Sebaik tamat peperiksaan, saat paling mendebarkan adalah apabila menerima surat untuk mengambil keputusan. Bukan anak-anak yang takut, tetapi biasanya ibu bapa yang sangat ‘nervous’ untuk betemu guru di sekolah. Namun bagi angkasawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang juga bapa kepada empat orang anak-anaknya tidak gentar memgambil keputusan peperiksaan mereka. Malah beliau turut berkongsi gambar dan video di laman instagram ketika mengambil kad laporan semalam.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, sambil menunggu giliran duduk di atas kerusi kecil yang disediakan bersama Tasha, anak keduanya itu.
Dr Sheikh turut memberitahu dia gemar sekali dengan sesi perjumpaan ini kerana dapat lebih mengenali diri anak kita dan akan lebih mengetahui apa yang mereka mampu lakukan.
Malah beliau turut memuji secara keseluruhan cikgu yang sudah mengajar anaknya dengan baik.
Ramai juga turut meminta tip dan nasihat berguna daripada beliau untuk berkongsi cara beliau mendidik kedua-dua anaknya menjadi pelajar yang cemerlang di sekolah.
Ternyata beliau tidak lokek memberi nasihat kepada follower yang rata-rata bertanya soalan kepadanya.
@drsheikhmuszaphar@farihahwm They have short focus span . Start with 10 mins then take a break for 3 mins and continue again . Increase to 15 mins once they adapt …
@drsheikhmuszaphar@mohdzaidi_d Discipline your child from a young age by communicating… Jentik lightly if needed . At that age they don’t know what’s right or wrong …
Sebelum itu beliau ada muat turut rutin hariannya yang memantau kerja rumah anak anak perempuannya itu. Menurutnya beliau akan memperuntukkan masa bersama mereka untuk membuat kerja rumah berkenaan dan amalan ini sudah menjadi kebiasaan.
Ads
Malah beliau juga turut memastikan anak-anaknya yang berusia lima dan tujuh tahun itu tidur pada jam 10 malam dan bangun seawal jam enam pagi.
Tambahnya juga sebagai ibu bapa memang memerlukan banyak pengorbanan, memperuntukkan kualiti masa kepada anak-anak, banyakkan bersabar dan juga berdoa.
Beliau yang menghantat kedua-duanya ke sekolah Cina juga turut memberi jaminan bahawa anak-anak yang dihantar ke sekolah berkenaan tidak perlu risau dengan persekitaran kerana lama-lama kelamaan mereka akan terbiasa dengan suasana di sekolah.
Wabak coronavirus yang melanda sering dikaitkan dengan masalah pernafasan. Mana tidaknya, simptom yang diuar-uarkan seperti batuk dan sesak nafas memang tertumpu kepada masalah organ paru-paru. Itu merupakan kaedah utama penyebaran virus novel korona.
Di saat orang ramai sibuk menutup mulut, mencari dan mengguna pakai topeng bagi melindungi diri dari dijangkiti, kajian terbaharu telah mengesahkan bahawa wabak coronavirus baharu boleh tersebar melalui laluan fecal-oral.
Walaupun cara penyebaran melalui sisa perkumuhan ini merupakan maklumat baharu yang telah disahkan oleh kajian sains, tapi saintis tidak terkejut. Ini berikutan virus novel korona (COVID-19) ini sering dikaitkan dengan virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).
Persamaan di antara kedua-dua virus ini dipersetujui oleh kebanyakan ahli akademik sehinggakan ia pernah digelar sebagai SARS-CoV-2.
Suatu ketika dahulu, kajian menunjukkan bahawa SARS-CoV boleh tersebar melalui sisa air kencing pesakit. Sampel virus tersebut juga jelas terzahir pada sampel najis menunjukkan SARS-CoV bukan hanya tersebar melalui batuk atau bersin.
Perkara ini, walaupun tidak mempunyai implikasi yang agak dahsyat kepada orang awam, tapi boleh membahayakan golongan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merawat pesakit. Tanpa memakai alat perlindungan diri, mereka mudah untuk dijangkiti oleh sampel sisa perkumuhan pesakit walaupun ia jarang berlaku.
10 peratus daripada jumlah pesakit yang disoal selidik di Hospital Wuhan (14 daripada 138 orang pesakit) mengalami simptom gastrousus seperti cirit-birit, loya dan muntah sebelum menunjukkan simptom pernafasan.
