Baru-baru ini telah tular gambar di laman sosial mengenai sebuah keluarga yang menetap di jejantas dengan beralaskan kotak sahaja. Foto itu telah menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya hinggakan mendapat perhatian daripada pendakwah terkenal iaitu Ebit Lew.
Beliau telah menolong keluarga tersebut mendapatkan tempat berteduh dengan mencarikan rumah sewa buat mereka. Mulia sungguh hatimu ustaz!
Menerusi laman Facebooknya, beliau menyatakan rasa terharunya kerana ramai yang turut membantu bagi meringankan beban keluarga ini.
Sebak rasa seharian carikan rumah untuk adik ni dan mak ayahnya. Dapat rumah 1 bilik. 1 ruang tamu dan ada dapur dan tandas semuanya. Saya bayarkan rm500 sebulan dari tuan rumah. InsyaAllah saya akan terus bayar bulan-bulan selagi mampu insyaAllah. Saya bagi free jer pada mereka. Bila tengok adik ni berlari-lari main mainan patung hadiah dari anak saya. Sebak menangis rasa hari ini. Ubat hati ini semalam tengok tidur di jambatan alas kotak.
Ads
Tadi ada seorang abang bagi rumahnya free. Dia berada di oversea. Tapi kawasan kondo tu kena halau pula. Sedih gak. Takperlah. Katanya undang-undang. Ya Allah selalu begitu pandangan orang pada orang miskin dan gelandangan. Tuan rumah bagi. Tapi ajk tak bagi. Susah juga call sana sini. Banyak protokolnya.
Saya dah biasa kena halau bila bawa adik jalanan atau gelandangan pergi shoping. Hati saya dah lali kena halau ini. Luka sikit tapi cepat jer pulih. Kena halau dalam dunia ini takper. Jangan kena halau di akhirat.
Ads
Syukur kawan-kawan bantu. Terima kaseh abang azman dan semua kawan-kawan yer. Terima kaseh tuan rumah baik hati bantu masuk malam-malam ini. Saya doakan semua yang bantu Allah rahmati dan kasih sayangnya. Saya dah hadiahkan tikar,toto, bantal,tilam dan barang dapur. InsyaAllah esok hantar lagi barang-barang lain.
Ads
Sabarlah yer abang kakak. Kita mungkin buat silap dan kadang orang pandang rendah. Tapi kita hidup untuk Allah sayang. Saya doakan Allah bantu abang dengan kakak yer. InsyaAllah Allah Maha Baik. ALLAH Maha Mengetahui.
Alhamdulillah, terharu apabila melihat ramai rakyat Malaysia yang menghulurkan bantuan dikala waktu yang mencabar begini. Moga kehidupan keluarga tersebut bertambah baik selepas ini dan moga mereka yang membantu turut diberi rahmat oleh Tuhan. InsyaAllah.
Setiap pasangan berkahwin pasti ingin memiliki rumah tangga yang bahagia dan saling memahami antara satu sama lain.
Namun, ikatan perkahwinan tidak indah seperti dalam drama. Pasti ada pasang surutnya. Kuncinya, saling berkomunikasi agar pasangan memahami apa yang diinginkan pasangannya.
Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian tentang pentingnya Al-Quran dalam menghidupkan rumah tangga. Wanita ini berkongsi bagaimana dia bertadarus bersama suaminya setiap hari. Pasangan suami isteri ini tinggal berjauhan dan hanya berjumpa pada hujung minggu.
Menariknya, mereka akan bertadarus bersama melalui Skype sama ada selepas Subuh atau pun malam. Ikuti perkongsian oleh Ummu Furqan ini.
Saya tak pandai nak menulis. Tapi terasa nak berkongsi tentang keberkesanan tips yg kami amalkan. Sebab bila baca luahan, rata-rata masalah rumahtangga sebab komunikasi yg kurang berkesan.
Bukan kata kami ni tak pernah gaduh, pernah juga namun Alhamdulilah mudah nak selesai. Insyaallah moga bermanfaat pada semua, samada sudah berkahwin atau belum.
Aku dan suami berusia 30 tahun dan baru mempunyai seorang anak. Kami kahwin waktu masih belajar, sekarang baru 3 tahun melayari bahtera rumahtangga, cewah. Suami kerja dah sekarang. Kerja aku uruskan anak, suami dan rumah, suri rumah lah tu. Okey, Terus pada cerita.
Pesanan Tok Imam
Semuanya bermula sebelum kami berkahwin lagi. Tok kadi merangkap imam taman panggil kami ke rumahnya. Kami borak-borak dan minum- minum macam biasa. Lepas tu tok imam tu pun minta bakal suami baca Al-Fatihah.
Kemudian tok imam pesan pada kami. Katanya “jangan lupa hidupkan Al-Quran dalam rumahtangga, Al-Quran ni mengeratkan hubungan suami isteri dalam rumah tangga”.
