Sebelum ini, sebuah foto kanak-kanak perempuan yang bertudung telah viral di laman sosial dek kerana wajahnya yang mirip sekali dengan selebriti terkenal iaitu Neelofa.
Tampil membuat kejutan, kanak-kanak yang bernama Naura Auni,5, itu telah dijemput ke rancangan MeleTOP semalam sambil ditemani bapanya Che Fadhlullah.
Neelofa kelihatan begitu teruja sekali apabila bertemu dengan ‘kembarnya’ itu yang turut berasal dari Kelantan iaitu Tanah Merah dan tidak menyangka Naura juga mempunyai tahi lalat di wajah sama seperti dirinya.
Ads
Memuat naik foto bersama di laman instagramnya, Neelofa bergurau mengatakan pihak produksi sudah menemukan pengacara baru bagi menggantikannya yang akan mengundurkan diri pada akhir tahun ini sebagai hos MeleTOP.
Hand sanitizer sekarang ini memang ‘laku keras.’ Asal ada stok sahaja terus habis. Ada juga yang mengambil kesempatan dengan menjual hand sanitizer dengan harga yang tinggi. Tidak kurang juga yang menggunakan peluang ini untuk meraih keuntungan ‘atas angin’ dengan menjual hand sanitizer yang tidak original (kandungan alkohol yang tidak memenuhi syarat atau tidak mencukupi).
Bagaimana hendak tahu sama ada hand sanitizer itu original atau tidak? Ikuti perkongsian Wina Ahmad ini.
Sayang-sayang.. just alert and stay at home.
Share jika berguna
Cara uji gel alkohol
Tuang atau gosok gel alkohol yg ingin diuji di atas kertas resit (berdakwat)
Lihat perubahan.
Gel alkohol yang mempunyai peratus tinggi iaitu 70% ke atas mampu memudarkan dakwat resit dgn ketara.
Hal ini kerana kandungan alkohol yg tinggi mampu mencairkan dakwat atas tindakan kimia itu sendiri.
Lihat kesan dakwat yang cair di tandakan sebagai ✅
Manakala ✖️ pulak hanya memudarkan sedikit dakwat resit atau hampir tidak memberi kesan langsung.
Lihat kesan yg ditandakan sebagai ✖️
Selamat beramal. Semoga ia bermanfaat untuk semua.
Peguam muda yang juga TikToker berusia 26 tahun, Tun Laila Tun Rafaee kini menjadi perhatian ramai di platform media sosial.
Videonya pernah tular di TikTok kerana memberi ulasan berkenaan kes mahkamah yang sedang hangat diperkatakan iaitu melibatkan seorang wanita dan anak perempuannya yang mencabar 18 peruntukan di bawah Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019.
Dalam ulasan tersebut, Tun Laila menerangkan secara terperinci tentang kes itu termasuk menjelaskan mengapa panel yang terdiri daripada sembilan hakim memutuskan 16 peruntukan di bawah undang-undang syariah Kelantan sebagai tidak sah.
Penjelasannya tersebut berjaya menarik perhatian warganet dan mencecah lebih 5 juta tontonan di akaun TikToknya.
JIWA SEORANG PEGUAM
Tun Laila didaftarkan sebagai peguam oleh Mahkamah Tinggi Malaya pada Oktober 2023 setelah menamatkan chambering selama sembilan bulan. Tun Laila kini menetap di Selangor.
Menyingkap latar belakang pendidikannya, Tun Laila merupakan graduan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Minat dan kecintaannya terhadap bidang perundangan menjadi pencetus kepada Tun Laila memilih peguam sebagai kariernya.
Memetik laporan mStar, Tun Laila mendedahkan bahawa dengan menjadi seorang peguam dia berpeluang belajar banyak perkara. Katanya lagi, kita hidup pun berlandaskan undang-undang.
“Undang-undang (peraturan) sudah ada dalam hidup kita. Saya memilih kerjaya sebagai peguam berdasarkan minat. Saya ingin tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Sebagai seorang peguam, saya belajar banyak perkara. Dari hak seseorang kepada orang lain.”
