Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tibanya hari kemuncak ibadah haji. Namun, sebuah dugaan telah menimpa sejumlah besar bakal jemaah haji Malaysia apabila mereka tidak dapat bertolak ke Makkah pada waktu yang ditetapkan bagi mengerjakan ibadah itu disebabkan masalah visa.
Neelofa dan juga pereka fesyen terkenal iaitu Rico Rinaldi merupakan antara jemaah yang terkandas kerana insiden mengejutkan itu.
Menerusi instastory, Neelofa telah memberikan sedikit pencerahan buat para pengikut laman sosialnya.
Mungkin ramai yang belum tahu yang saya dan rakan jemaah lain tak dapat berangkat ke Jeddah 2 malam lepas atas masalah visa. Alhamdulillah setelah hampir 2 hari, akhirnya masalah visa diselesaikan dan insyaAllah akan ke Makkah esok.
Ads
Menerusi instastory juga, Rico Rinaldi telah meluahkan rasa syukur kerana urusannya juga serba sedikit telah dipermudahkan.
Moga ada keajaiban yang datang kerana ingin menemani ayahnya yang bersendirian menunaikan haji.
Ads
Ads
Menurut laporan Astro Awani, sebahagian jemaah haji tidak dapat berangkat ke sana disebabkan kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kemasukan mereka bagi menunaikan haji. Selain itu, terdapat juga masalah teknikal pada visa haji furada yang mereka peroleh.
InsyaAllah, team Hijabista mendoakan agar segala urusan bakal jemaah haji ini dipermudahkan dan akan selesai dalam secepat mungkin. Moga mereka semua selamat bertolak ke sana dan mendapat haji yang mabrur. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sekarang ini, keberanian wanita menceburi bidang kerjaya yang dimonopoli kaum lelaki adalah sesuatu yang membanggakan.
Seperti Dr Juita ini yang menjadi wanita Malaysia pertama memiliki lesen Juruterbang Kawalan Dron Profesional atau Remote Pilot License (RePL) yang diiktiraf Lembaga Keselamatan Penerbangan Awam (CASA), Australia.
Dr Juita atau nama sebenarnya, Dr Siti Juita Mastura Mohd Saleh merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.
Bapanya seorang Pengurus Ladang (sudah bersara) manakala ibunya suri rumah sepenuh masa.
“Walaupun ibu seorang suri rumah tapi beliau sangat mementingkan akademik. Dulu ibu selalu teman saya belajar dan duduk di sebelah sambil baca suratkhabar.
“Kalau saya belajar sampai pagi, ibu akan temankan saya sampai ke pagi juga,” kongsi wanita berusia 29 tahun ini yang sudah pun berkahwin.
PENSYARAH & PENYELIDIK
Dr Juita merupakan pensyarah dan penyelidik di Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Dalam industri yang dimonopoli kaum lelaki, beliau pakar dalam bidang Struktur dan Reka Bentuk Pesawat, khususnya berkaitan Composite Aerostructures.
Graduan Doktor Falsafah Kejuruteraan Aeroangkasa dari Cranfield University, United Kingdom ini bukan saja aktif dalam bidang penyelidikan malah menjadi penggerak kepada pembangunan pensijilan aeroangkasa khususnya berkaitan teknologi dron yang kini ditawarkan di UTHM.
Terdahulu, Dr Juita pernah terlibat dengan pembangunan Dron Penghantaran bagi mengikuti pertandingan Parcel Dron Malaysia anjuran Pos Malaysia 2019.
Kini beliau bersama-sama penyelidik lain telah menghasilkan satu produk komersial dron pertanian PINEXRI-20 menerusi projek kolaborasi UTHM dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB).
TERUS KOMITED
Berada di salah satu institusi pengajian tinggi yang terkenal dengan aktiviti melibatkan bidang pengangkutan aeroangkasa, keretapi dan automotif, Dr Juita komited untuk meneruskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan produk aeroangkasa selari dengan hasrat negara memperkasa industri aeroangkasa menjelang 2030.
“Saya bersyukur kerana diberi peluang berbakti kepada universiti yang menggalakkan staf terlibat dalam aktiviti komuniti.
“Menerusi pelbagai program yang diatur UTHM, saya dapat menyumbang khidmat bakti dan ilmu berkaitan dron kepada komuniti setempat serta masyarakat orang asli,” ujar anak jati Kedah ini yang gemar mengembara dan meminati sukan lasak seperti motorsport.
Berbekalkan semangat dan sokongan rakan-rakan berpengalaman dalam pembangunan Sekolah Penerbangan Profesional milik UTHM yang dikenali sebagai Asia Aeronautical Training Academy (AATA), Dr Juita diberi kepercayaan untuk membangunkan akademi dron milik UTHM.
Dr Juita juga merupakan salah seorang lembaga pengarah di syarikat terbitan UTHM, Avitex Solution yang menjalankan aktiviti komersial produk berasaskan dron serta kursus asas pengendalian dron.