Perghh, Memang menusuk ke hati masa ni. Bila dengar ayat ni rasa biasa je kan. Tapi sebab ucapan dari tok imam yg ikhlas tu yang buat terasa dalam sangat. Aku tak akan lupa kata-kata ni insyaallah. Petuanya Al–Quran… Tok imam tak cakap pasal jamu ke, wang ke, makanan ke, movie ke.
Azam Untuk Istiqamah
Jadi kami berazam nak cuba istiqamah dengan Quran. Tapi apa yang kami buat ni sikit saje, ramai lagi yang buat lebih dan dengan cara yang berlainan. Memang tak banyak, tapi alhamdulillah dapat istiqamah.
Lepas kahwin kami tak dapat duduk sekali. Aku baru habis buat lab, jadi aku tulis thesis kat rumah mak aku. Manakala suami ada sikit lagi yang nak dihabiskan. Perhubungan jarak jauh ni suami kena travel 2 jam untuk jumpa aku, jadi kami jumpa hujung minggu sahaja.
Dalam kesibukan suami siang masuk lab. Malam mengajar tuisyen dan kadangkala kerja katering. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan untuk tadarus bersama setiap hari. Samaada selepas subuh atau malam.
Tadurus Melalui Skype
Kami jumpa melalui skype dan tadarus Quran sama-sama. Ya, kami guna skype untuk tadarus sama-sama. Kalau Line internet hampeh. Aku call suami guna telefon rumah dengan izin mak. Biasanya sehari kami baca setengah juzuk (10 muka surat), 5 muka surat seorang.
Bila suami balik, baru dapat tadarus sama depan-depan. Dan lepas mengaji kami buat meeting sikit berkenaan rumahtangga kami, kewangan dan lain-lain. Kalau jumpa dapatlah selak tafsir. Biasanya untuk tafsir kami baca dan cari kat youtube untuk lebih faham lagi.
Rezeki Hamil
Alhamdulilah lepas sahaja 2 bulan, aku mengandung. Dan alhamdulillah, syukur sangat dapat khatam Quran 3 kali waktu mengandung walaupun aku dan suami PJJ.
Bila anak dah lahir, kami masih PJJ waktu ini agak mencabar sebab kadangkala waktu mengaji anak memangis nak susu, nak peluk nak macam-macam si comel ni. Tapi kami cuba juga. Walaupun bilangan muka surat kurang. Tapi berjaya juga istiqamah.
Bila anak dah 6 bulan kami dapat semula tadarus setengah juzuk sehari. Sebab anak makin rileks. Masuk umur anak 2 tahun. Kami dapat hidup serumah. Suami dapat kerja yang dekat sangat dengan rumah, 5 minit je.
Setiap pagi lepas suami balik subuh kami tadarus sama-sama. Lepas tu aku masak bekal suami, sempat dhuha dan pergi kerja.
Saling Memahami
Apa hikmahnya ya. Sebenarnya memang banyak cabaran hidup kami ni. Bila fikir balik ada menitiskan air matalah. Cuma syukur, walau cabaran datang, aku masih menghormatinya. Aku tak terdaya nak angkat suara padanya. Dah duduk serumah pun rindu padanya.. Suami pun cepat memahami aku. Subhanallah, rasa bahagia dalam hati yang paling dalam ni.
Tipulah tak gaduh, cabaran ada, cabaran memedihkan. Aku tak nak cerita yang tu lebih. Cuma aku makin faham kenapa tok imam cakap macam tu. Bila kita tadarus dengan suami. Bila suami baca tersalah. Isteri akan tegur. Isteri tegur benda yang betul, suami tak boleh nak ego. Sebab fakta itu lah cara bacaan. Begitu juga bila isteri salah bacaan suami tegur dan ajar.
Turunkan Ego
Sekaligus tadarus ini berjaya menurunkan ego suami isteri. Bila ego dah kurang, rasa hormat dan menghargai tu makin bertambah. Kemudian bila sama-sama tak sure bacaan. Kami akan rujuk buku, YouTube, atau suami akan tanya kawan-kawan dia. Di sini dah ada unsur musyawarah, perbincangan. Dalam rumahtangga kena mudah diajak berbincang dan pandai berbincang.
Kemudian bila kita dengan bacaan pasangan kita, boleh melatih kita menjadi pendengar yg baik. Jangan lupa letakkan segelas air. Lepas mengaji tu minum sama-sama. Niatlah apa-apa pun. Tambah lagi dengan solat tahajjud sama-sama.
Aku jarang dapat jemaah dengan suami sebab Alhamdulilah suami akan berjemaah di masjid. Dan kalau anak behave baru aku pergi masjid atau suami bawa anak.