Tanpa mengetahui tentang peranan virus novel korona terhadap sistem gastrousus, simptom sebegitu pastinya dirawat sebagai masalah keracunan makanan walhal daripada sejarah pesakit, ia jelas menunjukkan risiko jangkitan wabak coronavirus.
Pesakit pertama yang didiagnosis di Amerika Syarikat turut mengalami simptom cirit-birit, 2 hari sebelum demam dan sesak nafas berlaku. Ia bukanlah simptom utama namun wajar diambil kira.
Mereka yang mengalami cirit-birit dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang positif wabak coronavirus atau baru pulang dari Wuhan perlu disiasat dengan lebih lanjut.
Kajian soal selidik di China tersebut menunjukkan cara penyebaran terbaharu virus novel korona, namun cara utama masih melalui titisan udara.
Mereka yang mengalami simptom selesema perlu memakai topeng muka bagi mengelakkan virus tersebut daripada tersebar.
Topeng tersebut hanya betul-betul berkesan bagi menghindarkan penyebaran virus. Ia tidak berapa berkesan dalam menghindarkan anda daripada dijangkiti virus. Jadi, bagaimana cara untuk anda melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan amalan cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air. Ia ternyata berkesan dalam membasmi virus novel korona tersebut melalui pelbagai kajian. Pernah juga tular di Facebook berkenaan dengan eksperimen ringkas menunjukkan perbezaan di antara penggunaan air dan sabun serta hand sanitizer terhadap penjagaan roti daripada kulat.
Air dan sabun bukan sahaja berupaya untuk membasmi majoriti mikroorganisma, tapi ia juga boleh digunakan pada tangan yang kotor. Hand sanitizer cuma boleh digunakan pada situasi di mana tidak terdapat air dan sabun.
Kepekatan alkoholnya mestilah berada pada paras 60% dan ke atas, jika tangan anda kotor, basuh tangan anda menggunakan air terlebih dahulu. Melalui langkah pencegahan ini, wabak coronavirus baharu boleh dikawal dengan baik.
Individu yang kerap bersin dan batuk juga perlu mengamalkan teknik/ etika yang betul. Bagi virus yang disebarkan melalui titisan udara, berdiri pada jarak 2 meter daripada individu lain mampu menghindarkan penyebaran virus.
Tutup mulut anda menggunakan tisu dan buang tisu tersebut selepas digunakan.
Walaupun kajian yang dijalankan di Jerman menunjukkan bahawa virus korona novel boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh 9 hari, namun ia berbeza mengikut permukaan objek.
Kajian tersebut menggunakan tombol pintu dan barangan lain namun tidak mengambil kira sampel najis yang mempunyai kadar lembapan yang agak tinggi. Semakin tinggi kadar lembapan, semakin panjanglah jangka hayat virus tersebut di dalam sampel yang tercemar.
Buangan sisa klinikal selepas melakukan ujian makmal atau kajian perlu dilakukan dengan betul. Jika tidak, mereka yang menguruskan sisa klinikal tersebut berisiko untuk mendapat wabak coronavirus baharu kelak.
Masih tiada lagi maklumat lengkap berkenaan dengan jangka hayat COVID-19 di luar badan. Virus SARS-CoV hanya boleh bertahan selama 24 jam di luar badan manusia, namun pada sampel najis, jangka hayatnya meningkat 4 kali ganda kepada 4 hari.
Jika virus novel korona mempunyai sifat yang sama, ini bermakna, ia berupaya untuk terus menjangkiti individu lain dalam tempoh masa melebihi sebulan.
Penyebaran melalui najis merupakan cabaran baharu dalam membendung wabak coronavirus yang melanda terutamanya di kawasan hospital.
Maklumat berkenaan dengan cara penyebaran baharu virus ini menunjukkan bahawa kita perlu memberikan tumpuan kepada simptom gastrousus juga. Walau bagaimanapun simptom pernafasan seperti batuk dan sesak nafas tetap menjadi gejala utama dalam mendiagnosis pesakit.
Jika seseorang itu mengalami muntah, loya dan cirit-birit, nasihatkan mereka untuk berjumpa dengan doktor. Perkara ini terutamanya jika mereka pernah berhubung dengan pesakit wabak coronavirus.