Kredit: Suriayati Baharom, Unit Perhubungan Awam & Media, Pejabat Pemasaran Pemasaran & Komunikasi Korporat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Teh tarik merupakan sejenis minuman yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Rasa teh bersusu yang manis berkrim menjadikan minuman ini begitu disukai ramai. Biasanya resoran mamak menjadi tumpuan.
Bagi yang nak diet, boleh cuba buat teh jebok yang dikongsikan oleh Mel Amran De Costa ini.
Teh Jebok RM10 je
Giler sedap teh tarik jebok kan.
Buat kat rumah lagi sedap tau.
Selalu beli kat kedai tu manis nyerrr.. yang amat. Susu apa ntah diaorg pakai. Boleh potong kaki.
Kalau anda diet, nak minum teh tarik tapi takut kalori terbabas kan… anda masak je teh ni atas dapur, masukkan sesudu teh dah cukup. Masukkan air setengah cawan.
Kacau bagi mendidih, angkat dan tapis ke dalam gelas. Tuangkan susu dutch lady full cream/low fat atau fresh milk. Goncang-goncang. Pakai shaker pun boleh. Memang best berjebokkk. Kalori pun terjaga. Confirm low kalori. Nak sedap sikit buh satu sudu gula perang. Kawwww giler!! Serbuk tu boleh je rebus lagi. Simpan dalam peti sejuk.
Bulan puasa ni… buh ais sebelum shake.. wallah… Takpun u ols blender je buat teh tarik kaw blended. Seriouss. Sejuk je anak tekak.
Serbuk tu 1 pek dapat 10-12 gelas. Kalau guna 2x serbuk boleh dapat sehingga 20 gelas. Jimat yang amat.
MESKIPUN dilihat menarik dari segi kreativiti, persembahan penyanyi, Aina Abdul menerusi lagu Sumpah pada Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) mengundang kritikan dan pertikaian Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA).
Menurut kenyataan persatuan itu, persembahan konsep bunuh diri berkenaan keterlaluan dan melanggar peraturan.
“Sangat mengejutkan. Apakah sudah tiada idea kreatif lain sehingga mendesak untuk melakukan persembahan yang berkonsepkan bunuh diri di pentas AJL tahun ini? Stesen TV dan produksi sepatutnya sudah sedia maklum dengan larangan adengan sedemikian di media.
“Dalam persembahan terbabit, penyanyi itu yang berpakaian serba putih menikam dadanya sehingga darah membuak-buak keluar membasahi pakaiannya. Skrin latar mempamerkan darah pekat yang mengalir,” demikian kenyataan itu.
MIASA menyelar keras persembahan itu yang seakan mendorong penonton untuk mencederakan diri sekali gus melanggar garis panduan di media.
“Ternyata persembahan seperti ini memberi mesej yang SALAH kepada penonton mengenai kekesalan kekecewaan dalam percintaan sehingga perlu menamatkan riwayat dengan menikam dada.
“Persembahan seperti ini jelas telah melanggar Guidelines For Media Reporting on Suicide yang melarang sebarang bentuk adengan membunuh diri dengan menunjukkan cara dan kaedah untuk menamatkan riwayat.
“Bagi individu yang memiliki masalah mental, adengan seperti ini boleh menyebabkan cetusan yang boleh mengganggu pemikiran dan mungkin mendorong mereka untuk menamatkan riwayat,” kata kenyataan itu.
Berikut kenyataan Aina Abdul dakwaan persembahan konsep bunuh diri.
.
A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on Feb 9, 2020 at 6:06am PST
Assalamualaikum wbt.
.
Astaghfirullah al adzim… Nauzubillah min zalik… Sebagai seorang wanita muslim, tak pernah terlintas di fikiran saya untuk melakukan konsep seperti yang didakwa. .
Saya masih waras dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.
.
Persembahan saya hanya sebuah ekspresi seni yang saya sampaikan atas pentas AJL34 dan ia merupakan kesinambungan kepada jalan cerita muzik video Sumpah.
.
Perkara ini saya sudah pun maklumkan sejurus selepas persembahan selesai di Instagram saya.
.
Persembahan tadi merupakan simbolik kepada hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayanginya.
.
Hati yang berdarah melambangkan kesakitan yang ditangggung oleh wanita itu selepas melukakan hati insan yang disayanginya.
.
Semua orang mempunyai pendapat berbeza dan ingin saya tegaskan sekali lagi, persembahan saya tidak menyentuh elemen seperti yang didakwa.
.
Ia langsung tiada kena mengena dengan dakwaan yang diperkatakan dan saya mohon maaf sekiranya terdapat salah faham yang timbul.
.
Saya harap dengan penjelasan ini dapat meleraikan segala kekusutan yang melanda.
.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang AJL34 dan semua team produksi. Berada di pentas AJL34 sudah membuatkan saya sangat bersyukur.
.
Sejujurnya, saya tak fikir mengenai menang atau kalah kerana pentas AJL34 merupakan permulaan saya menyerlahkan lagi bakat di persada seni.
.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada peminat saya, @ainations yang tidak jemu menyokong. Anda semua kekuatan saya dan saya tak akan berhenti berusaha untuk me balas jasa anda semua.
.
Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong perjalanan lagu Sumpah. Alhamdulillah.