Setiap gadis itu pastinya mempunyai impian perkahwinan yang tersendiri. Beruntunglah si gadis jika ahli keluarganya sendiri menyokong impian tersebut.
Seperti anak kedua Rosyam Nor iaitu Nur Anis, dia sangat bertuah apabila bapanya itu banyak membantu malah merancang majlis perkahwinan anaknya yang tercinta itu supaya majlis berjalan dengan lancar. Siapa sangka bukan pelakon hebat Malaya ada bakat sebegitu?
Luah Anis,26, Rosyamlah yang merealisasikan impian perkahwinan dengan sentuhan imaginasinya yang tersendiri. Gurau Anis, siapa yang memerlukan weddingplanner bolehlah hubungi papanya itu!
Tiada kata yang boleh menggambarkan betapa bersyukurnya saya mendapat Papa @iamrosyam dalam hidup saya. Dia telah merancang dan mengaturkan setiap majlis kahwin kami dengan kehebatan idea dan imaginasinya! Sangat sangat berbakat kadang-kadang sampai penat nak layan idea dia. Sebab tu sampai pengantin (Hariz) yang dari “macho” terus tiba-tiba jadi “pelakon teater”. Terima kasih Papa kerana buatkan perkahwinan impian saya menjadi realiti. p/s: siapa-siapa nak kahwin dan nak ada konsep perkahwinan sendiri boleh la hubungi Tailong.
Alahai… untungnya Anis dapat bapa yang memahami citarasa dan kehendak perkahwinan idamannya. Memang cantik sangat! Selamat pengatin baru diucapkan buat Anis dan selamat melayari bahtera perkahwinan sebagai seorang isteri.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bertemakan ‘Masa, Anugerah Terindah’, Astro selaku syarikat penyiaran dan penstriman utama negara bakal memeriahkan sambutan Syawal tahun ini dengan menghimpunkan lebih 180 program istimewa pelbagai genre.
Ia terdiri daripada telefilem, program hiburan, drama-drama tempatan berkualiti tinggi, segmen bual bicara, program realiti dan gaya hidup, rancangan kanak-kanak serta filem-filem blokbuster.
Kesemua program itu boleh ditonton bermula pada malam raya menerusi platform Astro termasuk televisyen, radio dan digital.
Meneruskan tradisi tahunan, Astro turut membawakan sebuah iklan komersil ‘Ada Apa Dengan Masa’ terbitan Astro dengan kerjasama agensi Talon Creative. Ia diarahkan oleh Junad M. Nor daripada produksi Layar Lucida.
‘Ada Apa Dengan Masa’ memaparkan kisah seorang bapa yang merindui anak-anaknya tatkala mereka sibuk dengan tugasan harian.
Dengan meluangkan masa ia dapat mencipta momen-momen indah bersama keluarga dan insan tersayang.
Iklan berdurasi 5 minit ini menampilkan 33 bakat Astro dan selebriti terkenal tempatan termasuk Dato’ Jalaluddin Hassan, Keanu Azman, Nas Muammar Zar (Nas T), Shiqin Kamal, Umar Shakur dan ramai lagi.
“Astro menjanjikan penawaran kandungan yang komprehensif di sepanjang Syawal ini bagi memberi nilai tambah kepada para pelanggan yang setia bersama kami selama ini.
“Perancangan rapi telah dilakukan bagi meneruskan kesinambungan kemeriahan program-program hebat pada Ramadan lalu dan berterusan ke Syawal ini.
“Terdapat lebih daripada 180 program telah disusun dan bakal dihidangkan menepati cita rasa semua,” jelas Azlin Reza Azmi, Ketua Saluran Melayu Astro.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ingat tipu..sekali betul2 daaa.. Pinjam fb hubby Sebagai Contoh Fb Sendiri Tak Sempat Screen shot
Korang tahu tak semua yang kita Google kan Facebook boleh tahu! Paling menakutkan sampai website bank pon Facebook tahu bila kita buka dan berapa lama kita buka! Yes. Tak tipu
Ramai lagi yang belum tahu Facebook boleh monitor dan track segala aktiviti yang kita buat walaupun waktu itu kita tak buka pon facebook. Hati2
Semua aktiviti offline kita di rekodkan. Contoh kalau kita buka website Maybank ke, CIMB ke, semua facebook tahu. Termasuklah berapa kali kita login dan berapa lama kita guna website.
Sebab itu dipanggil sebagai “Off Facebook Activity” (OFA). Sis dah cek sis punya OFA ni, dan memang betul la setiap apa yang kita search di google, safari atau chrome facebook boleh tahu! Game yang sis main pon dia detect
Jadi jom kita OFF beramai ramai. Cara nak OFF dia pon bukan susah. Follow step atau tak suka baca boleh refer pada gambar sis edit
1. Klik Profile Settings 2. View Privacy Shortcuts 3. Klik View or clear your off-Facebook activity 4. Klik clear history 5. Clear History 6. Klik more options 7. Manage Future Activity 8. Klik Manage Future Activity 9. Tick OFF dekat Future off-Facebook activity 10. Klik Trun Off 11. Done! Pastikan OFF
Dekat gambar bawah ini sis ada tunjukkan step by step yang lebih jelas untuk rujukan korang ya.
