Apabila mendapat panggilan temuduga pastinya menggembirakan hati. Namun perasaan berdebar-debar pasti datang menerjah bila sampai hari temuduga. Sebenarnya perasaan gemuruh itu adalah satu perkara yang normal bagi setiap orang. ia bergantung bagaimana seseorang ‘menguruskan’ perasaan tersebut.
Apa yang boleh dilakukan bagi mengurangkan rasa gemuruh itu ialah dengan mengamalkan doa sebelum masuk bilik temuduga. Banyakkan juga selawat ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW untuk menghilangkan darah gemuruh.
Ads
Ini doa yang boleh diamalkan bagi menghilangkan darah gemuruh. Baca sebelum memasuki bilik temuduga.
Ads
Ads
Selepas selesai temuduga dan sementara menunggu keputusan temuduga, banyakkan solat hajat, berdoa dan bertawakal. Jika keputusannya tidak seperti yang kita harapkan janganlah berputus asa. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Sesunggahnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mahu kejar syurga di akhirat nanti, pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ingin kumpul pahala dengan membuka pusat tahfiz suatu hari nanti.
Kini dalam perancangan, Wawa, 29, berkata, ia merupakan satu daripada impiannya dengan suami selepas perancangan mereka membina masjid sebelum ini tercapai.
“Kerja kuat dan cari duit bukan sebab nak mewah di dunia semata-mata, tapi sebab nak bantu orang lain. Nak sedekah dan tolong orang. Kita bukan bantu orang itu saja, tapi dalam masa sama bantu diri kita sendiri untuk kehidupan yang abadi di sana.
“Semoga sebab perniagaan kecil-kecilan kita mampu membawa kita ke syurga. Alhamdulillah, impian nak bina masjid Allah permudahkan. Insya-Allah, selepas ini nak tubuhkan pusat tahfiz. Lokasi belum ada lagi,” jelasnya kepada Harian Metro.
Selain itu, Wawa juga turut berkongsi bahawa rancangan membina masjid di kampung halaman Aeril iaitu di Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor bakal dimulakan pada bulan Disember ini.
“Pelan pembangunan, rekaan, kawasan dan sebagainya sudah ada. Insya Allah, proses pembinaan bakal dimulakan dalam bulan Disember ini. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kejayaan kami.
Apa yang dicapai ini bukan untuk kami saja, tapi Insya-Allah bermanfaat untuk semua yang sudah menyokong perniagaan kami selama ini,” ujar pelakon kelahiran Lahad Datu, Sabah ini.
Sifat semula jadi manusia untuk memiliki perasaan rindu kepada sesuatu. Mungkin rindu pada orang, momen, ataupun binatang peliharaan yang tersayang. Ianya normal untuk semua orang miliki perasaan itu.
Perasaan rindu ini ada pelbagai cara untuk melepaskan atau menyenangkan hati ini. Manakan pula anda pula tidak dapat membendung perasaan yang membuak-buak itu.
Menjadi kebiasaan buat manusia yang merindui sesuatu ataupun lebih jelas seseorang yang mereka sayangi. Ada juga perasaan ini yang membuak-buak sehinggakan termimpikan seseorang itu.
Apakan daya, rindu itu hanya tersemat di kalbu dan tidak dapat di luahkan jika kita ulas melalui kata-kata sekali pun. Seperti orang-orang kata, rindu itu tandanya sayang, jadi bagaimana nak tunjuk rasa sayang erti kata lain rindu ini?
Jawapannya mudah, titipkan doa buat mereka yang anda rindui. Tidak kira ibu dan bapa, ahli keluarga mahupun kekasih hati. Doa adalah kunci untuk menenangkan hati yang rindu kepada mereka yang membuatkan hati anda bergelora.
Melalui surah Yusuf di dalam Al-Quran, terdapat sebuah ayat yang di percayai menjadi doa pelepas rindu. Doa ini juga di katakan sering menjadi pilihan Nabi Yusuf apabila merindui isteri yang tercinta, Siti Zulaikha.
