boleh timbul akibat air hujan, antaranya:
Kulat atau scabies merupakan satu kondisi yang melibatkan masalah kulit terjadi akibat jangkitan parasit. Ianya tidaklah merbahaya dan boleh sahaja dirawat menggunakan ubat tertentu bagi mengelakkan dari merebak secara sentuhan.
Ruam juga boleh terjadi bukan di kala cuaca yang panas malah ketika waktu hujan dan sejuk juga. Bagi pengetahuan semua, musim hujan menyebabkan kelembapan menjadi tinggi dan boleh berlakunya peluh tersumbat.
Peluh yang tersumbat dalam liang pori boleh merengsakan kulit dan membentuk ruam yang berbintik merah. Malah ruam tersebut juga boleh menyebabkan kegatalan yang melampau.
Tidak juga berlaku akibat faktor genetik atau alahan, eczema juga boleh berlaku apabila musim hujan. Kelembapan dan suhu semasa hujan boleh menyebabkan individu yang mempunyai eczema mengalami kerengsaan yang teruk.
Dalam satu situasi, air hujan boleh menyebabkan kulit menjadi kering, gatal, dan juga bersisik. Kondisi menjadi lebih teruk apabila seseorang itu alami masalag bengkak dan sakit yang melampau.
Kaki yang berendam di dalam air dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan rasa gatal-gatal dan merah. Ini dinamakan masalah kutu air.
Ia akan muncul apabila tahap kelembapan yang terlalu tinggi, berpeluh, serta sewaktu pakai kasut yang basah atau tidak mempunyai pengudaraan yang baik. Mandi dalam kolam renang terlalu lama pun boleh menyebabkan jangkitan kutu air.
Jika anda terbiasa dengan hack kecantikan di TikTok, pasti anda sedar bahawa terdapat ubat pintar merawat bibir, kaki dan juga kuku yang kering. Tapi muka memang terkenal susah nak dirawat.
Mungkin kerana kulit di sini lebih sensitif sedikit daripada di tempat lain, manakala berlebihan dengan losen dan ramuan yang kaya boleh menyumbat pori-pori dan mengakibatkan jerawat. Jika ini kedengaran biasa, anda mungkin ingin mencuba hack penjagaan kulit viral terbaru di TikTok, yang melibatkan lapisan demi lapisan lembapan yang ringan untuk meredakan kekeringan dan dehidrasi, menjadikan kulit bersinar. Trend ‘skin flooding’ khas untuk hijabi kulit kering dan kusam.
Terdapat beberapa versi berbeza untuk penggodaman penghidratan ini, yang bukan baharu tetapi sudah menjadi satu kemestian dalam kalangan pakar dermatologi. Jika kulit tegang dan kering adalah musuh anda, jom ambil inspirasi daripada TikToker Madi Prettyman aka @chooseyourglow.
‘Lembap’ menjadi kata kunci di sini, selepas menggunakan pembersih lembut untuk mencuci muka, Madi menggunakan The Ordinary Hyaluronic Acid 2% + B5, £6.40, Untuk melembapkan kulit, dan sekali gus mengunci kelembapan. Semasa kulit masih sedikit basah, ikuti langkah seterusnya dengan serum niacinamide (The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%), kemudian pelembap penghidratan dalam bentuk e.l.f. Krim Muka Happy Hydration. Anda kemudian boleh menggunakan SPF pada waktu siang jika anda berada di luar. (ikuti langkah ini mengikut kesesuaian produk yang anda gunakan).
Manakala TikToker @skincarebyraph menambahkan kabus muka ke dalam campuran antara langkah serum untuk meningkatkan penghidratan, manakala sesetengahnya menukar asid hyaluronik mereka dengan asid poliglutamik (bahan serupa yang dikatakan lebih menghidratkan).
Melapisi asid hyaluronik dengan niacinamide mempunyai manfaat yang terbukti secara saintifik. Niacinamide adalah sejenis vitamin B3, antioksidan yang menawarkan banyak manfaat kepada kulit, termasuk menghidrat dan mencerahkan. Ia juga diketahui dapat membantu mengurangkan jerawat dan meminimumkan pengeluaran minyak berlebihan.
Asid hyaluronik juga dikenali sebagai HA membantu kulit mengekalkan kelembapan, mengekalkannya terhidrat. Memandangkan ia larut dalam air, ia merupakan pilihan yang sangat baik untuk digabungkan dengan bahan-bahan lain. Apa pula asid poliglutamik? PGA mengatakan bahawa melapisi bahan-bahan ini sudah pasti akan memberi anda dos penghidratan yang kuat. Pakar menjelaskan bahawa bahan-bahan seperti di atas terutamanya asid hyaluronik dan polyglutamik sangat bagus pada kulit lembap khususnya kerana ia membantu meningkatkan penghidratan, mengakibatkan kulit lebih gebu, nampak sihat.
Perubahan cuaca, membuat kulit kering dan tegang walaupun menggunakan krim pelindung. Apabila kulit anda kekurangan air, ia menjadi dehidrasi, yang boleh muncul dalam pelbagai cara. Kulit anda boleh berasa tegang, menggelupas, dan selalunya tona mungkin kelihatan kusam. Kulit yang dehidrasi juga boleh kelihatan kurang anjal daripada biasa. Segala-galanya dapat diperoleh daripada trend ‘skin flooding’.
Melihat percubaan demi percubaan, ternyata trend ini boleh digunakan bersama-sama koleksi produk kecantikan yang ada di dalam ritual kecantikan anda. Apa yang perlu anda beri perhatian bahan-bahan yang terkandung seperti asid hyaluronik, asid polyglutamic dan niacinamide. Pendek kata, langkah mudah trend ‘skin flooding perlua ada: pelembap kulit, serum satu, serum dua dan pelembap.
Selepas mencuba rutin baharu ini selama lebih dua minggu, kulit anda akan menunjukkan peningkatan yang ketara. Dari segi penampilan, ia kini lebih berembun dan bercahaya, berbanding kusam dan pucat. Jika anda gemar bersolek, ia akan kelihatan sepuluh kali lebih baik. Solekan lebih lancar dan tidak terkumpul dalam mana-mana tompok mengelupas!
Salah satu tanda trend ini berkesan dengan wajah anda, tidak ada garis-garis halus di bawah mata, pengurangan jerawat di pipi juga dahi dan pastinya menjadi tanda-tanda dehidrasi kini semakin kurang jelas.
Satu-satunya kelemahan sebenar banjir kulit ialah ia memerlukan segelintir produk dan memerlukan masa pada waktu pagi dan petang untuk mengurut segala-galanya. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu berbelanja banyak.
Terdapat pengecualian kepada peraturan ‘skin flooding’. Adalah dinasihatkan untuk tidak melapisi bahan-bahan mujarab seperti asid pengelupasan (seperti asid glikolik, laktik, azelaik dan salisilik) serta sebarang bentuk retinol pada kulit lembap. Ini kerana kelembapan boleh mempercepatkan kadar penyerapan ke dalam kulit dan berpotensi menyebabkan kerengsaan.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!