Istiqamah ini tidak lah menjanjikan tiada ujian pada kita. Hidup akan ada ujian. Tapi macam mana cara kita menanganinya. Fuh.. Allah itu maha kuasa.
Maaf sangat andai ada yg terasa. Aku bukan niat nak riak. Cuma nak berkongsi. Aku sendiri tak dibesarkan dalam keluarga yg tahu baca Quran. Mak abah aku merangkak juga awalnya.
Aku dengar sendiri macam mana budak kecik gelak dengar abah aku baca muqaddam. Aishh. Rasa panas hati ni. Tapi alhamdulillah. Berkat usaha mak abah. Mak sekarang dah jadi ustazah kat taman. Ajar mengaji.
Ayuh Dalami Al-Quran
Ada ceramah yang aku dengar, bila belum lancar membaca Quran. Jangan target berapa muka surat dulu. Target berapa minit kita baca. Mungkin boleh set dengan pasangan. Setiap hari 15 minit ke, setengah jam ke. Hanya untuk Quran. Mendalami Quran. Lagi elok kalau berguru dengan sesiapa.
Mungkin boleh berguru seminggu sekalikan. Maybe kita selalu fikir waktu tak ada nak baca Quran ni. Tapi kita ingatkan diri kita, Allah yg kawal waktu tu, kalau ada masa untuk Allah, pasti Allah mudahkan kerja kita (ya.. janji ini pasti). Yang penting kita usaha buat.
Maaf andai nampak macam aku mendesak. Aku nak kita sama-sama rasa indahnya perasaan ini. Dan ini lah salah satu kunci bahagia rumahtangga. Ramai lagi yg buat lagi banyak dan elok dari kami. Jom kongsi ya.
Tak solat Subuh, bangun 9.30 pagi, Allah masih izinkan kita untuk bernafas di atas muka bumi Allah.
Tak solat Zuhur, balik rumah makan nasi lauk ikan siakap, rasa ikan siakap. Makan bihun goreng, rasa bihun goreng, itulah nikmat yang Allah bagi walaupun tak solat.
Tak solat Asar, masih boleh pergi gim angkat berat, boleh main bola walaupun sengaja tinggal solat. Angkat besi 50kg boleh, angkat takbir tak boleh, itulah manusia yang kurang ajar dengan Allah.
Tak solat Maghrib, nak bini Allah bagi, nak anak Allah bagi, nak rumah Allah bagi, nak kenderaan Allah bagi, nak kenderaan Allah bagi walaupun tinggalkan solat. Ini menunjukkan Allah Maha Pemurah.
Tak solat Isyak, Allah tetap bagi rezeki, Allah bagi siha walafiat, tak sakit.
Beruntung kita ni walaupun tak solat, Allah tak azabkan kita sekarang. Kalau zaman Nabi Musa a.s kalau tak solat, Allah Taala bagi ‘cash’ hukuman jadi muka khinzir.
Tapi sebab kita ini menumpang rahmat Nabi Muhammad SAW la Allah tangguhkan dulu azab dariNya. Allah beritahu dalam Al-Quran balasan di akhirat sangatlah dahsyat bagi orang yang meninggalkan solat.
kredit: Facebook Assalamualaikum WMT
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hidayah itu sememangnya milik Tuhan. Hari ini, kita menerima khabar gembira apabila pengarah dan penerbit popular, Michael Ang mengesahkan bahawa dirinya sudah memeluk Islam lebih setahun yang lalu.
Berita itu disampaikan sendiri olehnya menerusi sebuah video temubual eksklusif di saluran YouTube Official Ria X.
“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim. Saya dah sedia memberitahu semua mengenai perkara ini.
“Sejujurnya, selama saya mendalami agama Islam, masih ada banyak perkara yang saya harus pelajari.
“Saya juga tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana perkara ini antara saya dan Allah. Doakan sahaja saya kekal di jalan ini dan saya alu-alukan segala tunjuk ajar.
“Semoga kita semua menjadi yang terbaik di mata Allah,” ujarnya yang masih mengekalkan nama asal Michael Ang Hai Swee biarpun sudah bergelar saudara baru.
Michael sebelum ini dikatakan sudah bergelar mualaf semenjak dia mula belajar berpuasa pada Ramadan tahun lalu.
Assalamualaikum! Saya Budak baru Kalau ada salah tlg tegur. Doa kan la Yg baik2. Maaf Kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun. Cuba I rasa pekara ni ada lah antara saya dgn Allah dan keluarga saya. Kalau nak tgk pengakuan saya tgk la video ni
Postingnya itu mendapat lebih 12 ribu komen oleh netizen yang rata-ratanya terharu dengan pengakuannya itu.
Aksesori dan wanita sememangnya amat sinonim sebagai pelengkap gaya, terutamanya jika aksesori berkenaan diperbuat daripada emas dan permata yang pasti membuatkan hijabi kelihatan...