Setiap hari kitaran haid adalah gambaran tahap hormon “tiga besar” yang berlainan: estrogen, progesteron dan testosteron. Bukan sahaja wanita yang dirancang agar tahap ini berubah-ubah, tetapi hubungan mereka juga berbeza setiap hari, mempengaruhi bagaimana penampilan dan perasaan anda.
Kunci utamanya adalah untuk memahami mengapa ia berubah-ubah dan apa yang boleh kita lakukan untuk mengendalikan variasi ini. Sekiranya anda seperti kebanyakan orang, kulit anda mungkin mempunyai hari yang baik dan tidak begitu baik. Tetapi mengapa? Sudah tentu, faktor seperti tekanan, makanan yang anda makan dan produk dalam rejimen semuanya memberi perbezaan. Tetapi hormon anda juga memainkan peranan utama.
Naik turun hormon memang memberi impak kepada keseksian rambut, kulit, tubuh, malah bau badan anda. (Kecuali: Jika anda makan pil perancang, anda tak melalui ovulasi, jadi anda tak mengalami manfaat sama). Tapi ini tak bermakna anda kena jadi ‘hamba’ pada kitaran ini. Guna pelan minggu-ke-minggu ini untuk buat anda nampak sultry sepanjang bulan.
Apa sedang berlaku: Selain daripada selera makan memuncak (kek! coklat! kentang goreng!), anda mungkin ada beberapa jerawat (atau wajah yang sentiasa perlu dibedak) juga rambut berminyak.
Puncanya: Progesteron, hormon yang memuncak kira-kira enam hari sebelum haid bermula yang menyebabkan wajah dan kulit kepala mengeluarkan lebih minyak. “Itulah sebabnya hampir semua wanita di bumi ini mengadu mengenai kulit wajah yang kusam dan bad hair day sebelum datang haid,” kata Dr Ranella Hirsch, pakar kulit di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat.
PELAN RAPI DIRI:
PRODUK CADANGAN:
WAJAH:
Acnes Sealing Gel, Clean And Clear Active Clear Acne Speed Clearing Gel, Mario Badescu Drying Lotion.
RAMBUT:
Pantene Damage Detox Deep Cleanse Purifying Shampoo, Philip B Peppermint & Avocado Volumizing & Clarifying Shampoo, OUAI Detox Shampoo
PRODUK CADANGAN:
MAC Studio Fix Fluid foundation,Maybelline Fit Me- Matte+ Poreless foundation
PRODUK CADANGAN:
Fresh Jumbo Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Moisturizer, L’Oréal Paris Hydra Genius Moisturizer, Peter Thomas Roth Water Drench Hyaluronic Cloud Cream.
Apa sedang berlaku: Yang bagusnya: “Progesteron merudum, jadi kulit dan rambut kurang berminyak,” kata Dr Hirsch. Tapi bila minyak dah kurang, bekas jerawat mengganggu dan bau badan pula menjelma.
PELAN RAPI DIRI:
PRODUK CADANGAN:
Cicapair Tiger Grass Cream, Drunk Elephant T.L.C. Sukari Babyfacial, First Aid Beauty Facial Radiance AHA Intensive Peel
PRODUK CADANGAN:
DIOR Joy By Dior Eau De Parfum, Jo Malone London Wisteria & Lavender Cologne, Ouai Melrose Place Eau De Parfum
Apa sedang berlaku: Oh, helo sistur! Sekitar hujung minggu, anda akan subur, dan beberapa hari sebelum go gether, kadar estrogen memang tinggi menjadikan anda a total man-magnet. Rambut nampak berkilauan, kulit nampak cantik berseri. “Itulah cara alami untuk membantu wanita menarik perhatian pasangan,” kata Dr Hirsch. Yang berhijab pastikan tiada bau kepam sebalik hijab
Apa sedang berlaku: Sebaik selesai ovulasi, tubuh anda akan ‘bekerja’ untuk mengeluarkan dua hormon, tapi malangnya, ia takkan membantu penampilan anda. “Minggu ini, anda akan hadapi pengeluaran hormon berminyak, testosteron dan progesteron, yang akan buat tubuhmu menyimpan air,” kata Jill Maura Rabin, pakar sakit puan di New York dan penulis Mind Over Bladder. Walaupun kadar hormon itu tak cukup tinggi untuk menyebabkan sebarang ‘kerosakan’ besar, tapi sesuatu akan berlaku tak lama lagi, jadikannya minggu persiapan untuk menghadapi simptom PMS kelak.