Iz qoola Yuusufu li abiihi yaaa abati innii ra aytu ahada ‘ashara kawkabanw wash shamsa walqamara ra aytuhum lii saajidiin
Maksudnya: “(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku! Sungguh, aku (bermimpi) melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku.”
Selain dari itu, jika hendak melunaskan rasa rindu kepada seseorang, anda juga boleh mengamalkan bacaan surah Thahaa ayat ke 39. Apabila anda ikhlas dalam membacakan doa, dengan izin Allah SWT mungkin doa anda di makbulkan. Namun tiada hadis yang dapat di jelaskan kesahihan surah Thahaa sebagai wirid ketika merindukan seseorang.
Maksudnya: Dan aku telah melimpahkan kepadaMu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku” (Surah Thaahaa: 39).
Demikian ia merupakan surah pembuka kata dalam Al-QUran, namun surah al-Fatihah sering di jadikan amalan untuk meminta di luaskan rezeki, mengubati penyakit, menjauhkan diri dari sifat lupa, serta pengubat untuk mereka yang merindukan seseorang.
Melalui maksud ayat ini, ayuh kita renungkan bersama:
Maksudnya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkau-lah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukkan lah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat” (Surah Al Fatihah: 1-7).
Sesungguhnya Allah SWT itu maha Adil dan maha Mendengar setiap apa yang kita keluhkan serta rindukan. Demikian itu, anda perlu ingat bahawa kasih sayang dan juga rindu ini perlu di utamakan jua buat Allah SWT demi mendapatkan keberkatan dariNya.
Penyanyi no.1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin merupakan figura yang tidak asing lagi dan juga sohor di beberapa negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.
Baru-baru ini, Siti meluahkan rasa teruja apabila dia akhirnya dapat menjejakkan kaki dan kembali semula ke Indonesia, setelah sekian lama tidak bertemu dan beramah mesra bersama peminat di negara garuda itu.
Perkara berkenaan dimaklumkan Siti menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, menurut Siti dia amat gembira dan teruja.
Ini demikian kerana, akhirnya dia berkesempatan berkongsi pentas bersama peserta muda berbakat bagi rancangan realiti nyanyian genre Dangdut DA5, sekaligus menghiburkan para peminatnya di Indonesia.
“Kesempatan saya kembali membuat persembahan di Indosiar khususnya D’Academy 5 sangat membahagiakan, apabila saya dapat bertemu dengan bintang-bintang muda DA5 yang sangat berbakat dan juga peminat dan penonton di Indonesia.
“Alhamdulillah, dapat bersama-sama finalis Sridevi dan Eby serta berduet dengan Firdan adalah pengubat rindu saya kepada para peminat di Indonesia.
“Terima kasih Indosiar, terima kasih kepada semua yang menonton dan semoga ada rezeki saya dapat kembali ke negara ini,” tulis siti menerusi ruangan kapsyen pada hantaran tersebut.
Kedatangan Siti adalah sebagai tetamu undangan, bagi membuat persembahan bersama finalis konsert akhir D’Academy 5, yang bersiaran langsung di stesen TV Indosiar pada setiap Isnin.
Malah, Siti yang tampil dengan beberapa pasang persalinan sewaktu membuat persembahan istimewa pada rancangan itu, kelihatan begitu memukau dan jelita sewaktu berada di atas pentas.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati penampilan Siti yang mempersona, berjaya meraih perhatian di kalangan peminat, rata-ratanya memuji kecantikan ibu kepada Siti Aafiyah itu.
Malah, jelas terpapar riak wajah gembira dikalngan para peminat di Indonesia terhadap kemunculan penyanyi kegemaran mereka yang menjadi penyeri kepada rancangan DA5, sekaligus mengubati kerinduan peminat Indonesia.
Untuk rekod, kali terakhir Siti Nurhaliza berada di Indonesia adalah ketika Konsert ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ di Istora Senayan, Jakarta, tiga tahun lalu yang berlangsung pada Februari 2019.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.