Minta tolong sampaikan berita dan info ni pada keluarga dan kenalan kita ye sebab mungkin masih ramai yang belum tahu. #Share laju-laju!
Semoga kita semua dijauhkan dari sebarang penyakit & ancaman luar. Moga murah rezeki kita semua gaiss
Kredit: Ukthi Fiza
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Beg tangan wanita dianggap teman baik yang setia menemani anda ke mana sahaja. Malah kehadirannya juga menjadi pelengkap kepada penampilan. Tidak kira kecil atau besar, beg tangan menjadi item sangat berguna untuk mengisi pelbagai keperluan. Agak-agak apa barangan ‘rare’ yang wajib ada dalam beg seorang wanita, selain dompet.
Ayuh, Hijabista senaraikan barangan yang kita anggap ‘rare’ perlu ada dalam aksesori kecil ini.
Ini item paling ‘rare’ yang wajib ada dalam beg seseorang wanita. Kalau boleh ‘stanby’ pad kerana kita tidak tahu bila akan mengalami ‘datang bulan’. Bayangkan kalau ketika itu berada di luar dan tiada menyimpannya dalam beg akan mendatangkan masalah besar kepada kita. Kalau boleh letak satu atau dua dan boleh juga dipinjamkan pada teman yang kadang-kadang meminta secara tiba-tiba.
Item ini juga dianggap ‘rare’ kerana ramai wanita terlupa untuk meletakkannya dalam beg. Cukup sekadar mekap di rumah sebelum keluar. Namun kita sebenarnya perlu menyimpan item asas solekan seperti bedak, gincu bibir dan maskara dalam beg. Ketiga-tiga item ini amat berguna apabila kita singgah solat dan tidak mahu wajah terlampau pucat. Jadi kita boleh serikan wajah dengan 3 item ini untuk menyerlahkan penampilan.
Kalau boleh letakkan juga dalam beg anda peralatan benang dan jarum. Ini bagi memudahkan jika tiba-tiba tudung, baju atau kain terkoyak tiba-tiba di pejabat. Letak sahaja benang putih kerana sesuai dengan semua warna. Manalah tahu malang tidak berbau dan dua benda ini penyelamat kita dari rasa malu walaupun sekadar koyakan kecil.
Dua item ini juga perlu ada dalam beg seorang wanita. Kadang-kadang kita berada di luar di persekitaran yang berbau seperti dapur memasak, jadi segarkan bau anda apabila masuk semula ke pejabat dengan wangian ini. Jangan sampai bau tidak enak ini mengudang rasa tidak senang di kalangan rakan pejabat. Begitu juga bagi mereka yang mengalami masalah bau badan. Jangan risau kerana kita boleh atasinya dengan meletakkan dedoran di tempat yang sepatutnya.
Ini juga dianggap barang ‘rare’ yang juga amat penting kala kita perlukannya. Lebih-lebih apabila kita ‘datang bulan’ dan pastinya ada ‘stain’ pada seluar yang dipakai sebelumnya. Kalau sedikit tidak mengapa, tetapi memang agak menggelabah jika ia hadir dalam kuantiti banyak. Kalau boleh letakkan sahaja seluar pakai buang dalam beg dan pakai apabila diperlukan sahaja.
Boleh juga letakkan tudung dalam beg ‘Doraemon’ anda. Nak senang letak sahaja tudung bawal yang tidak sukar untuk kita menggosoknya. Boleh terus pakai sekiranya tudung anda rosak atau mengalami kekotoran dek percikan sambal atau benda lain.
Senang jika ada ‘tape’ pengukur dalam beg. Maklumlah zaman sekarang semua orang shopping secara online jadi senang untuk mengukur saiz badan jika mahu membeli baju atau seluar. Mana tahu ada mana-mana jenama online yang membuat sale secara mengejut, jadi boleh terus menggunakan ‘tape’ ini jika mahu membelinya kelak.
Kadang-kadang kita akan rasa mual atau loya dan mahukan sesuatu makanan manis atau masam. Jadi dua makanan ‘rare’ ini perlu wajib ada dalam beg para hijabi. Seeloknya pilih gula-gula berangin dan elak coklat kerana ia hanya akan menyebabkan anda rasa lebih muak nanti. Selain itu asam juga elok bagi membuatkan tekak dan mulut anda lebih rasa selesa.
SUMBER FOTO: INSTAGRAM HIJABI BLOGGER & INTERNET
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di