TURUT BERGELAR INFLUENCER
Selain melaksanakan tugas hakikinya sebagai peguam, Tun Laila juga kini terkenal sebagai pempengaruh (influencer). Tun Laila memulakan perjalanannya sebagai pempengaruh sejak tahun 2022.
Sehingga artikel ini ditulis, akaun TikTok Tun Laila iaitu @yarafaee sudah pun mencecah lebih 700 ribu pengikut.
Selain berkongsi maklumat tentang undang-undang di Malaysia, Tun Laila turut menerima reviu berbayar daripada beberapa jenama terkenal di Malaysia seperti Coffee Bean, Sports Direct, dan Secret Recipe.
“Walaupun menjadi peguam dan influencer, saya bersyukur kerana majikan memahami double life saya. Malah, beliau banyak menyokong apa yang saya lakukan,” ujar anak ketujuh daripada lapan adik beradik ini.
Hijabista mendoakan semoga karier Tun Laila semakin berkembang. Teruskan berkongsi ilmu-ilmu perundangan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Selebriti Indonesia, Paula Verhoeven sedang dalam proses merealisasikan salah satu impian terbesarnya dalam industri fesyen. Setelah sekian lama bergelar model, Paula kini memulakan langkah baharu dengan memulakan jenama pakaiannya sendiri iaitu Amapola Label.
Kesungguhan ibu tunggal kepada dua anak ini dalam membina jenama tersebut terbukti dengan penglibatannya dalam setiap fasa peringkat dan proses pembinaan butiknya.
Dalam muat naik terbaharu di Instagram, Paula berkongsi detiknya melawat lokasi butik yang masih dalam pembinaan. Dia menunjukkan semangat dan kegembiraan kerana impian bisnesnya mula menjadi kenyataan.
Paula berharap ia menjadi langkah awal yang baik untuk perjalanan baharunya sebagai usahawan dalam dunia fesyen.
Langkah Paula menceburi dunia perniagaan fesyen mendapat sambutan ramai. Selain sokongan peminat, rakan-rakan artis turut memberi sokongan. Banyak komen dan interaksi positif pada muat naik terbaharunya.
Dalam muat naik terbaharu di media sosial, Paula menunjukkan detik ketika dia meninjau perkembangan pembinaan butik yang akan menjadi pusat perniagaan fesyen baharunya.
“Jenama Amapola Label menjadi langkah baharu saya dalam dunia perniagaan,” katanya dengan bersemangat dan cuba membawa suntikan baharu kepada industri fesyen.
Paula bukan sahaja berkongsi perkembangan terkini tentang butik yang dibinanya, malah dia turut mengajak pengikutnya mendoakan agar segalanya berjalan lancar.
Dalam muat naik yang menunjukkan sebahagian butiknya itu, tulis Paula, “Berdoalah, kawan-kawan, agar ia selesai dengan cepat.” Permintaan ini mendapat sambutan baik daripada pengikut yang turut mendoakan kejayaan Paula.
Sebagai public figure, Paula menerima banyak sokongan daripada rakan artis. Ia memuktikan pelancaran Amapola Label sangat dinantikan, bukan sahaja oleh peminat bahkan rakan artis dalam dunia hiburan.
Dengan komen-komen positif daripada rakan artis, ia mencetuskan motivasi buat Paula untuk kerja keras dan memberikan yang terbaik untuk Label Amapola.
Perkongsian Paula tentang pembinaan butiknya segera mendapat perhatian wargamaya. Setakat ini perkongsian itu berjaya meraih 146 ribu tanda suka dan 828 komen.
Selain sokongan, mereka turut menitipkan ucapan buat Paula. Respon positif itu membuktikan setiap langkah Paula dalam dunia perniagaan berjaya menarik perhatian ramai dan disambut dengan penuh semangat.
Semoga impian Paula segera terlaksana dan sukses!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.