PELAN RAPI DIRI:
PRODUK CADANGAN:
BOH Camomile Herb Bags, Twinings, Assorted Herbal Teas, Chamomile herba tea
Cantik itu satu subjektif bagi anda yang bernama wanita. Tiada penghujungnya untuk kita menemui definisi sebenar istilah cantik. Cantik yang nampak hanya di mata manusia yang menilai paras dan rupa sehingga lupa sebenarnya cantik bukan pada luaran sahaja.
Semua yang Allah jadikan itu indah dan ada kelebihan tersendiri. Cantik boleh diaplikasikan kepada benda hidup atau mati. Lantas bagaimana mencantikkan hati? Mudah sahaja langkahnya sama seperti anda untuk mencatikkan wajah. Namun pastikan anda mengenali apa yang dikatakan cantik itu?
Persepsi tentang cantik adalah berbeza bagi setiap orang. Kita tidak menafikan kecantikan fizikal menjadi tarikan awal kepada seseorang. Namun, kita tahu tiada perkara yang kekal abadi. Untuk sentiasa manis dan sihat kita memerlukan waktu tidur yang cukup, minum air masak bersesuaian ikut keperluan badan kita, makan makanan seimbang, tidak merokok, elakkan tekanan dan cari masa berehat untuk diri sendiri.
Cantik hati dinilai melalui hati ke hati. Cantik rohaniah adalah dengan menjaga ibadah, akidah, akhlak, hawa nafsu dan menjadi seorang yang menjaga waktu (solat mahupun dengan orang lain). Selain itu perbanyakkan ilmu dan perbaiki diri untuk kelihatan lebih yakin dan disenangi.
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat: ayat 13)
Kita perlu bersifat malu untuk berkata sesuatu yang boleh menyakiti hati orang lain. Apabila seseorang menjaga tutur katanya secara tidak langsung dia menjaga hubungan baiknya dengan orang lain. Bahkan, dirinya akan dihormati kerana kesantunannnya. “Yang dibawa dalam ini (hati), akan kekal ke akhir zaman, namun apa yang ada di luar ini (jasad), sampai ajal akan dikebumikan.” – Ustazah Norhafizah Musa.
Pemuda syurga – Pernah diceritakan dahulu ada seorang hamba Allah yang menjadi penghuni syurga adalah kerana hatinya yang sangat baik; mudah memaafkan, bersangka baik dan tidak menyakiti hati orang lain sedangkan amalannya begitu sederhana.
Julaibib – Kisah seorang pemuda yang mempunyai kekurangan dari segi rupa namun kerana mempunyai keimanan dan keikhlasan yang sangat tinggi, beliau sangat terkenal dalam kalangan penduduk langit dan begitu dihormati oleh Rasulullah SAW.
Islam sendiri adalah agama yang sukakan keindahan dan kecantikan, jadi mencantikkan diri bukanlah dilarang. Malahan kecantikan merupakan fitrah manusia.
Namun untuk cantik, syariat perlu dijaga. Ikut garis syariat dan panduan yang telah ditetapkan dalam islam. Elakkan pembaziran dan perlu menjaga aurat misalnya. “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (Surah at-Tin: ayat 4)
Amalkan selalu doa ini:-
“Ya Allah, kayakan diriku dengan ilmu, dan hiaskan diriku dengan sifat lemah lembut, dan muliakan diriku dengan takwa dan cantikkan diriku dengan kesihatan.”
Keadaan hati dan iman menentukan kecantikan dalaman seseorang. Setiap orang ada kelebihan dan kecantikan tersendiri. Jangan asyik berfikiran negatif dan terlalu merendah diri, namun jangan pula merendah-rendahkan orang lain.
Lakukan yang terbaik untuk diri kita mengikut kemampuan. Jaga baik-baik hubungan kita dengan Allah dan semua ciptaan-Nya.
Kita semua sama, yang membezakan kita adalah taqwa. Sentiasalah merasa syukur dan menyayangi diri kita ini.
Di akhirnya, Tuhan juga akan menilai semuanya.
Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata: Nabi SAW telah bersabda, ”Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa bentuk dan harta kalian, akan tetapi Dia melihat pada hati dan amal kalian.” (Hadith riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.